GELOMBANG WANGSA MAJU: 09/07/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Jihad Pertahan Ammar dan Sin Yee - Anwar Ibrahim

| Friday, September 7, 2012

Dengan penangkapan ikon biadab, Ammar dan Sin Yee, PR dikatakan sedang mengatur langkah untuk membela kedua-dua mereka sebagai modal politik seterusnya.

Di masa yang sama, ibu bapa Ammar yang pantas bertindak menyerahkannya kepada pihak polis telah pun meminta maaf kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia atas tindakan biadap anak mereka.

Malah, mereka juga sedang berusaha untuk berjumpa dengan Perdana Menteri bagi meminta maaf secara rasmi dan bersemuka sebagai tanda ikhlas dan insaf.

Sin Yee bagaimanapun, menggunakan pentas politik untuk meminta maaf iaitu melalui DAP dan dengan membuat sidang media dalam bahasa Cina yang diterjemahkan.
Tangan bergari sebagai cara terbaik menarik perhatian polis kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Tiada permohonan maaf secara langsung kepada Perdana Menteri yang dilafazkan, hanya permohonan maaf secara umum kepada rakyat Malaysia. Itupun entah tepat entah tidak dengan terjemahan yang diperdengarkan kepada kita.

Tidak seperti Ammar, pihak Sin Yee tidak menyatakan minat untuk menemui Perdana Menteri dan meminta maaf secara rasmi dan bersemuka.

Sebaliknya, dengan meminta bantuan DAP, parti itu pantas menjadikan tangan Sin Yee yang digari ketika tangkapan sebagai isu untuk menenggelamkan isu sebenar, iaitu bersikap biadab terhadap pemimpin negara.

Namun, oleh kerana bukan hanya Sin Yee yang terlibat, DAP merasa bimbang jika sifat perkauman mereka kelihatan begitu ketara jika hanya Sin Yee yang dibela.


Justeru, mahu tidak mahu, PR perlu kelihatan membela semua yang terlibat secara adil. Keputusannya, Ammar dan Sin Yee, kedua-duanya perlu dibela oleh PR.

Untuk itu, kedua-dua mereka tidak boleh dibiarkan digambarkan sebagai pesalah tetapi perlu dijadikan wira. Bagi mencapai matlamat ini, PAS perlu melancarkan jihad untuk membela kedua-dua Ammar dan Sin Yee atas nama keadilan dalam Islam.

Hujah yang digunakan oleh PR ialah kedua-dua mereka masih muda dan kesalahan yang dilakukan adalah tidak seberapa iaitu hanya memijak dan menunjuk punggung kepada gambar, bukannya kepala Dato’ Seri Najib.

Oleh itu, mereka tidak layak dilayan seperti penjenayah dengan mengenakan gari ketika tangkapan. Tindakan tersebut akan digembar-gemburkan sebagai menunjukkan yang kerajaan tidak berperi-kemanusiaan, tidak bertimbang rasa dan sengaja ingin menutup hak bersuara rakyat.

Di samping itu, DAP tetap juga akan menggunakan pendekatan perkauman bagi menaikkan kemarahan kaum Cina terhadap kerajaan. Beberapa isu akan ditimbulkan bagi menunjukkan layanan berbeza oleh polis terhadap peserta Cina dan Melayu yang ditangkap atau antara Sin Yee dan Ammar.

Inilah antara stragegi jihad PR untuk Sin Yee dan Ammar dan mereka bakal melancarnya secara serentak secepat mungkin.

Nampaknya demi kuasa, PR, termasuk PAS sanggup melancarkan jihad membela perlakuan menunjuk punggung di khalayak ramai.

Kerana kuasa PAS sanggup berjihad untuk anak Cina yang kurang ajar terhadap pemimpin Islam. Lebih buruk ialah si anak Cina itu langsung tidak menunjukkan keikhlasan dan keinsafan dalam permohonan maafnya.

Sudahlah dibuat di dalam bahasa Cina yang mana Perdana Menteri tidak dapat memahaminya, lebih teruk lagi ialah hakikat bahawa seorang warganegara yang mengaku setia kepada negara tidak mampu berbahasa kebangsaan walaupun untuk memohon maaf.


Dengan tersenyum gembira, Sin Yee memijak potret Perdana Menteri DS Najib. Barangkali ini bukan kurang ajar bagi Pakatan Rakyat

Inilah produk DAP dan produk inilah yang PKR dan PAS sedang bantu untuk diperkembangkan dan diperkuatkan.

Nampaknya, jihad PR adalah jihad untuk memenangkan kafir harbi.


18SX ... Cina Chauvinist Ini TURUT BUKA SELUAR Hina PM?

|

PR bernasib baik hanya Muhammad Ammar yang menjadi luar kawalan sehingga sanggup membuka seluar dan menunjuk punggung pada malam sambutan Hari Merdeka tempoh hari.

Apa agaknya akan terjadi jika si nyonya berbaju BERSIH atau amoi, Sin Yee juga turut berbuat yang sama?

Tentu semakin meriah dan ‘bersemangat’ jadinya himpunan Janji Demokrasi pada malam itu. Reformasi yang dilaungkan akan lebih kuat dan silap-silap semua peserta yang terlibat akan turut melakukan perkara yang sama, iaitu membuka seluar.

Mahu tumbang juga kerajaan dibuatnya jika ini berlaku kerana pihak berkuasa menjadi bingung dan tidak dapat menjalankan tugas dengan baik kerana pandangan mereka terganggu.

Nasib baiklah perkara ini tidak terjadi dan Sin Yee hanya memakai seluar ketat jarang sambil memijak gambar Dato’ Seri Najib, tanpa membukanya.

Jika tidak, tentu jenuh puak-puak PAS mencari ayat untuk menghalalkan tindakan tersebut kalaupun tidak turut sama.

Sekarang pun, kita lihat walaupun Tok Guru Nik Aziz juga mengecam tindakan tak senonoh peserta himpunan Janji Demokrasi tetapi penyokong-penyokong PAS di laman-laman sosial dan media pro-PR seolah-olah ‘keberatan’ untuk turut mengecam tindakan tersebut.

Kebanyakan mereka mengambil sikap ‘malu alah’ dan enggan mengulas lanjut mengenai insiden buka seluar. Sebaliknya, mereka cuba mengalihkan topik atau perhatian ke arah lain sekiranya perkara ini dibangkitkan oleh pihak lawan.

Kita tahu bahawa adalah tidak mustahil jika Sin Yee benar-benar membuka seluar dengan diikuti oleh sebahagian besar peserta lain, maka PAS akan terpaksa juga membela tindakan tersebut dengan apa jua cara.

Mungkin juga akan timbul ayat baru yang mengatakan berkelakuan tidak senonoh itu adalah dibolehkan jika ianya bertujuan menentang pemerintah yang zalim atau sebagainya.

Sekarang pun, ada pihak Pakatan Rakyat yang membela Ammar sambil mengutuk ibu bapa Ammar sebagai mengkhianati anak sendiri kerana menyerahkannya kepada pihak berkuasa.

Ini adalah sama seperti yang berlaku dalam kes ‘mencarut’ apabila Tok Guru Nik Aziz mempertahankan buku Shit, tulisan Shahnon Ahmad yang penuh dengan kata-kata mencarut di tahap tertinggi terhadap pemimpin negara.

Alasan Nik Aziz ketika itu ialah ‘Allah juga mencarut’, dan diberikan contoh iaitu ungkapan ‘celakalah mereka’ di dalam Al-Quran.

Kita tidak hairan jika alasan ini diberikan oleh Nik Aziz kerana kita pasti, beliau gagal dalam peperiksaan Bahasa Malaysia apabila tidak dapat membezakan ‘mencarut’ dengan perkataan keras untuk menekankan kemurkaan Allah S.W.T terhadap umat yang engkar di dalam Al-Quran.

Nasib baik kali ini Nik Aziz tidak turut membela tindakan Ammar tetapi mengecamnya. Nasib baik sekali lagi Sin Yee tidak berbuat yang sama, kalau tidak belum tentu lagi apa pendirian Nik Aziz mengenainya.

Mana tahu mungkin beliau akan memberi alasan yang Sin Yee adalah bukan Islam maka tindakan sebegitu tidak harus dipertikai semata-mata untuk menjaga hati DAP?

Lagipun, bukankah DAP yang bertungkus lumus membela Sin Yee dan telah nampak jelas yang mereka sedang berusaha untuk mempolitikkan kebiadaban Sin Yee sebagaimana mereka mempolitikkan kematian Teoh Beng Hock?

Sin Yee kini cuba dijadikan ‘hero’ hanya kerana tangannya digari ketika ditangkap.

Apakah Nik Aziz akan turut meng’hero’kan Sin Yee?

Syaitan Bisu TIDAK AKAN BERJAYA PECAT Nasharudin - Haron Din

|
Tidak ada sebab mengapa Nasharudin perlu dipecat melainkan ia hanya cakap-cakap pihak luar semata-mata - Haron Din.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, beliau tidak nampak mengapa perlu Nasharudin Mat Isa dipecat daripada Pas ekoran gesaan bekas Timbalan Presiden tersebut supaya parti itu mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan pembangkang sebelum ini.

Beliau yang tetap bersetuju dengan saranan Nasharudin berkata, apa yang disarankan oleh Ahli Parlimen Bachok itu dianggap sebagai bukan satu perkara besar sehingga boleh menyebabkan berlakunya pemecatan terhadap ahli parti itu.

"Seperti saya katakan dahulu, saya tidak nampak itu sebagai satu perkara besar sehingga boleh berlaku pemecatan semata-mata kerana adanya pandangan peribadi yang mungkin dilihat sebagai bertentangan dengan perjuangan parti.

"Tidak ada sebab mengapa Nasharudin perlu dipecat melainkan ia hanya cakap-cakap pihak luar semata-mata," katanya.

Read more, HARON DIN BERI AMARAN KEPADA SYAITAN BISU



Sudah masuk tiga kali Timbalan Mursidul Am Pas ini memberi sokongan secara terbuka terhadap Nasharudin Mat Isa.

Jika sudah tiga kali, sekaligus ianya adalah amaran keras buat syaitan-syaitan bisu dalam PAS oleh Haron Din.


Dua 'giant killer' Haron Din dan Harun Taib secara terbuka menolak pemecatan Nasharudin Mat Isa. Sebahagian AJK Dewan Ulama PAS Pusat juga menyokong bekas Timbalan Presiden PAS ini secara terbuka.

Nik Aziz mabuk dan pening dibuatnya ... ditelan mati emak, diludahkan mati bapa. Mati akal orang tua ni.

Hadi Awang hanya berani berbisik kepada Haron Din dan Harun Taib untuk menyokong Nasha Mat Isa dari balik tadbir. Mat Sabu dah gatal tangan untuk singkirkan Nasha Mat Isa secepat mungkin.

Barangkali ramai yang skeptikal mengapa GWM tuding jari dan penumbuk kepada Mat Sabu.


Timbalan Presiden PAS yang bakal meningkatkan syiar Islam di Malaysia? ... Mantap !


Mungkin ramai yang terlupa Mat Sabu dalam ucapan sewaktu Muktamar PAS tahun lalu telah beri 'hint' dan petunjuk terbaik mengapa perlu PAS pecat Nasha Mat Isa.

Cukup mudah memahami ucapannya, Mat Sabu mengesyorkan Majlis Ulama Syura untuk 'mengaudit' kepimpinan PAS dan mengambil tindakan terhadap ahli yang melanggar displin parti.

Sekaligus ucapan ini ditujukan kepada bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ...

Puak-puak Erdogan dan Anwarinas ini sudah menghidu Nasha Mat Isa akan kembali ke pentas utama Pusat. Kembalinya Nasha Mat Isa bererti Erdogan dan Anwarinas bakal kehilangan sokongan dan dana dari Anwar Ibrahim.

Nasha Mat Isa cukup konsisten mahu mengekalkan agenda Daulah Islamiyyah. Ini yang mencipta kembali sokongan dari Dewan Ulama PAS.

Puak-puak Erdogan dan Anwarinas tidak mahu ini berlaku. Apa yang perlu dilakukan adalah menukar agenda lapuk ini kepada Negara Berkebajikan atas dasar mahu seiring dan sama dengan DAP.



Ahad ini adalah penentu mati atau hidupnya Nasha Mat Isa dalam PAS. Haron Din pun telah memberi 'hint' kepada ahli PAS melalui kenyataannya.

Tidak ada sebab mengapa Nasharudin perlu dipecat melainkan ia hanya cakap-cakap pihak luar semata-mata.

Pihak luar yang dimaksudkan bukanlah UMNO atau BN ...

Namun sebenarnya terarah kepada Pak Jangoat yang pernah membaca khutbah atas mimbar dalam masa yang sama meliwat dan melanyak China Doll sampai senak.




 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU