GELOMBANG WANGSA MAJU: 05/28/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Nurul Izzah DINASIHATKAN ... Jangan Terlalu Kuat 'MENYUNDAL'

| Monday, May 28, 2012

28 Mei 2012, PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempersoalkan niat dua pemimpin pembangkang yang hari ini melawat mangsa kemalangan pada perlumbaan drag yang dianjurkan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012.

Beliau tertanya-tanya sekiranya ia hanya bertujuan cuba meraih populariti politik daripada kes kemalangan itu.

"Cuma kalau dibuat dengan tujuan politik untuk menunjukkan himpunan ini tak bagus misalnya, rakyat akan tahulah.

"Kalau dia benar-benar ikhlas sepatutnya dia turut melawat polis dan wartawan yang cedera akibat dipukul peserta perhimpunan Bersih baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu hari ini, dua naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan N. Surendran melawat mangsa kemalangan itu di Hospital Putrajaya, dan meminta penyiasatan penuh dijalankan dan sedia menawarkan bantuan guaman kepada mangsa sekiranya diperlukan.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam semalam di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 di sini, seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena himpunan itu cedera, termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.

Tiga mangsa yang masih dirawat di hospital itu ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, Ami Nakim, 27, dan Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, manakala seorang lagi telah dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah.

Ahmad Shabery berkata pihaknya bersedia mengambil tindakan termasuk menyenarai hitam penganjur perlumbaan itu sekiranya mereka didapati bersalah dalam hal itu. - BERNAMA



Ahhhh ... ahli Parlimen Lembah Pantai ini semakin bijak mempelajari cara 'penyundalan' dalam meraih populariti politik daripada kes kemalangan perlumbaan drag, Himpunan Belia 2012, tempohari.

Memang tidak dapat dinafikan, Anwar Ibrahim sudah berjaya menurunkan ilmu 'menyundal' ini kepada puterinya dengan begitu baik sekali.

Nyata tidak sia-sia ilmu yang diturunkan oleh seorang papa hebat kepada anaknya, cuma barangkali ilmu 'menyundal' jantan masih belum diperolehi lagi dari papa.



Musykil dengan 'lawatan syok sendiri' kononnya meminta penyiasatan penuh dijalankan dan sedia menawarkan bantuan guaman kepada mangsa sekiranya diperlukan.

Tidak salah jika mahu melawat dan menziarahi mangsa kemalangan. Ziarah-menziarahi amalan yang baik dan mulia. Namun jika Nurul Izzah mahu mencuba ilmu 'menyundal', maka adalah lebih baik lupakan sahaja.



Namun begitu, malang ... malang kerana ilmu 'sundalan' Nurul Izzah tidak menjadi di Putrajaya hari ini.

Hasrat Nurul Izzah ingin 'menyundal' telah ditolak bulat-bulat oleh ketiga-tiga keluarga mangsa. Barangkali juga keluarga mangsa sudah mampu menghidu strategi 'menyundal' meraih populariti politik secara murahan.





Artikel penuh, klik NURUL IZZAH HENTIKAN MENYUNDAL



Nasihat GWM kepada Nurul Izzah, lebih baik digunakan ilmu 'sundalan' ini di Lembah Pantai. Dengarnya, warga marhaen Lembah Pantai semakin rimas dengan gelagat ahli parlimennya yang terlalu kuat 'menyundal' dan tidak melakukan kerja.

Terlalu banyak retorik dan janji kosong Nurul Izzah ini mengikut laporan yang diberikan oleh warga setempat. Yang selalu didengar adalah ... I'm Busy, I'm Busy.

Sukacita GWM memberi cadangan kepada Nurul Izzah, jika sekiranya mahu menggunakan ilmu 'sundalan' ini dengan lebih efektif dan efisyen.



Adalah lebih baik jika ilmu 'menyundal' ini dilakukan oleh Nurul Izzah dengan meminta penyiasatan penuh dijalankan dan sedia menawarkan bantuan guaman kepada kegagalan Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012, pada 27 Mei yang lalu.








Barangkali ... N. Surendran boleh tumpang 'menyundal' dengan menawarkan bantuan guaman untuk mengira berapakah perbelanjaan yang telah dihabiskan oleh kerajaan negeri Selangor untuk acara Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012 ini.

Bukan apa, takut jika kerajaan negeri Selangor mengistiharkan jumlah perbelanjaan dan kerugian acara Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012 berbeza dari jumlah yang sebenar ... saman sahaja Khalid Ibrahim.

Untuk Nurul Izzah ... Janganlah terlalu kuat menyundal.



Anwar GERAM ... Lim Kit Siang SINDIR 'Main Belakang'

|



Fatwa Masuk SORGA ... PAS Mana Telor Tarik Balik - Salahuddin Ayub

|



KUALA LUMPUR, 28 Mei 2012 : PAS menyifatkan tiada keperluan untuk parti itu menarik semula "fatwa"-undi PAS masuk syurga biarpun sejak kebelakangan ini parti itu diminta segera menjelaskan semula isu fatwa tersebut oleh kebanyakan pihak.

Utusan Malaysia versi mingguan menyiarkan wawancara dengan Ahli Majlis Fatwa Masjidi Haram Sheikh Dr Sulaiman Saloomi yang menegaskan fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Malah sebelum ini, isu fatwa PAS ini telah dibangkitkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tahun lalu yang mengatakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa itu sehingga menyebabkan Menteri Besar Kelantan memohon penjelasan.



Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata parti itu mengambil ketetapan dengan tidak akan melayan isu tersebut sebaliknya mahu memberi fokus kepada persiapan menghadapi PRU13, yang dijangka akan diadakan September ini.

"Saya rasa itu langkah terdesak UMNO yang sudah tidak mempunyai modal dan isu untuk berhadapan dengan PAS. UMNO mainkan semula lagu lama untuk dapatkan simpati rakyat menjelang pilihan raya umum.

"PAS tidak akan menoleh lagi ke belakang untuk layan perkara ini, kita akan tetap dengan perjuangan dan pendirian kita bersama Pakatan Rakyat (PR).

"Kita tidak akan layan perkara macam ini, kita mempunyai agenda dan perancangan yang harus dilakukan segera.

"PAS ada strategi yang harus dilaksanakan, dan semua ini perlu kepada fokus untuk memastikan kejayaan kita," katanya.


Artikel seterusnya, klik DIN POYO






 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU