GELOMBANG WANGSA MAJU: 07/17/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Khalid Ibrahim MUNTAH DARAH ... Talam Corp, DAP Berjaya MENGANJINGKAN Beliau

| Tuesday, July 17, 2012
Apa lagi yang Khalid Ibrahim mahu bohong pada rakyat. Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia tidak pernah luluskan satu pun penilaian hartanah Talam.



Apa lagi yang perlu dilakukan oleh Khalid Ibrahim. Segala strategi bagai tidak mengena.

'Bail Out' Talam Corporation kini bakal membogelkan beliau sebagai Menteri Besar paling tidak bertanggungjawab menyelamatkan kroni-kroni puak chauvinist ini.

Dua minggu yang lalu, Chua Tee Yong telah mendedahkan bagaimana hartanah Talam Corporation, RM676 juta, telah dinilai lebih dari yang sepatutnya.

Khalid Ibrahim terpaksa meminta bantuan Tony Pua bagi menyelamatkan keadaan kritikal skandal Talam ini.

Agak hebat Tony Pua cuba melakukan spin skandal 'bail out' ini. Malah menyebut Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia turut mengesahkan penilaian terhadap hartanah ini.


Rakyat semakin tertipu dengan pembohongan pembangkang...

Walhal Chua Tee Yong pernah mendedahkan dengan jelas bagaimana Bestari Land telah dinilai melebihi apa yang sepatutnya, RM42 juta. Begitu juga dengan Danau Putra Land yang dinilai RM28 juta melebihi harga pasaran.


Dalam kerancakan DAP membantu Khalid Ibrahim untuk mendapatkan nyawanya kembali, akhirnya Talam Corporation berbohong mengenai Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia memperakui penilaian hartanah yang dibuat.


Kami merujuk kepada pengumuman kami bertarikh 11 Julai 2012 dan ingin menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat dalam perenggan 4 siaran akhbar bahawa kedua-dua SC dan Bursa telah meluluskan penilaian Tanah 'adalah tidak betul. Menjalankan penyelesaian hutang Talam Corporation Berhad, tidak tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa).

Di bawah Keperluan Penyenaraian Bursa, Talam diperlukan untuk memastikan bahawa penilaian laporan yang dihantar bersama-sama dengan draf pekeliling mematuhi Garis Panduan Penilaian Aset SC. Dalam hal ini, salinan laporan penilaian dan sijil telah dirujuk oleh Bursa kepada SC untuk semakan pada mematuhi garis panduan yang berkaitan dan kecukupan pendedahan dalam sijil penilaian.

Kami juga ingin mengumumkan bahawa TRINITY tidak akan membuat sebarang pengumuman lanjut berkaitan dengan apa-apa pernyataan lanjut oleh mana-mana pihak, jika ada, melainkan jika perlu semua butir-butir yang terkandung di dalam surat pekeliling kami kepada pemegang saham bertarikh 15 mac 2011.

Khalid Ibrahim kini muntah darah ...

Pembohongan Pakatan Haram kini tidak mampu membendung pengumuman yang dilakukan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Khalid Ibrahim dan pembangkang perlu meminta maaf secara terbuka di atas pembohongan yang dilakukan dalam skandal 'bail out' Talam Corporation ini.

Kerajaan PKR Selangor cukup terbukti tidak mempunyai kredibiliti dalam mentadbir kerajaan negeri.

Apa lagi helah yang mahu dilakukan oleh pembangkang selepas ini ...

Mana kertas putih Khalid? Nak tunggu lagi 10 tahun ke ...



Fuziah Salleh BATUK BERDARAH ... Mengaku PENYEBAR FITNAH UTAMA Lynas Corp

|

Kumpulan Anti-Lynas Malaysia Mohon Maaf Secara Terbuka

KUALA LUMPUR, 17 Julai - Kumpulan protes 'Selamatkan Malaysia Stop Lynas (SMSL)', hari ini menerbitkan surat memohon maaf kepada Lynas Corp di atas menyebarkan tuntutan dan tuduhan palsu terhadap tahap keselamatan loji pemprosesan nadir bumi ini.

Dalam satu kenyataan memetik, "Kami merujuk kepada artikel yang pernah diterbitkan, yang mendakwa bahawa loji Lynas mungkin tidak selamat.

"Kami memohon maaf kerana penerbitan ini langsung tidak mempunyai asas yang saintifik. Kajian semula peraturan dan keselamatan loji Lynas telah dilakukan dengan teliti dan menyeluruh." merujuk kepada kenyataan rasmi SMSL.

Pada pertengahan April, pengeluar nadir bumi dari Australia ini telah membuat prosiding mahkamah secara berasingan terhadap portal Free Malaysia Today dan SMSL berdasarkan artikel yang berbaur fitnah, yang telah diterbitkan di portal tersebut serta laman blog, masing-masing.




GWM menganggap Fuziah Salleh sebagai pengkhianat utama atas kesanggupan menggadaikan nasib 420 pekerja Melayu yang mencari rezeki dengan Lynas.

Khianatnya Fuziah Salleh kerana sanggup menggadai maruah dan harga diri demi kepentingan chauvinist-chauvinist dalam DAP.

Modus operandi ini diatur dan digarap dengan rapi agar kurangnya pelaburan masuk di Malaysia akan diwar-warkan sebagai kerajaan gagal menarik pelaburan asing.

Ini adalah agenda terbesar pakatan pembangkang mahu menakut-nakutkan pelabur asing dari terus melabur di Malaysia.


Dua pakar dan saintis dalam bidang nuklear dan radiologi, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan Che Rosli Che Mat sudah memberi pandangan serta penjelasan paling professional bahawa kilang kimia Lynas adalah selamat.

Kedua-dua pakar ini telah berulangkali menyatakan bahawa kilang Lynas di Gebeng bukanlah kilang nuklear atau loji nuklear maupun makmal penguraian dan mengayakan uranium. Ia adalah kilang pemerosesan Nadir Bumi.

GWM kurang pasti apa kelayakan professional Fuziah Salleh (belum dapat ditentukan pengkhususan pakar adalam bidang apa sekalipun) mengatakan Lynas adalah sebuah kilang yang menghasilkan radiokatif yang merbahaya.

Kadar radiokatif yang bakal dikeluarkan tidak lebih daripada kadar radiasi yang dikeluarkan oleh mana-mana kilang di kawasan sekitar.

Kedua-dua pakar ini telah berulangkali turut menyatakan dari segi fakta dan 'scientific evidence' bahawa projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat.


Siapa Fuziah Salleh yang begitu miang dan gatal berani mengatakan rakyat di Kuantan bakal dihambat dengan radiasi yang mampu mengganggu kesihatan dan genetik penduduk setempat.

Barangkali Fuziah Salleh boleh menyatakan secara rasmi kelayakannya dan hasil kajian beliau secara saintifik yang mampu diterima oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) dan Atomic Energy Licensing Board (AELB).

Amat malang, Fuziah Salleh akhirnya sanggup 'diliwat' Anwar Ibrahim demi mencapai impian beliau ke Putrajaya.

Bukan setakat 'diliwat' Anwar Ibrahim, Fuziah Salleh turut 'diliwat' dengan begitu enak oleh juak-juak chauvinist DAP.


Agenda menjahanamkan ekonomi yang mampu membantu bumiputera telah dikhianati oleh cerdik pandai bernama Fuziah Salleh.

Kebenaran tetap kebenaran ...

Akhirnya 'Selamatkan Malaysia Stop Lynas (SMSL)' dan portal Free Malaysia Today secara terbuka mengeluarkan surat rasmi memohon maaf atas artikel yang berbaur fitnah dan tohmahan terhadap Lynas Corp.

Apa lagi helah yang sedang difikirkan oleh Fuziah Salleh untuk terus menghalalkan setiap fitnah dan tohmahan terhadap Lynas Corp.

Apa lagi kredibiliti yang ada pada Fuziah Salleh melainkan kini dicop sebagai 'Agen Penyebar Fitnah Utama Pantai Timur' untuk parti PKR.

Barangkali Fuziah Salleh boleh menjadikan ucapan Hadi Awang sebagai penanda aras dimana letaknya kelayakan beliau sebagai pakar dalam bidang ini.


Cakap pun tak guna, puak-puak cicak mengkarung hijau pun sama juga seperti Fuziah Salleh ... Pemfitnah.

Presiden parti bendera hijau putih ini pun sama juga macam anak-anak cicak mengkarungnya.


PAS Memang DEGIL, SOMBONG ... Hancur Himpunan Oren - Anwar Ibrahim

|

Dari sumber yang GWM terima Anwar Ibrahim cukup marah dengan kegagalan Himpunan Oren.

PAS gagal mendengar nasihat Anwar Ibrahim agar jangan dilakukan Himpunan Oren kerana isu FELDA sudah semakin tidak mendapat tempat dan perhatian rakyat.

Warga FELDA pun sudah semakin menolak apa yang dilakukan oleh PAS dan Mazlan Aliman.

Khabarnya Anwar Ibrahim sudah berkali-kali memberi 'free advice' jangan diteruskan Himpunan Oren ini, melainkan PAS sudah ada strategi yang baik untuk memerangkap Isa Samad dan Ahmad Maslan.



Sumber GWM juga memberitahu PAS terdesak untuk menunjukkan parti itu 'boleh hidup' tanpa bantuan Anwar Ibrahim. Malangnya PAS tidak ada 'think tank', yang ada cuma 'tong sampah'.

Ada beberapa sebab mengapa Anwar Ibrahim cukup kecewa dan marah dengan sikap taksub PAS yang gemar 'bulldoze' sesuatu isu tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada Pakatan Haram.

Imej Anwar Ibrahim, PKR dan Pakatan Haram semakin buruk dimata warga FELDA. Tambahan pula memang tidak ada sambutan langsung Himpunan Oren ini.

Khabarnya Rafizi Ramli dan juak-juak PKR masih tidak dapat mencari apa-apa dokumen untuk membabitkan Isa Samad dan Ahmad Maslan dengan apa jua skandal rasuah dalam FELDA.



Ini strategi yang Anwar Ibrahim mahu PAS gunakan terlebih dahulu sebelum melangsungkan Himpunan Oren. Cari dulu apa sahaja yang boleh mengaitkan isu rasuah terhadap Isa Samad dan Ahmad Maslan.

Permainan persepsi politik perlu diatur terlebih dahulu sebelum membabi buta dengan himpunan 'Jinggay' ini.

Silap PAS juga yang mengikut kata Mazlan Aliman yang semakin bangkrap idea untuk menjadi jaguh dan wira FELDA. Akhirnya menjadi 'monyet dalam hutan Felda'.

Belum lagi hilang pening Anwar Ibrahim, Mahfuz Omar dan PAS Kedah pula melakukan satu lagi kerosakan paling besar terhadap imej Pakatan Haram.



Shafie Hairan Mengapa PKNK Tergesa-Gesa Jual 500,000 Unit Saham FGV

KUALA LUMPUR: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hairan mengapa Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) BERTINDAK tergesa-gesa menjual 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang dibelinya sedangkan pembelian itu mampu memberi keuntungan kepada rakyat Kedah untuk jangka masa panjang. - MSTAR Online

Belum cukup 'haul' pening dan loya Anwar Ibrahim, Mahfuz Omar pula memaparkan 'kebodohan' terbesar beliau.

Habis 500,000 unit saham FGVH dijual kononnya ada 'misconduct' dalam isu pembelian saham tersebut.

Mahfuz Omar silap 'misconduct' kepala hotaknya. Alasan bodoh beliau ...

'kegagalan pegawai yang terbabit memahami dan menjiwai keputusan politik dan parti' yang menguasai negeri tersebut.

Saham FGV akan memberi keuntungan kepada pemegangnya malah kepada PKNK. 'Misconduct' Mahfuz Omar telah melenyapkan manfaat daripada keuntungan saham FGVH boleh disalurkan kepada rakyat Kedah.



Ini sebenarnya silap PAS, terlalu ramai pemimpin yang rendah IQ. Sebab itulah PAS akan tetap berada dibawah DAP dan PKR sampai bila-bila.

Degil dan Sombong ... macam Mazlan Aliman dan Mahfuz Omar.



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU