GELOMBANG WANGSA MAJU: 06/18/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Undi Anwar dan PKR Bermakna TEMPAH DOSA - Nik Aziz

| Monday, June 18, 2012



Apa lagi yang belum dijanjikan oleh Nik Aziz kepada penyokong parti jumud, Parti Adat & Sosialis ini.

Mungkin penyokong parti jumud ini boleh membuat satu 'checklist' baru, bagi memudahkan Nik Aziz untuk menawarkan 'skim janji-janji pilihanraya PAS' menjelang pilihanraya umum.

Skim undi PAS masuk syurga kini telah dinaiktaraf (modification) oleh Nik Aziz kepada undi PAS dapat pahala.

"Ya, orang undi Islam boleh pahala, kalau tak undi Islam ini nak boleh pahala apa? Mana nak (dapat) pahala undi kebangsaan, pahala mari daripada Allah, Allah tidak anjur kebangsaan, Allah anjur Islam, saya ulang sekali lagi orang undi Islam dapat pahala" kata Nik Aziz - Utusan Malaysia, 18 Jun 2012.

Malang bagi Anwar Ibrahim dan PKR kerana parti tersebut tidak diiktiraf sebagai Islam oleh rakannya Parti Adat & Sosialis.

Sia-sia penyokong parti PKR bergelumang mengangkat martabat 'Anugerah Tuhan' kerana pada akhirnya, tidak membawa sebarang pahala ... bahkan boleh menambah dosa.

Alang-alang berdosa dan menambah dosa, lebih baik masuk UMNO ...

Begitulah besarnya keramat Nik Aziz yang sudah dianggap bertaraf wali oleh penyokong jumud PAS.

Kasihan para Tuanku Sultan dan para pembesar di negara ini kerana tidak beroleh sebarang pahala kerana tidak mengundi parti PAS.

Sia-sia sahaja amalan didunia ... penyokong parti Anugerah Tuhan diam sahajakah dengan fatwa Nik Aziz ini.



Chauvinist DAP Arah Peniaga Cina SABOTAJ PERIUK NASI Pemandu Teksi Melayu

|



Lagi sekali para peniaga chauvinist Cina mengambil langkah mensabotaj usaha kerajaan meringankan beban para pemandu teksi di seluruh negara.

Para peniaga chauvinist Cina mula mengambil kesempatan di atas bantuan kerajaan yang diberikan terhadap pemandu teksi melalui skim TR1MA.

Mungkin rakyat tidak mengetahui usaha kerajaan mengadakan bantuan khusus untuk mengurangkan kos penyelenggaraan tinggi yang dialami oleh pemandu teksi di seluruh negara.

Skim Bantuan Tukar Tayar 1Malaysia atau TR1MA yang diumumkan kerajaan baru-baru ini merupakan bukti kerajaan prihatin dengan kebajikan para pemandu teksi.


Mengikut skim TR1MA, kerajaan secara dasar bersetuju memberi bantuan RM520 untuk membeli empat tayar kepada setiap pemandu teksi berdasarkan anggaran harga tayar RM130 setiap satu.

Objektif bantuan ini agar kualiti perkhidmatan teksi semakin bertambah baik dengan penggunaan tayar kenderaan yang baru disamping mengurangkan beban pemandu teksi dalam menanggung kos penyenggaraan.

Skim TR1MA ini layak digunakan di 175 kedai tayar Goodyear 220 rangkaian kedai tayar Continental di seluruh Semenanjung telah dilantik sebagai panel.



Malangnya, para peniaga dan pembekal tayar majoritinya milikan chauvinist Cina mula menaikkan harga tayar, menyebabkan pemandu teksi yang menerima bantuan terpaksa mengeluarkan wang tambahan bagi mendapatkan tayar baru.


Puak-puak chauvinist Cina cuba menggagalkan setiap usaha kerajaan untuk membantu pemandu teksi di seluruh negara.

Puak-puak ini tahu tayar bukanlah 'harga barang kawalan' seperti gula putih bertapis, petrol, diesel, LPG, tepung gandum dan minyak masak.

Kenaikan harga tayar ini bakal menjadi modal puak-puak chauvinist Cina dan pembangkang untuk menghentam kerajaan.

Malah tidak mustahil ianya bakal dijadikan 'modal halus' untuk menghasut pemandu teksi menolak dan menyerang segala yang diusahakan oleh kerajaan, dan dianggap sebagai retorik.

Kejayaan besar bagi pembangkang dan puak-puak chauvinist Cina jika warga teksi mula murka terhadap kerajaan ... kerana majoriti, 75 peratus pemandu teksi terdiri dari kalangan orang Melayu.




Rakyat seharusnya sedar apa yang telah dilakukan oleh puak-puak chauvinist Cina ini sewaktu kerajaan mula memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) diseluruh negara bagi membantu rakyat disebabkan tekanan kenaikan harga barangan semakin meningkat.

Puak-puak chauvinist Cina ini jugalah yang telah melakukan propaganda dan fitnah kononnya produk jenama KR1M mengandungi bakteria E-coli seperti yang didakwa.


Sehingga ke hari ini, puak-puak chauvinist Cina dari parti pembangkang ini masih belum menyiarkan laporan kimia tersebut secara umum melalui media, tidak kira media pro kerajaan mahupun media pro pembangkang.

Perlukah kerajaan meletakkan tayar kedalam senarai 'harga barang kawalan' jika keadaan ini terus-menerus berlaku.

Semakin terancang usaha puak-puak chauvinist Cina ini menekan kerajaan dari berbagai sudut, baik dari sudut ekonomi mahupun dari sudut politik.



Anwar MAKAN RM500 Juta DUIT HARAM Hasil Jualan IPP - Astaman Abdul Aziz

|


Bekas ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Astaman Abdul Aziz pernah membangkitkan betapa korupnya Anwar Ibrahim mencatatkan keuntungan atas angin RM500 juta hasil dari perampokan komisen Segari Power Plant.

Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab membeli Segari Power Plant melalui proksi dengan harga RM180 juta. Astaman dan seorang lagi pengarah hanya menerima RM80 juta manakala Anwar Ibrahim kenyang melahap RM100 juta melalui lesen IPP ini.

Anwar Ibrahim telah menerima RM400 juta komisen dari projek IPP ini sewaktu pembinaan Segari Power Plant mula dibangunkan.

Bijaknya Anwar Ibrahim adalah kerana karektor beliau yang berjaya melakonkan watak menyerang IPP sebagai projek membebankan rakyat, walhal beliaulah yang 'merembat' setiap ringgit dan sen hasil dari IPP.

Anwar sebagai Menteri Kewangan telah mengawal 'cost and agreement' diantara TNB dan IPP ini.

Kegilaan Anwar Ibrahim atas komisen beratus juta ringgit satu IPP telah meletakkan beliau dinamakan sebagai Bapa IPP Malaysia.

Rasanya Lim Kit Siang cukup arif dengan gelaran yang diberikan kepada Anwar Ibrahim ini ...


Silap Tun Dr Mahathir kerana terlalu memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Anwar Ibrahim mengendalikan urusan TNB dan IPP ini.

Sebagai anak emas Tun Dr Mahathir pada ketika itu, Anwar Ibrahim telah diberi kepercayaan untuk membincangkan urusan ini dengan EPU dan TNB.

Selain dari Segari Power Plant, Malakoff juga adalah salah sebuah pembekal IPP kepunyaan kroni Anwar Ibrahim.

Barangkali EPU mungkin boleh membongkarkan kembali minit-minit mesyuarat yang dipengerusikan oleh Anwar berhubung dengan pemberian kontrak IPP.

Dalam minit mesyuarat itu ada dicatitkan bagaimana Anwar memarahi pegawai EPU dan pihak TNB apabila mereka membantah perjanjian yang berat sebelah itu.

Antara ayat yang digunakan ”you diam , ini urusan kerajaan” ... begitulah lebih kurang bunyinya.


Barangkali juga Astaman perlu memberanikan diri tampil dan menjelaskan bagaimana urusniaga yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sewaktu mengendalikan projek IPP Segari Power Plant ...

Alang-alang aksi melondehkan, biar rakyat nampak didedahkan dengan kebobrokan Anwar Ibrahim merompak wang rakyat sewaktu berada didalam UMNO.

Bila agaknya Anwar Ibrahim mahu mendedahkan 6 kotak yang dikatakan rasuah dilakukan oleh kerajaan pimpinan UMNO?

Jangan-jangan 6 kotak rasuah yang dilakukan beliau sewaktu memegang jawatan Menteri Kewangan ...



18SX ... Video Puak CICAK MENGKARUNG HIJAU Serang Zulkifli Nordin

|






PETALING JAYA, 14 Jun 2012 – Ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1 berakhir dengan kekecohan.

YB Zulkifli Nordin selaku penceramah tunggal dalam progam Debat Rakyat itu diserbu oleh sekumpulan penduduk yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat apabila beliau membuka sesi soal jawab.

Salah seorang daripada mereka dilihat menolak muka pengerusi majlis dan berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang jelas didengari namun dalam nada yang agak beremosi sekali.

Puak Cicak Mengkarung Hijau menampar muka pengerusi majlis

Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan .

Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu. Hadirin yang menimbulkan kekecohan tadi kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali.

Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku. Ceramah yang bermula pada pukul 9:30 malam sepatutnya dihadiri juga oleh saudara Zahid Md Arip selaku Mursyidul Am TIBAI, namun beliau tidak dapat hadir kerana berlaku kecemasan. Zulkifli Nordin menggunakan sepenuhnya slot masa yang dihadkan sehingga pukul 12:00 malam.

Pengisian ceramah beliau kebanyakkannya berkaitan dengan Islam dan bangsa Melayu . Ceramah yang diadakan ditepi masjid itu sesekali diganggu oleh jeritan-jeritan provokasi dipercayai dari penyokong-penyokong PAS di kawasan itu.

Tindakan ini nyata menimbulkan reaksi kurang senang daripada Zulkifli Nordin menyebabkan beliau menggelarkan kumpulan itu sebagai 'cicak mengkarung'. Jeritan-jeritan provokasi berterusan hingga ke penghujung ceramah, malah dilihat beberapa orang kanak-kanak turut melakukan perkara yang sama.

Keadaan di sekitar kawasan ceramah menjadi semakin panas dengan bilangan yang hadir bertambah, sebuah unit kereta peronda polis juga dilihat mula memasuki kawasan itu. Semasa di penghujung ceramah, Zulkifli Nordin menceritakan semula detik-detik 13 Mei 1969 kepada hadirin dan mengaitkan Lim Kit Siang dengan kejadian itu.

Jeritan jeritan provokasi seperti 'penipu' , 'balik Kulim' dan 'jangan bakar' berterusan . Zulkifli Nordin kemudiannya mengakhiri ceramah pada lebih kurang pukul 12:00 malam, dan mencabar mereka yang membuat provokasi itu supaya berdepan dengan beliau untuk soal jawab.

Malangnya tindakan YB Zulkifli Nordin itu disambut dengan penuh emosi dan kemarahan apabila beliau diserbu oleh kumpulan ini di pentas ceramah.


sumber : KLPOS

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU