GELOMBANG WANGSA MAJU: 08/26/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Akhirnya ... Nasha Mat Isa DI PECAT, Syaitan Bisu KUASAI PAS

| Sunday, August 26, 2012

Abdul Hadi ketika ditanya mengenai pendirian Pas berhubung tindak-tanduk Nasharudin berkata, parti itu tidak kisah jika UMNO mahu menggunakan khidmat Ahli Parlimen Bachok tersebut kerana beliau sudah ditolak ahli akar umbi.

Abdul Hadi juga seolah-olah menyifatkan Nasharudin yang lantang bersuara sebagai 'alat UMNO' apabila mendakwa pemimpin Pas atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengkritik parti tersebut dipergunakan UMNO.

Dua perkara pokok sudah dinoktahkan Hadi Awang semalam di ibu pejabat PAS.

Nasha Mat Isa sebenarnya sudah boleh berlapang dada ...

Kritikan terbuka beliau dalam PAS sudah membuktikan golongan Anwarinas menguasai parti itu. Hudud bukan agenda utama PAs, sekadar tempelan.

Yang tinggal dalam PAS kini hanyalah syaitan-syaitan bisu yang terpaksa sujud bersetuju dengan arahan balik tadbir Anwar Ibrahim.

Jadi memang benarlah kata Karpal Singh sebelum ini ... PAS kini berada dibelakangnya 100 peratus. Sememangnya sudah terbukti.

Golongan pro ulama boleh tutup kedai dalam PAS. Buku Jingga kini menjadi bahan dan ilmu yang wajib dipelajari.

Dan Nasharudin Mat Isa sudah boleh menilai nasib yang bakal menimpa dirinya.



Tiada Lagi OVER MY DEAD BODY ... Karpal Hanya MENENTANG HUDUD - Hadi Awang

|
Kalau dulu Karpal kata langkah mayat dia dulu, sekarang tak kata lagi dah. Dia cuma menentang dan tidak setuju hudud. Itu hak dia, itulah demokrasi dan PAS menyokong demokrasi.

GWM ucapkan tahniah kepada Pengerusi DAP Karpal Singh dalam perjuangannya menentgang perlaksanaan hudud.

Hanya satu suara veto dari DAP, PAS akhirnya terpaksa akur, tunduk dan bersetuju tanpa prejudis dengan bantahan beliau.

Nyata pandangan beliau bahawa hudud tidak mampu membantu membasmi jenayah di negara ini dipersetujui sebulat suara oleh jumhur ulama dalam PAS.

DAP sudah boleh berbangga kerana parti itu kini mempunyai hak eksklusif untuk membantah dan menolak bulat-bulat prinsip perjuangan dan perlembagaan PAS secara mutlak.

Setinggi tahniah juga diucapkan kepada Anwar Ibrahim yang menjadi pencadang dan tulang belakang agar perlaksanaan hudud boleh disimpan dan disejukbekukan.

Memang benar kata Ketua Pembangkang ini, Hudud dan Negara Islam tidak terdapat dalam Buku Jingga yang telah dipersetujui bersama.

Namun begitu, GWM ucapkan takziah kepada PAS ...

Takziah diucapkan kepada Hadi Awang, Nik Aziz, ahli dan penyokong PAS kerana akhirnya terpaksa berdolak dalik bagi menjaga air muka Karpal Singh.

Secara jujur, PAS gagal mentarbiahkan DAP sejak dari tahun 1990 dengan tertubuhnya Gagasan Rakyat, hinggalah kepada Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, DAP berjaya mentarbiahkan selama 20 tahun lebih agar PAS akur, tunduk dan sujud kepada suara veto DAP.

Hadi Awang, Nik Aziz dan PAS hanya perlu menjawab satu persoalan yang cukup mudah untuk dijawab ...


Apakah PAS kini dan secara mutlaknya turut mengamalkan 'Politik Suku, Agama Suku' demi mendapatkan sokongan dan undi dari bukan Islam?



PAS kini boleh meminda Perlembagaannya agar selari dengan Buku Jingga. PAS telah menjadikan Islam sebagai bahan lawak dan mainan DAP ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU