GELOMBANG WANGSA MAJU: 07/03/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

SUARAM Panik ... Suruhanjaya Syarikat Malaysia TERJAH OFIS

| Tuesday, July 3, 2012

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan datang ke premis SUARAM esok setelah kedatangan sekumpulan pegawai jabatan itu hari ini gagal mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak NGO tersebut.

Meskipun pihak SMM telah membawa surat waran, namun SUARAM mendakwa surat waran itu tidak lengkap untuk membolehkan pihaknya memberi kerjasama dalam siasatan tersebut.

“Waran mesti ditandatangani oleh pendaftar. (tetapi) Ia tidak dan orang yang datang bersama-sama adalah hanyalah timbalan.

“Mereka telah mengambil keputusan untuk datang semula esok,” kata Cynthia Gabriel, Ahli Lembaga Pengarah SUARAM kepada Malaysiakini.

Menurut Gabriel, empat pegawai SSM yang datang hari ini bertujuan untuk menemubual kakitangan, memeriksa dokumen dan akaun SUARAM.

Menurut suaram.net, premis induk SUARAM beralamat di 433A, 1st floor Jalan 5/46 Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya Selangor, Malaysia dan mempunyai dua cawangan di negeri Johor dan Pulau Pinang.

Pada 1 Julai lalu, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendedahkan SUARAM bukan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagaimana yang sering didakwa sebaliknya pertubuhan itu merupakan sebuah syarikat swasta yang tidak bermotifkan keuntungan.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, menerusi semakan dokumen awam SSM, Suaram adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2.

Menurutnya, pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua mereka sebagai pengarah adalah pada 7 Jun 2004.

“JMM juga difahamkan bahawa jumlah pendapatan syarikat ini adalah RM497,137 pada tahun 2009 dan RM411,226 pada tahun 2010.

“JMM mahu tahu sama ada pendapatan syarikat ini dari dalam atau luar serta apakah identiti penyumbang, motif serta niat sebenar mereka,” katanya.

Katanya lagi pemeriksaan lanjut yang dilakukan pihaknya mendapati Suaram tidak berdaftar di dalam Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai sebuah NGO.

“Selama ini mereka cenderung kepada sesuatu pihak, saya tidak mahu tuduh tetapi mereka perlu perjelaskan sumber sebenar pendapatan mereka, lagipun mereka yang selama ini memperkatakan mengenai ketelusan.

“Mereka berlagak seperti sebuah NGO tetapi sebenarnya adalah sebuah syarikat swasta. Sumber pendapatan kira-kira RM900,000 itu adalah satu jumlah besar yang perlu diperjelaskan sama ada dari dalam atau luar negara,” katanya.

Khalid Ibrahim HARAM JADAH, RM 1 Bilion Untuk BAIL OUT TALAM CORPORATION

|
Ketawa besar Chan Chong Yoon dengan 'Bail Out' Khalid Ibrahim terhadap Talam Corporation (Trinity Corporation Berhad)


KUALA LUMPUR, 3 Julai - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong mendakwa transaksi RM1 bilion oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sebagai amat mencurigakan.

Beliau turut mendakwa transaksi mencurigakan itu berkait rapat dengan langkah kutipan semula hutang yang melibatkan syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor itu.

Chua Tee Yong berkata Talam Corporation Berhad (TALAM) telah berhutang sejumlah RM392 juta kepada tiga anak syarikat milik kerajaan negeri Selangor.

Tiga anak syarikat yang dimaksudkan adalah Universiti Selangor (UNISEL), Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) dan SAP Holdings Berhad (SAP) berjumlah RM277 juta. SAP merupakan anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB).

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini turut mendakwa Laporan Tahunan terkini KHSB menunjukkan kerajaan negeri masih lagi berhutang RM115 juta kepada ketiga-tiga anak syarikat tersebut memandangkan tiada sebarang pembayaran dilakukan.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini telah memperuntukkan RM392 juta melalui bajet tambahan yang diluluskan Dewan Undangan Negeri pada 2009 serta mendakwa TALAM telah melangsaikan kesemua hutang-hutang berkenaan dan berjaya mengutip semula hutang bagi pihak ketiga-tiga anak syarikatnya itu.


Selanjutnya, klik BAIL OUT ALA ANWAR IBRAHIM

Bail Out, Bail Out dan Bail Out ... itu adalah jawapan sebenar apa yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim terhadap taikun Chan Chong Yoon.

GWM cuba permudahkan pemahaman 'Bail Out Pakatan Haram Style' melalui gambarajah di bawah ini ...






Dalam Laporan Tahunan Talam Corporation pada 12 Mac 2010 dan 9 April 2010, jelas menunjukkan Kerajaan Pakatan Haram Selangor telah membeli aset-aset syarikat ini berjumlah RM 676 juta.

Kerajaan Pakatan Haram Selangor juga telah membeli aset tambahan Talam Corporation berjumlah RM 284 juta.

Rakyat masih menunggu bila agaknya Khalid Ibrahim mahu membentangkan KERTAS PUTIH mengenai isu pengambialihan hutang Talam Corporation ini.

Khalid Ibrahim pernah berjanji perkara ini pada 11 Julai 2010 ... Sudah dua tahun, satu patah haram pun masih belum lagi dibentangkan.

Jangan buat-buat lupa Khalid Ibrahim ...



Lim Guan Eng Cuba CABUL KAMI BERTIGA - Warga Emas

|
Tidak cukup dengan skandal bekas staf beliau di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, warga emas pula turut mahu 'dilacurkan' Lim Guan Eng.

Warga emas Pulau Pinang kini dijadikan alat melariskan populariti Lim Guan Eng kononnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang cukup prihatin.


Cukup memalukan apabila puak-puak pembangkang yang semakin kehabisan modal dan kudrat untuk meraih sokongan, akhirnya terpaksa 'mencabul kehormatan dan maruah' warga emas dengan memancing wang tunai untuk menyokong DAPigs Pulau Pinang.

Aksi Lim Guan Eng cukup meloyakan sehingga sanggup menipu penduduk kampung malahan warga emas semata-mata mahu menunjukkan bahawa masih lagi ada rakyat yang menyokong puak-puak racist dan chauvinist ini.


Warga emas dikerah untuk berjalan sejauh satu kilometer untuk hadir ke lokasi dengan harapan akan menerima bantuan.

Malangnya, bantuan yang diterima hanyalah satu naskah risalah kerajaan negeri 'Buletin Mutiara' sebagai galang ganti.

Murahnya maruah warga emas di mata Lim Guan Eng ...


Lebih malang lagi, warga emas ini terkejut nama-nama mereka kononnya tidak ada dalam senarai penerima bantuan.

Cukup sadis warga-warga emas ini dipergunakan sedemikian rupa seperti 'pelacur murahan'  oleh Lim Guan Eng dan pembangkang di Pulau Pinang.

Cukup biadab puak-puak chauvinist DAP ini ... Barangkali puak-puak ini ingat orang Melayu adalah sampah di negara sendiri.



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU