GELOMBANG WANGSA MAJU: 06/30/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

MB Kedah Perlu DISISIHKAN PAS Negeri - Anwar Ibrahim

| Saturday, June 30, 2012


Dua ceramah di Sungai Petani, semalam dan Kulim, Hari ini Pakatan Rakyat jelas menunjukkan pentas dikuasai oleh pemimpin PKR termasuklah Anwar Ibrahim.

Mana pergi pemimpin PAS Kedah?

PAS akhirnya terpaksa meminta bantuan Anwar dalam memastikan kemenangan di Kedah. Menurut seorang rakan di HQ, Anwar menerima ‘rayuan’ PAS dengan terbuka. Walaupun Anwar kecewa kerana Azizan tidak mendengar cakap sejak awal.

Kalau menurut kepada kehadiran Himpunan Hijau – segalanya nampak memihak kepada PAS. Namun Azizan akhirnya mengakui bahawa kekuatan Himpunan Hijau tempohari hanyalah bersandarkan orang luar Kedah.

Anwar sudah berulang kali menyampaikan mesej kepada Azizan, jika tidak berbuat apa-apa – PR akan gugur di Kedah. Confirmed. Namun Azizan masih menjadi seorang MB yang degil dan tidak mendengar cakap orang. Sudahnya, berbekalkan Merdeka Rakyat, Anwar sendiri terpaksa turun ke bawah.

Azizan lupa bahawa dia bukanlah MB yang digemari semua rakyat. Ya, mungkin sebahagiannya masih menganggap dia sebagai MB yang mudah didekati. Namun dalam berhadapan dengan politik semasa, baik sahaja tidak mencukupi.

MB mestilah mampu mengisi harapan rakyat. Azizan terlalu banyak mengharapkan orang lain dalam melakukan kerja politik untuknya.

Anwar sudahpun memberikan komitmen kepada TG Nik Aziz, bahawa dia sendiri akan membantu usaha dan strategi PR di Kedah.

Namun mesti ada ‘pulangan’ yang setimpal, termasuk daripada sudut perjawatan Exco dan sebagainya.

Orang PKR tidak akan berpuas hati sekiranya mereka terpaksa melakukan banyak kerja ; tetapi PAS hanya menikmati kejayaan yang mereka usahakan. Mesti ada timbal balas.

Azizan hampir pasti TIDAK mengetuai PAS Kedah dalam PRU yang akan datang. Itu sudah muktamad.

Anwar mahukan seorang lain yang lebih mudah dibentuk, diurus, diarah untuk membawa kepentingan Pakatan Rakyat. Orangnya sudahpun dikenal pasti.




Gulingkan NAJIB ... Ikut Cara Ikhwanul Muslimin - Anwar Ibrahim

|

Kemenangan Parti FJP yang meletakkan calon dari Ikhwan Muslimin, Dr. Mohamed Morsi dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai insipirasi. Menurut Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan oleh sisipan akhbar Harakah, iaitu Fikrah, kemenangan Dr. Morsi dan perubahan yang berlaku dalam negara Arab hari ini boleh merebak kepada Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat hari ini.

Secara tidak langsung, Anwar juga membuktikan apa yang dituduh ke atasnya iaitu beliau sememangnya berniat untuk menggulingkan kerajaan dengan cara keganasan sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir.

Kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri Anwar sering berangan-angan membayangkan dirinya seperti tokoh-tokoh pembebasan lain seperti Aung Suu Kyi, Ghandi dan sebagainya.


Dan apabila Mesir mengalami pemberontakan serta Morsi diangkat menjadi Presiden, Anwar pantas menyamakan dirinya dengan Morsi, dan partinya, Pakatan Rakyat, umpama Ikhwan Muslimin pula.

Sedangkan Morsi dan Anwar adalah jauh panggang dari api. Dan Parti FJP dengan Pakatan Rakyat adalah bagai langit dengan bumi. Manakala PKR, malah PAS juga, iaitu parti yang kononnya ‘paling Islamik’ dalam PR, langsung tidak menyamai Ikhwan Muslimin.

Pertamanya, dalam era pemerintahan Mubarak, calon dari parti Ikhwan Muslimin hanya boleh bertanding atas tiket bebas kerana pertubuhan itu tidak diiktiraf.

Sedangkan Anwar dan apa saja nama parti yang ditubuh atau digabungkannya tidak pernah dinafikan hak untuk bertanding atas tiket parti.

Walaupun Ikhwan Muslimin membawa imej Islam konservatif tetapi ia tidak pula menyamai PAS. Ikhwan Muslimin tidak menggadaikan prinsip perjuangan mereka hanya kerana ingin memenangi pilihanraya.


Ia kekal meletakkan Islam sebagai platform tetapi dengan pendekatan lebih terbuka. Jika dulu parti ini membelakangkan terus peranan wanita, hari ini Ikhwan Muslimin hanya menghadkan kedudukan wanita dalam politik dan tidak membolehkan mereka menjadi calon tetapi mereka dibenarkan untuk menjadi anggota kabinet.

Justeru, menjadikan parti ini jauh lebih berbeza dengan PKR yang meletakkan Wan Azizah, isteri Anwar sendiri sebagai Presiden.

Oleh kerana platform Ikhwan Muslimin adalah Islam, maka parti tersebut tidak membawa aspirasi terbuka dan liberal sepertimana PKR yang mengambil sikap ‘mesra’ dengan golongan songsang dan mengiktiraf perjuangan golongan ini di bawah hak asasi manusia.

Morsi, Presiden baru Mesir adalah seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai keperibadian baik, yang mana amat jauh berbeza dengan Anwar yang telah terbukti meliwat dan menyalahguna kuasa. Morsi juga tidak mempunyai skandal dengan pelacur seperti Anwar.


Oleh itu, bagi Anwar untuk meletakkan diri dan partinya menyamai Morsi dan Ikhwan Muslimin adalah satu penghinaan kepada Morsi dan Ikhwan Muslimin.

Rakyat Mesir memberontak akibat dari tekanan ekonomi. Itupun, keadaan hidup rakyat selepas pemberontakan adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya.

Pada awal tahun ini, rizab matawang asing negara tersebut hanya tinggal USD10 billion daripada USD36 billion sebelum pemberontakan. Pelaburan asing juga terhenti terus dan jumlah pelancong menurun secara drastik.

Akibatnya, subsidi terpaksa ditarik balik dan harga makanan dan kemudahan asas di Mesir menjulang tinggi sehingga dua kali ganda. Penarikan subsidi juga menjejaskan harga minyak sekali gus semua harga barangan lain.

Kadar pengangguran pula berada di tahap 12 – 24 peratus berbanding 9 – 12 peratus sebelum pemberontakan.

Rakyat Malaysia tidak mengalami semua masalah ini. Malah kehidupan rakyat Malaysia adalah antara yang termewah di rantau ini. Justeru, untuk kita memberontak dan meletakkan diri kita dalam keadaan yang lebih buruk dari ini sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir, semata-mata untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang amat bodoh sekali.


Pun begitu, belum ada kepastian bahawa Morsi mampu menerajui Mesir dengan lebih baik dari Mubarak.

Jika dilihat dari 4 langkah pertama yang diumumkan akan dilakukannya sebagai Presiden, kita akan dapati bahawa beliau tidak mempunyai visi yang jauh.

4 langkah tersebut ialah:

1. Menyumbangkan wang gajinya untuk kebajikan rakyat

2. Melarang penggantungan gambarnya di bangunan kerajaan dan melarang menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar.

3. Berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden dan Menteri Dalam Negeri.

4. Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiring Presiden agar tidak berlaku kesesakan lalulintas.

Ini adalah gambaran awal pemikiran Morsi dan jika gambaran ini boleh dijadikan ukuran gaya pemerintahannya maka nampaknya Mesir akan berada dalam keadaan yang statik untuk beberapa lama sebelum merosot perlahan-lahan dan tidak mustahil akan mencetuskan satu lagi pemberontakan.

Justeru, rakyat Malaysia wajar berfikir beratus kali sebelum memperjudikan nasib dan nyawa sendiri dengan menyahut seruan Anwar agar mengikut jejak langkah Mesir.



KSN Jangan Jadi Anjing UMNO - Mahfuz Omar

|


Kita tidak faham kenapa Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar perlu menjadikan kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru, Dato’ Dr. Ali Hamsa sebagai satu isu.

Menurut laporan Harakah, Dato’ Dr. Ali, dikatakan mengeluarkan kenyataan agar menyokong BN secara terbuka dan menuduh pembangkang sebagai membuat ‘janji kosong’.

Kita fahamlah yang Mahfuz tidak berapa cerdik dan PAS sudah ketandusan isu tetapi sekurang-kurangnya janganlah ditonjolkan kepada rakyat betapa tidak cerdik dan betapa terdesaknya PAS dan Mahfuz untuk mencari sedikit modal politik.

Sudah menjadi kemestian bagi seseorang KSN untuk menyokong kerajaan yang memerintah dan kebetulannya kerajaan yang memerintah hari ini ialah Barisan Nasional.

Justeru, tiada isunya di sini. Kecualilah jika beliau mengajak rakyat menentang kerajaan, maka itu barulah satu isu besar.

Mungkinkah PAS sudah merasa yang sokongan kakitangan awam terhadap parti mereka semakin merosot sehingga menjadi begitu ‘paranoid’ sekali dengan kenyataan KSN itu?

Dalam kenyataannya, Mahfuz juga menyatakan bahawa bukan semua penjawat awam menyokong kerajaan dan tidak wajar jika mereka dikempen untuk menyokong mana-mana parti.

Jika BN perlu mengambil sikap ‘paranoid’ yang sama, BN juga boleh menjadikan kenyataan Mahfuz sebagai satu isu dan membangkitkan soal penjawat awam yang tidak menyokong BN perlu dipecat kerana berpotensi untuk mengsabotaj dan mengkhianati kerajaan.

Tetapi, ini tidak berlaku, kerana seperti kata Mahfuz, kita perlu bertindak professional. Kerana bertindak professionallah kita tidak mengungkit soal penyokong pembangkang yang makan gaji dan menikmati kemudahan dan bantuan kerajaan tetapi saban hari mencaci kerajaan.

Dan kerana professionallah juga KSN yang baru menyokong kerajaan dan bukan pembangkang.

Menurut kata Mahfuz lagi, KSN tidak boleh dilihat menyokong mana-mana parti kerana jawatan beliau tidak akan ditukar jika PR menang pilihanraya .

Entahlah, jika dilihat dari sejarah sikap dan perangai PAS ketika berjaya menawan Terengganu, dan juga di dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan, kita akan dapati bahawa tidak ada jaminan PAS akan mengekalkan KSN atau sesiapa sahaja walaupun jawatan mereka dilindungi oleh undang-undang sekali pun.

Ini kerana, puak-puak PAS tidak pernah mendaulatkan undang-undang dan sering membela dan mengagung-agungkan pihak yang melanggar undang-undang.

Justeru, tidak ada salahnya KSN menasihati penjawat awam mengenai perkara yang tepat iaitu menyokong BN yang menjadi kerajaan yang memerintah bagi memelihara integriti agar negara dapat ditadbir dengan berkesan.




 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU