GELOMBANG WANGSA MAJU: 09/11/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Nik Aziz ... Ahli MESYUARAT TINGKAP

| Tuesday, September 11, 2012

Mengikut laporan beberapa media yang membuat liputan berkenaan mesyuarat Majlis Syura PAS tempohari, Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat hanya sempat mempengerusikan mesyuarat tersebut untuk selama kira-kira 20 minit sahaja sebelum beredar keluar dengan wajah yang agak sugul.

Sepanjang 20 minit itu, Nik Aziz yang juga adalah Mursyidul Am PAS sempat menyentuh isu berkaitan Nasharudin Mat Isa sebelum menyerahkan tanggungjawab sebagai pengerusi kepada timbalannya, Datuk Haron Din.

Barangkali tak terjangka kelibat Nik Aziz ponteng keluar awal dari mesyuarat telah dapat dikesan oleh media, akhirnya PAS melalui Ketua Penerangannya terpaksa membuat penjelasan khusus bagi menjustifikasikan kewajaran sikap tidak cakna Mursyidul Am PAS itu.

Menurut penjelasan Tuan Ibrahim Tuan Man itu, tindakan Nik Aziz keluar awal dari mesyuarat tersebut disebabkan MB Kelantan itu mengadu tidak sihat serta sedikit kepenatan.

Punyalah jauh datang dari Kelantan semata-mata untuk mempengerusikan mesyuarat penting di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur tiba-tiba saja alasan masalah kesihatan dan kepenatan dijadikan sandaran untuk melepaskan dirinya dari dikritik oleh ahli dan penyokong PAS.

Alasan sebegini sudah acap kali kita dengar sama ada dari mulut Nik Aziz sendiri mahupun orang kanannya baik yang membabitkan mesyuarat parti, mesyuarat mingguan exco negeri mahupun mesyuarat bulanan anak syarikat serta agensi negeri Kelantan.

Malu Aku ... kena 'game' jugak aku dengan Hadi Awang dan Haron Din.

Bukan satu rahsiapun sejak Nik Aziz menjawat kedudukan sebagai MB, paling lama dia akan berada dalam sesuatu mesyuarat hanya sekitar sejam sahaja malah banyak mesyuarat di peringkat kerajaan negeri acapkali di pengerusikan oleh orang lain.

Ini pun satu sebab lagi kenapa dikalangan ramai rakyat Kelantan, Nik Aziz lebih terkenal sebagai MB paling kuat berceramah atas pentas politik tapi paling tak memberi manfaat untuk agama, bangsa mahupun negeri sendiri.

Yang dia tahu cuma tandatangan itu ini tanpa mahu membaca sebarang isi kontrak. Dan dia akan setuju apa sahaja tanpa memperhalusi butiran perjanjian, apa yang dibisikkan oleh penasihatnya itulah yang dia pegang tanpa faham penting atau tidak sesuatu perkara.

Nama Majlis Syura Ulama PAS ini pun hanya beberapa minggu kebelakangan ini sahaja sedikit popular tapi selama ini jarang orang tahu bahawa badan tertinggi PAS itu walaupun sudah lama di pengerusikan oleh Nik Aziz tapi nak nampak batang hidung Nik Aziz dalam mesyuarat dwi bulanannya yang jarang-jarang diadakan itu pun amatlah payah.

Ramai pemimpin PAS pernah merungut atas kelesuan Majlis Syura namun bila tiba-tiba sahaja isu Nasharudin meletus dan badan tersebut dijadikan rujukan terpaksa jugalah Nik Aziz menggagahkan diri menghadiri mesyuarat setelah merasakan itulah peluangnya bagi mengenakan Ustaz Nasharudin yang sekian lama dibencinya itu.

Malangnya baru 20 minit mempengerusikan mesyuarat, sudah pancit awal dan hasil mesyuarat pula tak menepati kemahuannya.

Gayanya tak lebih tak kurang, Nik Aziz lebih sesuai diangkat sebagai Ahli Mesyuarat Tingkap sahaja.

BISIKAN SYAITAN Baru Anwar Kepada Nik Aziz ... NASHA BUKAN CALON PRU

|
Jika Nasha diletakkan sebagai calon, PKR akan pastikan calon lain turut bertanding - amaran Anwar kepada Nik Aziz.


Anwar Ibrahim masih lagi kecewa dan terpukul dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS, Nasharudin Mat Isa masih kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama parti itu.

Ini bukan strategi dan kesepakatan awal Anwar, DAP dan golongan parasit dalam PAS.

Kecewanya Anwar kerana persinggahannya di Majlis Rumah Terbuka PAS di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru sia-sia.

Firasat Anwar nyata tepat ...

'Pelan pemecatan' Nasha Mat Isa tidak berjalan dengan lancar walaupun Nik Aziz telah diberikan arahan dan kata-kata semangat sebelum berlangsungnya mesyuarat Majlis Syura Ulama.

"Bro Haron, kita shake hand dulu. Kira 0-0. Malam ini kita surprise Nik Aziz" - Barangkali ini bisikan dan amanat Hadi Awang ke telinga Haron Din.

Hadi Awang akhirnya mengumumkan bahawa bekas timbalannya, Nasharudin Mat Isa masih kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama parti itu.

Kedudukan Nasharuddin tidak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan, yang berlangsung selama dua jam bermula jam 9 malam itu.

Hadi Awang konar baring ...

Mesyuarat berkenaan dikatakan sebagai membincangkan mengenai calon PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

“Tidak ada dalam agenda (mesyuarat). Tak ada. Dan dia hadir dalam mesyuarat. Dia masih lagi jadi ahli Majlis Syura Ulama,” katanya menjawab soalan pemberita berhubung isu kedudukan bekas timbalan presiden itu.

alt
Hadi Awang lega. Nasha Mat Isa tersenyum simpul. Parasit disebelah cukup ketat mukanya.

Syaitan-syaitan bisu PAS nyata gagal menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diperuntukkan.

Nik Aziz Nik Mat yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura, dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat Pas jam 9.15 malam, selepas memimpin mesyuarat bulanan badan tertinggi Pas itu selama kira-kira 20 minit.

Majlis Syura Ulama gagal dipengaruhi. Anwar Ibrahim gagal 'membeli' golongan pro ulama.

Namun begitu sudah ada satu persetujuan dicapai dalam mesyuarat ...

Nasharudin Mat Isa tidak termasuk dalam senarai calon PRU 13. Ini pesanan dan amanat Anwar melalui golongan parasit yang hadir dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama.

Sebarang perlanggaran syarat, PKR akan kacau daun dan turut bertanding di kawasan Nasha Mat Isa bertanding.

Sekali lagi tangan Hadi Awang dipulas. Syaitan-syaitan bisu perlu bekerja keras memastikan agenda ini berjaya.

Nasha Mat Isa hanya sekadar menjadi patung bernyawa dalam PAS ...



Khalid Ibrahim PANIK ... 711 Penduduk BERBOGEL Di Pejabat Menteri Besar ?

|
Kerajaan negeri, Menteri Besar dan Syabas sebagai defendan disaman ganti rugi hampir RM500,000.


alt

Seramai 711 pengguna air di Selangor memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Menteri Besar, Tan Abdul Khalid Ibrahim, atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Selain Abdul Khalid, plaintif yang terdiri daripada penduduk di kawasan Shah Alam menamakan kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sebagai defendan.


Read More, JANJI 'MAIN BELAKANG'


Krisis Air Selangor ... NGO-NGO Selangor Gelar Khalid BODOH, BENGAP dan BANGANG

|
"Biar ada politik lebih matang supaya isu ini boleh diselesaikan segera. Kalau kerajaan negeri tetap berkeras kepala, rakyat Selangor pasti menghadapi masalah," - Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr. Jacob George.


Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin menyokong projek Loji Rawatan Langat 2 (Langat 2) diteruskan sekalipun mendapat tentangan daripada kerajaan negeri.

Beliau menyelar sikap kerajaan negeri yang disifatkan sebagai lebih berminat mengutamakan agenda politik daripada kebajikan rakyat Selangor.

"Tindakan kerajaan negeri yang tetap berkeras enggan membenarkan Langat 2 dibina sudah membuktikan mereka gemar bermain politik daripada menjaga kebajikan jangka pendek dan jangka panjang rakyat Selangor.

Aktivis pengguna, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Mohd Mustaffa Hamzah melahirkan kebimbangan dengan kedegilan kerajaan negeri tidak membenarkan pembinaan Langat 2 diteruskan walaupun tahu permintaan terhadap keperluan asas itu semakin meningkat berikutan pertambahan pola penduduk dan ekonomi yang senakin pesat di Selangor.

"Kerajaan negeri sedar krisis ini berikutan tindakan mereka menggunakan proses mitigasi terhadap bekalan air pada 34 tangki di Puchong, Serdang, Langat dan Sungai Sireh bagi mengisi tangki-tangki yang mempunyai tekanan rendah," katanya.


Read More, KHALID IBRAHIM SEMAKIN BANGANG


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU