GELOMBANG WANGSA MAJU: 06/20/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

KORUP ... Mengapa Khalid Ibrahim TAKUT BERSEMUKA Dengan Md Zin

| Wednesday, June 20, 2012

Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selangor adalah sekadar untuk menutup kelemahan pentadbiran Menteri Besar Khalid Ibrahim menangani isu air.

2. Jemputan yang dibuat tidak menyeluruh malah tiada sebarang jemputan termasuk kepada ADUN BN dan SYABAS sendiri yang menguruskan pengagihan air sedangkan Kerajaan Negeri melalui KDEB dan KPS memegang 30% saham SYABAS.

3. Forum Air Selangor hanya dibuat setelah isu mengenai air didedahkan oleh pihak Barisan Nasional sedangkan janji-janji mengenai air telah ditaburkan oleh pihak Pakatan sejak dahulu lagi. 

Perkara sepenting ini sepatutnya dijadikan agenda serius Kerajaan Negeri Selangor dan bukan hanya difikirkan bila isu ini dibangkitkan oleh rakyat Selangor sendiri.

4. Kebanyakan pembentang ketika Forum Air merupakan ahli perniagaan yang mencadangkan kaedah masing-masing. Tiada keputusan kukuh yang diumumkan selain hanya ‘bercadang’ untuk meneliti setiap proposal yang ada. Hakikatnya, kita semakin kesuntukan masa.

5. Kerajaan Negeri langsung tidak mempertikaikan konsep ‘Supply vs. Demand’ iaitu bekalan air terawat adalah terlalu rendah berbanding permintaan bagi tiga tahun kehadapan.

6. Hampir kesemua pembentang pada Forum Air Selangor membentangkan mengenai sumber air mentah tanpa memikirkan mengenai cara merawat air tersebut.

7. Kita semua sedia maklum bahawa 33 pusat rawatan air yang ada sekarang sudah hampir mencapai kapasiti optimum masing-masing. Malah ada sesetengahnya yang telah melebihi kapasiti optimum.

8. Projek Langat 2, selain menyalurkan air mentah, ianya juga merupakan pusat rawatan air yang akan merawat air mentah sebelum disalurkan kepada orang ramai.

9. Cadangan bahawa sumber air boleh diperolehi dari banyak kaedah seperti air bawah tanah, air empangan mahupun air lombong tidak akan bermakna jika pusat rawatan air yang ada tidak mampu menampung kapasiti air ini.

10. Sehingga kini, Menteri Besar menafikan laporan bahawa simpanan air terawat adalah rendah iaitu sekitar 2-3% tanpa memberikan angka sebenar yang didapati berdasarkan kajian beliau sendiri, jika ada.

11. Sikap Menteri Besar yang sengaja tidak mahu mengakui isu sebenar masalah air ini sebaliknya cuba bermain politik menunjukkan beliau tidak memahami masalah sebenar yang berlaku.

12. Penstrukturan semula air bukan perkara utama sebaliknya memastikan bekalan air sentiasa mencukupi perlu menjadi fokus utama Kerajaan Negeri. 

Walaupun berlakunya penstrukturan semula, Kerajaan Negeri masih belum menyatakan langkah yang akan diambil oleh mereka. Perlu diingatkan bahawa, Projek Langat 2 ini sudah bermula dan hanya perlu diteruskan sahaja.

13.Persoalan yang saya lontarkan sebelum ini mengenai masalah permintaan (demand) yang meningkat saban tahun, masalah loji rawatan yang telah hampir melebihi kapasiti, masalah non-revanue water (NRW) yang tinggi kerana arahan pembekuan CAPEX oleh kerajaan negeri dan masalah tiada tindakan kukuh kepada pihak yang mengotorkan sumber air langsung tidak dijawab oleh pihak Menteri Besar.

Sebaliknya, beliau hanya mengadakan Forum Air Selangor yang umpama gula-gula untuk mengaburi rakyat. Sedangkan penyelesaian kepada masalah tersebut tidak diselesaikan dengan forum yang diwujudkan.

14. Tindakan populis Kerajaan Negeri menyelaras tariff air juga sebenarnya merupakan langkah tidak bijak apabila dibuat secara tergesa-gesa dan tanpa kajian yang mendalam.

Ianya dibuat sekadar untuk mengurangkan beban janji pilihanraya. Berdasarkan maklumat yang diterima melalui PAKAR, ramai rakyat Selangor yang tidak mampu terpaksa membayar bil air kerana menggunakan meter pukal seperti di kawasan pangsapuri.

SUARAM PEMBOHONG ... Mengapa Kaitkan Saya Dengan SCORPENE - Jasbir Singh Chahl

|

KUALA LUMPUR, 20 Jun 2012 - Ahli perniagaan Jasbir Singh Chahl menafikan beliau telah memainkan peranan utama dalam penjualan dua kapal selam Perancis ke Malaysia seperti yang didakwa oleh kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Jasbir juga menolak beliau telah disapina untuk memberi keterangan dalam penyiasatan yang sedang dijalankan ke DCNS kontraktor pertahanan Perancis.

Sebuah mahkamah Perancis dikatakan sedang menyiasat DCNS atas dakwaan telah membayar rasuah kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan Malaysia untuk mempercepatkan jualan RM6.7 bilion pada tahun 2009 dua kapal selam, di mana RM574 juta telah diperuntukkan untuk perkhidmatan koordinasi dan sokongan untuk Perimekar Sdn Bhd - syarikat yang dimiliki oleh bekas penasihat politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya telah tidak menerima apa-apa sepina dari mana-mana bidang kuasa berhubung dengan apa-apa jua prosiding undang-undang, " kata Jasbir.

"Ini adalah tuduhan palsu dan menyedihkan yang dibuat oleh seseorang yang saya tidak tahu dan sememangnya tidak pernah berjumpa.

"Ini adalah satu rekaan dan saya percaya, ianya sebahagian daripada cubaan sengaja untuk menjejaskan reputasi saya dan kredibiliti saya. Saya mahu mereka (Suaram) menarik balik kenyataan yang dilakukan "katanya.

Jasbir Singh Chahl adalah seorang ahli perniagaan yang menjalankan sebuah restoran India, di kejiranan mewah Damansara Heights di mana Abdul Razak pernah menetap.

Beliau mengakui kenal rapat dengan bekas penganalisis politik itu namun menegaskan beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kes Scorpene seperti yang didakwa.


Klik Di Sini

Suara Anak Haram (SUARAM) cukup licik membohongi Malaysia kononnya sudah ada 
rakyat Malaysia pertama yang akan di'subpoena' oleh Mahkamah di Perancis.
 
Bagaimana mahu disapina jika Kementerian Luar Perancis tidak pernah diberitahu 
dalam prosedur mengenai sapina yang dikeluarkan oleh mahkamah Perancis kepada 
mana-mana rakyat negara di dunia.
 
Wisma Putra juga akan dimaklumkan oleh Kementerian Luar Perancis jika terdapat 
tindakan sapina ke atas rakyat Malaysia. 

Jasbir Singh Chahl mana pulak jadi bahan SUARAM ini untuk menghalalkan tindakan mengaitkan DS Najib dengan isu Scorpene ...

Habis peniaga kedai makan ini 'dilacurkan' oleh SUARAM. Siapa pula selepas ini bakal jadi bahan lacuran SUARAM ...




Anwar Arah Serah RIZAB BNM RM50 BILION kepada APPC - Abdul Murad

|


Barangkali rakyat lupa dengan tindakan Anwar Ibrahim pernah mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) supaya menyerahkan pengurusan rizab BNM sebanyak RM50 bilion dan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada sebuah kumpulan pemikir Barat yang berpusat di Washington.

Abdul Murad Khalid pernah mendedahkan perkara ini pada 29 Oktober 1999, bagaimana Anwar Ibrahim mahu dana RM50 bilion ini dikendalikan oleh Asia Pasific Policy Centre (APPC).

Mujur arahan Anwar supaya APPC menguruskan dana-dana di atas tidak berjalan.


APPC ini diketuai oleh Douglas H. Paal, bekas pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat yang 'membantu menaikkan imej Anwar di AS dan Eropah' sewaktu beliau bergelar Timbalan Perdana Menteri a.k.a. Menteri Kewangan.

Sahabat baik Anwar Ibrahim ini merupakan Pengarah American Institute di Taiwan dan bekas penganalisis kanan untuk CIA di Jabatan Negara Amerika.

Doug has worked in the State Department with the Policy Planning Staff and as a senior analyst for the CIA.

Sekarang Douglas Paal telah kembali ke Amerika dan berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Carnegie Endowment For International Peace.



Bekas Penolong Gabenor BNM ini pernah mendedahkan bagaimana beliau sendiri mengatur bayaran AS$10 juta (RM38 juta) disumbangkan kepada APPC daripada Akaun Induk yang dikawal oleh Anwar.

APPC ini ditubuhkan pada tahun 1993 oleh Douglas H. Paal dan dibiayai sebahagian besarnya oleh Anwar Ibrahim.

Kamaruddin Jaafar, ahli Parlimen PAS Tumpat yang juga merupakan sahabat baik Anwar dalam ABIM adalah pengerusi Institut Kefahaman Dasar (IKD) pada tahun 1994 yang banyak melobi Anwar Ibrahim kepada Amerika Syarikat melalui projek “Dialog Pasifik” dengan kerjasama APPC.

Jika tidak silap, APPC pernah menganjurkan persidangan-persidangan ''The Pasific Dialogue'' di bawah naungan Anwar Ibrahim dan Dialog Pasifik Pertama diadakan di Pulau Pinang sekitar bulan November 1994.

IKD dan APPC telah berjaya melaksanakan projek-projek dailog mega di Malaysia selepas Dialog Pasifik I di Pulau Pinang (1994) diikuti dengan Dialog Pasifik II (1996), Dialog Pasifik III (1996) dan Dialog Pasifik IV (1998). Kesemua Dialog Pasifik II, III dan IV diadakan di Kuala Lumpur.



Barangkali rakyat telah melupakan bagaimana Anwar Ibrahim menggunakan badan asing seperti APPC ini untuk kepentingan politiknya dengan pertolongan elemen-elemen asing.

Barangkali juga rakyat tidak mengetahui bagaimana APPC ini digunakan Anwar Ibrahim untuk mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan dan beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Sejarah tidak pernah membohongi ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU