GELOMBANG WANGSA MAJU: 08/28/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Hadi Awang BERBOHONG ... PAS Kedah Tidak Pernah Janji LAKSANA HUDUD

| Tuesday, August 28, 2012

Sejurus selepas memenangi Negeri Kedah dalam pilihanraya 2008, Bernama (9 Mac 2008) melaporkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merancang untuk melaksanakan Hudud di Kedah.

Katanya, ia adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri Kedah.


Namun, tiada susulan dari mana-mana pemimpin PAS berkenaan perlaksanaan hudud di Kedah selepas laporan tersebut.

Hanya setelah hampir sepenggal, hudud di Kedah diperkatakan semula melalui laporan kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak, di Sinar Harian (5 July 2012) bahawa beliau menyerahkan keputusan perlaksanaan hukum hudud kepada PAS Pusat.

Ini berikutan perlantikan Jawatankuasa Pemandu oleh PAS Pusat, bagi memantau pentadbiran PAS Kedah.


Sekiranya PAS Kedah ingin melaksanakan hudud, ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana hanya terdapat 3 orang exco bukan Islam di dalam pentadbiran PAS kedah,

Dan hanya seorang dari mereka adalah dari parti DAP yang kuat menentang hudud.

Jelas, PAS Kedah seperti juga PAS Pusat, tidak pernah merancang untuk melaksanakan hudud.

Sebaliknya, hudud hanyalah impian penyokong-penyokong PAS yang dungu dan mainan politik pemimpin-pemimpin PAS yang licik.


Mengikut sejarah, apabila PAS memenangi Terengganu, parti tersebut pernah membentangkan hudud tetapi telah ditolak oleh kerajaan pusat kerana terdapat berbelas-belas enakmen yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Antaranya, dibolehkan meliwat isteri, orang bukan Islam boleh dilantik sebagai hakim dalam undang-undang hudud dan juga perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Perkara ini didedahkan oleh Dato’ Zulkifli Nordin di dalam Sidang Dewan Rakyat pada tahun 2011.


Lebih menarik lagi apabila Dato’ Zulkifli juga menyebut tentang desas-desus yang didengarinya iaitu kesilapan atau percanggahan dengan ajaran Islam di dalam hudud yang dibentang PAS pada ketika itu adalah disengajakan.

Ini bertujuan untuk memastikan Tun Dr. Mahathir, pada ketika itu Perdana Menteri agar menolaknya, sekali gus mencipta peluang untuk PAS menuduh beliau dan UMNO sebagai menolak hudud.

Jika ini benar, nampaknya PAS bukan sahaja licik, tetapi busuk hati.


Nasib baik juga PAS Kedah tidak memilih untuk bertindak licik seperti Terengganu dengan membentangkan enakmen hudud yang lemah dan bercanggah dengan Islam semata-mata untuk memburukkan kerajaan pusat.

Sebaliknya, PAS Kedah tidak berminat untuk turut bermain wayang hudud bersama dengan PAS Pusat, dan lebih berminat untuk menambah pusat-pusat hiburan di sekitar bandaraya Alor Setar.



Jika Saya Boleh Terima ... MENGAPA ANWAR TOLAK HUDUD - Nallakaruppan

|
Anwar sendiri takut terhadap hukum hudud apabila beliau selama ini terlibat dalam pelbagai isu moral,

Pas dinasihatkan tidak berharap kepada komitmen Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada masa depan.

Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan (gambar) berkata, berdasarkan kenyataan Anwar selama ini, beliau secara jelas menyatakan hukum syariah itu tiada dalam dasar bersama pakatan pembangkang atau dokumen Buku Jingga yang menggariskan agenda pakatan pembangkang.

Sehubungan itu, kata Nallakaruppan, beliau berasa kasihan terhadap para pemimpin Pas yang beria-ia mahu memperjuangkan hukum hudud sedangkan Anwar tidak bersedia melaksanakannya dan DAP pula secara konsisten serta keras menentang agenda tersebut.

"Saya menghormati para pemimpin spiritual Pas yang tegas memperjuangkan hukum hudud kerana mereka ikhlas dan komited terhadap usaha itu, tetapi selagi berada dalam pakatan pembangkang, hudud dilihat amat sukar dilaksanakan.

"Di samping itu, Pas tidak boleh berharap kepada Anwar kerana Anwar sendiri takut terhadap hukum hudud apabila beliau selama ini terlibat dalam pelbagai isu moral," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang merupakan bekas rakan karib Anwar selama lebih 30 tahun mengulas mengenai pendirian Anwar selaku Ketua Pembangkang yang tidak jelas mengenai hudud ekoran perbalahan berterusan Pas dan DAP dalam aspirasi pelaksanaan hukum itu.

Pada sidang akhbar 28 September 2011, Anwar menjelaskan hudud bukan merupakan sebahagian agenda pembangkang buat masa ini tetapi pada masa sama memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

Dalam satu kenyataan menerusi blog beliau kelmarin pula, Anwar sekadar menegaskan pakatan pembangkang mengiktiraf, menghormati perbezaan pandangan serta kedudukan komponen pembangkang berkenaan hukum hudud dan mendakwa ia merupakan penerimaan mereka terhadap amalan konsensus politik.

Sementara itu, Nallakaruppan memberitahu, Pas dan rakyat tidak harus terpedaya dengan tindak-tanduk serta kenyataan bercelaru Anwar dalam isu hudud kerana Ketua Pembangkang tersebut mempunyai keupayaan mengelirukan masyarakat.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri dalam blog beliau beberapa hari lalu mengakui terpedaya dengan imej Islamik Anwar yang warak dan menasihatkan semua rakyat terutama penyokong pembangkang tidak ikut tertipu.

"Seperti yang kita tahu, Anwar hanya bercita-cita menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun dan mengimpikan untuk menguasai Putrajaya," katanya.

sumber : UTUSAN MALAYSIA

Bukan Nasha Mat Isa ... HADI AWANG Sebenarnya TIDAK RELEVAN - Harun Taib

|

"Saya sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan.

Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipun tidak terpilih pada muktamar lalu, Nasharudin masih mampu menyumbang kepada perjuangan Pas," katanya.

"Beliau adalah bekas Timbalan Presiden, sudah tentu masih relevan.

"Mungkin ramai yang tidak senang dengan kelantangan beliau namun jangan sesekali menidakkan sumbangannya terhadap parti," tegas Nor Azmi.

Artikel selanjutnya, klik Dewan Ulama Menyebelahi Nasharudin



Sokongan terbuka Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azmi Musa adalah satu tamparan hebat terhadap kredibiliti Hadi Awang selaku Presiden Parti Adat & Sosialis ini.

Ada satu perkara yang cukup nyata didedahkan secara tidak langsung oleh Harun Taib melalui sokongan terbuka terhadap Nasha Mat Isa.

Beliau bagaimanapun menasihati Nasharudin agar menggunakan saluran yang betul dalam mengketengahkan rasa tidak puas hatinya terhadap golongan yang mahu menyingkir beliau dari parti. - KLPOS, 28 Ogos 2012.

Kebenaran sememangnya wujud puak-puak 'Anwarinas' yang mahu menyingkir bekas Timbalan Presiden ini dari parti.

Dan manusia yang paling merasai tamparan ini selain dari Hadi Awang adalah Mat Sabu. Mat Sabu bertindak sebagai 'payung' perselingkuhan haram golongan Syiah dan Erdogan untuk menyingkirkan golongan pro ulama secara halus dan tersusun.


Hadi Awang seharusnya membuka mata apabila keputusannya menyerahkan Majlis Syura Ulama untuk mengambil tindakan terhadap Nasha Mat Isa ... Harun Taib dan Nor Azmi Musa tampil memberikan sokongan terbuka kepada bekas Timbalan Presiden PAS ini.

Dan kenyataan kedua-dua golongan pro ulama ini adalah sama dan senada ... Nasharudin Mat Isa masih lagi relevan dalam PAS.

Puak-puak Syiah dan Erdogan dalam PAS cukup kenal dengan sifat Harun Taib.

Ketua Dewan Ulama PAS ini cukup konsisten menghentam Anwar Ibrahim sejak dari tertubuhnya perikatan parti-parti sumbang mahram ... Pakatan Rakyat.



Sudah tiga kali PAS dipermainkan (main belakang) Anwar Ibrahim mengenai perlantikan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri … Kongres PKR 2009, 26 Mei 2010 dan pada Kongres PKR 2010.

Harun Taib tidak pernah bersetuju dengan keceluparan Anwar Ibrahim melantik Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ketua Dewan Ulama PAS ini menempelak Penasihat PKR tersebut sebagai memandai mandai membuat keputusan tanpa merujuk kepada PAS.

Hadi Awang seharusnya merasa malu dengan tindakannya secara melulu memperlekehkan bekas Timbalan Presiden PAS sebagai sudah tidak relevan lagi.

Hadi Awang sebenarnya semakin tidak relevan kerana sering tunduk terhadap tekanan puak-puak Syiah dan Erdogan dalam PAS.

Lebih teruk lagi Hadi Awang terlalu mengalah dan sujud terhadap tekanan dari luar parti ... terutamanya DAP.



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU