GELOMBANG WANGSA MAJU: 07/02/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Najib Altantuya Siri II : Anwar DIMAMAH FITNAH SENDIRI

| Monday, July 2, 2012

Kewujudan SUARAM Juga Berasaskan Penipuan?

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang banyak membuat bising dan giat berusaha memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri telah pun dibuktikan sebagai penipu.

Beberapa tuduhan mereka berkenaan isu kapal selam scorpene telah pun dikantoikan dengan jelas sekali di mana perbicaraan langsung tidak berlaku di Mahkamah Perancis.

Namun, SUARAM sudah begitu sebati dengan menipu dan mereka langsung tidak hairan jika penipuan mereka terbongkar.

Apa nak dihairankan dengan sikap SUARAM ini apabila bukan sahaja aktiviti hariannya adalah menipu, tetapi asas kewujudan SUARAM itu juga adalah satu pembohongan.

SUARAM, selama ini mewar-warkan diri mereka sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh bekas-bekas tahanan ISA dan keluarga mereka demi memperjuangkan hak asasi dan keadilan.

Namun, semalam Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah telah mendedahkan bahawa menerusi semakan dokumen awam SSM, beliau mendapati SUARAM adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan sebuah NGO seperti yang diwar-warkan mereka.


Lebih menarik lagi ialah ‘syarikat SUARAM’ ini didapati mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010.

Adalah difahamkan bahawa pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua mereka sebagai pengarah adalah pada 7 Jun 2004.

Perkembangan ini sekali gus menguatkan lagi pendapat ramai bahawa SUARAM adalah talibarut asing yang tugasnya adalah untuk mencipta suasana tidak tenteram dengan membangkitkan keraguan terhadap kerajaan yang memerintah bagi membuka jalan kepada boneka asing, iaitu pihak pembangkang untuk berkuasa sama ada melalui pilihanraya mahupun jalanraya.

Sudah lama rakyat tertanya-tanya bagaimana sebuah NGO yang tidak berorientasikan keuntungan mendapat wang untuk ke sana ke mari memburukkan kerajaan?

Bagaimana mereka mengupah peguam dari luar negara dan bagaimana mereka menanggung kos perjalanan, penginapan dan makan minum pegawai serta peguam mereka dalam ‘misi’ memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia? Itu belum termasuk kos dokumentasi dan lain-lain kos pengurusan dan pentadbiran.

Dengan pendedahan ini, terjawablah sebahagian dari kemusykilan rakyat terhadap SUARAM.


Sebelum ini SUARAM juga telah didedah sebagai menerima bantuan dari pertubuhan-pertubuhan luar dari rangkaian CIA.

Berdasarkan pendedahan rekod kewangan ‘syarikat’ mereka ini, tidak mustahil sama sekali bahawa semua pendedahan tersebut adalah benar belaka.

SUARAM tidak boleh lari lagi kali ini. Untuk ke sekian kalinya, selain dari menuduh dan menuntut agar orang lain menjawab persoalan yang dibangkitkan mereka, SUARAM perlu menjawab tuduhan ke atas mereka pula:

Apakah ia sebuah syarikat perniagaan? Jika ya, apakah yang mereka perniagakan? Apakah ia sebuah NGO? Jika ya, dari mana datangnya sumber kewangan?


Mungkin SUARAM perlu lupakan sekejap soal kapal selam. Lagipun, menurut SUARAM kes tersebut sedang ‘dibicarakan’ bukan? Jadi, biarlah ‘perbicaraan’ berjalan dengan tenang sementara kita menunggu keputusannya.

Buat masa ini, SUARAM perlu jelaskan pertuduhan ke atas mereka terlebih dahulu iaitu benarkah mereka ditaja oleh CIA?

Jika tidak, kenapakah SUARAM perlu mencipta publisiti ke atas kes yang kononnya ‘sedang dibicarakan’? Apakah yang SUARAM cuba capai sebelum ‘keputusan perbicaraan’ diumumkan?

Jika benar SUARAM adalah sebuah organisasi yang telus dan berniat baik, maka SUARAM tidak harus punya masalah untuk menangani persoalan mudah ini.

Skandal RM 1 BILION Selangor : Rafizi SOROK MUKA Dalam Baju CIKARO PKR

|

PETALING JAYA, 2 Julai - Koordinator Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, Pakatan Rakyat perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa aset yang dimiliki oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan telah menyusut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyatakan menerusi beberapa tulisannya di Twitter mengenai kontroversi itu pada Ahad bahawa beliau akan mendedahkan “skandal yang melibatkan penyelewengan dan urusan bernilai RM1 bilion”.

Mohd Zin turut menambah pendedahan tersebut amat serius kerana melibatkan kepentingan awam dan merupakan satu 'tamparan' terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang dibelenggu dakwaan perolehan peruntukan RM300 juta dibawah geran Selangorku Sayang adalah dari sumber yang meragukan.

Sebelum itu, Chua Tee Yong mendedahkan akan membongkar sebuah syarikat yang disenaraikan dan penyalahgunaan wang rakyat RM1 bilion yang melibatkan kerajaan negeri Selangor.

Chua berkata, beliau menerima maklumat mengenai urusan yang tersembunyi di sebalik transaksi yang merumitkan malah berkaitan dengan pemindahan aset, taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat.

“Pakatan Rakyat yang mendakwa mereka begitu cemerlang dalam ketelusan, saya mencabar mereka untuk mendedahkan butiran mengenai transaksi itu,” kata Chua, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Chua, yang merupakan seorang akauntan dan bekas ketua pegawai kewangan di sebuat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkata: “Saya akan mendedahkan lebih banyak butiran supaya rakyat dapat membuat penilaian sekiranya Pakatan Rakyat menunaikan jani mereka atau hanya membuat janji-janji kosong.”


sumber : KLPOS


Rakyat pasti menunggu pendedahan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong mengenai “skandal yang melibatkan penyelewengan dan urusan bernilai RM1 bilion”.

Skandal ini pula melibatkan sebuah syarikat yang disenaraikan dan melibatkan kerajaan negeri Selangor.

Lebih teruk lagi, skandal ini 'tersembunyi' di sebalik transaksi yang merumitkan malah berkaitan dengan pemindahan aset, taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat.

Barangkali kita sudah dapat mengagak mengapa Rafizi Ramli meletakkan jawatannya sebagai CEO, Pejabat Penasihat Ekonomi kerajaan negeri Selangor.

Rafizi Ramli ini seorang akauntan bertauliah yang cukup mahir dengan transaksi-transkasi 'tersembunyi' dalam pemindahan aset, taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat.

Dengan kata lain ... 'Creative Accounting' atau 'Round Tripping'. Mustahil 'Chartered Accountant' buta mata dalam kaedah ini.

Lembu PKR ini tahu ada 'bala' sedang menunggu disebalik pembongkaran ini.

Kita tunggu dan lihat ...



Ketua Pengarang NST/BH BAKAL DIPECAT - Media Prima Berhad

|

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarang Kumpulan NST/BH, Dato Jalil Abdul Hamid telah sabotaj persediaan pilihanraya Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan sepatutnya dipecat di atas pengkhianatan ini.

Sabotaj ini dilakukan dengan melaporkan kenyataan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Dato Abu Bakar Abdullah seolah beliau dianiaya dipecat dari jawatan dan membantu menimbulkan salah faham dan keresahan dikalangan kakitangan awam.



Jalil nampaknya bersekongkol memalukan Perdana Menteri dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan. Sudahlah Najib dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut akan dianggap seolah-olah Abu Bakar telah dianiayakan.

Laporan Berita Harian, yang telah diluluskan penyiaran oleh Jalil, mendedahkan rungutan Abdullah yang sebelum ini hanya desas desus dikalangan sekumpulan kecil pegawai kerajaan. Kini ianya telah tersebar hingga ke portal pro-pembangkang.

Disebarkan pembangkang

Laporan tersebut tidak dapat diperolehi secara online tetapi disiarkan di Berita Harian edisi hari minggu semalam bertarikh Julai 1hb.

Namun begitu, ia telah dilaporkan semula oleh portal pro-pembangkang yang diuruskan oleh bekas-bekas wartawan dan penyunting dari News Straits Times, The Malaysian Insiders. Laporan mereka berbunyi:

Abu Bakar confirms sacked as PSD chief
By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, July 1 — Tan Sri Abu Bakar Abdullah has confirmed he lost his job as director-general of the Public Service Department (PSD) as of today, which sources say is related to Putrajaya’s aborted new pay scheme for civil servants.

Despite the government’s move to extend the civil service retirement age to 60, the 57-year-old senior civil servant of 35 years said he was “saddened” to find out about the termination only through an official letter.

“My family and I are still saddened by this situation. I did not retire but my service was terminated effective July 1, 2012.

“I received a letter informing me of the termination of my service. I think that is enough for me to say right now,” he was quoted by Berita Harian (BH) Ahad as saying.

The Malay-language paper is the revamped weekend edition of Berita Harian. It was previously known as Berita Mingguan.

The paper reported Abu Bakar (picture) saying that he had opted to retire at 60, but the government’s unexpected decision meant that his benefits and pension would only be considered until June 30, 2012.

He has so far refused to comment on the reason for his termination, and whether it has anything to do with the PSD’s controversial Public Service Renumeration Scheme (SBPA), which was axed after protests from within the civil service.

Abu Bakar was previously tipped to be the next Chief Secretary to the Government, but Datuk Seri Dr Ali Hamsa has since taken over.

Abu Bakar, whose department was blamed for disparate pay rises for civil servants early this year, was widely expected to leave government service.

His termination comes amid a on-going debate over the civil service’s impartiality, after newly-minted chief secretary Ali raised eyebrows when he told his new charges that they “should know better” than to believe the “empty promises” made by the opposition.

The 1.4-million-strong public sector has been a traditional vote bank for BN but the controversy over a new pay scheme and attacks on the ruling parties by PR over bread-and-butter issues may offer the federal opposition a glimmer of hope in the coming polls. But recent days have seen top government officials go on an apparent overdrive to protect the BN government they serve.

Apart from Ali’s message to the civil service, Foreign Ministry undersecretary Ahmad Rozian Abdul Ghani recently attacked a Canadian newspaper for describing Datuk Seri Najib Razak as a “false democrat,” and insisted that the prime minister had “an impressive track record by anyone’s standards”.

A director at Putrajaya’s efficiency unit, Pemandu, also made a public attack on PR on Wednesday for not improving the states it governs and focusing on sniping and criticising the federal government’s efforts.


Tidak dapat dipastikan samada laporan bersama oleh The Malaysian Insiders itu dirancang. Namun tindak tanduk Jalil boleh dianggap mengkhianati Perdana Menteri.

Letak jawatan

Jalil seharusnya mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan. Jika dia enggan, dia seharusnya dipecat segera.

Isu yang mahu ditimbulkan oleh Abu Bakar dan dia bantu oleh Jalil adalah dia mahu terus berkhidmat tetapi kerajaan tidak terima permohonannya ini. Dengan ini, perkhidmatannya berakhir pada Jun 30 dua hari lepas.

Sebelum ini, Abu Bakar dijangka akan mengambilalih jawatan Ketua Setiausaha Negara dari Tan Sri Sidek Hasan yang ketika itu akan pencen. Walaubagimana pun, Najib tidak membuat keputusan mengikut jangkaan dan telah memilih Dato Dr Ali Hamsa untuk dilantik KSN.

Abu Bakar dipercayai tidak dipilih dan ditamatkan perkhidmatan kerana kegagalannya dalam merangka kenaikkan gaji sekim SBPA yang telah dipertanggungjawabkan secara terus oleh Perdana Menteri sendiri kepadanya.

CUEPAC telah mendedahkan bahawa sekim SBPA yang diusahakan Abu Bakar hanya menguntungkan pegawai atasan kerajaan dengan kenaikkan gaji hingga 80%, manakala kenaikkan diperingkat bawah agak nominal.

Kenaikkan gaji yang sepatutnya dapat memuaskan hati kakitangan awam menjadi satu liabiliti politik kepada Perdana Menteri kerana ia hanya menimbulkan ketidk puasan hati dikalangan kakitangan kerajaan.

Ini memalukan Perdana Menteri yang terpaksa menukar keputusan dan memperkenalkan sekim SSB baru untuk menggantikan sekim SBPA.

Namun begitu, Abu Bakar tidak mengambil bertanggungjawab dengan kesalahan besarnya itu tetapi masih mengharapkan dapat terus berkhidmat hingga ke umur 60 tahun. Sebab pemecatannya pun turut tidak disebut.

Gagal

Sejauh mana kenyataan Abu Bakar akan menjadi isu masih tidak dapat dijangka. Sebelum ianya membesar dan berlaku pelbagai lagi sabotaj dari NST atau BH, tindakan segera dengan menghentikan perkhidmatan Jalil adalah perlu.

Jalil menggantikan Dato Zainul Ariffin sebagai Ketua Pengarang Kumpulan. Dibawah Zainul, NST berubah dari akhbar penuh menjadi akhbar gaya hidup yang tidak membantu penerangan kerajaan dan propaganda parti. Anihnya bahagian politik ditutup dan NST adakala lebih mirip seperti akhbar untuk parti pembangkang.

Sebelum ini, Jalil adalah Pengarah Komunikasi Pejabat Perdana Menteri. Dia yang seharusnya faham keperluaan mengemaskinikan NST dan peranan NST sebagai salah satu dari beberapa akhbar penyokong kerajaan.

Berbanding dengan Utusan Malaysia dan TV3, NST dan BH begitu kurang sekali membantu usaha kerajaan dan parti pemerintah. Dengan laporan mengenai Abdullah, nampaknya NST dan BH seolah-olah menjadi "duri dalam daging" pula. 

sumber : THE UNSPINNERS



Kita lihat apa pula komen 'handbrake' dari Pengerusi Media Prima Berhad (MPB), Datuk Johan Jaafar dalam hal ini.

GWM pun pernah mendengar dari mulut-mulut kenalan rapat Pengerusi MPB ini. Boleh tahan juga mulut Johan Jaafar ini 'backhand' BN ...


Bukti Sahih SUARAM Dibiayai RM 900,000 Oleh CIA - JMM

|
Azwanddin Hamzah dan Tengku Amaluddin Sani menunjukkan bukti dokumen awam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Syarikat Inisiatif Sdn Bhd dipercayai SUARAM.



Tembelang SUARAM kini semakin terbongkar, membusuk dan bernanah ...

SUARAM bukanlah suatu badan bebas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) malah 'Suara Anak Haram' ini sudah dibuktikan penubuhannya bukan melalui Pendaftar Pertubuhan (ROS).

SUARAM sebenarnya adalah sebuah syarikat swasta didaftarkan dibawah SSM dengan pendapatan lebih dari RM900,000 dalam masa 2 tahun.

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membongkar kesialan badan pemikir Anwar Ibrahim ini melalui semakan dokumen awam di SSM.

Bagaimana SUARAM boleh mendakwa pertubuhan ini sebagai pertubuhan bukan kerajaan sedangkan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai syarikat swasta.

Semakan JMM juga mendapati SUARAM dengan modal berbayar RM2 ini mempunyai dua orang pengarah syarikat, Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong (bekas ahli Parlimen DAP Petaling Jaya), yang dilantik pada 7 Jun 2004.

Cukup hebat bagi sebuah NGO mampu mempunyai pendapatan berjumlah RM497,137 pada tahun 2009 dan RM411,226 pada tahun 2010.

JMM juga telah memeriksa dibawah ROS dan mendapati pertubuhan suara anak haram ini tidak berdaftar dengan badan tersebut.

Bagaimana SUARAM mampu memperolehi pendapatan sebanyak itu, GWM telah jelaskan sedikit sebanyak pada artikel yang lalu.




SUARAM bukanlah sebuah pertubuhan bebas, berkecuali dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar negara yang mempunyai agenda tertentu terhadap negara.

Pertubuhan ini dinaungi oleh National Endownment for Democracy (NED), sebuah NGO kelahiran Amerika Syarikat yang ditugaskan untuk mencampuri urusan dalaman negara-negara atas nama demokrasi.

SUARAM mendakwa dana yang diterima tidak akan ada sebarang campur tangan daripada penderma. Malangnya, SUARAM berbohong dan cuba melindungi kepentingan pihak-pihak tertentu.

NED pernah membiayai USD 90,000 kononnya atas dasar mempromosi hak asasi manusia.


Bukan hanya membiayai SUARAM sahaja, malah NED juga telah membiayai BERSIH 2.0 bertujuan untuk menguru-harakan negara melalui demonstrasi jalanan. Dana ini diberikan kepada Pengerusi BERSiH, Ambiga Sreevanasan.




Namun apa yang paling penting adalah hubungan dan kaitan rapat di antara NED dan badan risikan Amerika Syarikat (CIA).

In a March 2005 interview, former CIA officer Philip Agee discussed the thinking behind NED's establishment:[5]

During the late 1970s there was new thinking at the highest levels of the U.S. foreign policymakers, and they reconsidered whether these ugly murderous military dictatorships of the 1970s were really the best way to preserve U.S. interests in these countries – U.S. interests being defined traditionally as unfettered access to the primary products and raw materials, to the labor and to the markets of foreign countries. This new thinking led to the establishment in 1983 of the National Endowment for Democracy. They had chosen the German pattern in which the major political parties in Germany have foundations financed by the federal government.


NED regularly provides funding to opposition candidates in elections in countries other than the USA. According to Allen Weinstein, one of the founders of NED, "A lot of what we [NED] do today was done covertly 25 years ago by the CIA" (Blum, Rogue State: A Guide to the World's Only Superpower, 2000, p. 180).

NED has principally supported candidates with strong ties to the military and who support the rights of U.S. corporations to invest in those countries with minimal restriction.

Artikel lebih lanjut, klik SUARAM EJEN CIA DI MALAYSIA



Sudah ada bukti SUARAM dibiayai oleh NED, sebuah badan yang ditubuhkan melalui badan perisikan Amerika Syarikat, CIA.

Artikel di atas sebagai bahan rujukan utama mengapa NED begitu taksub membiayai pihak pembangkang dalam sesebuah negara untuk mengikut telunjuk Amerika Syarikat.

Perlukah rakyat diperbodohkan lagi dengan mainan wayang Anwar Ibrahim yang sememangnya mempunyai kaitan rapat dan kukuh dengan National Endownment for Democracy.

Apakah tidak mustahil Anwar Ibrahim juga mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan CIA memandangkan NED adalah hasil pemikiran dan penubuhan oleh badan risikan Amerika Syarikat itu?

SUARAM hanyalah sebagai kenderaan tunggangan Anwar Ibrahim bagi melangsungkan cita-cita iblisnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ... dengan cara membuat seribu bahan fitnah dan tohmahan melalui isu kapal selam Scorpene dan Altantuya demi mengaibkan maruah DS Najib.

GWM serahkan kepada rakan-rakan blogger lain untuk mendedahkan sumber pendapatan RM497,137 dan RM411,226 yang diterima oleh SUARAM ini.



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU