GELOMBANG WANGSA MAJU: 07/04/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Anwar Memang PELIWAT ... Saman Saya Kalau BERANI - Zulkifli Nordin

| Wednesday, July 4, 2012

KUALA LUMPUR, 4 Julai - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan alasan penghakiman penuh Mahkamah Tinggi dalam kes liwat membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak layak menjadi Ketua Pembangkang dan ahli Parlimen.

Beliau yang dihubungi KLPOS memberitahu Anwar hanya dibebaskan dari disabitkan tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dari segi undang-undang namun dari segi moral telah hilang kelayakan dan integriti bergelar Ketua Pembangkang dan ahli Parlimen.

"Dia (Anwar) sepatutnya letak jawatan kerana jelas dari penghakiman bahawa liwat berlaku.

"Cuma Anwar bernasib baik dengan sistem keadilan jenayah Malaysia yang meletakkan beban bukti terlalu tinggi kepada pihak pendakwaan iaitu melampaui keraguan munasabah," katanya.

Zulkifli dalam nada sinis memberitahu Ketua Pembangkang itu patut berterima kasih kepada sistem kehakiman yang diamalkan di negara ini yang membebaskan beliau atas dasar "kekhilafan teknikal".

Beliau turut berkata penghakiman ini sama seperti penghakiman Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar dalam kes liwat Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan dengan alasan "kami percaya kejadian liwat berlaku tetapi tidak selamat untuk disabitkan kesalahan dari segi teknikaliti".

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru ini turut mendesak agar Peguam Negara membuat petisyen rayuan dengan segera sebelum berakhirnya tempoh sepuluh hari yang diperuntukkan.


sumber : KLPOS

Isu SBPA : Memang Saya Mahu MALUKAN, JAHANAMKAN Najib - Abu Bakar

|

Secara kebetulan, blog ini menerima banyak email daripada kakitangan awam yang memberikan respons di atas ‘suasana’ terbaru yang melibatkan kerajaan dan Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam).

Memang ada pelbagai pandangan. Namun, majoriti pandangan nampaknya bersetuju dengan tindakan tegas yang dibuat oleh kerajaan dalam menyelesaikan isu Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah.

Beberapa email yang diterima, termasuk di kalangan mereka yang pernah bekerja di bawah seliaan Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah sendiri menyatakan bahawa kebanyakan perlakuan dan tindak tanduk beliau kebelakangan ini sememangnya mempunyai unsur ‘tidak selari’ dengan kerajaan sedia ada.

Motif? Tak ramai yang dapat merungkai.

Namun, secara umum ramai yang mengaitkan apa yang berlaku di atas kesilapan ‘mega’ yang dilakukan Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah dalam isu SBPA.

Tidak ada engagement dilakukan. Ternampak seolah ingin menjaga kepentingan dan periuk nasi sendiri; 36 orang kumpulan PREMIER yang berada di tampuk tertinggi kepimpinan Negara.

Seorang anggota PTD yang ada di pejabat Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah sendiri memaklumkan bagaimana banyak keputusan dibuat secara BULLDOZE, tanpa merujuk dan menilai impak yang lebih besar.

Memang benar, tidak semua beban kesalahan mesti diletakkan di bawah Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah – namun sesuatu yang masuk akal, untuk beliau mengambil tanggungjawab yang lebih besar daripada orang lain.

Mana mungkin perubahan yang sebesar SBPA dilakukan tanpa ENGAGEMENT dengan pihak yang berkenaan.

Sudahnya…begini jadinya.

Kalau tidak takkanlah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib terpaksa menanggung akibat cadangan yang setengah masak oleh Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah begitu sahaja.


Datuk Seri Najib Tun Razak also announced salary adjustments of 13 per cent for employees in the management and professional group from grade 1 to 54, nine per cent for the Jusa A, B and C grades, eight per cent for the staff grades 2 and 3, and seven per cent for staff grade one and the Chief Secretary to the Government.

Dikhabarkan bahawa, Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah sudahpun ditawarkan dengan ‘opsyen’ yang lebih molek dan sesuai.

Namun, di atas dasar EGO dan hubungan rapat dengan pemain politik tertentu, dikatakan bahawa Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah hendak melakukan dengan cara beliau sendiri.


sumber : blog GELAGAT ANWAR

KANTOL ... Cynthia Gabriel SUARAM PEMBOHONG BESAR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia

|

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menafikan laporan kononnya suruhanjaya tersebut membuat pemeriksaan ke atas premis kumpulan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) petang semalam.

SSM sebaliknya melalui satu kenyataan media menjelaskan bahawa pihaknya membuat pemeriksaan terhadap syarikat Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) di premis yang terletak di Gasing Indah, Petaling Jaya, Selangor tersebut.

“SSM menjalankan pemeriksaan rutin ke atas Suara Inisiatif yang dikaitkan dengan Suaram di premis perniagaan tersebut. Pemeriksaan yang dijalankan SSM untuk memastikan syarikat mematuhi peruntukkan Akta Syarikat 1965 seperti yang biasa dijalankan terhadap syarikat lain,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, pegawai SSM dibenarkan oleh undang-undang untuk memasuki mana-mana premis bagi tujuan tersebut mengikuti Seksyen 7B Akta Syarikat 1965 tanpa memerlukan waran untuk menjalankan pemeriksaan rutin tersebut.

Justeru, kata kenyataan itu, laporan sebuah portal berita bahawa sekumpulan pegawai SSM terpaksa berpatah balik semasa hendak melakukan pemeriksaan ke atas premis tersebut kerana waran tidak sah petang semalam sebagai tidak tepat.


Sehubungan itu, SSM menggesa semua pihak memberi kerjasama kepada pegawai SSM dalam menjalankan tugas mereka.

Sebuah portal berita semalam melaporkan sekumpulan pegawai SSM yang datang untuk melakukan ‘pemeriksaan rutin “di premis kumpulan hak asasi manusia, Suaram, pada kira-kira jam 3 petang terpaksa berpatah balik kerana waran mereka tidak sah.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dipetik berkata, waran mesti ditandatangani oleh pendaftar tetapi waran berkenaan tidak ditandatangani dan kumpulan pegawai SSM tersebut hanya disertai seorang timbalan.

Menurut Gabriel, pegawai dari SSM itu mahu menemubual kakitangan Suaram serta melihat dokumen dan akaunnya.

Sebuah akhbar pada 1 Julai lalu melaporkan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) meminta Suaram menjelaskan kedudukan sebenar pertubuhan itu kerana semakan di SSM mendapati ia merupakan syarikat swasta yang mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010.

Presidennya, Azwanddin Hamzah dilapor berkata, menerusi semakan dokumen awam SSM, Suaram adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

sumber : AIDC


Mengapa Cynthia Gabriel panik apabila SSM datang untuk melakukan pemeriksaan rutin terhadap syarikat Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif).

Lu tara baca ka Seksyen 7B Akta Syarikat 1965? ... SSM dibenarkan melakukan pemeriksaan Tanpa Waran bagi mana-mana syarikat yang ditubuhkan dibawah akta ini.

Pelik ... Mengapa Cynthia Gabriel terpaksa berbohong mengatakan sekumpulan pegawai SSM terpaksa berpatah balik semasa hendak melakukan pemeriksaan ke atas premis Suara Inisiatif?

Penafian ini sekaligus menjawab persoalan utama ...

"Menurut Gabriel, pegawai dari SSM itu mahu menemubual kakitangan Suaram serta melihat dokumen dan akaunnya."



Memang benarlah SUARAM didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965 dan berdaftar dengan SSM sebagai Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif).

Kantol ...



Berlaku Penetrasi ... Anwar MEMANG BALUN BONTOT SAIFUL - Mahkamah Tinggi

|

Hakim Mohamad Zabidi telah mengumumkan penghakiman kes liwat Anwar Ibrahim 'membontoti' Saiful Bukhari Azlan.

Cukup jelas, ada keterangan berlaku penetrasi dubur Saiful Bukhari Azlan oleh Anwar Ibrahim.

Dengan kata lain ... kejadian Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari Azlan memang berlaku.

Keputusan penghakiman yang membebaskan Anwar Ibrahim bukan bermaksud 'Anugerah Tuhan' ini tidak bersalah setelah puas 'membontoti' Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan pembebasan Anwar Ibrahim dilakukan kerana tiada bukti sokongan dan tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan Anwar 'Peliwat' Ibrahim.

Mahkamah Tinggi 'terpaksa' membebaskan Anwar Ibrahim berdasarkan kepada integriti sampel sperma Anwar Ibrahim yang diambil dari dubur Saiful Bukhari Azlan tergugat.

Lantas Mahkamah Tinggi hanya mampu membuat keputusan berlaku penetrasi Anwar Ibrahim ke dubur Saiful Bukhari Azlan.



Terlepasnya Anwar Ibrahim dari disabitkan kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan adalah disebabkan kesilapan / khilaf pegawai penyiasat yang membuka beg plastik (P27), sampel sperma bahan bukti untuk dilabelkan.

Di sinilah keputusan penghakiman membebaskan Anwar Ibrahim kerana dengan terbukanya beg plastik (P27), integriti sampel tersebut hilang.


Keputusan penghakiman kes liwat Saiful Bukhari Azlan ini sama seperti keputusan penghakiman kes liwat melibatkan Sukma Darmawan pada tahun 2004.

Berlaku kegiatan homoseksual Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan. Dan kali ini berlaku kegiatan meliwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari Azlan.

Terlepasnya Anwar Ibrahim dari disabitkan kesalahan kedua-dua kes adalah disebabkan pihak pendakwaraya tidak berjaya membuktikan kes tanpa sebarang keraguan.

Bukan bermaksud tidak berlaku aksi homoseksual dan meliwat ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU