GELOMBANG WANGSA MAJU: 05/25/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Kami Belia Cintakan Keharmonian ...BUKAN BELIA BALUN POLIS

| Friday, May 25, 2012



PUTRAJAYA, 25 Mei 2012 - Riak kegembiraan jelas terpancar di wajah puluhan ribu golongan belia yang hadir pada hari kedua Himpunan Jutaan Belia 2012, di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya, semalam.

Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa puas hati dengan kepelbagaian program dan segmen yang disediakan pada tahun ini.

Namun begitu, suatu mesej yang simbolik disampaikan melalui temubual yang dijalankan amat bertepatan dengan program pembangunan modal insan yang dijalankan oleh kerajaan dalam memupuk keharmonian dikalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Mohd Khairi Ramli, 25, memberitahu para belia seharusnya mengambil peluang keemasan untuk bersatu dan memupuk perpaduan yang lebih erat selain dari menikmati pelbagai aktiviti yang sedang berjalan.


Begitu juga dengan Azura Abidin, 26, yang pertama kali menghadiri Himpunan Jutaan Belia 2012 yang sedang berlangsung.

Beliau turut mempunyai pandangan yang sama seperti Mohd Khairi Ramli agar belia yang hadir tidak segan silu untuk bercampur dan bergaul dalam memupuk keharmonian disamping berharap himpunan kali mencapai sasaran dua juta belia.


"Saya dapat rasakan perhimpunan kali ini lebih meriah dan yakin sasaran untuk mencapai 2 juta belia akan tercapai. Tunggulah pada hari kemuncaknya nanti," katanya.

Ramesh, 19, yakin perhimpunan kali ini lebih meriah jika dibandingkan dengan perhimpunan tahun lalu kerana lebih banyak program dan aktiviti yang disediakan untuk golongan belia.


Beliau turut memberitahu Hari Belia yang disambut ini jelas melambangkan tidak ada semangat perkauman yang wujud kerana para belia saling bersama dan berpeluang mengenali di antara satu sama yang lain.

"Memang ada di antara masyarakat berbilang bangsa yang kurang berinteraksi dan perhimpunan belia seharusnya dijadikan platform untuk merapatkan jurang ini.

"Saya berharap lebih ramai para belia dari msyarakat India dan Cina datang untuk bersama-sama memeriahkan perhimpunan ini," katanya.


sumber : KLPOS



Inilah belia harapan negara. Belia yang bakal mengemudi nasib dan hala tuju negara pada masa hadapan. 

Belia yang tahu menilai erti perpaduan dan keamanan. 

Negara tidak memerlukan belia-belia 'dewa monyet kuning' dibawah ini, yang merosakkan harta benda awam, memukul anggota pihak keselamatan dan memalukan imej negara di mata luar.









Mengapa GADIS CUN Ini Senyum Melihat NIK AZIZ ... Skandal? Geli Geleman?

|



Gua Mahu Muzakarah Dengan UMNO ... Amacam, Strategik Tak?


Gua Tak Peduli, Apa Nak Jadi, Jadilah ... Boleh Jalan Dengan Hadi Awang! Gua Taiko Besar!



Sorry Bro ... Tak Jadi, ... Nanti Gua Kena Pancung!




Nah ... Hasan Ali (siap senyum lagi) pun angkat tangan dengan sikap Parti Adat & Sosialis ... Flip Flop!



Khairy Jamaluddin KETAWA BESAR, BERGULING-GULING Pagi Ini ... PKR dan RAFIZI MUNTAH DARAH

|






SHAH ALAM, 25 Mei 2012 - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri Selangor menafikan pemberian bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid tadika disebabkan selepas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas pembangkang dalam debat pemansuhan PTPTN yang gagal melunaskan janji-janji pilihanraya umum 2008.

Beliau berkata demikian selepas majlis Penyerahan cek Bantuan Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Fasa Satu 2012, semalam.

Pengumuman pemberian bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid tadika itu dilakukan sehari selepas Khairy membangkitkan perkara tersebut dalam debat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dianjurkan oleh media Sinar Harian, Selasa lalu.

Khairy dalam debat PTPTN itu membidas sikap retorik pakatan pembangkang memberikan pendidikan tinggi percuma sedangkan dalam masa yang sama tidak pernah melaksanakan janji mudah untuk memberikan bantuan RM50 kepada murid tadika sejak memegang pentadbiran kerajaan negeri Selamgor selepas empat tahun lamanya.


Halimah menafikan pengumuman bantuan tersebut dilakukan kerana mempunyai kaitan rapat dengan apa yang dibangkitkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu dan menganggap ia adalah secara kebetulan sahaja.

"Saya tidak dengar apa yang Khairy cakap. Ini secara kebetulan dan tidak ada kena-mengena dengan Khairy, malah ia sebenarnya dalam perancangan fasa keempat program Merakyat Ekonomi Selangor (MES)," katanya.

Dalam majlis Penyerahan cek Bantuan SJKC dan SAR tersebut, Halimah mengumumkan seramai 3,00 murid tadika berumur empat hingga enam tahun di Selangor, menerima bantuan RM50 sebulan dan tertakluk kepada keluarga yang berpendapatan RM1,500 kebawah mulai Julai ini.

Pemberian bantuan RM50 sebulan itu dilakukan selepas empat tahun kerajaan Parti Keadilan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri Selangor, sejak memenangi pilihanraya umum pada tahun 2008.


sumber KLPOS



Kebetulan ye Dr Halimah Ali ... Selepas dua hari kena bedil dengan Ketua Pemuda UMNO ... hahaha ...



Hmmm ... kebetulan lah tu yek ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU