GELOMBANG WANGSA MAJU: 05/30/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Loji Langat 2 ... Khalid Ibrahim SABOTAJ BILION RINGGIT

| Wednesday, May 30, 2012



1. Isu Air di Lembah Klang tidak akan selesai selagi kerajaan Negeri ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Kenyataan demi kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008 menunjukkan kesungguhan beliau dan Pakatan untuk mempolitikkan isu ini.


2. Saya tidak pasti mengapa Khalid begitu bersungguh-sungguh melengahkan dua isu besar air di Lembah Klang ini iaitu Penstrukturan Semula Air Selangor dan juga Pembinaan Loji Pembersih Air Langat 2 (Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor). Pelbagai alasan, rundingan dan kenyataan dibuat oleh kerajaan negeri Selangor. Sehingga kini belum ada satu idea yang lebih baik datang daripada kerajaan negeri kecuali idea-idea lawak jenaka seperti ingin menggunakan air lombong sebagai sumber air minuman.

3. Kajian oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini menunjukkan Lembah Klang akan mengalami krisis air yang serius pada 2014 jika tiada usaha bersepadu mendapatkan bekalan air mentah dari luar Lembah Klang. Pelbagai kajian dilakukan termasuk mendapatkan air di Perak, namun akhirnya kos mendapatkan air dari Pahang yang paling murah.

4. Saya telah menulis sebahagian latar belakang industri air Selangor. Saya fikir tidak perlu kita ulangi lagi penjelasan panjang lebar ini. Yang saya fikir perlu rakyat lihat dan perhatikan ialah tindak tanduk Khalid ini akan menyebabkan kita akan menanggung beban kewangan yang lebih besar pada masa akan datang.


5. Dengan menangguhkan projek Loji Air Langat 2, Khalid akan menyebabkan kos pembinaannya akan meningkat dengan lebih tinggi. Ini kerana kos pembinaan sentiasa meningkat naik dari tahun ke tahun. Seterusnya, kerajaan Persekutuan juga akan menanggung beban kewangan yang besar apabila terpaksa membayar faedah dan hutang kepada Japan International Cooperation Agency (JICA) yang berjumlah berbilion ringgit.

6. Alasan Khalid untuk mencari kaedah lain yang lebih murah dan sebagainya adalah tidak masuk akal kerana Kerajaan telah pun membina laluan air dari sungai Pahang ke Selangor. Yang tinggal sekarang ialah untuk membina Loji Air Langat 2 bagi menyelesaikan isu air di lembah klang. Malahan pembinaan empangan ini langsung tidak mengambil wang kerajaan negeri.

7. Jadi mengapa Khalid yang tiada pengalaman dan pengetahuan dalam bidang ini begitu beria-ia ingin menghalang pembinaan empangan ini. Politik! Khalid ingin mempolitikkan keadaan ini sepenuhnya seolah-olah beliau berjuang untuk memberi air yang murah kepada rakyat.

8. Beliau membuat pelbagai kenyataan bagi menghalang pembinaan Loji Air Langat 2 ini seolah-olah jika dibina loji air ini maka tarif air akan naik, rakyat akan dibebani kos yang tinggi. Ini semua tidak lebih daripada manipulasi politik ala sosialis yang menguar-uarkan mantera perjuangan untuk rakyat menentang kerakusan kapitalis.

9. Hakikatnya, pembinaan Loji Air Langat 2 tiada kena mengena dengan tarif air. Ia merupakan projek kerajaan Persekutuan untuk memastikan Lembah Klang tidak berhadapan dengan krisis air yang serius pada masa hadapan.


10. Hanya Khalid dan pimimpin utama Pakatan yang mengetahui mengapa mereka begitu menentang pembinaan Loji Langat 2. Namun realitinya, sikap Khalid ini mencerminkan sikap busuk hati dan khianat seorang pemimpin yang rela memperjudikan keadaan ekonomi dan keperluan asas rakyat untuk percaturan politiknya.

11. Khalid boleh terus berbahas sama ada akan berlaku krisis air atau tidak pada 2014 nanti jika rancangan penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor tidak dilaksanakan. Khalid boleh sahaja mengutarakan pandangan pakar-pakar yang beliau dakwa berkata sebaliknya, biarpun sehingga kini tidak satu kajian dikemukakan kepada rakyat.

12. Namun apakah perlu Khalid memperjudikan keadaan ini sedangkan sebahagian rancangan ini telah dilaksanakan di sebelah Pahang? Jika Khalid berterusan menghalang pembinaan loji ini bermakna sebahagian besar pelaburan musnah tanpa hasil. Kerajaan Persekutuan juga akan menanggung hutang berbilion ringgit akibat disabotaj oleh kerajaan negeri Selangor.


13. Justeru tindakan Khalid menghalang pembinaan loji air Langat 2 ini merupakan tindakan sabotaj kepada ekonomi dan kewangan negara. Mungkin Kerajaan Persekutuan perlu menyerahkan projek pembinaan Loji Langat 2 ini kepada kroni-kroni kerajaan negeri untuk mendapat kebenaran pembinaan ini. Mungkin itulah yang mereka mahukan pun.

14. Dalam sistem demokrasi, kerajaan yang mengambil alih harus menghormati perjanjian dan persetujuan kerajaan sebelumnya kecuali terdapat isu-isu besar seperti penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

15. Namun dalam konteks ini kerajaan negeri tidak bertindak secara profesional sehingga menjejaskan kepentingan rakyat, kewangan negara dan imej negeri di mata pelabur asing. Projek yang dipersetujui dibatalkan sesuka hati hanya kerana ego politik kepartian.

16. Apakah pelabur asing dan tempatan bersedia membuat komitmen jangka panjang dengan kerajaan jika mengetahui persetujuan dan perjanjian mereka akan sewenang-wenangnya dihalang atau dimungkiri oleh parti yang lain yang mungkin menang dalam pilihan raya?

17. Ada orang yang kerana yang benci kepada Barisan Nasional dan pemimpin tertentu sanggup menerima apa sahaja tohmahan kerajaan negeri tanpa berfikir dengan rasional dan melihat fakta yang ada.


18. Hakikatnya kos menguruskan air bersih di Lembah Klang sangat tinggi hingga mencecah berbilion ringgit. Dan ia perlu ditangani dengan cermat dan berhati-hati agar rakyat tidak terbeban dengan kos yang tinggi sama ada melalui tarif air mahu pun melalui subsidi kerajaan yang akhirnya merupakan wang rakyat juga.

19. Kerajaan Selangor hari ini yang kononnya memberi air percuma hanya masuk dalam keadaan segala-galanya telah tersedia, seperti kata orang hanya "cuci kaki sahaja". Selama empat tahun ini mereka tidak membina apa-apa pun kecuali meneruskan apa yang telah kerajaan sebelum ini bina.

20. Sekarang, mereka mahu menghalang usaha kerajaan Persekutuan mengatasi isu air di Lembah Klang. Adakah ini pemimpin yang baik? Adakah ini kerajaan negeri yang baik? Mereka mungkin menang dari segi promosi menaikkan imej sendiri dan memburukkan pemimpin BN.

Tapi adakah ini yang rakyat mahu pilih, Kerajaan propaganda dan papan tanda?


sumber : blog DR KHIR TOYO

Krisis Air Selangor: Kepentingan Rakyat Atau KEPENTINGAN POLITIK?

|


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kenyataan media yang dibuat oleh Menteri Industri Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar mengenai kesusutan rizab air terawat di negeri Selangor yang kini hanya tinggal 2.4% berbanding rizab yang sepatutnya iaitu 20% .
 
Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Noh Omar ini mencerminkan tahap kritikal rizab simpanan air terawat di Selangor dan hal ini boleh dikaitkan dengan jangkaan yang dibuat oleh AWER (Association of Water and Energy Research Malaysia) melalui siaran media yang dikeluarkan pada 13 Januari 2012.
 
Siaran media AWER menjangkakan krisis air Selangor mungkin akan melanda sebelum tahun 2014. Dari kajian yang dibuat oleh AWER, pengeluaran air terawat dari tahun 2007 hingga 2010, menunjukkan peningkatan purata sebanyak 2.14% setahun.
 
Melalui siaran media pada 25 Mei 2009 , projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor dianggar bernilai RM 3.936 billion . 75% daripada jumlah itu dibiayai oleh JICA (Japan International Corporation Agency) dan selebihnya oleh kerajaan persekutuan.

alt


Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor ini dijangkakan mampu untuk menyalurkan 1,890 juta liter sehari. Air mentah ini akan disalur ke Loji Rawatan Air Langat 2 sebelum diagih untuk kegunaan domestik.
 
Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim masih menangguhkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 melalui peruntukan kuasa yang ada pada mereka. Tindakan kerajaan negeri ini dipercayai untuk memberi tekanan kepada kerajaan pusat supaya mempercepatkan proses penstrukturan semula air di Selangor.
 
Pada masa kini, konsesi air di Selangor diuruskan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad , Konsortium ABBAS Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Sdn Bhd dan kerajaan negeri Selangor bercadang untuk mengambil alih syarikat-syarikat ini demi memastikan program pemberian air percuma kepada rakyat boleh diteruskan. Tawaran terakhir kerajaan negeri kepada syarikat-syarikat ini sebanyak RM 10 billion telah ditolak.
 
Susulan itu, Tan Sri Khalid menggesa Menteri yang bertanggungjawab , Datuk Seri Peter Chin Fah Kui untuk menggunakan kuasa menterinya di bawah Akta Industri Perkhidmatan 2006 bagi memastikan syarikat-syarikat konsesi ini bersetuju dengan rancangan penstrukturan semula air.
 
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam respon terhadap kenyataan Khalid membuat kenyataan bahawa Akta itu hanya boleh digunakan sekiranya terdapat kekurangan air yang kritikal.
 
Oleh itu, tindakan kerajaan negeri Selangor dalam melengah-lengahkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 pasti akan menyebabkan situasi kekurangan air yang kritikal berlaku di Selangor dalam tempoh 2 tahun lagi.
 
Dan pada ketika itu menteri bertanggungjawab tidak mempunyai pilihan melainkan mengambilalih pengurusan air Selangor dari konsesi-konsesi air yang terlibat. Walaubagaimanapun tindakan kerajaan negeri Selangor ini dilihat seolah-olah memperjudikan nasib pengguna-pengguna air di Selangor dan sekitar Lembah Klang.

alt 

Apabila konsesi-konsesi ini diambil alih kerajaan, diandaikan Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan dengan kelulusan kerajaan negeri Selangor.
 
Sementara menunggu Loji Rawatan Air Langat 2 siap pembinaannya, penduduk Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya terpaksa berada dalam tempoh ‘catuan’ air dan pastinya memberi kesan pada kawasan-kawasan perindustrian yang beroperasi di Selangor dan kawasan sekitanya.
 
Sekiranya diteliti, masalah ini berpunca dari polisi 20 meter padu air percuma yang diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim berpendapat sekiranya kerajaan negeri menguruskan sendiri konsesi-konsesi air, kenaikan tariff air dapat dibendung dan kerajaan negeri Selangor berupaya untuk meneruskan program pemberian 20 meter padu air terawat percuma kepada rakyat Selangor.
 
Kerajaan pusat sebaliknya tidak menghalang pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi ini oleh kerajaan negeri, walau bagaimanapun tawaran kerajaan negeri kepada syarikat-syarikat konsesi ini telah ditolak.
 
Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada satu ketika membidas kerajaan negeri Selangor yang mempolitikkan isu penstrukturan semula air dengan mengatakan tidak timbul isu tariff air di Selangor akan naik jika kerajaan negeri memberi kelulusan kepada kerajaan pusat untuk meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.
 
Beliau turut menyatakan sebarang caj air ditentukan oleh kerajaan negeri dan bukan kerajaan pusat. Sekiranya pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak dimuktamadkan secepat mungkin, akan tiba satu ketika penduduk di Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya akan mengalami krisis air yang serius.
 
Kerajaan negeri Selangor pada hari ini masih lagi mencongak-congak kos pembinaan projek yang dikatakan membazir itu, pelbagai cadangan yang dikatakan lebih baik dan menjimatkan diberikan pada saat-saat akhir ini sedangkan segala kajian dan rekabentuk telah dibuat untuk Loji Rawatan Air Langat 2 sejak tahun 2006 lagi.
 
Dalam keadaan yang agak mendesak, seharusnya sesuatu dilakukan untuk mitigasi bagi masalah yang bakal melanda dan bukannya mengalihkan tumpuan tentang
apa yang sepatutnya dilakukan pada peringkat permulaan. Kebajikan rakyat haruslah diutamakan dengan mengetepikan sentimen politik.
 
Harga yang perlu dibayar sekiranya krisis air berlaku Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan kos pembinaan projek itu sendiri.


sumber KLPOS



Ampun Tengku ... PATIK MEMANG BODOH TENGKU - Nizar Jamaluddin

|


IPOH – “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.

Sebaliknya, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri. - SINAR HARIAN, 30 Mei 2012



Kalau diikutkan kata Nizar Jamaluddin, perkiraan harga bidaan bagi no plat kenderaan-kenderaan dibawah ini cukup murah ...


 
Nizar Jamaluddin kata harga no plat murah kereta Nik Aziz ... RM 15.00


 
Yang ini pun no plat kenderaan murah, RM 10.00 setiap satu - Nizar Jamaluddin


 
Nizar kata Kedah punya no plat ini lagi murah, RM 9.00 sahaja


 
Menurut Nizar Jamaluddin, paling murah adalah nombor plat kenderaan ini  - RM 1.50 sahaja, semasa beliau menjadi Menteri Besar Perak



Cuba baca, sekali lagi, kenyataan rasmi bekas Menteri Besar Perak ini ...

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin. - Sinar Harian, 30 Mei 2012.



Agak-agaknya, Nizar 'Putus Wayar' Jamaluddin sanggupkah menegur dirinya sendiri?

Gila ke apa gamaknya orang tua ni ...





 




RKAMAN VIDEO PANAS ... Abang Teksi Kata Adam Adli MAHASEWEL BODOH

|







Rakyat marhaen memberi pandangan mengenai sistem pendidikan negara. Apa kata anda ...




 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU