GELOMBANG WANGSA MAJU: 05/21/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Selagi Ada Saya, Haram Ada Muzakarah UMNO PAS - Anwar Ibrahim

| Monday, May 21, 2012



Anwar senyum pahit sahaja apabila dengar PAS bangkit lagi pasal isu Muzakarah. Simptom nya masih sama. Mula-mula naik pasal Hudud. Lepas itu, mesti timbul pasal Muzakarah. Yang cemas, Anwar.

Setiap kali timbul isu bab muzakarah, Anwar memang tak senang duduk. Anwar cukup takut kalau kena kencing. Mana tahu, tak boleh kata. Puak-puak ‘serban’ ini bukan boleh percaya sangat, kata Anwar.

Yang mengurangkan kerisauan Anwar adalah wujudnya beberapa individu dalam PAS yang akan terus menentang muzakarah – PAS dan UMNO. Mahfuz adalah calon utama bagi menolak dan menidakkan keperluan muzakarah. Salahuddin Ayyub lalang. Anwar kurang percaya.

Husam adalah seorang lagi yang mungkin boleh digunakan untuk bercakap mewakili kepentingan Anwar – tetapi pengaruh Husam semakin berkurang. Ini semua sebab tewas kepada Mat Sabu sebelum ini.

Siapa lagi yang boleh Anwar letakkan kepercayaan?




Kita akan letakkan warna MERAH kepada nama-nama yang Anwar percaya boleh mempertahan kepentingan PAKATAN Rakyat dalam PAS:-

1. PRESIDEN : YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
2. TIMBALAN PRESIDEN : TUAN HAJI MOHAMAD SABU
3. NAIB PRESIDEN : YB SALAHUDDIN AYUB
4. NAIB PRESIDEN : YB DATUK PADUKA HAJI HUSAM MUSA
5. NAIB PRESIDEN : YB DATO’ HJ MAHFUZ OMAR
6. KETUA DEWAN ULAMAK : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
7. KETUA DEWAN PEMUDA : USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI
8. KETUA DEWAN MUSLIMAT : YB SITI ZAILAH YUSOF
9. SETIAUSAHA AGUNG : DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
10. PEN. SETIAUSAHA AGUNG : YB DATUK TAKIYUDDIN HASSAN
11. PEN. SETIAUSAHA AGUNG : YB DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI
12. PEN. SETIAUSAHA AGUNG : TUAN AHMAD SABKI YUSUF
13. BENDAHARI PAS PUSAT : YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN
14. KETUA PENERANGAN PAS PUSAT : DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
15. KETUA PENGARAH PILIHANRAYA : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
16. AHLI JAWATANKUASA KERJA : TUAN MAZLAN ALIMAN
17. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO’ KAMARUDIN JAFFAR
18. AHLI JAWATANKUASA KERJA : TUAN HANIPA MAIDIN
19. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR DZULKEFLY AHMAD
20. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR MUJAHID YUSOF RAWA
21. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB HJ KHALID ABD SAMAD
22. AHLI JAWATANKUASA KERJA : USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN
23. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB IR AMIRUDDIN HAMZAH
24. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB HJ ABDUL WAHID ENDUT
25. AHLI JAWATANKUASA KERJA : DATO’ USTAZ ABU BAKAR CHICK
26. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO’ USTAZ MOHD AMAR ABDULLAH
27. AHLI JAWATANKUASA KERJA : DATO’ DR MAHFODZ MOHAMED
28. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR SITI MARIAH MAHMUD
29. AHLI JAWATANKUASA KERJA : USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
30. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO’ SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK
31. AHLI JAWATANKUASA KERJA : USTAZAH NURIDAH SALLEH
32. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB USTAZ NASHARUDIN MAT ISA
33. AHLI JAWATANKUASA KERJA : USTAZ IDRIS AHMAD
34. AHLI JAWATANKUASA KERJA : HAJI ASMUNI AWI
35. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO’ SERI IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
36. AHLI JAWATANKUASA KERJA : TUAN ZULKEFLY MOHAMMAD IMAR
37. AHLI JAWATANKUASA KERJA : ABANG AHMAD KERDEE MASAGUS



Ini adalah berdasarkan laporan yang Saifuddin Nasution sampaikan.

Kalau diikutkan kepada senarai tersebut, belum tentu mudah untuk PAS mendapat endorsement untuk melakukan Muzakarah. Keputusan pimpinan akan split. Kecuali Haji Hadi mengambil pendekatan veto. Itu pun belum tentu.




Ok, cuba kita kaji ‘ORANG ANWAR’ di peringkat Pesuruhjaya Negeri:-

1. PESURUHJAYA PAS KELANTAN :YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
2. PESURUHJAYA PAS TERENGGANU :YB ABDUL WAHID ENDUT
3. PESURUHJAYA PAS PERLIS : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
4. PESURUHJAYA PAS KEDAH : YAB DATO’ SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK
5. PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG : YB USTAZ MOHD SALLEH MAN
6. PESURUHJAYA PAS PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN
7. PESURUHJAYA PAS PAHANG : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
8. PESURUHJAYA PAS SELANGOR : YB DR ABD RANI OSMAN
9. PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN : HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD
10. PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN : YB MOHD TAUFEK ABDUL GHANI
11. PESURUHJAYA PAS MELAKA : TUAN ADLY ZAHARI
12. PESURUHJAYA PAS JOHOR : DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
13. PESURUHJAYA PAS SABAH : TUAN MOHD AMINUDDIN ALING
14. PESURUHJAYA PAS SARAWAK : TUAN HAJI ADAM AHID

Nampaknya, Anwar juga mempunyai kekuatan di peringkat Pesuruhjaya Negeri.

Kalau ikut list ini – JAUH lagi nampaknya Muzakarah PAS dan UMNO. Anwar masih lagi jadi batu penghalang. Kita tunggu.

Kelainannya kali ini, Nik Aziz sendiri nak MUZAKARAH. Strategi politik apa ni?


sumber terbaik dalaman PKR : blog GELAGAT ANWAR

Himpunan Jutaan Belia - 2,200 Belia Negeri Sembilan Berkonvoi Ke Putrajaya

|

SEREMBAN, 19 Mei 2012 - Sempena dengan Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri, gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dari Negeri Sembilan telah menyertai satu program jelajah 'Konvoi Perdana Gen Y', anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Program yang julung kali diadakan ini telah mengumpulkan sekitar 2,200 belia dari seluruh Negeri Sembilan dalam satu konvoi bermotor dan berkereta, menuju ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.

Konvoi Perdana Gen Y yang turut dinamakan sebagai 'Moh Minum Petang Di Rumah PM' ini bermula di Stadium Paroi, Seremben, Negeri Sembilan berjaya mengumpulkan penyertaan sebanyak 600 buah motor dan 600 buah kereta bagi jelajah ini.

Jam 2.00 petang - Timbalan Ketua Pengarah JASA, Dato Abu Talib Harun mengibarkan bendera sebagai tanda pelepasan para peserta konvoi yang dimulakan dengan pergerakan 600 buah motor dan diikuti oleh pelepasan 600 buah kereta sebagai pelengkap kepada program jelajah ini.


Menurut Abu Talib, Apa yang menarik pada program ini adalah penyertaan belia dari pelbagai kaum. Malah konvoi ini bakal mencatatkan sejarah sebagai konvoi terpanjang (sepanjang 15km) pernah diadakan oleh mana-mana program berkonvoi.

Walaubagaimanapun, program ini tidak akan dicatitkan didalam buku 'Malaysia World of Records' kerana kenderaan yang digunakan adalah gabungan di antara motor dan kereta. 'Malaysia World of Records' hanya memperakui unit berkonvoi satu jenis kenderaan untuk dimuatkan dalam catatan sejarah.



klik artikel seterusnya, KLPOS



Semangat perpaduan kaum ... Masyarakat Cina turut menyertai Konvoi Perdana Gen Y dari Negeri Sembilan






Tunku Abdul Aziz ... C.A.T dan DAP

|



Pengumuman perletakan jawatan Senator Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Presiden DAP dan juga perisytiharan keluar parti sememangnya telah menggemparkan banyak pihak.

Tunku Abdul Aziz pernah menyatakan diawal penyertaan beliau di dalam DAP bahawa terdorong untuk menyertai DAP kerana berkongsi nilai dan idea yang sama dengan DAP.

Sebagai seorang individu yang bermaruah dan berkredibiliti tinggi, Tunku Abdul Aziz pastinya tidak menyangka bahawa tindakan beliau yang telah terjun dalam bidang politik secara serius melalui DAP sama sekali bertentangan dengan ketinggian integriti yang dimiliki beliau.

Namun, pada ketika beliau menyampaikan pandangannya yang sama sekali tidak menyokong perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan, ia telah mengundang persepsi negatif pimpinan tertinggi DAP kepada beliau.

Rentetan daripada perisitiwa tersebut, jawatan Senator yang dipegang oleh Tunku Abdul Aziz telahpun ditamatkan sungguhpun pimpinan DAP sebelum itu pernah menyatakan bahawa kontrak beliau sebagai Senator akan disambung.

Prinsip C.A.T yang merujuk kepada CEKAP, AMANAH dan TELUS dan diwar-warkan oleh DAP kini hanya tinggal pada nama sahaja atau lebih tepat lagi dilabelkan sebagai “gimik politik” mereka.

Perbezaan pendapat yang telah disuarakan oleh Tunku Abdul Aziz tidak diraikan sebaliknya ditempelak dan ditolak oleh pimpinan DAP dan pakatan pembangkang yang lain. Apakah keadaan ini boleh ditafsirkan sebagai telus?

Tindakan DAP yang menawarkan Tunku Abdul Aziz jawatan Felo Kanan di Penang Institut yang berada di bawah pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan gaji lumayan RM50,000 sebulan hanyalah sebagai usaha untuk menutup kelemahan DAP yang langsung tidak boleh dikritik atau dipersoalkan oleh ahli-ahlinya sendiri. Adakah perbuatan ini juga boleh ditafsirkan sebagai AMANAH? Tepuk dada, tanya selera.

Tidak keterlaluan juga dikatakan, DAP yang ada pada hari ini juga seolah-olah tidak menghormati piagam Perlembagaan parti itu sendiri kerana jika diperhatikan piagam parti ini yang menyebut.... Perlembagaan Merdeka merupakan satu dokumen sekular yang mendukung prinsip-prinsip demokrasi, kebebasan, kedaulatan undang-undang, dan penghormatan kepada hak-hak asasi manusia serta merangkumi ideal-ideal kebertanggungjawaban, kesaksamaan, keadilan dan pemeliharaan martabat manusia.

Persoalan yang seharusnya dijawab oleh DAP ialah dimanakah amalan kebebasan anda? Adakah parti anda pada hari ini faham tentang makna demokrasi? dan adakah hak-hak asasi manusia yang bernama Tunku Abdul Aziz ini benar-benar dihormati?

Dimanakah nilai kebertanggungjawaban Lim Guan Eng yang menawarkan jawatan Felo Kanan di Penang Institut kepada Tunku Abdul Aziz? Adakah perlembagaan ini benar-benar diamalkan oleh DAP ataupun ianya hanya tinggal perlembagaan semata-mata? 

DAP sepatutnya sudah boleh melupakan prinsip CAT yang diamalkan tetapi harus mengubahnya kepada CACAT...


sumber : KLPOS

Apa Dosa Saya, Putrajaya Sudah Menjadi HUB PORNOGRAFI - Najib

|
PM Merenung Jauh ... Unit Media UMNO Gagal Menterjemahkan Definasi 'Transformasi'



Mungkin ada yang membaca artikel ini merasakan Gomo sengaja mencari pasal dengan UMB. Gomo bukan mencari pasal namun apa yang Gomo dedahkan ini adalah hasil daripada aduan pelajar kita yang berada di Australia yang malu apabila ada rakan nya dari negara luar bertanyakan web Portal milik UMB ini yang memaparkan cerita berunsur seks melebihi maklumat dan cerita mengenai Putrajaya itu sendiri. - Papa Gomo


Suka atau tidak, GWM terpaksa bersetuju dengan sahabat blogger Papa Gomo dalam hal ini ...

Kadangkala kealpaan untuk mencari pembaca dikalangan orang awam dan peringkat belia, menjadikan Unit Media UMNO agak tersasar dari objektif asal penubuhannya.

Tidak salah jika Unit Media UMNO mahu meletakkan berita hiburan sebagai bahan tarikan utama dalam mencari pembaca yang baru. Majoriti besar rakyat dan khususnya para belia dan remaja lebih tertarik kepada artikel berbentuk hiburan. Ini tidak boleh dinafikan.



Namun begitu, janganlah kerana terlalu asyik mengejar ranking pembaca, bahan berita sudah dipenuhi dengan unsur-unsur kelucahan yang melampau.








Apabila menggunakan nama khusus seperti 'Putrajaya' sebagai nama rasmi laman portal, seharusnya Unit Media UMNO perlu menjiwai definasi Putrajaya itu sebagai Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Dan Putrajaya itu dengan sendirinya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999.

Putrajaya juga menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

"Terdapat perbezaan di antara lidah rasmi parti dan penyokong parti. Lidah rasmi Pemuda Umno adalah Unit Media Baru Umno (UMB), "kata Khairy Jamaluddin. - Sinar Harian, 14 Februari 2012.



Lebih molek rasanya jika pengendali laman Putrajaya Online ini mengurangkan berita sensasi yang dipenuhi dengan unsur-unsur kelucahan yang melampau. Masih banyak ruang dan cara untuk menarik pembaca, namun bukan ini caranya.

GWM tidak mahu Ketua Pemuda UMNO, saudara Khairy Jamaluddin dicemuh memandangkan kenyataan rasmi beliau mengiyakan lidah rasmi Pemuda UMNO adalah Unit Media Baru UMNO (UMB).

Cukuplah dengan blog dan portal pembangkang yang penuh dengan artikel dan berita kelucahan melampau. Tidak perlu rasanya Unit Media UMNO turut terikut-ikut dengan rentak kelucahan pembangkang dalam mencari ranking pembaca.

Jangan sampai blog dan portal Unit Media UMNO turut disamakan dengan pembangkang ... lucah, lucah dan lucah.

Malah, tidak perlulah meniru cara blogger-blogger jalanan pro kerajaan dalam mensensasikan artikel mereka. Kerana blogger Unit Media Baru UMNO (UMB) adalah lidah rasmi Pemuda UMNO, sekaligus menjadi lidah rasmi UMNO.



Mungkin ada baiknya pengendali blog UMNO REFORM boleh menasihati rakan blogger Unit Media Baru Umno (UMB) agar tidak terikut-ikut dengan cara blogger jalanan pro kerajaan seperti Papa Gomo, GWM dan sebagainya.

Rasanya pengendali blog UMNO REFORM, yang juga 'guru' kepada Unit Media Baru Umno (UMB) boleh memberi tunjuk ajar yang baik memandangkan blogger ini amat membenci unsur kelucahan melampau ... bukan budaya UMNO katanya.



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU