Perdana Menteri Perancis, Jean-Marc Ayrault.
Suaram has announced that an inquiry into the alleged corruption, misuse and abuse of taxpayers money, linked to the purchase of the two Scorpene class submarines, back in 2002 will commence on Thursday, 19 April at the Paris Tribunal de Grande Instance (TGI), a first degree court that deals with civil litigation matters.
Suaram telah mengumumkan bahawa suatu siasatan ke atas tuduhan rasuah, penyalahgunaan dan penyalahgunaan wang pembayar cukai, yang dikaitkan dengan pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, pada 2002 akan bermula pada Khamis, 19 April di Paris Tribunal de Grande instance (TGI), mahkamah kelas pertama yang berkaitan dengan perkara-perkara litigasi sivil.
Wujud atau tidak sebenarnya siasatan seperti yang didakwa oleh SUARAM dalam kes pembelian dua kapal selam kelas Scorpene oleh Paris Tribunal de Grande instance (TGI)?
Cukup menghairankan bila mana media portal-portal utama di Perancis langsung tidak membuat sebarang artikel dan liputan mengenai kes skandal ini, lebih-lebih lagi ianya membabitkan Perdana Menteri Malaysia ...
Lebih-lebih lagi apabila Azmin Ali, Nurul Izzah dan pembangkang mendakwa dokumen rahsia ini telah jatuh ke tangan syarikat Terasasi Hongkong Limited dan pengarahnya Abdul Malim Baginda dan dijual harga 36 juta Euro.
Dibawah ini adalah diantara' Top 10' media portal-portal paling utama di Perancis, yang tidak mempunyai sebarang artikel dan liputan mengenai skandal scorpene melibatkan kerajaan Malaysia.
Mustahil skandal yang melibatkan 1 bilion Euro ini langsung tidak mendapat tempat dan liputan dalam media utama di Perancis?
Bagaimana pula dengan laman-laman web badan kehakiman di Perancis ...
GWM telah senarai pendekkan laman-laman web utama badan kehakiman di Perancis bagi mencari, benar atau tidak siasatan bagi skandal scorpene ini dilakukan.
Dua laman utama badan kehakiman Perancis telah dilawati.
1) http://www.ca-paris.justice.fr/
2) http://www.justice.gouv.fr
Amat menghairankan, kedua-dua laman web ini turut menunjukkan carian mengenai siasatan kes skandal scorpene kerajaan Malaysia tidak wujud.
Tiada keputusan bagi "kes penyiasatan kerajaan malaysia Scorpene" dalam carian anda
Tiada dokumen ditemui bagi 'Malaysia dan kerajaan dan Scorpene dan siasatan'
Barangkali carian GWM tidak tepat dan menyeluruh ...
Namun begitu SUARAM sebagai badan yang telah mengumumkan bahawa suatu siasatan ke atas tuduhan rasuah, penyalahgunaan dan penyalahgunaan wang pembayar cukai, yang dikaitkan dengan pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, oleh Paris Tribunal de Grande instance (TGI)... boleh memberikan nombor kes siasatan ini jika ianya benar-benar wujud.
Atau SUARAM sebenarnya tidak mempunyai sebarang kes terhadap kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri ... hanya melakukan propaganda melalui politik persepsi (political perception) sahaja.















