GELOMBANG WANGSA MAJU: 07/28/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Tahniah LAJIM UKIN ... Sila ANGKUT SAMPAH SARAP Ke Dalam Tong Pembangkang

| Saturday, July 28, 2012

Tahniah diucapkan kepada Lajim Ukin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Setinggi tahniah juga diucapkan kepada Lajim Ukin meminta restu daripada Nik Aziz bagi melihat masa depannya dan Nik Aziz memintanya meninggalkan UMNO dengan segera kerana dalam Pakatan Rakyat pun banyak jawatan.

Masyuk ...

GWM sedikit pun tidak terkejut dengan berita keluarnya Lajim Ukin dari UMNO. 

Kerana sebelum ini GWM pernah mengeluarkan artikel mengenai BN/UMNO terpaksa menanggung 'biawak-biawak hidup' yang terlalu banyak muslihat dengan permainan tarik tali 'yuran perpindahan'.






Seperti yang GWM perkatakan sebelum ini, cukup-cukuplah menabur wang kepada 'pemain politik liga professional' ini.

Sampai bila BN perlu belajar mengenali politik Sabah ... Masih belum cukup lagi dengan peristiwa 16 September akibat permainan psychological Anwar Ibrahim.

Semoga BN tidak perlu lagi 'melabur terlalu banyak wang' kepada 'pemain politik liga professional' ini.

Biarkan Anwar Ibrahim melabur wang terhadap 'biawak-biawak hidup' ini.

Azmin Ali pun kenal sangat dengan Lajim Ukin ini, kerana beliau dan Timbalan Presiden UPKO, Datuk Wilfred Bumburing tidak akan mudah berpindah tanpa sebarang yuran perpindahan yang mencukupi ... Wang Besar.

Elok sangat sebenarnya ...

Sekurang-kurangnya sampah sarap dalam UMNO kini ditanggung oleh pembangkang. GWM amat mengalu-alukan tindakan Lajim Ukin.

UMNO seharusnya bersyukur kerana sudah mampu mengurangkan sampah sarap yang sudah semakin berulat.



Krisis Air Selangor ... KHALID IBRAHIM MEMANG NAK BUNUH DIRI ... PKR PEMBOHONG

|
Sebuah lori tangki air dengan bangga menghantar air 'SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR' di tepi jalan Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan ... semalam.



Sampai bila Khalid Ibrahim dan Pakatan Haram Selangor mahu berbohong kepada rakyat kononnya tiada krisis air yang berlaku di Selangor?

Mengapa perlu menghantar lori tangki air dengan banner tertulis 'SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR' ... jika benar-benar tiada krisis air sedang berlaku di Selangor.

Apa perlu menghantar lori tangki yang disewa khas ... lebih besar dari lori SYABAS untuk penduduk di Taman Belimbing, Seri Kembangan.

Pelik ... lori tangki air hanya dihantar ke satu kawasan sahaja, walhal SYABAS telah pun menghantar bekalan air sebelum ini?

Apa agaknya jawapan Khalid Ibrahim dan Pakatan Haram apabila kerajaan negeri menghantar lori tangki berkapasiti 22,000 gelen air ke Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan?

1) Saja-saja seronok?
2) Kerajaan negeri Selangor cukup prihatin?
3) Saja tayang lori tangki air pada penduduk?

Bagaimana Khalid Ibrahim mahu menjawab lori-lori tangki air milik SYABAS hari-hari hantar bekalan air di Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan ini?



Jawapan kepada pembohongan Khalid Ibrahim dan Pakatan Haram di Selangor ...







Siapa yang mempolitikkan isu air di Selangor sebenarnya? Siapa yang berbohong kepada rakyat tiada krisis air di Selangor?



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU