Posted by
Melayu Atas Pagar |
Tuesday, June 12, 2012
KUALA LUMPUR 12 Jun – Parti pembangkang tidak seharusnya menjadikan kanak-kanak sebagai alat mainan politik untuk mencapai matlamat mereka.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, penglibatan kanak- kanak dalam perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada bulan April lalu jelas menunjukkan pembangkang melanggar hak asasi kemanusiaan.
“Video yang dimuatnaik di laman youtube daripada pihak pembangkang memaparkan suasana sekitar perhimpunan Bersih 3.0 yang jelas berat sebelah seolah- olah memperlihatkan kezaliman pihak polis kepada kanak- kanak.
“Saya beranggapan ibu bapa yang membawa anak-anak mereka menyertai perhimpunan tersebut tidak bertanggungjawab kerana secara tidak langsung ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada anak mereka terutamanya apabila perhimpunan bertukar menjadi rusuhan,” katanya kepada pemberita di sidang media di Parlimen di sini hari ini.
Tambah Zahrain, video tersebut telah diedit dengan memaparkan keganasan polis dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat yang menontonnya.
“Rakyat akan merasakan polis bersalah dalam hal tersebut kerana video itu memperlihatkan mengenai keganasan kepada kanak-kanak,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak pihak pembangkang menghentikan tindakan menggunakan kanak-kanak sebagai alat mainan politik mereka.
SUARAM is guided by the principles laid down in the Universal Declaration of Human Rights 1948 and believes in the universality, interdependence and indivisibility of all rights: civil, political, economic, social and cultural. This means, for example, that the right to genuine development is just as important as it is dependent on the right to freedom of expression. The Malaysian government reaffirmed this stand in various international fora including the 1993 Unite Nations World Conference on Human Rights in Vienna.
SUARAM berpandu kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dan percaya dalam kesejagatan, kebergantungan dan pembahagian hak: sivil, politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Ini bermakna, sebagai contoh, bahawa hak untuk pembangunan tulen adalah sama penting kerana ia adalah bergantung kepada hak untuk kebebasan bersuara. Kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan pendirian ini dalam pelbagai forum antarabangsa termasuk Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia tahun 1993 di Vienna.
What does SUARAM mean by Human Rights?
SUARAM mendakwa pertubuhan ini mengikut dan berpandukan kepada Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Apa sebenarnya yang terkandung dalam 30 artikel Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 ini?
Sejak bila modus operandi SUARAM ini melibatkan siasatan skandal kes rasuah dan salahgunakuasa pembelian kapal selam Scorpene (rasuah dan salahgunakuasa?)?
Jika 'public accountability' dikatakan sebagai salah satu cabang dari prinsip modus operandi pertubuhan, maka SUARAM dengan sendirinya telah melanggar Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. 'public accountability' tidak termasuk dalam deklarasi ini dan tidak ada kena mengena dengan hak asasi manusia.
Nyata matlamat asal SUARAM telah bercanggah dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.
Is SUARAM partisan?
SUARAM mendakwa mereka adalah sebuah badan atau pertubuhan bebas, non-profit malah mendakwa sebagai sebuah NGO, tidak menyebelahi mana-mana pihak, bebas dan berkecuali.
Malangnya, ahli-ahli kehormat SUARAM tidak mencerminkan bahawa badan ini sebagai bebas dan berkecuali.
1) Cynthia Gabriel (Pengarah SUARAM) - ahli majlis perbandaran di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor (PKR).
2) Tian Chua - ahli Parlimen Batu dan Naib Presiden PKR.
3) Irene Fernandez - ahli Majlis Tertinggi PKR.
3) Elizabeth Wong (bekas koordinator SUARAM) - ADUN Bukit Lanjan (PKR).
4) Dr Kua Kia Soong - bekas ahli Parlimen DAP Petaling Jaya.
5) Sivarasa Rasiah - ahli Parliemn Subang (PKR)
6) Dr Syed Husin Ali - bekas Timbalan Presiden PKR.
7) Dr Nasim Hashim - Presiden Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM)
8) S Arutchelvan - Setiausaha Agung PSM
SUARAM bukanlah sebuah pertubuhan bebas, berkecuali dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar negara yang mempunyai agenda tertentu terhadap negara.
Pertubuhan ini dinaungi oleh National Endownment for Democracy (NED), sebuah NGO kelahiran Amerika Syarikat yang ditugaskan untuk mencampuri urusan dalaman negara-negara atas nama demokrasi.
How is SUARAM funded?
SUARAM mendakwa pertubuhan ini dibiayai oleh derma dan bantuan daripada sumber-sumber awam dan swasta. Malah melalui acara mengumpul dana tempatan, jualan buku-buku dan barangan kempen.
Dan paling penting ... SUARAM mendakwa dana yang diterima tidak akan ada sebarang campur tangan daripada penderma. Malangnya, SUARAM berbohong dan cuba melindungi kepentingan pihak-pihak tertentu.
National Endownment for Democracy (NED) membiayai USD 90,000 kononnya atas dasar mempromosi hak asasi manusia.
Namun begitu NED juga telah membiayai BERSIH 2.0 bertujuan untuk menguru-harakan negara melalui demonstrasi jalanan. Dana ini diberikan kepada Pengerusi BERSiH, Ambiga Sreevanasan.
Satu kajian dari penyelidik Barat, Nile Bowie mendedahkan pembabitan Anwar Ibrahim dengan NED melalui BERSIH “Malaysia : BERSIH 2.0 Mass Demonstrations – Funding Unrest” .
“Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreevenasan sendiri mengaku kepada media bahawa pergerakan tersebut menerima pembiayaan daripada dua buah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat. Kedua-dua organisasi berkenaan, iaitu National Democratic Institute (yang dibiayai National Endowment for Democracy, Amerika Syarikat) dan Open Society Institute yang dimiliki George Soros, telah menyalurkan sejumlah wang yang tidak diketahui jumlahnya kepada BERSIH.
How does SUARAM operate?
SUARAM sebenarnya berlindung disebalik tirai 'badan NGO dan hak asasi manusia', namun sebenarnya pertubuhan ini bekerja secara tidak langsung dan menerima arahan dari CIA (Central Intelligence Agency), sebuah Agensi Perisikan Pusat Amerika.
Apa kaitan NED dan CIA dalam hal yang melibatkan SUARAM? Mudah sahaja untuk dibuktikan ...
In a March 2005 interview, former CIA officer Philip Agee discussed the thinking behind NED's establishment:[5]
During the late 1970s there was new thinking at the highest levels of the U.S. foreign policymakers, and they reconsidered whether these ugly murderous military dictatorships of the 1970s were really the best way to preserve U.S. interests in these countries – U.S. interests being defined traditionally as unfettered access to the primary products and raw materials, to the labor and to the markets of foreign countries. This new thinking led to the establishment in 1983 of the National Endowment for Democracy. They had chosen the German pattern in which the major political parties in Germany have foundations financed by the federal government.
NED regularly provides funding to opposition candidates in elections in countries other than the USA. According to Allen Weinstein, one of the founders of NED, "A lot of what we [NED] do today was done covertly 25 years ago by the CIA" (Blum, Rogue State: A Guide to the World's Only Superpower, 2000, p. 180).
NED has principally supported candidates with strong ties to the military and who support the rights of U.S. corporations to invest in those countries with minimal restriction.
Rasanya pertubuhan ini cukup layak dimartabatkan sebagai pertubuhan yang dianggotai oleh anak-anak haram, dengan satu tujuan ... menguasai Malaysia melalui campurtangan NED/CIA.
Namun begitu, pemimpin dibawah ini lebih layak dimartabatkan sebagai 'anak haram makam tertinggi' ...
YB Hashim Gera tidak menyangka perbuatannya itu akan memberikan akibat buruk kepadanya, kerana pada fahamannya; menari joget tidak menyalahi budaya Melayu dan tidak haram di sisi Islam, tetapi Jawatankuasa Tatatertib Pas telah memanggil mesyuarat tergempar dan mengambil keputusan menggantungnya dari menjadi ahli Pas.
Berikutan dengan itu Hashim Gera berpantun yang disiarkan oleh Utusan Melayu 24 Febuari 1971:-
Naik Rakit di dalam paya
Patah galah di air dalam
Menari joget hobi saya,
Tidak haram di sisi Islam
sumber : blog AAKJ
Ahhh ... Rupa-rupanya ada sejarah silam dan hitam dalam Parti Adat Sosialis ini.
Anwar Ibrahim sudah tidak tahu mana lagi untuk disorokkan mukanya. Maruah sebagai pemimpin tertinggi PKR dan Ketua Pembangkang sudah tercemar akibat mainan politik kurang matang Pengerusi PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini.
Politik 'lompat parti' ciptaan Anwar Ibrahim mula makan diri, sedikit demi sedikit ...
Barangkali kurang melakukan 'homework' dengan cermat, Ahmad Thamrin Jaini begitu cepat mengumumkan dua ahli parlimen BN dari Sabah akan menyertai PKR.
Dua nama besar Timbalan Presiden UPKO, Datuk Wilfred Bumburing dan Ahli Majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin disebut-sebut akan menyertai pakatan pembangkang.
Nyata Pengerusi PKR Sabah ini masih lagi belum belajar mengenali politik Sabah. Orang Sabah yang tidak memahami sejarah politik Sabah.
GWM difahamkan Anwar Ibrahim sudah bersedia untuk ke Sabah untuk membuat pengumuman terhebat, penyertaan Datuk Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin. Hajat Anwar Ibrahim tidak kesampaian.
Namun begitu ada satu persoalan menarik bermain di benak fikiran GWM ...
Sampai bila BN / UMNO masih lagi mahu menanggung 'biawak-biawak hidup', pemimpin yang terlalu banyak dengan permainan tarik tali 'yuran perpindahan'.
Macam pemain bolasepak professional, ada 'yuran perpindahan' namun berbeza dengan 'yuran perpindahan' pemain politik professional.
Siapa mampu membayar yuran yang tinggi, maka disitulah tempat baru yang akan diduduki.
Sudah sampai masanya BN / UMNO melepaskan pemain politik professional yang suka meletakkan 'yuran perpindahan' sebagai cagaran untuk mendapatkan undi.
GWM khuatir rakyat akan mula meluat dan muak dengan sikap 'pelacuran tahap tinggi' ini. Takut ianya akan merobek maruah BN /UMNO dimata rakyat.
Cukup-cukuplah menabur wang kepada 'political animal' ini ...