GELOMBANG WANGSA MAJU: 07/06/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Anwar Bukan Lagi PAPA HEBAT ... Tapi PAPA LEMBIK - Nurul Izzah

| Friday, July 6, 2012

Dalam temuramah dengan akhbar Financial Times, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 mungkin menjadi peluang terakhirnya baginya merampas Putrajaya dan seterusnya meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri.

Anwar berkata faktor usianya yang kini 65 tahun menjadi faktor utama beliau berkata demikian.

Bagi yang mengenali Anwar sebagai individu yang mempunyai pelbagai watak, kenyataan beliau kepada akhbar berpengaruh di Washington itu hanyalah bersifat politik.

Tujuannya adalah untuk meraih simpati politik dan diharap-harap rakyat akan memberi sokongan serta undi kepada pada PRU-13 nanti.

Watak Anwar berubah-ubah mengikut selera dan kumpulan sasarannya.

Kalau berdepan dengan Financial Times yang berpusat di Amerika Syarikat, ia akan cuba menyampaikan mesej agar kawan-kawannya di koridor kuasa White House memahami keadaan getir yang dihadapi dan membantu merealisasi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Apabila bertemu dengan media Barat atau berceramah di hadapan pelajar asing di London, Anwar akan berselindung di sebalik satu lagi topeng yang menyokong pluralisme agama, liberalisme malah tidak teragak-agak memberi galakan kepada perjuangan golongan homoseksual (LBGT).

Ketika berusaha untuk mendapatkan simpati penyokong-penyokongnya di kalangan tokoh berpengaruh Yahudi di Amerika Syarikat dan Eropah, Anwar akan bertukar menjadi individu paling simpatik (pathetic) kepada masa depan Israel.

Beliau dengan mudah menyatakan kepada akhbar Wall Street Journal bahawa keselamatan kewujudan negara Zionis-Israel adalah menjadi keutamaannya.

Apabila berada di kalangan masyarakat Melayu Felda atau di kampung dan desa, Anwar memakai baju patriotik pula dengan menampilkan bahawa dialah pemimpin paling bersih, tidak makan rasuah serta telah dizalimi dengan pelbagai konspirasi.

Malah Anwar tidak segan-segan bersumpah dengan nama ALLAH bahawa beliau tidak ambil duit rasuah satu sen pun, atau satu saham waimah satu inci tanah pun ketika menjadi Menteri Kewangan dahulu.

Kini apabila isu dakwaan menyimpan RM3 bilion dalam 20 akaun besar, Anwar terus membisu dan tidak cuba menafi sekeras-kerasnya sebagaimana ia melawan dakwaan liwat terhadapnya.

Ketika bertemu dengan rakyat di Sabah dan Sarawak, Anwar akan menukar nadanya pula dengan mengatakan kedua-dua negeri tersebut telah dizalimi oleh kerajaan Barisan Nasional seolah-seolah tidak ada langsung pembangunan yang dilaksanakan sejak penubuhan Malaysia pada 1963.

Anwar mengapi-apikan perasaan masyarakat Iban, Kadazan dan suku kaum yang lain supaya membenci kerajaan dengan bermacam-macam tuduhan dan fitnah.

Untuk mendapat sokongan golongan pelajar institusi tinggi pula, beliau membuat janji palsu dan tidak masuk akal untuk memansuhkan pinjaman PTPTN.

Membuat janji manis adalah kepakaran Anwar dan pakatan pembangkang PAS dan DAP yang dipimpinnya tetapi melaksanakan janji-janji tersebuit bukan dalam agenda mereka.

Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar gagal menampakkan sebarang impak untuk membangun ekonomi dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi negeri Selangor.

Di atas kegagalannya itu, Anwar kini sedar beliau terpaksa merayu undi daripada rakyat dengan nada belas kasihan kerana jika terlepas peluang menjadi Perdana Menteri pada pilihan raya umum nanti, maka tamatlah riwayat politiknya.

Anwar juga sedar Pakatan Rakyat semakin lemah walaupun suara mereka nampak lantang menghentam kerajaan siang dan malam.

Politik PKR semakin bergolak dengan kemelut perebutan kuasa antara Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dengan Menteri Besar, Khalid Ibrahim.

Terbaru timbul pula dakwaan kerajaan negeri menyalahguna dana RM300 Selangorku untuk tujuan politik dan isu hutang Talam Corporation juga amat memeningkan kepala Khalid kerana dikatakan beliau menggunakan RM1 bilion dana awam untuk membeli bebanan hutang syarikat itu.

Kedah yang dikuasai oleh PAS juga sedang dilanda ombak kerana Menteri Besar, Azizan Abdul Razak tidak sebulu dengan beberapa anggota exconya.

Di Pulau Pinang, satu skandal seks antara Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan bekas staf di pejabatnya sedang menggelegak dan bakal melimpah keluar bila-bila masa sahaja.

Jika dahulu Nurul Izzah masih boleh berbangga dengan menggelarkan ayahandanya sebagai PAPA HEBAT, masihkah Anwar mampu pertahankan gelaran yang diberikan oleh puteri kesayangannya.

Atau Anwar Ibrahim kini lebih selesa bergelar PAPA LEMBIK ... memandangkan setiap kemelut, perebutan kuasa dan skandal dalam kem pembangkang kini semakin menyukarkan perjalanannya ke Putrajaya.



Teresa Kok RACIST ... Pecat SAYA Dan KAUM INDIA Dari DAP - Bekas Pengerusi Pantai Sepang Putra

|

Vellasamy a/l Rasu, bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang Putra mendedahkan dua kem besar DAPigs di Selangor, kem Teresa Kok dan kem Teng Chang Kim.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang Putra ini dipecat dari parti hanya kerana menyertai kem Teng Cham Kim.

DAP Selangor semakin teruk bergolak ...

Teresa Kok juga telah menganiayai bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang Putra dengan pertuduhan-pertuduhan palsu sehingga menyebabkan Vellasamy dipecat.



Semakin ramai pemimpin di kalangan orang India dipecat dari DAP sejak kebelakangan ini, walhal kemenangan DAP di Selangor juga banyak disumbangkan melalui undi kaum India.

DAP sudah menjadi tapak dan sarang puak-puak chauvinist dan racist berkuasa penuh.

Pelik ... dua kem racist Cina bergaduh untuk memegang tampuk kuasa, pemimpin kaum India pula yang dipecat dari parti.

Masyarakat India terus diperlekehkan oleh parti yang kononnya demokratik.



Anwar Ibrahim MEMANG PATUT BERSARA Dari Dulu - Lim Kit Siang

|

Berdasarkan satu laporan yang diterima, menunjukkan PKR hanya akan bertanding di 66 kerusi parlimen dalam PRU 13 nanti, jauh berkurangan berbanding sebelumnya.

Penyusutan 31 kerusi jika dibandingkan dengan 97 kerusi parlimen yang ditandingi PKR semasa PRU 12 2008 yang lalu.

Pengurangan mendadak jumlah kerusi yang ditandingi PKR ini juga berkaitrapat dengan tekanan dari DAP yang melihat dirinya lebih berpotensi memberi cabaran sengit terhadap BN.

Dengan ketetapan jumlah kerusi untuk PAS tandingi pula hanyalah 67 kawasan parlimen bermakna baki sejumlah 89 kawasan lagi bakal menyaksikan calon DAP yang berentap menentang BN.

Hampir kesemua kawasan majoriti Cina dan sebahagian kawasan parlimen yang komposisi kaumnya bercampur-campur yang sebelum ini ditandingi PKR juga bakal ditandingi oleh calon DAP.

Laporan itu juga menyebut PKR turut menghadapi masalah untuk mendapatkan calon yang berkaliber bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini.

Banyak kawasan parlimen yang bakal ditandingi PKR masih kosong tak terisi sekaligus bakal mengulangi sejarah lama bila ramai calon payung terjun dan tidak berkualiti akan diletakkan untuk mewakili PKR.

Ini juga bermakna propaganda Anwar Ibrahim selama ini untuk merampas Putrajaya tidak lebih sekadar seekor ayam yang riuh sekampung tapi telurnya sebiji.

Untuk rekod, dalam PRU 12 tahun 2008, daripada 47 kerusi yang ditandingi DAP 28 darinya berjaya dimenangi dengan majoriti yang selesa. Kerusi milik DAP bertambah satu melalui kemenangan di parlimen Sibu.

PKR pula hanya menang di 31 kerusi sekalipun berbanding 97 kawasan yang ditandingi. Manakala PAS pula bertanding di 66 kawasan dan hanya menang di 23 kerusi.

Dalam tempoh kurang dua tahun, PKR kehilangan 5 kerusi parlimen apabila wakilnya keluar parti menjadi wakil BEBAS termasuk satu kerusi lagi dimenangi semula oleh BN melalui pilihanraya kecil.

Melihat kembali kepada rekod dan prestasi yang memihak pada DAP, seakan satu kewajaran untuk DAP menguasai pembahagian kawasan parlimen yang ditandingi pakatan pembangkang.

Dengan rekod pencapaiannya yang nyata lebih baik dari PKR dan PAS, tidak syak lagi DAP akan terus menguasai polisi dan dasar pakatan pembangkang.

Dan sekiranya pembahagian kerusi itu benar-benar dimuktamadkan, maka ura-ura Lim Guan Eng mahu dilantik sebagai PM sekiranya pakatan pembangkang dapat mengambil alih tampuk pemerintahan bakal menjadi kenyataan.

Adakah perkara sebegini akan dibiarkan berlaku oleh orang Melayu Islam yang berada dalam PKR dan PAS?



Lebih Baik BERSARA Dari TANGGUNG MALU KALAH - Anwar Ibrahim

|

Di kala Barisan Nasional semakin bersemangat menunggu pilihanraya, parti-parti pembangkang terutamanya PKR kelihatan resah gelisah.

Malah, keresahan mereka terserlah apabila Ketua mereka sendiri iaitu, Anwar Ibrahim menyatakan yang beliau sanggup bersara jika kalah dalam PRU ini, sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Financial Times (FT).

Bagaimana PKR boleh mengharapkan kemenangan jika mencari calon yang sesuai dan layak juga amat sukar sekali?

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, PKR akan bertanding sejumlah 66 kerusi dalam PRU ke-13 ini, dengan pecahan mengikut negeri seperti berikut:

Kedah – 7
Pulau Pinang – 4
Perak – 9
Selangor – 11
Terengganu – 1
Kelantan – 3
Pahang - 4
Johor - 4
Melaka - 1
Negeri Sembilan – 2
Wilayah Persekutuan – 5
Sabah – 8
Sarawak – 7

Dalam PRU 2008 yang lalu, PKR berjaya memenangi 31 kerusi dan banyak meraih undi Melayu.

Tetapi, pendekatan liberal PKR yang semakin menyerlah kini nampaknya telah menyukarkan parti ini meraih undi kaum Melayu.

Manakala masyarakat Cina lebih selesa dengan DAP dari PKR. Masyarakat India pula, ramai yang telah serik ditipu dan diberi harapan palsu oleh PKR lalu bertindak menolak parti itu.

Justeru, mahu tidak mahu, PKR terpaksa bergantung kepada undi masyarakat Cina dalam PRU ke-13 nanti.

Sumber yang sama juga mendedahkan bahawa daripada 66 kerusi yang bakal mereka tandingi, hanya 14 calon Melayu dan 8 calon dari lain-lain kaum, yang dapat dimuktamadkan.

25 kerusi pula masih di dalam dilemma dalam meletakkan calon. Sekurang-kurangnya 5 kerusi mengalami pertindihan dengan PAS dan DAP.

Di masa yang sama juga, PKR langsung tidak punya ‘calon pilihan’ mahupun ‘calon dalam pertimbangan’ untuk 19 kerusi lain.

Ini bermakna daripada 66 kerusi, hanya 22 sahaja yang dapat dimuktamadkan sementara 44 yang lain masih lagi samar.

Ini menunjukkan betapa sukarnya PKR untuk mencari calon yang sesuai, jauh sekali yang layak dan mampu menang untuk menghadapi pilihanraya kali ini.

Lebih buruk lagi, Anwar sendiri dikatakan masih mengalami dilemma sama ada untuk bertanding di Permatang Pauh, kubu kuatnya, atau di Nibong Tebal yang dikatakan memberi jaminan yang lebih baik untuk menang.

Anwar dikatakan sedar bahawa sokongan rakyat Permatang Pauh terhadapnya telah merosot teruk sehinggakan ceramah-ceramahnya di sana tidak lagi mendapat sambutan.

Apabila seseorang politikus sudah hilang sokongan di kawasannya sendiri, ia sekali gus menunjukkan yang riwayat politik mereka semakin pendek.

Mungkin kerana inilah Anwar sudah mula membayangkan persaraannya dari arena politik jika kalah dalam PRU kali ini.

Dengan Ketua yang sebegitu lemah, PAS dan DAP turut terheret sama. PAS sebelum ini membayangkan akan bertanding 80 kerusi berbanding hanya 67 kerusi pada PRU yang lalu.

Namun, keinginan PAS untuk menjadi parti dominan dalam kabinet Pakatan Rakyat pastinya tidak disenangi DAP dan PKR. Dan seperti biasa PAS akhirnya akan terpaksa akur atas apa saja keputusan yang dibuat oleh DAP dan PKR.

Jika ini berlaku, maka DAP akhirnya akan menjadi parti dominan secara nyata dengan 89 kerusi mutlak untuk partinya, berbanding PKR 66 kerusi dan PAS 67 kerusi.

Ini bermakna, puak rasis dan chauvinis DAP akan lebih mudah untuk meratah kaum-kaum lain andainya Pakatan Rakyat berjaya memenangi PRU nanti.

Nasib kaum-kaum bukan Cina di Malaysia, jatidiri bangsa Malaysia yang kita impikan, serta identiti Malaysia itu sendiri pasti berada dalam risiko terhapus sama sekali di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat yang didominasi DAP.

Maka, senario ini juga merupakan faktor yang bakal membawa kekalahan kepada Pakatan Rakyat.



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU