Penulis agak terganggu setelah menerima kiriman sms dari rakan media di Indonesia yang secara sinikal menggambarkan rakyat negara ini lebih mendambakan negara jiran Indonesia berbanding dengan tanah tumpah darah.
Dalam sms tersebut, rakan penulis ini mencuit dengan suatu sindiran berbaur nakal "ngapain ada krisis jiwa nasionalisme dikalangan kamu". Lantas turut memberikan dua pautan agar penulis membaca dengan kesabaran sindiran secara tidak langsung dari media di Indonesia terhadap jati diri rakyat Malaysia.

Penulis faham dengan mesej yang hendak disampaikan oleh rakan media dari Indonesia ini. Mesej yang sangat mudah difahami dengan akal yang cukup waras; patriotisme dan kenegaraan yang telah pudar dikalangan jiwa golongan muda di negara ini.
Rakyat perlu memahami mengapa banyak pihak di luar amat mencemburui kemakmuran Malaysia. Mustahil jutaan rakyat Indonesia sanggup meredah lautan untuk mencari makan dan rezeki disini jika tidak kerana kemakmuran negara.
Ironinya, rakyat Indonesia yang sememangnya tidak mempunyai semangat kecintaan terhadap Malaysia ini turut dikongsi semangat 'Malingsia' oleh golongan muda di negara ini yang hilang pertimbangan akal yang waras.
Read More, Media Indonesia Perlekeh Jati Diri Rakyat Malaysia



