GELOMBANG WANGSA MAJU: 06/21/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Tak Cukup Surau Ijok ... Khalid Ibrahim LACURKAN PULA MASJID Al HUSNA SUNWAY

| Thursday, June 21, 2012


Isu Lantikan AJK Masjid : Penduduk Pertikai Ketelusan MAIS

PETALING JAYA, 21 Jun 2012 - Kariah Masjid Al Husna Bandar Sunway mempertikaikan tindakan dan ketelusan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang telah menukar senarai lantikan pengurusan AJK Baru masjid tersebut seperti yang telah dipersetujui melalui undian.

Menurut sumber, kariah Masjid Al Husna telah pun mengadakan pemilihan AJK Baru pada 22 April 2012 melalui undian dan senarai mereka yang terpilih telah pun diajukan kepada MAIS pada pertengahan Mei 2012.

Menurut sumber lagi, penduduk dan kariah bagaimanapun terkejut dengan senarai perlantikan baru yang dikeluarkan MAIS, berkuatkuasa mulai 1 Jun 2012, tidak mengikut senarai yang telah dipersetujui dan dipilih melalui sistem undi seperti mengikut kelaziman.

KLPOS yang menghubungi salah seorang ahli kariah Masjid Al Husna berkata beliau dan penduduk setempat amat terkejut dengan senarai yang telah dikeluarkan dan mula mempertikaikan kewibawaan dan ketelusan MAIS.

Menurut ahli kariah masjid ini, senarai baru yang dikeluarkan oleh MAIS bertarikh 14 Jun 2012 mendapati separuh (7 dari 14 senarai nama yang telah dipersetujui) dari AJK yang dilantik tidak mengikut pemilihan yang dilakukan secara adil pada 22 April 2012.

Menurut beliau lagi, kariah Masjid Al Husna ini hairan bagaimana MAIS boleh memilih semula nama-nama yang telah tersingkir dan kalah sewaktu pemilihan diadakan dan mereka yang sepatutnya layak mentadbir dan terpilih pula tersingkir.

Justeru beliau turut memberitahu MAIS tidak pernah memberikan sebarang penjelasan secara bertulis mahupun secara penerangan melalui senarai perlantikan yang telah dikeluarkan.


Best Part Ni ...

Menurut sumber, pemilihan asal yang dilakukan pada 22 April 2012 didakwa telah ditolak oleh Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berikutan itu, kariah yang dihuni hampir 2,000 orang telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Anak Kariah Masjid bagi membantah secara rasmi berkenaan perlantikan AJK baru itu.

Bantahan aman tersebut akan diadakan pada hari esok Jumaat, 22 Jun 2012 selepas solat Jumaat di perkarangan masjid berkenaan.


sumber : klik KLPOS


Jahanam Surau dan Masjid di Selangor dibawah pimpinan Lebai Kulop Khalid Ibrahim. Surau Ijok diabaikan, Masjid Al Husna Sunway pula dipolitikkan.

Satu lagi kejayaan puak-puak Pakatan Haram dengan sokongan puak-puak Cicak Mengkarung Hijau ...



Anwar BENGANG, GERAM ... KIT SIANG Tuntut Kerusi PRU MAKSIMUM - PKR Pulau Pinang

|


Pakatan Haram semakin gagal menunjukkan kesepakatan di Pulau Pinang apabila DAP kini semakin rakus menuntut kerusi yang lebih untuk bertanding pada pilihanraya umum kelak.

Sumber dalaman PKR sendiri telah memberitahu Mesyuarat Perancangan Strategik PKR Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Dr Mansor Osman enam hari yang lalu, cukup kusut memikirkan 'permintaan yang perlu ditunaikan' dari sahabat baik parti DAP.

Sudah berlaku pertembungan luarbiasa diantara puak-puak 'ultra kiasu' PKR dan DAP.

Ultra Kiasu DAP vs Ultra Kiasu PKR ... Dua-dua Haram Jadah

Sekalipun puak-puak 'ultra kiasu' PKR dan DAP ini memiliki ciri-ciri yang sama bermata sepet, namun DAP menganggap darjat 'ultra kiasu' mereka lebih tinggi dari 'ultra kiasu' PKR.

Lim Guan Eng secara kiasan mahu 'ultra kiasu' DAP diberi mandat dan menang lebih besar pada pilihanraya umum kali ini. Ketua Menteri Pulau Pinang ini menganggap 'ultra kiasu' PKR sebagai ancaman utama, bukannya MCA mahupun Gerakan.

Seperti biasa, PAS hanya mampu memerhatikan 'perubahan iklim yang tidak menentu' dalam Pakatan Rakyat. Lebih baik diam tanpa bicara atau menerima padah bakal kehilangan kerusi jika DAP mula mengatur meletakkan calon DAP Melayu dikawasan yang dihuni PAS.

Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Bukhori Hj Ghazali pun hanya setakat mencadangkan parti itu bertanding di Bayan Lepas, Sungai Acheh, Sungai Dua, Permatang Pasir, Penaga dan Permatang Berangan ... kata putus masih ditangan DAP Pulau Pinang.

Lawak jenaka ... PAS berangan besar mahu letakkan 6 muka baru.

Semakin besar elemen 'ketidakpercayaan' timbul dikalangan parti-parti komponen Pakatan Haram ini.

PKR Pulau Pinang juga 'terpaksa' menukar calon-calon yang baru memandangkan prestasi penyandang kerusi (incumbent) hancur mukhlisin. Rakyat semakin beralih arah kepada Barisan Nasional.

Sumber dalaman PKR juga memberitahu Dr Mansor Osman mempunyai masalah 'peribadi' dengan Ketua Menterinya.

DAP sudah membayangkan mampu menang besar malah tidak memerlukan sokongan PKR dan PAS.

Anwar Ibrahim tahu PKR Pulau Pinang berada dalam situasi 'unstable'. PKR Cabang semakin berpecah-belah, mula main 'cah keting'.

Bukti paling nyata apa yang berlaku sewaktu 'Bertam Nite'. K-PORK PKR dijadikan suntikan modal puak-puak Melayu PKR mahu tanam hidup-hidup Dr Mansor Osman.

Mahu tidak mahu ... PKR terpaksa juga melepaskan beberapa kerusi kepada DAP.

Dan sememangnya benar, kata dua hanya boleh diberikan oleh DAP ... bukannya Anwar Ibrahim.

PAS? ... Sekadar 'pengampu dan peminta sedekah' utama kerusi di Pulau Pinang.



Anwar PANIK ... Abdul Murad & Abdul Razak BAKAL HERET 'KOTE BENGKOK' Ke SPRM

|


Anwar Desak Saya Sumpah - Abdul Razak Idris

PUTRAJAYA, 21 Jun 2012 - Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris mendakwa beliau membuat Akuan Bersumpah (SD) membersihkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2003 atas permintaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Beliau yang dihubungi di Medan, Indonesia, berkata SD itu membersihkan nama Anwar daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion, selain mempunyai hubungan dengan pihak berkepentingan di Barat.

Ia berkaitan kes saman malu Anwar terhadap The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) kerana mendakwa artikel bertajuk ‘Anwar’s link to US lobbyist’ yang disiarkan pada 2 Mac 2002 sebagai memalukan beliau.

Abdul Razak yang terbabit dalam siasatan kes itu pada 1999 dan ditutup pada tahun berikutnya, mendakwa pada 2003, beliau diminta oleh Ketua Pengarah BPR ketika itu, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan hadir bagi pihak BPR selepas disapina oleh Anwar dalam saman berkenaan. (BPR kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau mendakwa Anwar mengetahui bahawa ‘tiada kes’ terhadapnya dan mempunyai kelebihan dalam kes itu kerana dokumen yang dirampas dalam siasatan sudah dipulangkan.

Abdul Razak yang menamatkan perkhidmatan pada 2004, berkata disebabkan disapina sebagai saksi plaintif, beliau bersetuju dengan permintaan Anwar supaya membuat SD selepas Anwar enggan memasukkan kenyataannya dalam afidavit.

"Beliau (Anwar) takut saya akan menjadi saksi belot, jadi saya diminta membuat SD dan serahkan dokumen itu ketika dalam kandang saksi.

“Saya terbabit dalam siasatan ini dan sepanjang menjalankan siasatan, banyak yang dibongkar dan helaian kertas siasatan saja setinggi kira-kira satu meter.

“Namun, bukti yang tidak mencukupi bagi mendakwa seseorang tidak bermakna orang yang disiasat itu tidak bersalah. Ia juga mungkin bermakna tiada gunanya membuat pendakwaan kerana sudah pasti tidak dapat dibuktikan di mahkamah,” katanya.

Mengenai tindakan Anwar menggunakan SD beliau bagi menyokong kesnya sekarang, Abdul Razak berkata sesiapa saja akan menggunakan peluang seumpama itu.

Sehubungan itu, katanya, SPRM wajar membuka semula kes yang beliau tutup dulu dan bersedia menawarkan bantuannya dalam sebarang siasatan baru.

Sementara itu, Eekmal Ahmad, koodinator media Anwar, terkejut apabila diminta mengulas pendedahan Abdul Razak dan bertanya bagaimana New Straits Times dapat menghubungi bekas pengarah BPR itu serta sama ada media lain memperoleh maklumat berkenaan.

Katanya, tiada sesiapa dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjangka Abdul Razak akan bercakap mengenainya kepada media.

“Kami tidak mahu mengulas dakwaan itu dan kami tidak mahu mencabarnya. Selagi SD itu tidak diubah dan Abdul Razak mengekalkan perakuannya itu, kami tidak melihat sebarang masalah. SD tidak boleh dipinda atau Abdul Razak boleh didakwa kerana membuat akuan sumpah palsu,” katanya.

Ditanya komen Anwar mengenai pendedahan itu, Eekmal berkata: “Jika ada sebarang maklum balas daripada Anwar, saya akan memaklumkan kepada anda.”


sumber : KLPOS


Mengapa koodinator media Anwar, Eekmal Ahmad terkejut apabila diminta mengulas pendedahan Abdul Razak?

Cukup terkejut melihat bagaimana New Straits Times dapat menghubungi bekas pengarah BPR itu serta sama ada media lain memperoleh maklumat berkenaan ...

Tampak gaya bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid dan bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris bakal mendedahkan setiap perincian amalan rasuah dan salahgunakuasa Anwar Ibrahim kepada SPRM.

Ada baiknya pihak berkuasa menjaga keselamatan kedua-dua bekas pemimpin tertinggi agensi kerajaan ini dari di'ambush' oleh Anwar Ibrahim.



Tak Cukup LACURKAN Orang Kampung ... Khalid Ibrahim LACURKAN Pula Surau - Penduduk Ijok

|



Post Pic

Jemaah di Ijok dakwa Khalid abai bantuan surau

IJOK: Jemaah surau di Ijok mendakwa tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan daripada kerajaan negeri sejak 2008 lagi walaupun telah beberapa kali permohonan dibuat.

Hasil tinjauan mendapati setiap surau di kawasan tersebut terpaksa mengambil inisiatif sendiri bagi mendapatkan dana untuk meneruskan aktiviti keagamaan mereka.

Pengerusi Surau Nurul Ehsan, Zaini bin Korman, 61, memberitahu yang beliau pernah menghantar surat sebanyak empat kali ke Pejabat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, untuk meminta peruntukan menambah baik kemudahan surau tersebut, tetapi kecewa.

Menurutnya, kecewa dengan sikap Menteri Besar yang tidak mengambil berat tentang kebajikan Jemaah di surau tersebut, Jemaah bersepakat mengumpul duit sendiri bagi menaik taraf infrastruktur surau itu.

“Surau ini memang tidak pernah dapat peruntukan dari kerajaan negeri. Seingat saya kali terakhir Jemaah surau ini mendapat bantuan adalah pada 2008, itupun daripada kerajaan terdahulu.

“Lepas 2008 tak pernah dapat. Kami terpaksa guna duit sendiri untuk sediakan segala kemudahan. Saya pernah hantar surat di pejabat Menteri Besar sebanyak empat kali, tapi masih tidak dapat peruntukan,” tegas Zaini.

Menurutnya lagi, antara perkara yang diusahakan mereka sendiri adalah mendapatkan lampu jalan dan menurap jalan masuk ke surau tersebut.

Tambah beliau, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pernah berjanji untuk memberi peruntukan sebanyak RM5000 pada 2008 bagi membaiki bangsal yang roboh, tetapi sehingga kini wang tersebut tidak diterima yang akhirnya memaksa Jemaah menggunakan wang sendiri untuk membaikinya.

Perkara tersebut disokong oleh seorang ahli Jemaah surau itu, Miskiah Ishak, 64.

Menurutnya, Jemaah di surau tersebut bertuah kerana terdapat anak-anak kariah yang telah berjaya yang tidak lokek untuk memberikan sumbangan.

“Kalau nak harap kerajaan negeri, memang tiada. Dulu kata nak beri RM5000 tapi akhirnya tiada juga. Sudahnya kami kutip-kutip duit antara anak kariah. Ada anak-anak kariah yang sudah berjaya yang sumbangkan RM1000-RM2000.

“Nak harap bantuan memang tiada. Dulu waktu Barisan Nasional memerintah, peruntukan tak pernah habis. Tapi sekarang tak pernah dapat sebarang peruntukan,” katanya.

Sementara itu Imam Surau Nurul Hamidin, Haji Abdul Manap Suradi, 65, berkata, sejak tahun 2008 bantuan yang diterima oleh surau tersebut setiap tahun hanyalah RM200 yang diberikan hanya pada bulan Ramadan.

Itu pun katanya, bukan bantuan daripada kerajaan negeri sebaliknya daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kerajaan negeri tidak pernah beri peruntukan bantuan. Yang ada, Umno bahagian yang selalunya beri wang dan barangan keperluan. Kerajaan negeri tak bagi.

“Situasi ini bukan sahaja dialami di surau saya, tetapi di semua enam surau yang ada di Ijok ini. Elaun untuk Imam juga tiada,” katanya.

Menurutnya lagi beliau sudah penat untuk meminta bantuan daripada kerajaan negeri kerana beliau pasti yang permintaan tersebut tidak akan tertunai.

“Saya ada minta bantuan, tapi tak tertunai. Contohnya saya ada minta khemah dan beberapa kemudahan asas yang lain, tapi tak dapat. Jemaah di sini semakin bertambah,” tambah beliau.

Menurutnya lagi, Ahli Dewan Undangan Ijok yang juga merupakan Menteri Besar, langsung tidak pernah datang melawat ke surau tersebut.

“Kalau dia pernah datang mesti dia tahu masalah Jemaah di sini. Jalan nak masuk, gelap. Jadi menyukarkan Jemaah-jemaah yang sudah berumur untuk ke surau. Jalan masuk juga sempit. Jadi ADUN sendiri tak pernah turun padang, macam mana dia nak tahu masalah kami. Harapkan wakil sahaja tak guna,” tegas beliau.

Sama seperti di Surau Nurul Ehsan, Jemaah di Surau Nurul Hamidin turut mengadakan kutipan wang di kalangan mereka untuk menaiktaraf kemudahan surau.

Sebagai contoh katanya, hasil kutipan wang mereka itu telah dimanfaatkan untuk membina satu dewan makan.

Walaupun tidak sempurna katanya, tapi lebih elok daripada tiada.

Bekas nazir Masjid Nurul Iman yang juga merupakan Pengerusi Surau As-Saidah turut berkongsi kekecewaan beliau terhadap kerajaan negeri yang menurutnya mengabaikan kepentingan agama di Selangor.

Menurutnya, Khalid yang memegang portfolio Agama di Selangor telah mengabaikan tanggungjawab beliau di dalam kebajikan Islam di negeri ini.

“Khalid ini dia pegang hal ehwal agama negeri, tapi tak pernah turun surau. Jadi mungkin sebab itu semua surau di negeri ini diabaikan.

“Sepatutnya, dia yang memegang hal ehwal agama perlu lebih agresif di dalam memelihara kepentingan Jemaah,” tegas beliau.

Menurutnya lagi, Khalid sebagai Menteri Besar hanya mempolitikkan isu agama untuk kepentingan kumpulan beliau sendiri bukannya untuk kepentingan Ummah.

Sejak 2008 katanya, Surau As-Saidah tidak pernah langsung menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri Selangor.

“Kalau ada bantuan sekalipun, itu wang zakat. Zakat bukan peruntukan kerajaan negeri. Itu tanggungjawab Majlis Zakat,” tegas beliau.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri di bawah Khalid dilihat lebih banyak menggunakan peruntukan wang zakat daripada peruntukan yang sepatutnya digunakan.

sumber : ANTARAPOS


Memang Tak Guna Betul UMNO ... Tak habis-habis tolong rakyat walaupun tidak memegang pimpinan kerajaan negeri Selangor. 





 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU