GELOMBANG WANGSA MAJU: 09/19/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Saya Calon Paling Layak Terajui 1M4U - Farid Ridzuan

| Wednesday, September 19, 2012
1M4U bakal diterajui oleh Farid Ridzuan


Majlis Rumah Terbuka Majlis Belia Wilayah di Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan menemukan kembali GWM dengan rakan-rakan yang masih bergiat aktif dalam Majlis Belia Malaysia (MBM).

Kebetulan juga malam tadi diadakan satu sidang media oleh MBM membidas pembuat filem 'Innocence Of Muslims', yang turut menggabungkan beberapa NGO belia tanahair.

Bukan selalu dan mudah untuk berjumpa dengan rakan-rakan dalam MBM ini. Memang sibuk benar rakan-rakan ini menggerakkan program-program belia. Ada sahaja aktiviti dan program untuk para belia.

Namun begitu ada berita yang agak kurang menyenangkan yang didengari dari rakan-rakan MBM ini.

Program Sukarelawan Belia 1M4U, bertujuan untuk memupuk semangat sukarelawan di kalangan belia di Malaysia kini bakal menjadi bahan santapan baru ahli korporat dalam UMNO.

Sedia maklum, Perdana Menteri pun akan mewujudkan sebuah dana khas berjumlah RM100 juta bagi menerajui program 1Malaysia Untuk Belia (1M4U) ... Dana Sukarelawan 1Malaysia (Dre1M).

"1M4U is established as a company limited by guarantee under the Companies Act 1965 which has a professional management team lead by a Chief Executive Officer. Management members who are experienced, possess relevant expertise and most important of all, have the heart and passion for volunteer activities will ensure the sustainability and effectiveness of 1M4U."

Terpacul dari mulut rakan-rakan yang begiat aktif dalam MBM ini menceritakan perihal perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif yang bakal dilantik bagi menerajui 1M4U ini.

Sehingga kini, masih belum ada lagi perlantikan bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif 1M4U.

Rancak benar rakan-rakan MBM ini bercerita mengenai Farid Ridzuan yang sudah mengumpulkan sumber dan kekuatan anggota untuk hijack 1M4U.

Ramai yang mengeluh malam tadi. Mengapa jawatan CEO ini tidak diberikan kepada mereka yang paling layak dan bergiat aktif dalam menggerakkan program dan aktiviti belia.

"Aku tak fahamlah. Kalangan tokoh-tokoh heavyweight dalam MBM juga ramai juga ahli korporat yang berjaya. Pasal apa nak juga hijack 1M4U. Tak tau malu ke," keluh seorang rakan. Terjuih mulutnya bercerita.

GWM pun sebenarnya tidak tahu sepak terajang politik dalam MBM.

Namun perbualan malam tadi bersama rakan-rakan MBM ini cukup jelas memberi isyarat tidak mahukan orang luar menerajui dan mengendalikan 1M4U.

1M4U seharusnya dikendalikan oleh mereka yang mempunyai jiwa dan keghairahan menjalankan aktiviti sukarelawan dalam memastikan kesinambungan dan keberkesanan 1M4U.

Betul juga kata rakan-rakan dalam MBM ini.

Entahlah ... barangkali sudah tidak ada mereka yang layak dalam MBM untuk menerajui 1M4U.



Deklarasi Kuching ... Ini Bukan JANJI Dan MANIFESTO Pakatan Rakyat - Anwar Ibrahim

|
Anwar Ibrahim musykil Deklarasi Kuching bakal menjadi seperti deklamasi sajak A Samad Said - Syok Sendiri.


Cukup teruja 500 orang penyokong melihat Deklarasi Kuching, yang ditandatangani oleh Anwar selaku Ketua Umum PKR, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Adam Ahid, Baru Bian dan Wong Ho Leng.

Bijak Anwar pilih tarikh keramat deklarasi ini, 16 Sept 2012. Bijak atau bunuh diri sebenarnya ...

Lahirlah suatu lagi 'tujuh janji baru' sebagai menandakan komitmen Pakatan Rakyat untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963.

Kerjasama Bersekutu
Kami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

Perwakilan Yang Adil
Kami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.

Kewarganegaraan
Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.

Pengiktirafan hak ke atas Tanah Adat
Kami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.

Kecekapan dan kemandirian Sarawak dan Sabah
Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.

Keadilan dalam isu minyak
Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.

Pembangunan sekata
Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.

Hebat deklarasi kali ini ...



Berjayakah Anwar 'mengkondomkan' rakyat Sabah dan Sarawak kali ini ...

Kalau diukur kepada barometer 'janji ditepati' ... kemampuan Pakatan Rakyat melunaskan janji amat ketara besar bohongnya.

Cukup jika rakyat diajak mengimbas 'janji-janji manis' Pakatan Haram ini di Pulau Pinang, Selangor mahupun di Kelantan.

Terlalu banyak janji yang masih belum ditunaikan.

Umum telah sedia maklum bahawa Pakatan Rakyat cukup memang gemar bermain kata-kata. Lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim.



Disebalik Deklarasi Kuching, rupanya ada beberapa perkara berbangkit yang bakal menimbulkan kecelakaan ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat ...

Ramai di kalangan Ketua Cabang PKR di Sabah dan Sarawak merasakan deklarasi yang dibuat membayangkan bahawa Anwar tidak berbincang dengan Ketua Cabang PKR mengenainya.

Dalam hal royalti minyak, mereka (Ketua Cabang) mahukan 50 % royalti bukannya seperti yang diumumkan. Selagi lagi Anwar tak ikut cakap mereka.

Deklarasi Kuching dibuat secara mendadak dan tidak berbincang dengan ramai pemimpin politik tempatan.

Terlalu berat ke arah Sabah berbanding Sarawak.

Anwar tidak umumkan siapa bakal menerajui Sabah dan Sarawak jika PR menang. Isu ini lebih penting. Ketua Cabang mahukan penjelasan mengenai perkara ini. Ada pemimpin yang mereka anggap sudah tidak relevan di negeri masing-masing.

Tidak mendapat sokongan orang muda di Sarawak dan Sabah.

Anwar seperti syok sendiri.

PAS tidak terlalu menyerlah dalam usaha menawan Sabah dan Sarawak. Jentera lemah dan bergantung kepada kewangan PKR dan DAP. Mana perginya dana Kelantan dan Kedah untuk PRU?

Kenapa Anwar tangguhkan pengumuman Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru jika PR menang?

Kenapa Anwar tidak sebut langsung tentang peranan Lajim sebagai bakal Ketua Menteri Sabah?




Berdasarkan permainan kata-kata ini, apakah kemungkinan yang Pakatan Rakyat tidak akan berkata bahawa ‘Deklarasi Kuching bukan janji’ sekiranya mereka berjaya memenangi Sabah / Sarawak dalam PRU nanti.

Tidak mustahil, seperti juga manifesto mereka, Pakatan Rakyat hanya menyenaraikan dan mengumumkan perkara-perkara di dalam deklarasi tersebut untuk suka-suka sahaja bagi meraih undi rakyat, tanpa niat pun untuk menunaikannya.

Tidak mustahil Anwar akan berkata "Ini hanya deklarasi, bukannya janji dan manisfesto Pakatan Rakyat".

Tidak mustahil juga rakyat Sabah dan Sarawak sekali lagi akan dikencing hidup-hidup oleh Anwar Ibrahim ...



Pilihanraya Berasingan ... Anwar JANGAN TUNJUK PANDAI - Khalid Ibrahim

|

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri masih belum membuat sebarang keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) secara serentak ataupun berasingan dengan pembubaran Parlimen oleh kerajaan Persekutuan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata perancangan sebenar pilihan raya DUN berasingan atau serentak dengan PRU-13 adalah bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentukan tarikh PRU-13.

"Kita tak tahu tarikh pilihan raya yang sebenar...ini adalah jawapan kepada spekulasi, ada baiknya pilihan raya berasingan dan ada baiknya pilihan raya di buat secara bersama...perbincangan ini berdasarkan spekulasi (berhubung tarikh pilihan raya) dan strategi bagaimana kita mahu menghadapinya," katanya.

Abdul Khalid bagaimanapun mengemukakan pandangannya mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mengumumkan pendiriannya bahawa Selangor tidak akan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan negeri-negeri lain pada PRU-13.


Read More, ANAK-ANAK PAK BRAHIM PEMBOHONG


alt
"Saya bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri sekiranya pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat kerana SPR masih belum membersihkan nama-nama di Selangor," tambahnya lagi.

Anwar Ibrahim kata pilihanraya berasingan kerana SPR masih belum membersihkan nama-nama di Selangor.

Khalid Ibrahim pula semuanya bergantung kepada strategi dan bergantung sepenuhnya kepada keputusan pilihanraya umum yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.

Satu anak Pak Brahim kata SPR, satu lagi anak Pak Brahim kata strategi.

"Apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Anwar itu hanyalah strategi pilihan raya bagi pihak kita...sebab orang bertanya (berhubung pilihan raya berasingan) kepada dia...jadi dia pun jawablah," katanya. - KLPOS, 19 Sept 2012.



Teruk anak-anak Pak Brahim ni, pembohong belaka rupanya ...


Innocence Of Islam ... Saya Berjaya BUKTIKAN PAS Adalah ANJING TERBAIK PAKATAN - Ngeh Koo Ham

|

Tidak sukar untuk umat Islam memahami jika Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham memperlekehkan umat Islam di seluruh dunia membantah secara besar-besaran filem Innocence of Muslims.

Salasilah keturunan Pengerusi DAP Perak ini, jika dikaji secara teliti dan terperinci, rakyat pasti akan menjumpai jawapan yang didambakan.




Ngeh Koo Ham ... Pengerusi DAP Perak dan ADUN Beruas ini adalah anak saudara kepada Chin Peng (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya).

Setiausaha Agung DAP Perak dan ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming adalah sepupu kepada Ngeh Koo Ham.

Communist Image and Branding Revitalisation = Chin Peng = Ngeh Koo Ham + Nga Kor Ming.

Jadi rakyat tidak perlu melahirkan rasa takjub dengan kenyataan Ngeh Koo Ham. Darah komunis dan sosialis yang lahir dalam tubuh kedua-dua sepupu ini adalah sama dengan darah yang mengalir dalam tubuh Chin Peng.

Persoalan sebenar umat Islam di Malaysia yang perlu dimusykilkan adalah Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin yang tetap mempertahankan kenyataan Ngeh Koo Ham.


Persoalan paling spesifik yang perlu dirungkai adalah kenyataan Nizar melalui laman twitter cukup membuktikan beliau cuba mempertahankan kenyataan biadap Ngeh yang juga Pengerusi DAP Perak.

Nizar sengaja mencari alasan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Tun Mahathir pun pernah menghina Rasulullah s.a.w.



Are muslims wasting too much time & energy on this? - Ngeh Koo Ham

Anak saudara Chin Peng ini tanpa rasa bersalah malah terus menyalahkan dan cuba memperbodohkan umat Islam dengan twitter terbarunya:

Cukup jelas kenyataan Ngeh Koo Ham ini cuba memperbodoh-bodohkan umat Islam yang baginya tidak cerdik melakukan perbuatan yang membuang masa dan tenaga.

Are muslims wasting too much time & energy on this?


Barangkali PAS juga bersetuju dengan kenyataan dari Pengerusi DAP Perak ini.

Bantahan terhadap filem yang menghina Nabi Muhammad adalah suatu kerja yang sia-sia dan membuang masa ...

Sindiran Ngeh Koh, sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin Islam dari PAS yang bersuara menentang tweet yang dilakukan oleh Cina DAP ini.



Pun begitu, rasanya rakyat memahami mengapa Nizar Jamaluddin cukup tegar mempertahankan Ngeh Koo Ham.


Bukankah sudah terbukti PAS adalah anjing peliharaan terbaik DAP dalam Pakatan Rakyat ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU