Posted by
Melayu Atas Pagar |
Monday, September 3, 2012
Budaya (pijak gambar Perdana Menteri) melambangkan budaya yang tidak sihat. Makin menjurus kepada yang tidak baik - Yusmadi Yusoff. Barangkali itu adalah rumusan yang mampu GWM perkatakan mengenai nasib ahli Parlimen Balik Pulau ini. Kecaman Yusmadi Yusoff adalah satu tamparan dan amaran berlapik terhadap tingkahlaku anak muda yang disokong oleh Anwar Ibrahim.
Anwar sebenarnya menghilangkan lagi sokongan golongan muda terhadap Pakatan Rakyat.
Mungkin juga Yusmadi semakin bosan dengan sikap Anwar yang terlalu mempertahankan tindakan puak-puak yang terlalu mengagungkan Sang Saka Malaya ini. Pun begitu, Yusmadi bukan keseorangan dalam hal kebiadaban manusia memijak gambar Perdana Menteri. Nik Aziz tidak terkecuali mengutuk tindakan monyet-monyet kuning di malam ambang merdeka.
"Kerja ini bukan kerja orang Melayu dan orang Islam. Orang Islam pun tidak, orang Melayu pun tidak. Ini sangat mendukacitakan dan memalukan, gambar yang saya tengok itu bukan Melayu (yang melakukannya). Kita orang Islam diajar jangan buat kepada orang lain. Kalau orang lain buat kepada kita, (maka) kita akan marah." Sudah pasti kenyataan ini ditujukan kepada puak-puak penyokong tegar Anwar yang bertindak melampaui batasan memijak gambar PM Najib Tun Razak. Mengapa Nik Aziz bertindak membela Perdana Menteri? Nik Aziz kenal benar dengan perangai Najib. Najib sememangnya seorang pemimpin yang menghormati Pimpinan lawan terutamanya PAS dan DAP tanpa melakukan serangan peribadi melampau. Bukan sikap dan perangai Najib memperlekehkan pemimpin pembangkang secara membabi buta ... tidak seperti Anwar Ibrahim.
Nik Aziz juga tidak bersetuju dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang dikatakan menukar bendera Jalur Gemilang. Memang tepat kecaman Yusmadi Yusoff terhadap puak-puak yang dididik dengan sifat biadab dan kurang ajar oleh Anwar dan Hishamuddin Rais ini. Persoalannya, sanggupkah Anwar Ibrahim melepaskan ahli Parlimen Balik Pulau ini tanpa memberi amaran paling keras. Mungkin nasib Yusmadi Yusoff sama seperti nasib Nasharudin Mat Isa ...
Usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan bendera baru bagi menukar Jalur Gemilang benar-benar memakan diri parti tersebut. Walaupun Anwar bersungguh-sungguh cuba menafikan yang PR punya sebarang niat sedemikian, namun pengakuan pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor, Najwan Halimi, sebagai pencipta bendera tersebut, menyebabkan penafian Anwar terkantoi.
Najwan telah mempertahankan bendera Sang Saka Bangsa ciptaannya yang didakwanya dicipta seawal tahun 2007. Profile facebook Najwan menamakan dirinya sebagai Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, seorang pengamal politik ‘moderate’ dan pengasas serta pengarah Akademi Pak Sako, sebuah akademi yang menggunakan nama Pak Sako, nama sebenar kepada Ishak Haji Muhammad, individu yang mengagaskan idea penyatuan Melayu Raya Indonesia, Malaysia dan Brunei.
Perlu diingatkan iaitu, pada tahun 2003, PKR, pada ketika itu memakai nama Parti Keadilan Nasional (PKN) telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) iaitu satu-satunya parti berhaluan kiri yang masih wujud pada hari ini.
Mengimbas sejarah PRM, pada tahun 1958, PRM pimpinan Ahmad Boestamam telah bergabung dengan Parti Buruh Malaya, pimpinan Pak Sako dan Parti Perhimpunan Kebangsaan, pimpinan Abdul Aziz Ishak) dan menamakan gabungan mereka sebagai Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People’s Socialist Front) yang berhaluan kiri.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1896 hingga 1950
Sebelum itu, pada tahun 1938 Ahmad Boestamam menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya bagi menentang Jepun. Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945. PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh yang juga salah seorang aktivis komunis. Pada tahun 1947, PKMM dipimpin pula oleh Pak Sako. PKMM kemudiannya, menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan bergabung pula dengan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) sebagai gabungan kumpulan sosialis Malaya. Gabungan ini bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 untuk penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1950 hingga 1963
Ini kerana PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949. Dalam usaha merealisasikan gagasan ini, PKMM mengambil bendera kebangsaan Indonesia – Sang Saka Merah Putih sebagai bendera parti dan lagu kebangsaan Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan PKMM yang sering dinyanyikan dalam perhimpunan PKMM. Dan bendera inilah yang begitu mirip dengan bendera ciptaan Najwan dari segi nama dan juga rupa. Ia juga membawa ciri-ciri komunis iaitu latar merah dan bintang kuning. Oleh itu, persoalan yang timbul ialah, apakah ‘roh’ Pak Sako dan komunis hanya satu kebetulan dalam bendera Sang Saka Bangsa? Apakah kecenderungan PR untuk mengwirakan Mat Indera, seorang pengganas komunis, merupakan sebahagian dari keseluruhan agenda besar komunisme? Apabila berlaku konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963, Ahmad Boestamam, Pak Sako dan Aziz Ishak ditahan di bawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menjadi pembelot negara dengan bersekongkol dengan Indonesia.
Sang Saka Merah Putih
Dan apa yang ironi di sini ialah, Anwar juga dianggap sebagai pengkhianat negara dan sering mengunjungi Indonesia untuk memburuk-burukkan Malaysia serta menghasut rakyat di negara tersebut agar memandang serong dan rendah terhadap rakyat dan negara ini. Seolah-olah beliau cuba menggerakkan satu konfrontasi pula. Mungkinkah impian Anwar setinggi itu iaitu memanjangkan idea Pak Sako iaitu menggabungkan Indonesia-Malaysia dengan meletakkan dirinya sebagai Ketua bagi gugusan Melayu rantau ini?
Bendera Malaysia yang masih dalam penggunaan
Apakah jenis pemimpin yang dengan sengaja ‘menjemput’ negara asing menjajah kita sedangkan pemimpin seharusnya mempertahankan negara dari dijajah? Apalagi negara yang jauh lebih mundur dari kita seperti Indonesia. Kita tidak dapat membayangkan adanya sebarang penjelasan yang masuk akal dari pihak PR berkenaan isu bendera Sang Saka Malaya ini. PR boleh terus menafi, tetapi kerosakan telah pun berlaku. Rakyat kini telah sedar siapakah PR dan apakah agenda besar parti ini untuk Malaysia.
“Tidak ada isu. Tapi, tak mengapa. Kita boleh minta Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) mengadap (Sultan Selangor). Tidak ada masalah,” - Anwar Ibrahim.
Kaduk Naik Junjung ... Anwar Dijulang Seperti Sultan di Stadium Shah Alam.
Cukup mudah Anwar Ibrahim melarikan diri dari isu kerajaan negeri tidak menjemput Sultan Selangor dalam meraikan Hari Kemerdekaan di Selangor. Pass the batton to Khalid Ibrahim ... Khalid Ibrahim panik dan geram. Barangkali Khalid Ibrahim berbisik dalam hati " Celaka punya Anwar, Lu punya taik aku jugak yang basuh,". Suka atau tidak. maka terpaksalah Khalid Ibrahim melakukan kenyataan rasmi untuk menghilangkan najis khinzir peninggalan Anwar Ibrahim.
SHAH ALAM 1 September - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui kerajaan negeri tidak menjemput Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri program sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri yang berlangsung malam Jumaat lalu. "Memang tak ada dalam program menjemput (Sultan). Memang biasa tiap-tiap tahun kita membuat cara ini, itu sahaja," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar bahawa Sultan Selangor dibelakangkan dalam acara sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan di sini. Beliau turut menafikan bahawa Sultan Sharafuddin murka dengan tindakan kerajaan negeri itu dan berkata Sultan Selangor telah diberi penjelasan mengenai perkara itu. Read More, Sultan Selangor Memang Tidak Dijemput - Khalid Ibrahim
Kenyataan rasmi Khalid Ibrahim belum mampu memadamkan api kemarahan rakyat. Mana mungkin Sultan Selangor tidak murka? Ini adalah upacara tahunan dan baginda tidak pernah tidak dijemput bagi meraikan Hari Kemerdekaan. Memang satu formaliti, tuanku baginda dijemput menghadiri sambutan ulang tahun kemerdekaan dan ini sememangnya amalan biasa yang dilaksanakan kerajaan negeri dibawah pentadbiran BN. Memang tak ada dalam program menjemput Sultan?
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa pelik mengapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijemput sebagai tetamu kehormat sewaktu Sambutan Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri malam Khamis yang lalu. Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, tindakan oleh PR Selangor itu menimbulkan tanda tanya kerana Anwar tidak menjawat sebarang kedudukan tertinggi di peringkat negeri, sebaliknya hanya bertindak selaku Penasihat Ekonomi negeri. "Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat. Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi. "Kebiasaannya kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi negeri, Menteri Besar akan menggantikan baginda untuk memberi ucapan," katanya. "Tetapi mengapa Anwar yang dijemput, ini program rasmi, bukan politik." tambahnya.
Read more, ANTARAPOS Pelik juga, bila masa Anwar Ibrahim mempunyai 'locus standi' berbanding dengan tuanku baginda Sultan Selangor? Siapa sebenarnya yang harus lebih dihormati ... Anwar Ibrahim atau SULTAN SELANGOR? Barangkali bagi Pakatan Rakyat dan pembangkang, Sultan Selangor bukanlah simbol kepada perpaduan dan kedaulatan negeri. Ini bukan soal sama ada arahan keluar dari pejabat Menteri Besar atau dari pejabat SUK. Soal yang paling wajar ditanya, mengapa Sultan Selangor tidak dijemput?
SHAH ALAM: Setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyalahkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani atas dakwaan gagal memaklumkan hasrat Sultan Selangor untuk mencemar duli dan menghadiri acara ulang tahun kemerdekaan ke 55 pada 30 Ogos lalu di Dataran Kemerdekaan, di sini. Dalam kenyataannya, Faekah berkata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim amat kecewa dengan adanya pegawai yang gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik sehingga mewujudkan suasana tegang serta menggugat hubungan baik beliau dengan Sultan Selangor. "Sekiranya DYMM Sultan Selangor berkenan untuk mencemar duli dan menghadiri acara ini adalah menjadi tanggung jawab Setiausaha Sulit baginda, Munir untuk memaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. "Saya berpendapat kekeliruan timbul apabila Datuk Munir tidak memberikan maklumat yang sewajarnya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya.
Read more, ANTARAPOS Risau melihatkan Khalid Ibrahim diterajang kanan kiri akibat kegopohan Anwar Ibrahim ingin menjadi tuanku Sultan, Faekah juga turut campurtangan menyalahkan Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani. Barangkali Faekah 'buta mata dan hati' dengan apa yang diperkatakan oleh Anwar Ibrahim. “Tidak ada isu. Tapi, tak mengapa. Kita boleh minta Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) mengadap (Sultan Selangor). Tidak ada masalah,” - Anwar Ibrahim. Cukup mudah untuk difahami bait-bait ayat dari mulut Anwar Ibrahim ... Dan jika benar 'tidak ada isu', mengapa perlu Anwar arahkan Khalid Ibrahim boleh mengadap Sultan Selangor? Teruk Khalid Ibrahim terpaksa melakukan 'damage control' akibat kegilaan Anwar Ibrahim.
Simple explanataion ... Walau 'racist' sekalipun Lim Guan Eng, tidak pula lupa DAPigs ini menjemput Yang Dipertua Negeri untuk turut sama menghadiri sambutan ulang tahun kemerdekaan.
Beta lah Yang Bergelar ... SETAN AMINURRASYID SELANGOR - Anwar Ibrahim
Siapa yang berkuasa di Selangor ini ... Anwar Ibrahim kah?
Bagai tiada kesudahan hubungan simbiotik diantara HARAKAH dan FITNAH ... Sebut sahaja HARAKAH, pasti FITNAH adalah menu utama pengisian berita. Sebut sahaja FITNAH, maka HARAKAH adalah lokasi utama penyebaran berita palsu dan tidak boleh dipercayai 100 peratus. GWM sarankan baca dahulu artikel yang dipetik dari HAPRAKAHDAILY ini ...
PAS dan HARAKAH masih belum serik menjadikan fitnah sebagai makanan ruji utama ...
Apa sahaja yang mampu dijadikan sajian FITNAH, maka HARAKAH pasti paling hadapan membantu perkara paling jijik ini mendapat perhatian dikalangan ahli dan penyokongnya. Media HARAKAH semakin kerap dan gemar melakukan FITNAH dan mengaibkan sesama umat Islam. Memang tepat ... moto dan visi 'Tepat Dari Sumber' HARAKAH sememangnya tepat kerana artikel yang diambil cukup 'Tepat Dari Sumber FITNAH'. GWM cukup tertarik dengan artikel pagi ini dari portal KLPOS, berhubung dengan gambar-gambar dari sumber KLPOS ... yang dijadikan bahan fitnah oleh HARAKAH dan cybertrooper pembangkang.
Isu gambar membabitkan Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama sekumpulan pelajar Tahfiz ketika mengunjungi Rumah Terbuka Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar telah mencetuskan kontroversi. Ianya berikutan tindakan sebilangan blogger politik yang cenderung menyokong Pakatan Rakyat menggunakan gambar milik KLPOS sebagai serangan peribadi seterusnya memberi gambaran serta persepsi negatif terhadap beliau. Sewajarnya fakta maklumat terperinci dan sahih dilakukan pihak blogger-blogger berkenaan kerana laporan tersebut dilihat tidak menceritakan keadaan sebenar. Artikel selanjutnya, klik HARAKAH MEDIA PEMFITNAH YAHUDI
Inilah gambar yang diambil dari facebook portal KLPOS, yang dijadikan sumber fitnah kononnya mengapa pelajar tahfiz yang enggan bersalam dengan Datin Seri Rosmah Mansor di rumah terbuka Noh Omar.
Walhal gambar yang menunjukkan pelajar tahfiz bersalam dengan Datin Seri Rosmah Mansor tidak diambil.
Rakyat dan umat Islam perlu berfikir secara rasional dan bertanya ... Mengapa HARAKAH semakin kerap menjadikan FITNAH sebagai bahan utama dalam pemberitaan? Pada GWM cukup mudah, HARAKAH itu adalah FITNAH ... dan FITNAH itu adalah HARAKAH.
Ini adalah artikel dan gambar yang pernah dikeluarkan oleh Harakahdaily sewaktu PRK Kerdau tempohari. Ini adalah artikel dan gambar yang pernah dikeluarkan oleh media yang mendakwa berpandukan kepada Islam dan 'Tepat Dari Sumber'. Inilah media yang menjadi bahan rujukan utama ahli dan penyokong PAS. Saban hari ahli dan penyokong PAS disuapkan dengan artikel FITNAH dan ditelan hidup-hidup oleh jemaah Parti Adat & Sosialis ini. Tidak hairanlah mengapa Hadi Awang selaku Presiden parti, menyebut HARAKAH sebagai media BODOH.
Isu FITNAH sebenarnya telah lama bertapak dan wujud dalam media syurga Parti Adat & Sosialis ini ... HARAKAH. Hanya melalui FITNAH, PAS terbukti mampu menarik sebilangan sokongan dan undi umat Islam yang terpana dengan pembohongan. Sejarah tidak pernah berbohong ... HARAKAH kerap kali dan gemar berbohong dan memFITNAH terhadap umat Islam. Media yang sepatutnya menganjurkan ukhwah Islamiyah dan perpaduan di kalangan umat Islam sudah menjadi media pemfitnah tegar, lebih jijik dari media pro kerajaan. Masih lagi percaya dan mahu membaca media yang mendakwa 'Tepat Dari Sumber' ini? Benar atau tidak seperti apa GWM perkatakan ... HARAKAH itu adalah FITNAH ... dan FITNAH itu adalah HARAKAH.