GELOMBANG WANGSA MAJU: 08/07/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

BAFIA ... Tindakan Rafizi Ramli CUKUP BODOH - Johari Othman

| Tuesday, August 7, 2012




Reaksi Orang Ramai Mengenai Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA)...

Pusing macam mana sekalipun, Rafizi Ramli sememangnya bodoh dan cuai.

Bodoh ... kerana terlalu mencari populariti sebagai Individu Pencegah Rasuah Malaysia.

Cuai ... kerana sebagai Akauntan Bertauliah dari ICAEW, jawapan beliau tidak tahu mengenai BAFIA cukup-cukup dangkal.


Rafizi Ramli cukup tahu ...

Cukup tahu sebagai 'professional accountant' beliau juga tertakluk kepada kepatuhan 'Code Of Ethics' dari International Chartered Accountant of England and Wales (ICAEW).

Ketidakpatuhan beliau terhadap 'Code Of Ethics' ini bakal menyebabkan 'tauliah'nya sebagai akauntan profesional akan dilucutkan.

(GWM akan mengupas bagaimana tindakan desperado Rafizi Ramli mengakibatkan beliau kehilangan tauliah ini, dalam artikel lain)

Namun ada satu perkara yang masih belum dibangkitkan dan dikupas secara mendalam oleh mana-mana pihak ...



BAFIA, Seksyen 7(e) Lesen Di Tarik Balik

kepentingan individu yang berurusan dengan institusi (bank) atau mungkin untuk berurusan dengan institusi (bank) itu, sebagai pendeposit, atau sebagai pelanggan dari segi lain, atau sebagai pemiutang, atau apa jua cara, dalam apa-apa cara didapati terancam, sama ada dengan cara bagaimana institusi (bank) ini menjalankan atau bercadang untuk menjalankan kegiatan perniagaan. hal ehwal atau apa-apa sebab lain;



Mengapa tiada tindakan diambil terhadap bank atau institusi kewangan yang bertanggungjawab secara tidak langsung dalam pendedahan kerahsiaan maklumat peribadi pelanggan.



Ahli PAS Pangkah DAP Juga DI JAMIN SYURGA - Nik Aziz

|

Ini merupakan masa terbaik bagi ahli dan akar umbi PAS mempersoalkan perlukah mereka mengundi dan menyokong rakan parti komponen DAP yang menolak mentah-mentah perlaksanaan negara Islam tajaan parti itu.

Adakah masih terjamin ahli dan akar umbi PAS dijamin masuk syurga jika terus bersubahat dan berkhalwat dengan rakan parti DAP yang mencabar mereka untuk langkah mayat para pemimpin DAP jika mahu meneruskan agenda negara Islam.

Kita bukan tidak tahu dengan sikap dan perangai puak-puak ini apabila mendengar perkataan 'syurga'.

Pangkah pun pangkahlah ... persetankan DAP yang tidak tahu menghormati Islam. Selain dari menuju ke syurga, puak-puak cicak mengkarung hijau ini juga mahu menuju ke Putrajaya.

Persetankan dengan prinsip dan pendirian dalam Islam ...

Karpal Singh atau DAP menghina PAS bukan suatu masalah besar. Suruh sahaja Nik Aziz mahupun Hadi Awang keluarkan fatwa atau pandangan ularmak kucing senak yang baru.

Negara Islam atau tidak bukan menjadi persoalan pokok. Persoalannya PAS sampai bila-bila akan tunduk dan sujud kepada setiap desakan DAP.

Memang wajar jika PAS menerima penghinaan atas kesanggupan menggadai maruah dan prinsip demi menjaga hati Tuan Besar DAP.

PAS sampai bila-bila sekalipun tidak akan menjadi parti dominan.

Ini adalah hakikat yang perlu ditelan hidup-hidup ahli dan akar umbi PAS.



EKSKLUSIF ... Anwar Ibrahim UCAP TAHNIAH Perkahwinan Paderi Gay Malaysia

|

Perkahwinan Paderi Gay Ngeo Boon Lim bersama pasangan gayboynya adalah kemenangan moral yang cukup bermakna bagi Anwar Ibrahim.

GWM pasti Anwar Ibrahim bakal menerima ucapan tahniah dari golongan LGBT atas perjuangan tidak kenal penat lelah dalam mengangkat martabat puak-puak luar tabi'e ini.


Ditengah masyarakat mengalami berbagai masalah sosial, LGBT tetap menjadi pilihan Anwar Ibrahim dalam mengketengahkan hak dan kebebasan golongan homoseksual.

Anwar Ibrahim tidak boleh menafikan beliau adalah simbol dan ikon golongan LGBT.

Bukan calang-calang pemimpin yang mampu memberi ceramah agama mahupun berkhutbah ini, dalam pada masa yang sama mendapat pujian dari golongan LGBT dari seluruh dunia.

Buktinya cukup nyata ...

"ProGay also sees the legal victory as a positive step for lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) rights in Malaysia."

GWM juga cukup yakin puak-puak cicak mengkarung hijau tumpang gembira dengan perkahwinan Paderi Gay Ngeo Boon Lim bersama pasangan gayboynya.

Apa yang diperjuangkan Anwar Ibrahim juga adalah perjuangan Pakatan Rakyat kerana sehingga kini rakan parti DAP tidak pernah menolak isu LGBT yang diperjuangkan oleh Anwar.

Maka secara automatik, perjuangan Anwar dalam memartabatkan golongan LGBT juga merupakan sebahagian dari perjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Walaubagaimanapun, Ketua Pembangkang itu berkata undang-undang purba (liwat) ini perlu dikaji semula untuk menghalang mereka yang tidak bersalah dari dihukum.

PAS juga kini boleh berbangga jika Anwar Ibrahim diiktiraf sebagai 'Perdana Menteri Gay Pertama Malaysia'.

Ini juga anugerah tertinggi (selain dari Anugerah Tuhan) sepertimana diterima oleh Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat.


Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang beragama Islam seharusnya sudah mampu membuka mata seluas-luasnya apa yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim ke dalam sistem sosial di Malaysia.

"Kami perlu menilai kembali undang-undang (homoseksual) lapuk ini supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan."

Pemimpin manakah dalam negara ini yang begitu lantang memperjuangkan isu homoseksual dari segi hak bersuara mahupun sangat kepingin menukar undang-undang homoseksual yang sudah dianggap tidak relevan?

Lihat, teliti, kaji dan dalami kronologi perjuangan LiberaLiwat Anwar Ibrahim.

Masih banyak isu dan masalah sosial yang boleh diketengahkan oleh Anwar sebagai pemimpin pembangkang ... Mengapa isu LBGT tetap menjadi pilihan utama perjuangan suci Anwar Ibrahim, baik dalam negeri mahupun di luar negara?

Apapun GWM ucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim selaku pejuang hak asasi golongan pedang lawan pedang ini.

Barangkali Anwar Ibrahim boleh sekali lagi dinobatkan sebagai 'Person of The Year' oleh Time Magazine dan Newsweek atas prihatinnya Anwar Ibrahim memperjuangkan hak golongan LGBT.

Bukankah Anwar Ibrahim cukup suka wajahnya sering keluar di media-media antarabangsa ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU