Arena politik negara baru-baru ini digegarkan dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan hasratnya untuk bersara dari arena politik jika pembangkang kalah dalam PRU13 yang akan datang.
Jika dilihat sekali imbas terhadap kenyataan ini, ia sudah pasti menimbulkan pelbagai persepsi dan tanggapan dikalangan rakyat biasa.
Tetapi bagi golongan yang sentiasa mengikuti perkembangan politik dari dekat, kenyataan Anwar itu sudah pasti menimbulkan pelbagai tanda tanya dan kemusykilan.
Persoalannya ialah mengapa pada ketika saat ini, Ketua Pembangkang ini menyatakan hasratnya untuk berundur andainya pembangkang kalah?
Adakah Anwar benar-benar mahu berundur ataupun ianya hanya dijadikan penanda aras untuk meraih simpati daripada penyokong pembangkang khususnya dan di pihak rakyat secara amnya.
Dan tidak lama selepas itu, keluar pula kenyataan dari Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang tidak bersetuju dengan pendirian Anwar untuk berundur sebaliknya harus diteruskan hingga pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.
Situasinya sekarang ialah seandainya Anwar mahu berundur, apakah keperluan Nik Aziz untuk menghalang niat beliau? Adakah Nik Aziz tidak lagi yakin dengan kepimpinan yang ada didalam pakatan pembangkang hari ini.
Jika benar apa yang selalu diwar-warkan dalam media alternatif yang menyatakan bahawa sokongan rakyat kini semakin memihak kepada pembangkang, maka Nik Aziz tidak perlu gusar andai Anwar ingin berundur.
Mandat rakyat diberikan kepada kemampuan parti dan bukannya terletak kepada kekuatan individu. Keadaan ini sebenarnya telah memperlihatkan kepada dunia bahawa kekuatan pembangkang yang diwar-warkan "berjaya" mendapat mandat rakyat hanya bersandarkan kepada faktor Anwar Ibrahim, dan ianya tidak bersandarkan kepada kemampuan parti pembangkang itu sendiri.
Ini secara jelas menunjukkan bahawa Nik Aziz sendiri tidak percaya dengan kemampuan pimpinan pembangkang yang ada dan juga satu bentuk 'penghinaan tersembunyi' beliau kepada pimpinan pembangkang yang ada.
Jika Tun Mahathir menyarankan kepada Anwar untuk berundur sekarang, kenyataan tersebut mungkin dianggap bertepatan. Anwar Ibrahim perlu buka mata, pasang telinga dan ambil iktibar dari pengunduran bekas Presiden AS, Bill Clinton selain dari sahabat karib beliau satu ketika dulu di IMF, Dominic Strauss Kann yang sangat-sangat profesional dan berintegriti serta menunjukkan kematangan politik yang sangat tinggi nilainya dimata dunia.
Apabila mereka dikaitkan dengan perlakuan tidak bermoral, mereka segera mengambil tanggungjawab penuh keatas apa yang telah berlaku. Namun lain pula keadaannya di negara ini.
Mungkin saranan Tun Mahathir untuk wujudkan jawatan Perdana Menteri terhormat selama 5 hari yang dikhaskan kepada Ketua Pembangkang ini perlu difikirkan secara serius dan rasional oleh pihak pembangkang andainya Anwar masih lagi teguh dengan pendiriannya yang mahu berundur.
sumber : KLPOS