GELOMBANG WANGSA MAJU: 09/10/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Teori PAS LGBT ... Nasha Mat Isa BUKTIKAN Hasan Ali MEMANG DILIWAT

| Monday, September 10, 2012
Apa yang dibangkitkan Ustaz Nasha itu pernah saya bangkitkan (sebelum ini). Isunya tetap sama sahaja. Isunya kita tidak mahu PAS menjadi kuda tunggangan DAP. - Hasan Ali




PAS Pusat sewajarnya menerima hakikat terhadap penolakan majoriti ahli PAS di peringkat akar umbi semakin menolak kerjasama Pakatan.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Hasan Ali berkata, isu yang dibangkitkan oleh bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa adalah susulan daripada apa yang pernah beliau utarakan membuktikan ianya adalah mesej jelas dari akar umbi parti tersebut.

"Apa yang dibangkitkan Ustaz Nasha itu pernah saya bangkitkan (sebelum ini). Isunya tetap sama sahaja. Isunya kita tidak mahu PAS menjadi kuda tunggangan DAP.

Isunya kita mahu PAS merenung kembali posisi parti tersebut dalam Pakatan Rakyat.

Maknanya nak dilihat balik tahalluf siasy itu samada dalam tempoh (kerjasama) 4 tahun setengah ini menguntungkan (perjuangan) PAS dan Islam atau sebaliknya",katanya kepada KLPOS pada Majlis Rumah Terbuka Peringkat DUN Gombak Setia di sini malam tadi.

Hasan Ali juga mempersoalkan ketegasan kumpulan pimpinan yang digelar beliau sebagai Parasit PAS masih berdegil dan enggan berganjak untuk terus bekerjasama dengan Pakatan susulan suara akar umbi yang dilontarkan buat kali kedua dari seorang bekas Pemimpin No. 2 dalam parti.

"Kalau (dilihat) jawapan keseluruhannya, daripada Perlis sampai ke Johor hingga ke Sabah dan Sarawak melihat kerjasama Pakatan ini merugikan (PAS), nak buat apa ditunggu lagi.

Dan kalau Ustaz Nasha dan saya sendiri (sebelum dipecat) tidak menyuarakan pendapat ini, siapa lagi?"

Read More, KLPOS

Maaf ... Syaitan-Syaitan Bisu BELUM MAMPU BUNUH NASHA - Hadi Awang

|
alt
"Rileks Bro, Gua Cover Lu" - Mungkin itu bisikan Hadi Awang kepada Nasha Mat Isa. Bekas Timbalan Presiden PAS tersenyum simpul, Naib Presiden PAS pro Erdogan ini mukanya cukup ketat.

Majlis Syura PAS Pusat memutuskan mengekalkan keahlian PAS terhadap Bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa.

Persidangan yang baru sahaja berakhir sebentar tadi itu juga memutuskan Nasharudin dikekalkan memegang jawatan sebagai salah seorang anggota Ahli Majlis Syura PAS Pusat.

Keputusan rasmi yang diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu juga menolak spekulasi beberapa pihak yang mendakwa Nasharudin bakal dipecat sebagai anggota keahlian parti malam ini.

Read More, SYAITAN-SYAITAN BISU HANGAT HATI



Anwar Ibrahim kecewa, DAP turut kecewa. Nasharudin Mat Isa gagal lagi diambil sebarang tindakan mahupun dipecat.

Syaitan-syaitan bisu PAS nyata gagal menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diperuntukkan.

Dana yang disuntik Anwar Ibrahim bagi membantu syaitan-syaitan bisu ini melakukan onar dalam PAS masih belum mampu membunuh karier Nasharudin Mat Isa.

Selaku pengerusi Majlis Syura DAP, Karpal Singh cukup murka. Sokongan penuh dari syaitan-syaitan bisu nyata masih belum memadai.


Sakit hati pengerusi Majlis Syura DAP ini. Beria-ia benar Karpal perlekeh Nasha Mat Isa hanyalah 'ikan bilis' dalam Pas.

Malu alah Karpal, mana lagi mahu disorokkan muka 'sepat kering'nya dari media.



"Nik Aziz, you kena pastikan malam ini Nasha Mat Isa dipecat dari PAS." Cukup tekun Nik Aziz mendengar arahan dari Ketua Umum Parasit.

Anwar Ibrahim sempat singgah di Majlis Rumah Terbuka PAS di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru.

Khuatir benar Ketua Parasit ini jika 'pelan pemecatan' Nasha Mat Isa tidak berjalan dengan lancar. Nasihat, arahan dan kata-kata semangat perlu diberikan kepada Nik Aziz sebelum pihak media mula menerkam dengan isu Nasha Mat Isa.

Orang tua ini perlu diberi penjelasan beberapa kali. Anwar Ibrahim cukup khuatir Nik Aziz salah cakap lagi. Cakap ikut sedap mulut.



Hadi Awang mula tak sedap hati. Bahaya 'bisikan syaitan' Anwar Ibrahim ke telinga Nik Aziz.

Pantas dipanggilnya Timbalan Mursidyul Am PAS untuk menyusun strategi. Majlis Syura Ulama tidak perlu dilihat sebagai Flip-Flop.

"Bro Haron, kita shake hand dulu. Kira 0-0. Malam ini kita surprise Nik Aziz" - Barangkali ini bisikan dan amanat Hadi Awang ke telinga Haron Din.

Nik Aziz mula gatal tangan dan mulut. Tak sabar Mursidyul Am PAS ini menanti soalan-soalan panas dari wartawan yang mula mengerumuni beliau.

Amanat Ketua Parasit perlu dilaksanakan atau bakal berhadapan dengan pemotongan dana terhadap gerak kerja bawah tanah syaitan-syaitan bisu.

Pucuk dicita ulam mendatang ...


Masa depan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam parti itu bakal ditentukan dalam Majlis Syura Ulama Pas yang dijangka membuat keputusan mengenainya malam ini.

“Tunggu esok (malam ini) memang ada (perbincangan mengenai Nasharudin). Pagi mesyuarat agung dan petang ada jamuan raya. Kita tengok mesyuarat esok macam mana.

“Dia (Nasharudin) manusia. Apa dok bising sedangkan orang lain pun manusia biasa juga. Dia manusia biasa, malah dia bertanding tiga penjuru pun kalah,” - Sinar Harian, 9 September 2012.




Menurut sumber yang dipercayai, berlaku pertengkaran kecil di antara Nik Aziz sewaktu mesyuarat Majlis Syura Ulama diadakan malam tadi.

Usul pemecatan Nasha Mat Isa oleh syaitan-syaitan bisu gagal dipersetujui. Kecewa sungguh Nik Aziz dan syaitan-syaitan bisu. Usul gagal lagi.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura, dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat Pas jam 9.15 malam, selepas memimpin mesyuarat bulanan badan tertinggi Pas itu selama kira-kira 20 minit.

Sinar Harian Online difahamkan beliau meninggalkan mesyuarat kerana kurang sihat.

Difahamkan, mesyuarat kemudian dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din. - Sinar Harian, 9 September 2012.

Ramai juga waratawan yang angin satu badan melihatkan Nik Aziz beredar dari mesyuarat tanpa menjawab pertanyaan yang diajukan.



Selaku Ketua Parasit Umum, Anwar Ibrahim nyata kecewa. Cukup tinggi kekecewaannya terhadap Nik Aziz dan pasukan syaitan-syaitan bisu yang dibiayai 100 peratus.

Anwar tidak mahu memeningkan kepala dengan soal jawab ketidakpuasan hati Majlis Syura DAP, lebih-lebih lagi Karpal Singh sebelum ini nyata 'over confident' dengan kenyataan Nasha Mat Isa sebagai 'ikan bilis'.

Nasharudin Mat Isa terselamat. Syaitan-syaitan bisu gagal membunuh karier politik beliau.

Nyata beliau cukup terhutang budi kepada Majlis Ulama Syura. Kepimpinan majoriti pro ulama pun cukup menyebelahi beliau.

alt

Hati-hati Nasha Mat Isa ... parasit disebelah saudara cukup kelat mukanya. Tunggu sahaja reportnya kepada Anwar Ibrahim.






 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU