
GWM yakin rakyat masih belum melupakan tragedi bagaimana seorang anggota polis terpaksa mengacukan senjata api ke arah para perusuh BERSIH 3.0 tempoh hari.
Anwar Ibrahim dengan bantuan media pro pembangkang cukup hebat memainkan sentimen anggota polis cuba membunuh para peserta BERSIH 3.0 tempoh hari.
Hebat mainan rakaman video youtube "Cop Points Gun At Protester " oleh Syed Jaymal Zahidd bertarikh 2 hb Mei 2012 dalam mencari 'angle' terbaik untuk menghubungkait keganasan anggota polis terhadap para demonstran.
GWM paparkan kembali rakaman video tersebut sebagai perbandingan dengan kejadian pengawal peribadi Anwar Ibrahim mengacukan senjata api terhadap orang awam.
Barangkali keterlaluan apa yang dilakukan oleh anggota polis trafik tersebut ini.
Namun hakikatnya anggota polis trafik ini terpaksa menyabung nyawa demi menyelamatkan nyawanya dan juga anggota polis yang teruk dibelasah oleh para pendemostran waktu itu di hadapan Sogo.
Justeru itu, dalam usaha anggota tersebut untuk mengawal keselamatan diri dari para perusuh yang ramai dan agresif, maka angota polis tersebut telah mengeluarkan senjata api untuk tujuan keselamatan diri.


Berdasarkan faktor tersebut tindakan anggota polis tersebut tidak menyalahi undang-undang dan "justified".
Bagaimana pula dengan situasi yang menyaksikan pengawal peribadi Anwar Ibrahim mengacukan senjata api ke arah orang ramai pada majlis anjuran PKR di Kampung Baru Rim di sini, petang semalam.

Berdasarkan faktor apakah yang dikatakan pengawal peribadi Anwar Ibrahim ini diancam oleh orang ramai yang melakukan demonstrasi secara aman, tidak mengalu-alukan kedatangan Ketua Pembangkang ini?

Dimanakah faktor keganasan dan ancaman nyawa terhadap Anwar Ibrahim mahupun terhadap pengawal peribadinya?
Apa justifikasi pengawal peribadi Anwar Ibrahim mengacukan senjata api ke arah orang ramai?
Agak malang ...
Agak malang apabila pihak polis terlalu awal mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan pengawal peribadi Anwar Ibrahim mengacukan senjata api ke arah orang ramai, tidak mengancam sesiapa seperti kenyataan dibawah ini:
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata, siasatan awal mendapati lelaki 37 tahun itu mempunyai lesen senjata api yang sah dan hasil keterangannya mendapati tindakannya itu tidak mengancam sesiapa, sebaliknya hanya menjalankan tugas sebagai pengawal peribadi. - Berita Harian, 9 Sept 2012.
Barangkali pihak polis tertekan dan telah melakukan khilaf dengan terlalu awal mengeluarkan kenyataan bahawa tundakan pengawal peribadi Anwar Ibrahim tidak mengancam sesiapa.
Namun begitu, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah turut memberitahu perkara berikut.
Bagaimanapun, Raja Shahrom berkata, polis akan menjalankan siasatan lanjut melalui rakaman video atau gambar yang dirakam orang awam seperti yang dilapor sebuah akhbar tempatan hari ini. - KLPOS, 9 Sept 2012.
Masih belum terlambat pihak polis untuk melakukan siasatan dengan mendalam dan terperinci.
GWM cukup yakin pihak polis boleh menggunakan rakaman video dan gambar yang telah disiarkan dalam blog-blog pro kerajaan untuk dijadikan bahan bukti yang kukuh bagi meneruskan siasatan lanjut terhadap pengawal peribadi Anwar Ibrahim.
Rakyat berharap agar pihak polis tidak terlalu tertekan dan fobia dengan permainan poltik licik Anwar Ibrahim yang sering menyalahkan pihak berkuasa apabila sesuatu situasi tidak menyebelahinya.
Apa yang jelas, perbuatan dan tindakan pengawal peribadi Anwar Ibrahim ini belum mampu memberi justifikasi sepenuhnya mengapa perlu diacukan senjata api terhadap orang awam yang melakukan demonstrasi tidak mahu Anwar Ibrahim mengotori bumi Melaka.


GWM cukup yakin pihak polis mampu menjalankan tugas dan siasatan dengan baik ... without fear or favour.






