GELOMBANG WANGSA MAJU: 08/03/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

National Oversight & Whistleblowers - Turki Setuju SALUR DANA MELALUI RAFIZI RAMLI

| Friday, August 3, 2012


Untuk seorang yang baru sahaja dituduh di mahkamah dalam isu BAFIA, nampaknya Rafizi memang tak pandai duduk diam. Secara bersahaja, Rafizi menubuhkan sebuah lagi NGO baru yang dikatakan bakal menjadi tapak perjuangan Rafizi di dalam PKR.

Kita semua tahu, nasib politik Rafizi di dalam parti tidaklah begitu bagus. Bertanding (cuba untuk bertanding) dan kemudiannya tarik diri. Shamsul Iskandar pun tak mampu Rafizi tewaskan, kerana Sam adalah ‘adik angkat’ kepada Azmin.

NOW – memang ditubuhkan, selari dengan tarikh pilihanraya yang semakin hampir. Semua orang dalam PKR tahu, mereka sedang menantikan DANA besar dari Turki yang dikatakan akan tiba ke pantai Malaysia dalam banyak cara dan kaedah.

Semuanya memerlukan transaksi yang sahih dan bernas. Makanya, memang menjadi tanggungjawab besar PKR, untuk memastikan DANA besar ini sampai dalam keadaan yang selamat.


Syarat Turki (Erdogan) mudah sahaja. Semuanya mesti dilakukan secara sah. Zaman untuk memberi dana secara songlap dan gelap dah berlalu. Kalau ada pun, ianya dari sumber yang lain – dan bukan dari Turki.

Memang ada platform lain yang boleh digunapakai: akaun SUARAM, akaun Malaysiakini, akaun parti – tapi bagi pastikan kawalan penuh kepada wang Turki, NOW ditubuhkan.

Signatories – Anwar, Azizah dan seorang akauntan lain. Orang lain jangan ganggu. Azmin juga tak terlibat.

Agenda NOW adalah seperti berikut:-

1. Berfungsi sebagai badan pemantau yang menilai secara berkala prestasi urustadbir, tata kelola (governance) dan ketelusan kerajaan dan agensinya (termasuk syarikat berkaitan kerajaan);

2. Berfungsi untuk mendedahkan skandal-skandal besar yang cuba dilindungi oleh mana-mana badan yang berkepentingan awam;

3. Melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat melalui Dana Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Fund) yang menanggung kos guaman, kos hilang sara diri dan lain-lain;

4. Menjalankan program kesedaran untuk menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat tampil ke hadapan; dan

5. Melatih lebih ramai aktivis yang berkemahiran menganalisa skandal dan melakukan pendedahan.

Mewah Rafizi lepas ni layan dana Turki!


sumber : GELAGAT ANWAR

Ghafur Salleh Juga AKAN KELUAR UMNO Sertai PKR- Anwar Ibrahim

|
Anwar Ibrahim kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Ghafur Salleh.



Anwar Ibrahim semakin bersedia untuk menyunting Ghafur Salleh, ahli Parlimen Kalabakan. Semalam Ketua Pembangkang ini berkata akan berangkat ke Sabah pada 12 Ogos.

"More positive news will be coming" kata Anwar Ibrahim.

Barangkali Anwar Ibrahim yakin positif seperti yang berlaku kepada Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing.

Kedua-dua pemimpin ini sudah diberikan tugas khas oleh Anwar untuk menarik seberapa ramai pemimpin UMNO, UPKO, LDP dan PBS untuk serta bersama dengan Ketua Pembangkang.

Sumber dalaman PKR memberitahu setakat ini Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing masih gagal menarik mana-mana pemimpin BN di Sabah. Ramai yang masih berdiri teguh dibelakang DS Najib.

Cuma ada dua tiga nama pemimpin BN Sabah ini masih 50-50 mahu lompat atau mahu terus bersama BN ... Takut miss soru kata sumber dalaman PKR.

Lajim dan Wilfred mahu Anwar turun ke Sabah secepat mungkin. 12 Ogos ini adalah tarikh yang sesuai untuk memancing dua tiga pemimpin BN Sabah ini ... Ghafur salah seorang daripadanya.



GWM pun tidak begitu hairan dengan Ghafur Salleh, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah ini.

Barangkali masih ramai rakyat yang tidak tahu Ghafur Salleh adalah salah satu nama yang mahu melompat bersama Anwar sewaktu 16 September 2008.

Ghafur juga pernah menghentam BN pada Mei 2008 sebagai mengamalkan 'double standard' sewaktu Pak Lah memegang tampuk kuasa. Yang sebenarnya sudah memberikan indikasi akan melompat bersama Anwar.

GWM ucapkan setinggi tahniah kepada Ghafur Salleh yang telah mengisi 'kekosongan pemain politik profesional'.

Berapa banyak Anwar Ibrahim sudah bayar yuran perpindahan? Jumlah sebenar belum dapat dipastikan ... kurang pasti.

Kurang lagi beban BN untuk menanggung biawak-biawak hidup ini.



Cuma ada satu perkara GWM ingin sampaikan kepada Anwar Ibrahim ...


Semakin nyata Anwar Ibrahim telah hilang kepercayaan (lost confidence) dengan pemimpin-pemimpin PKR Sabah.

Anwar tahu pemimpin-pemimpin PKR Sabah tak perform, macam pinjaman tak berbayar NPL (non performing loan). Lompat parti pun lompatlah ... Anwar peduli apa, namun pemimpin-pemimpin PKR Sabah cukup tidak gemar dengan team 'lompat parti' Anwar.

Azmin pun semakin pening dengan tingkahlaku Anwar Ibrahim. Sudah beberapa kali mengingatkan Anwar dengan sindrom 16 September ini. Anwar Ibrahim pun tahu sindrom ini.

Good Luck to Anwar Ibrahim, 16 September pun tinggal beberapa hari sahaja lagi ...



Husam Musa PERBODOHKAN, LEMBUKAN Rakyat Kelantan Cukup Cukup - Kickdefella

|
Itulah bezanya dengan lembu yang dicucuk hidung. Apa yang mereka tahu ialah bila diseret ke padang, mereka akan makan rumput dan bila diseret ke jalanraya, mereka akan buat huru hara - Kickdefella.



Ramai yang meletak dirinya sebagai pejuang royalti tetapi mereka sebenarnya hanya lembu ternakan yang dicucuk hidung oleh beberapa kerat pihak tidak bertanggungjawab di dalam membangkitkan isu ini.

Saya berhenti menuntut Royalti Minyak Kelantan pada 4 November 2009 bila pada pagi itu YAB Perdana Menteri Malaysia telah membuat pengumuman di Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan adalah tidak berasas dari sudut perundangan negara.

Bagaimanapun, atas semangat persekutuan, Perdana Menteri menyedari telah mulanya operasi di sebuah telaga gas bernama BUMI SELATAN di luar perairan Kelantan iaitu lebih kurang 70 batu nautika dari Kota Bharu, Perdana Menteri bersetuju membuat bayaran tunai kepada Negeri Kelantan.

Bayaran itu dipanggil sebagai Wang Ehsan dan memandangkan jumlahnya hanya kecil bersandarkan kepada pendapatan dari sebuah telaga gas sahaja maka ia dicadangkan disalurkan terus kepada rakyat menerusi cabang Kerajaan Pusat di Kelantan.

Kerajaan Negeri Kelantan diminta menghantar wakil menyertai jawatankuasa pembahagian Wang Ehsan tersebut. Setelah mesyuarat pertama, Kerajaan Negeri Kelantan tidak lagi mahu wakilnya menyertai jawatankuasa tersebut.






Berbeza dengan peringkat awal dahulu,hampir kesemua pejuang royalti dan pendaratan gas di Kelantan hari ini adalah terdiri daripada lembu peliharaan pimpinan politik PAS yang tidak faham langsung tentang isu ini.

Dibawah aspek perundangan berdasarkan suratcara yang ditandatangani kesan dari Akta 144 Kemajuan Petroliam 1974, negeri-negeri hanya menyerahkan kepada Petronas daratan dan lautan yang menjadi miliknya. Berdasarkan Kanun Tanah Negara, lautan milik negeri hanyalah 3 batu nautika diukur dari tahap air surut.

Maka, pada 9 Mei 1975 Menteri Besar Kelantan hanya menyerahkan apa yang dimilikinya 9 Mei 1975 dan seinci pun tidak lebih dari itu. Begitu juga dengan negeri-negeri lain termasuklah Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun ini bererti Sabah dan Sarawak akan kehilangan keseluruhan atau sebahagian besar daripada haknya kerana telaga petroliam mereka terletak diluar 3 batu nautika. Oleh itu berlakulah rundingan diantara pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dan inilah yang Tengku Razaleigh katakan sebagai ‘semangat persekutuan’.


Kerajaan Persekutuan bersetuju memberi Bayaran Tunai kepada Sabah dan Sarawak berdasarkan pengeluaran di luar lautan wilayah negeri-negeri tersebut. Ia terus dipanggil sebagai royalti walaupun sebenarnya ia bukan lagi royalti seperti yang termaktub di dalam suratcara yang ditandatangani dengan PETRONAS.

Pada 6 Jun 1982, PETRONAS Carigali menemui hasil petroliam pertama di telaga Dulang Barat diluar perairan Terengganu. Memandangkan Terengganu adalah sebuah negeri yang mundur pada ketika itu, Perdana Menteri bersetuju memberikan Bayaran Tunai kepada Kerajaan Negeri Terengganu bertujuan untuk menjana pembangunan negeri dan membasmi kemiskinan.

Bayaran Tunai ini walaupun mengikut modus operandi royalti minyak yang dijanjikan oleh PETRONAS tetapi ia sebenarnya bukan royalti kerana carigali dibuat lebih dari 3 batu nautika dari pantai Terengganu. Sebaliknya, Bayaran Tunai ini diberikan berdasarkan ehsan Perdana Menteri seperti yang diberi kuasa oleh undang-undang.

Memandangkan Bayaran Tunai ini bukanlah sesuatu yang tertulis secara rasmi maka tidak wujud satu asas bertulis atau satu mekanisma pemberian yang standard. Ini bererti Perdana Menteri menerusi kuasa yang ada padanya boleh menggunakan apa-apa saluran yang difikirkannya sesuai untuk mencapai matlamat pemberian Bayawan Tunai tersebut.


Saya berhenti menuntut royalti minyak Kelantan pada 4 November 2009 berdasarkan apa yang tertulis di atas. Ini kerana pada hari tersebut, Perdana Menteri telah berjanji memberikan sebahagian daripada pendapatan hasil carigali di Telaga Bumi Selatan, satu-satunya telaga gas yang sudah dieksploit di luar kawasan tuntutan bertindih dan terdekat dengan Kelantan, iaitu lebih kurang 70 batu nautika. Sehingga hari ini, hanya itu satu telaga gas yang diekploit di situ.

Ini bererti tiada apa lagi yang perlu dituntut. Kelantan telah menerima pemberian berdasarkan semangat persekutuan sama seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Apa lagi yang hendak dituntut?

Saya yakin beberapa kerat pinpinan politik di dalam PAS Kelantan yang merasa cerdik juga faham senario ini. Tetapi mereka lebih faham bagaimana rakyat tidak mengerti isu ini dan isu ini boleh dijadikan bahan menanam kebencian kepada pusat. Tujuan mereka adalah politik semata-mata. Tanpa pedulikan ‘semangat persekutuan’ langsung.

Penduduk Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya, tidak perlu menuntut pemberian royalti kepada negeri-negeri yang layak menerima kerana sistem perundangan sedia ada tiada cacatnya. Apa yang perlu dibuat ialah memohon satu kajian semula pemberian Bayaran Tunai kepada negeri-negeri agar tidak menimbulkan salah faham seperti yang berlaku pada hari ini.

Asas pemberian ini juga perlu jelas dan bukan sahaja adil tetapi dilihat adil. Malangnya tiada kecerdikan dikalangan orang yang merasa cerdik di dalam PAS itu untuk melihat perkara ini. Kecerdikan itu Alhamdullillah terletak kepada beberapa pimpinan UMNO Kelantan yang diterajui oleh Dato’ Sri Mustapa Mohamed dan juga pakar-pakar perundangan di Jabatan Peguam Negara. Oleh yang demikian, usaha-usaha telah dibuat menerusi perundingan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Itulah bezanya dengan lembu yang dicucuk hidung. Apa yang mereka tahu ialah bila diseret ke padang, mereka akan makan rumput dan bila diseret ke jalanraya, mereka akan buat huru hara.


Rundingan tidak boleh dibuat di jalanraya. Rundingan perlu dibuat di dalam suasana tenang dan tenteram. 

Dan rundingan juga tidak boleh dibuat dengan mendoakan seseorang itu pecah perut.


sumber mantap : KICKDEFELLA



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU