GELOMBANG WANGSA MAJU: 08/18/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PAS Gembira, Bersyukur ... KARPAL SAMAN NASHA MAT ISA

| Saturday, August 18, 2012

Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS itu berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

“Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebuah akhbar pada Jumaat melaporkan bahawa Nasharudin mempersoal pakatan politik PAS dengan pihak yang ‘menentang Islam’.

Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, “Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam”.

Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan PAS.

Nasharudin, katanya, kini hanyalah ‘ikan bilis’ dalam PAS dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.

“Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin,”



 
Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost ' untuk pertahankan agama saya - Nasharuddin Mat Isa

Lajim Ukin JANGAN KURANG AJAR Terhadap Saya - Anwar Ibrahim

|

Menurut sumber dari HQ PKR, Anwar sudah mula merungut dengan suasana politik Sabah. Anwar pening kepala, kerana terlampau banyak demand yang dikemukakan oleh kumpulan yang melompat ini. Macam-macam.

‘Those people are stupid fools‘ – pernah diutarakan dalam meeting penting.

Nampaknya, Anwar akan berdepan dengan karenah politik Lajim, Bumburing ini sampai menjelang pilihanraya. Khabarnya, Lajim tidak akan menerima sebarang jawatan yang lebih rendah.

Anwar diberikan dua pilihan:-

Lajim sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru jika PR menang;
Lantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri (kuota Borneo – rotation dengan wakil Sarawak);

Mendengar dua tekanan ini sahaja Anwar sudah naik angin. Tak masuk dek akal, untuk seorang yang sudah sunset seperti Lajim mengemukakan demand yang macam itu.

Anwar banyak lagi perkara yang mahu difikir. Kuota Pas. Kuota DAP. Semua perlu masuk senarai.

Ketika ini, Azmin tersenyum kerana dia pernah ingatkan Anwar dengan permainan politik Lajim.

Azmin sudah lama mengatakan keperluan PKR hati-hati dengan game yang mahu dimainkan oleh Lajim. Orang tak cukup inci (pendek) seperti Lajim ini bahaya. Azmin pernah ingatkan hal ini.

Siapa Lajim untuk demand sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Kalau setakat sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Menteri cabuk – Lajim mesti cepat sedar diri dan tidak menggila.

Mana nak campak Kit Siang? Haji Hadi? Mat Sabu?

Anwar Ibrahim kena kencing hidup-hidup lagi dengan Lajim Ukin


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU