GELOMBANG WANGSA MAJU: 05/20/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Jangan Panggil Kami ANJING dan BANGSAT ... JIKA KELUAR DAP - Mohd Ariff Sabri, Aspan Alias

| Sunday, May 20, 2012




Mohd Ariff Sabri Aziz (a.k.a. blogger Sakmongkol AK47) tampak begitu tekun untuk mengaitkan UMNO dengan keluarnya Tunku Abdul Aziz dari DAP. UMNO kononnya dilihat agak sukar menerima penyertaan orang Melayu dalam parti DAP. Semakin galak bekas ADUN Pulau Manis ini merendahkan prinsip dan integriti UMNO.

Parti UMNO yang pernah memenuhkan poket beliau dengan projek lombong besi dan konsesi balak LKPP ...

Mohd Ariff Sabri Aziz sudah menjadi hero baru 'orang Melayu' dalam DAP. Beliau kini sudah dianggap sebagai ‘towering Malays’, pengganti kepada gelaran yang pernah diberikan kepada bekas naib pengerusi DAP.

Mohd Ariff Sabri Aziz sudah dilihat tidak lagi menjadi 'anjing suruhan UMNO' oleh penyokong kuat DAP ...



Bagaimana jika beliau dan Aspan Alias pada suatu ketika kelak, mula meninggalkan DAP atas sebab yang sama menimpa Tunku Abdul Aziz.

Bagaimana jika suatu hari nanti kedua-dua ekor manusia mula kembali kepada UMNO?

GWM tidak rasa sesuatu yang mustahil jika penyokong kuat DAP (termasuk PAS dan PKR) akan kembali menggelar kedua-dua ekor manusia ini sebagai 'anjing suruhan UMNO' ... Tiada yang mustahil dalam politik.



Amat melucukan apabila Mohd Ariff Sabri Aziz memperlekehkan integriti dan prinsip Tunku Abdul Aziz apabila keluar dari DAP. Sepanjang pengetahuan GWM, UMNO tidak pernah menyerang peribadi dan integriti Tunku Abdul Aziz sewaktu berada di dalam DAP. Namun tidak bagi Mohd Ariff Sabri Aziz ini ... cukup galak menyerang Tunku Abdul Aziz.

Orang Pahang amat mengenali peribadi Mohd Ariff Sabri Aziz ini ...

Lebih-lebih lagi bagi Wan Zamzuri bin Wan Hasenan, AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Penasihat Ekonomi dan Politik DUN Tahan Parlimen Jerantut.

Atau nama timangannya ... blogger WZWH.





Banyak pembongkaran yang dilakukan oleh rakan blogger WZWH ini sehingga menyebabkan Mohd Ariff Sabri Aziz (a.k.a. blogger Sakmongkol AK47) cukup panas telinga dan hati dengannya.

Hebat rakan blogger dari Pahang ini ...



Berbalik kepada persoalan utama, apa pula gelaran yang bakal diberikan oleh penyokong DAP kepada Mohd Ariff Sabri Aziz, jika sekiranya kembali kepada UMNO. Anjing suruhan UMNO? ... Babi Suruhan UMNO?

Dan kepada Mohd Ariff Sabri Aziz, hentikanlah mempersoalkan prinsip dan integriti Tunku abdul Aziz. Cukup jauh prinsip dan integriti bekas naib pengerusi DAP ini dengan saudara.

Banyak cerita dari Pahang mengenai 'projek sakau' lombong besi dan konsesi balak LKPP Mohd Ariff Sabri Aziz, bekas ADUN Pulau Manis.

Sampai ada pepatah istimewa "Ingat lombong besi, Ingat Mohd Ariff Sabri ... Ingat konsesi balak LKPP, Ingat Mohd Ariff Sabri"

Berat tu ...



SETUJU ... BERSIH 4.0 Dibuat Di Hadapan RUMAH SAYA - Ambiga

|




KUALA LUMPUR - Kediaman Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga terus menjadi sasaran protes dan yang terbaru, kumpulan peniaga dikenali sebagai Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur merancang menganjurkan 'Bersih 4.0' dengan membuka 60 lot perniagaan di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara di sini minggu ini.

Pihak penganjur berkata pihaknya mahu mengajar individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian mereka alami ekoran perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini.

Pengerusi majlis itu, Datuk Jamal Md. Yunos, berkata, penganjuran 'Bersih 4.0' berbeza sama sekali dengan perhimpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

Menurutnya, dengan 'protes' tersebut, peniaga-peniaga yang terlibat mahu Ambiga merasai sendiri 'nikmat' apabila keharmonian di sesuatu tempat itu dicemari.

"Esok kita akan turun untuk mengadakan lot-lot perniagaan dan kita akan sediakan 60 lot untuk peniaga.

"Pada Selasa, kita akan pergi ke pejabat Datuk Bandar (Kuala Lumpur), untuk memohon permit perniagaan yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini," katanya ketika pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini pagi tadi.

Perhimpunan yang mendapat sokongan persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO) itu dijangka disertai lebih 10,000 orang dan pihak penganjur menyasarkan pendapatan RM300 hingga RM500 sehari.

Ia akan berlangsung bermula jam 3 petang hingga 8 malam.

Malah, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, pihak penganjur akan memohon permit kekal perniagaan di situ kerana menyifatkan ia sebagai lokasi berpotensi.

Anwar MENGAMUK ... Gambar Bogel 'Jambu Baru' MULA TERSEBAR

|




KUALA LUMPUR, 20 Mei 2012 - "Saya sanggup bersumpah bahawa Anwar sedang 'mengurat' lelaki itu sejak tahun lalu sehinnga ke hari ini. Saya boleh bongkarkan siapa budak ini, anak siapa dia, pernah belajar di mana serta jurusannya," kata Abdul Ghani Haron.

Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan hubungannya dengan seorang bekas pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dipercayai meminta pelajar tersebut mengirimkan 'gambar luar biasa' kepadanya.

Ahli Majlis Syura TIBAI, Abdul Ghani Haron mendakwa 'gambar luar biasa' itu adalah gambar seorang lelaki dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang yang dikenali oleh Ketua Pembangkang itu melalui laman sosial.

"Kita mendesak Anwar tampil menjelaskan perlakuannya yang meminta lelaki tersebut menghantar gambarnya tanpa berpakaian dan turut meminta bekas pelajar itu jangan segan silu menghubungi beliau," kata Abdul Ghani.

Menurutnya lagi, Anwar dicabar untuk melakukan sumpah laknat bahawa beliau tidak pernah mengenali bekas pelajar terbabit dalam apa-apa rangkaian sekalipun.

"TIBAI akan mendedahkan perkara ini secara terbuka menerusi ceramah-ceramah akan datang.

"Saya yakin Anwar kenal suapa lelaki ini kerana beliau telah berkali-kali menghubungi bekas pelajar terbabit dalam pelbagai rankaian telekomunikasi," kata Abdul Ghani.


Lagi artikel-artikel menarik, klik KLPOS




Come On Anwar Ibrahim ... ada pihak cabar you angkat sumpah. Kalau tak berani pun tidak mengapa. Ambil tindakan Saman sahaja.

Itulah pun tahap you Anwar Ibrahim ... saman.



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU