GELOMBANG WANGSA MAJU: 07/10/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Polis Sedang Siasat Kaitan Arwah Khalil dan Blogger Pro Pembangkang

| Tuesday, July 10, 2012





Pihak polis diminta lakukan siasatan bagaimana blogger pro pembangkang MILO PONDAN ini mampu mendapat rakaman video pada tempat, tarikh, masa kejadian ini berlaku.

Pada GWM ini bukan perkara main-main. Melainkan arwah telah merancang kejadian ini dengan jururakam video untuk melakukan amukan.

GWM yakin ada banyak cctv di ruang legar Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri.

Pasti mudah bagi pihak polis untuk mengenali orang yang merakam kejadian ini, justeru mencari kaitan dengan blogger pondan pembangkang ini.



Anwar KECEWA ... Rekayasa SATU LAGI VIDEO PORNO Beliau Tidak Menjadi

|

Anwar Ibrahim semakin terdesak. Persepsi demi persepsi, pembohongan demi pembohongan yang dimainkan olehnya semakin liar dan tidak menjadi.

Rakyat sudah sedar mainan politik longkang Anwar Ibrahim yang sentiasa mencari kesalahan dan aib, demi menjatuhkan Perdana Menteri DS Najib.

Anwar Ibrahim sedar ketiadaan isu untuk membabitkan sebarang skandal terhadap DS Najib bakal menguburkan karier politiknya lebih awal dari PRU-13 ini.

Melihatkan keadaan kian kritikal, Anwar Ibrahim terpaksa 'mencipta' satu rekayasa dan fitnah.

Rekayasa yang dibentuknya melalui permainan persepsi kononnya video seks terbaru beliau bakal diedarkan petang semalam oleh Barisan Nasional dan UMNO.


Anwar Ibrahim telah memilih salah satu blog pro pembangkang ini sebagai 'perintis dan pencetus' kononnya video seks terbaru beliau akan beredar di seluruh negara petang semalam.

Bagaikan 'domino effect' ...

Blog, facebook dan twitter pro pembangkang mula mencanang satu sidang media akan diadakan petang semalam untuk mendedahkan video seks terbaru Anwar Ibrahim.

Malangnya permainan persepsi Anwar Ibrahim nyata silap lagi.

Zamil Ibrahim menunjukkan cakera padat dan butiran perbualan berkaitan Anwar Ibrahim menghentam parti dalam pembangkang.

Sidang media yang diadakan bukanlah untuk mendedahkan video seks beliau, sebaliknya video cd Anwar Ibrahim 'main belakang' menghentam rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Rakaman 5 minit 20 saat mendedahkan aksi Anwar Ibrahim 'balun' DAP dan PAS.



Anwar Ibrahim panik ...

Percaturan strategi beliau silap. Rekayasa yang cuba dilakukan berpatah balik ke arahnya. Barangkali kerana salah mendapat maklumat dari 'barua-barua'nya.

Anwar Ibrahim perlu pantas melakukan 'counterback' terhadap kesilapan dan kesialan beliau melakukan 'spin' dan mainan persepsi.


Anwar Ibrahim terpaksa mempertaruhkan blog terhebat pro pembangkang untuk mengalihkan kesilapan beliau bermain dengan isu video seks terbarunya.

Blog pro pembangkang ini terpaksa melakukan 'damage control' bagi memastikan rekayasa isu video seks ini tidak terpadam dan mati begitu sahaja.

Dari 'spin' video seks terbarunya akan diedarkan petang semalam, kini beralih pula kepada mainan persepsi kononnya sudah ada 20,000 video cd seks beliau telah dicetak di Thailand.

Tak ke celaka Anwar Ibrahim ni ...

Kononnya hanya menunggu masa untuk diedarkan di Permatang Pauh sebelum pilihanraya umum berlaku ...



Pagi ini sengaja GWM meletakkan tajuk posting 'TERHANGAT ... CD PORNO MAIN BELAKANG Anwar Ibrahim' sebagai sindiran kepada Anwar Ibrahim dan juak-juak bloggernya.

Anwar Ibrahim gagal lagi untuk membangkitkan mainan persepsi politik. Blogger pro kerajaan sudah dapat membaca 'tactical' beliau.

Sudahlah Anwar Ibrahim ... pencen dan jaga cucu lagi bagus.



TERHANGAT ... CD PORNO MAIN BELAKANG Terbaru Anwar Ibrahim

|
Anwar Ibrahim memang hebat ...

PETALING JAYA 9 Julai - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim akan mendedahkan rakaman Datuk Seri Anwar Ibrahim 'menghentam' rakan sekutunya dalam satu mesyuarat tertutup Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zon Utara di Pulau Pinang pada 9 Januari 2008.

Menurutnya, beliau akan mengambil tindakan itu jika Ketua Pembangkang tersebut gagal menjawab secara jujur mengenai rakaman berkenaan yang diterima dalam bentuk cakera padat (CD) daripada seorang Ketua Cabang PKR di Kedah.

Dakwanya, rakaman selama lima minit dan 20 saat menerusi telefon bimbit milik ketua cabang itu antara lain memaparkan kenyataan Anwar yang menghentam DAP selain menyifatkan Pas sebagai sebuah parti yang hanya disokong oleh golongan Melayu di kampung.

''Rakaman itu diberikan kepada saya oleh pemimpin PKR tersebut yang semakin hari semakin meluat dengan permainan wayang Anwar. Ia juga sebagai bukti suasana 'tikam belakang' antara pembangkang telah berlaku sejak 2008 lagi. Sekarang pun begitu juga.

ZAMIL Ibrahim menunjukkan cakera padat dan butiran perbualan berkaitan Anwar Ibrahim menghentam parti dalam pakatan pembangkang di Kota Damansara, semalam.

''Saya cabar Anwar untuk mengesahkan apakah benar beliau pernah menghentam Pas dan DAP dalam mesyuarat itu? Saya minta Anwar menjawabnya secara jujur. Tetapi saya tahu Anwar tidak akan jawab,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Kota Damansara dekat sini hari ini.

Beliau mendakwa, rakaman tersebut juga menggambarkan watak sebenar Penasihat PKR itu yang tidak jujur dengan rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

''Saya juga bersedia untuk disaman oleh Anwar sebab saya ada maklumat lengkap mengenai perjalanan mesyuarat berkenaan,'' tegasnya.

Sementara itu katanya, beliau turut akan mendedahkan lapan CD mengandungi rakaman pengakuan lapan wakil rakyat PKR yang mahu keluar daripada parti itu.

Dakwanya, kebanyakan CD itu dirakam selepas peristiwa pembentukan 'Kerajaan 16 September' yang kononnya diusahakan Anwar pada 2008.

''Saya baru tonton dua CD. Bukan saya rakam tetapi teman-teman saya yang rakam. Kebanyakan wakil rakyat PKR mahu keluar parti kerana mereka dipaksa letak jawatan. Ada yang mahu menjadi bebas atau memasuki semula Barisan Nasional (BN). Janji keluar PKR,'' dakwanya.

Dalam perkembangan lain, Zamil mendesak bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid menjelaskan kepada rakyat sama ada beliau terlibat atau tidak dalam isu membawa keluar wang kertas dengan nota RM500 dan RM1,000 dalam nilai yang besar sekitar hujung 90-an.

''Jika terlibat, tolong jelaskan kepada rakyat siapa lagi yang terlibat serta mengarahkan beliau berbuat demikian. Saya difahamkan wang itu masih ada di luar negara dan disimpan di satu lokasi rahsia. Ada orang-orang tertentu di negara ini yang tahu tempat itu.

''Saya juga meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memberi ulasan sama ada beliau telah menghidu tindakan tersebut sehingga mengarahkan pengeluaran wang kertas dengan nota berkenaan dihentikan,'' katanya.
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU