Apa sekalipun Gomo lihat apa yang berlaku hari ini melalui sudut yang positif yang mana Datuk Yusof bertindak selaku seorang yang Profesional dalam menjadi peguam kepada Anwar Ibrahim. Soal berapa yang dibayar Anwar Ibrahim pasti menjadi buah mulut rakyat terutama para peguam lain namun yang pasti Anwar Ibrahim mampu membayar apa sahaja kepada yang sanggup membelanya asalkan persepsi keatas beliau pulih dan menonjol dimata rakyat Malaysia. - PAPA GOMO
GWM cukup tertarik dengan ulasan artikel sahabat blogger Papa Gomo dalam isu Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang kini menjadi peguambela Anwar Ibrahim (bagi kes tuduhan mengingkari perintah majistret agar tidak memasuki kawasan Dataran Merdeka pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.)
Hakikatnya, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden perlu memberi penjelasan penuh tindakannya menjadi peguambela bagi kes melibatkan Anwar Ibrahim kerana senario hari ini jelas dan bakal menghakis kepercayaan rakyat kepada sistem perundangan.
Sudahlah profesion guaman hari ini dilanda dengan masalah kredibiliti dan integriti ... ini bukan lagi perang persepsi, namun kita membicarakan mengenai etika profesionalisme guaman.
GWM rasa cukup terpanggil kerana melihatkan hubungkait dengan perjalanan kes liwat yang melibatkan Saiful Bukhari Azlan.
1) Kes ini berlarutan dalam satu jangkamasa yang panjang tanpa ada sebarang bantahan dari pihak pendakwaraya.
2) Khilaf berlaku dalam mendapatkan nama saksi-saksi alibi.
3) Menamakan Timbalan Pendakwaraya, Farah Azlina Latif sebagai sebahagian dari pasukan pendakwa, yang mana Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam pengetahuan, beliau boleh dihubungkaitkan dengan Saiful Bukhari Azlan.
Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden perlu memberi penjelasan kerana selama ini beliau, sebelum ini bekerja dibawah Jabatan Peguam Negara dan beliau dibayar gaji dengan menggunakan wang rakyat.
Ini bukan lagi perkara kecil dan remeh temeh kerana ia turut melibatkan integriti Peguam Negara dan jabatan yang dinaungi. Organisasi ini mempunyai kuasa penuh dalam menentukan sama ada kes-kes tertentu yang layak untuk dibicarakan atau tidak.
Perkara yang sama pergi ke sama ada rayuan boleh dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi atau tidak. Amat mendukacitakan 'jika sekiranya' berlaku sebarang unsur rasuah mahupun salahguna kuasa.
GWM tidak akan menyalahkan rakyat jika badan perundangan, badan guaman dan sistem kehakiman mula diragui, seolah-olah keadilan boleh ditentukan melalui bidaan wang ringgit yang tinggi.
Lihat sahaja kepada laporan polis palsu yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dalam kes yang membabitkan video seks lelaki gersang miripnya ...
Langsung tiada tindakan mahkamah diambil untuk menyabitkannya yang telah membuat laporan polis palsu ...












