GELOMBANG WANGSA MAJU: 07/18/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

AZMIN KURANG AJAR, Saya Telah Dikhianati Lagi - Anwar Ibrahim

| Wednesday, July 18, 2012

Di dalam PKR, antara orang yang paling mempunyai jiwa political animal, selain Anwar – adalah Azmin. Hasil didikan Anwar, permainan politik Azmin nampak matang dan berpandangan jauh. Ada strategi. Bukan hentam keromo.

Bukan stail Azmin untuk bertindak tanpa sebarang analisa dan kajian. Azmin sangat berstrategi dalam politik, dilatih oleh Anwar, dia sangat berkira-kira dalam percaturan strategi politik.

Sebagai rakan lama Azmin, hanya yang boleh diberitahu kepada Anwar, jangan under-estimate anak Pak Ali ini. Azmin pun ada permainan dan game tersendiri.

Walaupun tak happy dan seronok dengan tindakan Kak Wan - Khalid - Faekah, Azmin masih lagi mampu tersenyum. Dalam senyum, Azmin melakar strategi dan usaha balas dendam.

Pejabat Azmin di Taman Melawati tidak pernah sunyi dengan kehadiran kalangan Ketua-Ketua Cabang di seluruh negara. Ada sahaja. Semuanya menceritakan mengenai bermacam-macam strategi politik dan masa depan.

Azmin senyum dan hanya mengangguk.

Dalam masa yang sama, Azmin sudahpun menghantar beberapa orang wakil, untuk bertemu dengan beberapa orang pemimpin dalam gerak saraf BN.

Azmin nak tahu berapa HARGA yang mampu dibayar, sekiranya ada usaha di peringkat beliau dan kawan-kawan Ketua Cabang untuk menukar haluan politik.

Usaha ini sudah dilakukan sejak minggu lepas. Azmin nak tahu berapa ‘political worth’ dirinya kepada BN.

Anwar masih belum tahu kesungguhan Azmin ini. Memang tidak sangka. Tapi, kerja risikan politik ini memang kemahiran Azmin Ali.

Kita semua mesti faham, Azmin adalah seorang political animal. Professional political animal. Soal kesetiaan memang penting. Tapi jika ego, maruah, harga diri dan integriti dirinya diragui dalam PKR; dia akan bertindak mengikut keperluan.

Kita tak tahu sejauh mana UMNO/BN boleh menerima Azmin dalam kelompok itu, namun itu semua boleh berlaku. Ingat terma game changer? Game boleh berubah. Ahli politik juga bisa berubah menurut masa dan keadaan.

Azmin bernasib baik, kerana dia masih mendapat kepercayaan penuh macai-macai PKR di Selangor (Shuhaimi Shafie, Zuraidah Ampang dan lain-lain lagi).

Nampaknya intrigue dalam PKR lebih menarik berbanding PRU akan datang. Banyak permainan.


sumber : GELAGAT ANWAR

ALLAH MENGARAHKAN PAS KE PUTRAJAYA ... Ini Wahyu Yang Saya Terima - Nik Abduh

|





Ahhh ... Nik Abduh Nik Abdul Aziz kini sudah menerima wahyu. Wahyu yang diterima beliau berbunyi begini.

Allah Mengarahkan Kita (PAS) Ke Putrajaya ...
Allah Mahukan Kita (PAS) Merampas Kuasa Itu Dari Musuh Allah Dan Musuh Kita ...

Semakin hebat ularmak-ularmak dalam PAS melacurkan Islam demi kepentingan politik sempit, sokongan dan undi.

Merampas Putrajaya kini adalah wahyu baru yang diturunkan kepada Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Seolah-olah Allah Taala sudah berbisik ke telinga Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan telah mewahyukan melalui ilham mahupun didatangkan Malaikat Jibril kepadanya.

Putrajaya kini sudah tertulis dalam kitab 'Cicak Mengkarung Hijau' sebagai kota suci yang wajib dirampas dan dipertahankan. Putrajaya sudah diangkat setaraf dengan Baitulmuqaddis ... cukup suci.


Bukan lagi Mekah Al Mukarramah mahupun Madinah Al Munawarah yang perlu dipertahankan, Serambi Mekah di Kelantan juga telah terkeluar dari senarai yang perlu dirampas ... Tetapi Putrajaya Al Mabuk Demi Kuasa.



Apakah Nik Abduh Nik Abdul Aziz ini sudah hilang pertimbangan akal yang waras.

Atau beliau turut mahu mengangkat dirinya setaraf dengan bapanya Nik Abdul Aziz yang telah diangkat bertaraf Nabi dan Wali oleh puak-puak Cicak Mengkarung Hijau ini ... GWM kurang pasti.







Begitu taksub seorang manusia terhadap kuasa dan takhta sehingga sanggup menjual nama TuhanNya sebagai doktrinasi baru untuk merampas kuasa di Putrajaya.

Namun begitu sudah terlerai apa yang tersirat disebalik kegilaan ini ... Semakin ramai 'manusia yang sakit' didalam PAS sebenarnya.



Pembangkang TERTEKAN ... Lim Kit Siang Sudah Tekan PANIC BUTTON

|




GWM cukup tertarik dengan kupasan dari rakan blogger RBF berkenaan dengan laporan dari portal Haprakah Daily ini.


Belum pernah rasanya 'Bapa Chauvinist' ini memberi sebarang komen mahupun tindakbalas terhadap sepakan dan libasan blog-blog pro kerajaan.

Namun artikel dari portal Haprakah Daily semalam sudah cukup membuktikan pembangkang semakin gelisah, rimas dan tertekan blog dan facebooker pro kerajaan.

Pada GWM cukup mudah untuk menganalisa betapa paniknya pembangkang pada waktu ini.

Panik ini bukan dibuat-buat, panik ini adalah hasil dari permainan 'politik sialan' pembangkang yang sudah tidak menjadi malah makin menjerut diri.

Lihat sahaja apa yang terjadi kepada isu-isu ini ... Lynas, Scorpene, Altantuya, Bersih, Felda dan sebagainya.

Setiap isu ini mampu dipatahkan oleh blog dan facebooker pro kerajaan.

Dan semalam juga adalah kemuncak mengapa Lim Kit Siang terpaksa menekan 'panic button' setelah 'Selamatkan Malaysia Stop Lynas (SMSL)' terpaksa ... terpaksa mengeluarkan surat permohonan maaf kepada Lynas Corp di atas menyebarkan tuntutan dan tuduhan palsu terhadap tahap keselamatan loji pemprosesan nadir bumi ini.


Isu yang menjadi 'bread and butter' DAP ini nyata telah gagal menjatuhkan imej dan kredibiliti kerajaan.

Lebih teruk lagi, isu ini sebenarnya telah menjatuhkan imej dan kredibiliti pembangkang yang akhirnya terpaksa menelan kembali setiap fitnah, tohmahan dan permainan persepsi yang gagal disempurnakan.

Rakyat perlu melihat mengapa secara tiba-tiba isu pembelian kapal selam Scorpene dan Altantuya semakin suram dan tenggelam dari terus dijadikan mainan pembangkang.

Begitu juga dengan kegagalan PAS dalam mengendalikan Himpunan Oren, akhirnya Anwar Ibrahim cukup geram dengan tindakan 'IQ Rendah' parti cicak mengkarung hijau ini gagal bermain politik persepsi dengan baik.

Tinggal lagi isu projek baikpulih stesen LRT Ampang yang kini cukup gah dimainkan oleh Rafizi Ramli untuk menjatuhkan kredibiliti DS Najib.

Tidak mengapa ... GWM bagi peluang kepada Rafizi Ramli untuk terus melambung isu ini. Kita biarkan Rafizi Ramli seronok dan melompat dengan isu ini.

GWM tidak mahu 'potong stim' Rafizi Ramli yang tengah naik syeikh dengan isu ini.

Seperti yang telah diperkatakan oleh GWM dalam artikel terdahulu, isu ini bakal menjerut leher Rafizi Ramli.

Tunggu ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU