GELOMBANG WANGSA MAJU: 06/24/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Skandal Dinar : Husam Musa SELEWENG Pertadbiran KGT - Nik Mahani Mohamad

| Sunday, June 24, 2012




Kementerian Kewangan memberi tempoh tiga minggu mulai hari ini kepada kerajaan Pas Kelantan untuk membuat siasatan terperinci berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam pertadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT).

Timbalan Menterinya Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata hasil siasatan terhadap syarikat yang mengeluarkan mata wang dinar dan dirham milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), hendaklah didedahkan kepada rakyat.

“Jika rakyat tidak berpuas hati dan pertikaikan keputusan (siasatan) itu, pihak kementerian akan mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Banglo Rakyat Malaysia peringkat daerah Bachok di Perupuk di sini, hari ini.

Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas tiga laporan polis yang dibuat terhadap apa yang didakwa berlaku salah laku membabitkan seorang daripada pegawai kanan KGT, oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad pada 31 Januari lepas, seorang pelabur Jepun Takao Kono pada 28 Mei dan seorang rakyat Perancis Mohamed Esfih pada 1 Jun.

bekas Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad membuat laporan polis terhadap skandal dinar KGT


Awang Adek berkata pihaknya tidak mahu mengarahkan kedua-dua badan kerajaan itu membuat siasatan sekarang, untuk memberi peluang kepada kerajaan negeri membuat siasatan sendiri dan hasilnya hendaklah dibentangkan kepada rakyat dengan segera.

Beliau berkata, kementerian tidak mahu isu itu terus berlarutan kerana ia boleh mencemarkan imej Islam yang kini sudah mendapat perhatian ramai termasuk yang bukan beragama Islam.

Katanya, isu itu tidak seharusnya dipandang remeh oleh kerajaan negeri kerana ia membabitkan kepentingan awam yang banyak membuat pelaburan.

Mengapa Wazir kepada World Islamic Mint (paling kiri), Irwan Izhar menulis sesuatu berbentuk ugutan dan ancaman terhadap Kickdefella

“I’m back! (Be careful… Yes be careful, you buggy blogger.)’ – Saya kembali! (Berhati-hati, Ya, berhati-hati, blogger gila)

“Saya sendiri percaya kerajaan negeri tidak mahu perkara itu berlaku atau menyokong penipuan itu dan tidak mahu menyembunyikannya kerana lambat laun orang akan tahu juga,” kata Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi BadanPerhubungan Umno Kelantan.

sumber : DETIK PERUBAHAN & KICKDEFELLA


Husam Jamnapari memberitahu media pada hari Isnin 18 Jun 2012 ...

1) Tidak ada laporan polis seperti yang didakwa. Beliau tidak kata tidak tahu, tetapi tidak ada.
2) Ini semua perancangan UMNO.
3) Rakan blogger Kickdefella dicemuh sebagai Kucing Kurap.
4) Segala dakwaan berkenaan skandal matawang syariah ini adalah karut.
5) Akan mengambil tindakan saman ke atas Utusan dan Kickdefella.


Bagaimana Husam Jamnapari mahu menjawab kembali bahawa bekas Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad telah membuat laporan polis terhadap skandal dinar KGT pada 1 Jun 2012?

Adakah benar rakan blogger Kickdefella seorang pembohong dan pembawa cerita karut marut ... atau Husam Musa sebenarnya pembohong besar dalam skandal dinar ini.

Siapa berbohong sebenarnya ...



Husam Jamnapari TERGAMAM ... Kickdefella DEDAH BUKTI Skandal Matawang Dinar Kelantan

|

Alhamdulillah semalam Gabungan NGO Kelantan telah membuat lagi satu pendedahan skandal matawang syariah Kelantan.

Di dalam pendedahan tersebut Gabungan NGO Kelantan telah menampilkan seorang individu penting untuk ditemubual secara eksklusif oleh Wartawan TV3 dan Utusan Malaysia. 

Rakaman tersebut dijangkakan akan disiarkan di dalam Buletin Utama malam ini dan Utusan Malaysia esok.

Sementara itu Gabungan NGO Kelantan juga akan menampilkan lebih banyak individu supaya masyarakat sedar asas tuntutan Gabungan NGO tersebut. 

Ini termasuklah pendedahan mengenai World Islamic Mint dan hubungannya dengan Kelantan Gold Trade dan Umar Ibrahim Vadillo. Gabungan NGO Kelantan juga akan mendedahkan aktiviti penempaan Dinar Dirham oleh WIM dengan Emirates Gold.

Di dalam pada itu, Gabungan NGO Kelantan yang terdiri daripada lebih 20 NGO dan blog Kickdefella terus mendesak YB Dato’ Haji Husam menjawab persoalan berhubung beliau dan Umar Ibrahim Vadillo. 

Agak menghairankan kerana Husam sehingga hari ini seolah-olah mengelak dari menjawab persoalan berkisar terhadap Umar Ibrahim Vadillo.

Gabungan NGO Kelantan disertai oleh antaranya AGENDA, OMBAK, TUKAR, PERKASA, MTRK dan Blog Kickdefella.

sumber : KICKDEFELLA

Anwar PANIK ... Salah Satu Dokumen Sulit RM 3 Bilion DIDEDAHKAN Oleh PKR Kuala Langat

|



Adakah ini dokumen sulit RM 3 Bilion yang dimaksudkan ...

Dokumen sulit 'modus operandi' PKR Kuala Langat dalam mencari dana untuk membiayai perbelanjaan parti itu pada pilihanraya umum ke-13.

PAS memang tidak lokek mencurahkan ilmu bagaimana PKR mampu mencari sumber dana sampingan.

GWM kurang pasti berapa banyak kedai perniagaan yang ada di Kuala Langat.

Andaikan ada 500 gedung perniagaan di kawasan tersebut dan PKR Kuala Langat mampu mengutip RM 20 sebuah kedai, maka jumlah kutipan derma pilihanraya mampu dicapai RM 1,000.

Ini baru PKR Kuala Langat, bagaimana dengan 26 lagi cabang PKR di Selangor?

Andaikan setiap cabang PKR ini turut mengutip RM 1,000 (200 buah kedai didarabkan dengan RM 20), maka kutipan kasar keseluruhan bakal mencecah RM 27,000.

Perlukah PKR menggunakan taktik rakus ini semata-mata untuk mencari sumber dana pilihanraya. Apa yang boleh dibelanjakan dengan RM 27,000 ini?

Adakah ini taktik 'mengalih perhatian' PKR kononnya mahu menunjukkan parti itu tidak mempunyai sumber dana yang mencukupi bagi menempuh pilihanraya umum kelak.


Bukankah lebih baik PKR Kuala Langat meminta dana dari Timbalan Presidennya yang nyata cukup kaya dan mampu memiliki sebuah kenderaan Ferrari F430 Modena?

Tidak perlu PKR Kuala Langat cuba merompak wang rakyat jika sekiranya para pemimpin PKR itu sendiri sememangnya dan cukup mewah.

Lebih baik lagi minta sahaja dana pilihanraya dari Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Ada RM 3 bilion tu ...



HARAM JADAH, BABI Punya Wartawan - Anwar Ibrahim

|

Anwar Berang Diajukan Soalan Mengenai Ummi Hafilda

IPOH, 24 Jun 2012 - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelak untuk menjawab dakwaan Ummi Hafilda Ali mengenai seorang wanita misteri yang dikaitkan dengan bukti baru bagi menyokong tuduhan bahawa Ketua Pembangkang itu memiliki akaun luar biasa berjumlah RM3 bilion.

Ketika diajukan soalan mengenai perkara itu oleh wartawan Utusan Malaysia, Anwar seperti biasa berdolak-dalik dengan bertanya: "You (anda) dari mana? Utusan Malaysia? Utusan Malaysia hendak tanya saya? Tiada standard".

Kumpulan pemberita yang masih menanti jawapan daripada Anwar bagaimanapun hampa apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan nada sedikit berang terus memperlekehkan persoalan yang diajukan.

"You tidak layak tanya soalan. Jangan jadi perkakas. Dia orang tak apalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutup Konvensyen Keadilan Perak di Dewan Chin Woo di sini, semalam.

Sebelum itu, Ummi Hafilda mendakwa mempunyai bukti baru dalam mengaitkan pemilikan akaun luar biasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar RM3 bilion dan telah mengemukakan bukti baru ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli perniagaan ini turut mendedahkan hubungan seorang wanita misteri dengan Ketua Pembangkang itu.

Beliau mendakwa wanita misteri tersebut memiliki 62 hartanah mewah kebanyakannya di Pulau Pinang dan dikenakan cukai pendapatan sebanyak RM50 juta ini cukup dikenali oleh Anwar.

Ummi Hafilda turut memberiitahu SPRM cukup teruja dengan bukti-bukti baru ini malah mengesahkan mereka tidak pernah mempunyai sebarang bukti mengenai wanita ini atau 62 hartanah terlibat.

sumber : KLPOS



Inilah perangai Anwar Ibrahim ...

Cukup bacul untuk menjawab soalan dari wartawan. Soalan yang begitu mudah begitu sukar dijawab oleh pemimpin paling hebat dalam Pakatan Rakyat.

Kurang pasti apa dosa wartawan Utusan Malaysia yang hanya bertanya agar beliau memberi komen mengenai pendedahan oleh Ummi Hafilda.

Susah sangatkah mahu menjawab soalan dari wartawan? DS Najib sendiri menjawab setiap soalan dari wartawan sekalipun soalan yang diajukan berbentuk provokasi.

Berbagai gelaran diberikan oleh Anwar Ibrahim kepada wartawan yang bertanya soalan yang agak panas kepadanya ... perkakas UMNO, anjing kerajaan dan sebagainya.

Namun ini bukanlah pertama kali Anwar Ibrahim bertindak kurang ajar dan tidak sopan terhadap wartawan.




Sikap biadab yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim tidak sepatutnya berlaku bagi seorang pemimpin yang telah lama berkecimpung dalam politik tanah air.

Apatah lagi beliau mantan Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat.

Walhal beliau pernah menguasai TV3 sewaktu berada didalam UMNO untuk mengangkat imejnya di mata rakyat.




Tindakan merampas, menepis mikrofon dan mengherdik wartawan TV3 jelas menunjukkan sikat tidak matang Anwar Ibrahim sebagai seorang cukup berpengalaman berhadapan dengan wartawan.

Anwar Ibrahim sememangnya tidak tahu menghormati profesion seorang wartawan ...

Sudah menjadi lumrah wartawan mahu mendapat berita panas untuk dimuatkan dalam akhbar, portal mahupun di TV.

'Standard' apa yang Anwar Ibrahim letakkan pada wartawan jika sikapnya sendiri cukup 'low class' ...

Macam ni mahu menjadi Perdana Menteri ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU