KUALA LANGAT - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa tidak bersifat kenegaraan kerana hanya melihat isu air di Selangor sebagai isu politik.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, harga air akan meningkat dua kali ganda sekiranya projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) diteruskan.
“Ini akan membebankan rakyat yang terpaksa menanggung bayaran tinggi.
“Perdana Menteri sepatutnya mengambil kira keutamaan rakyat dulu. Sebab itu Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) telah nasihat Kerajaan Negeri supaya jangan politikkan isu air,” katanya selepas melancarkan Majlis Perasmian Bulan Melawat Kuala Langat, semalam.
Abdul Khalid turut menegaskan, Kerajaan Negeri tidak akan menerima projek pembinaan Langat 2 sehinggalah penstrukturan bekalan air di negeri ini selesai.
Menurut Abdul Khalid, beliau memberi jaminan, kenaikan harga air paling maksimum hanya 12 peratus sahaja, manakala pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu akan diteruskan jika Kerajaan Pusat bersetuju melakukan penstrukturan semula bekalan air.
Selasa lalu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta Kerajaan Negeri tidak mempolitikkan isu air kerana ia sumber yang amat diperlukan rakyat dan untuk pembangunan negeri.
GWM cukup yakin Khalid Ibrahim sedang mengalami halusinasi yang amat dahsyat.
Sultan Selangor meminta Kerajaan Negeri tidak mempolitikkan isu air, sebaliknya Khalid Ibrahim pula mendakwa Perdana Menteri mempolitikkan isu air di Selangor.
Alasan yang diguna pakai beliau ... "rakyat yang terpaksa menanggung bayaran tinggi."
Memang benar kata Khalid ... rakyat Selangor terpaksa menanggung bayaran tinggi, sama seperti apa yang berlaku kepada rakyat dalam Majlis Belia Selangor (MBS) yang terkejut beruk apabila kadar kenaikan bayaran sewa Bangunan Kompleks Belia, Seksyen 7 Shah Alam sehingga 300 peratus.
27 Januari 2011 - Khalid Ibrahim melalui Setiausaha Kerajaan Negeri telah mula mengenakan sewaan kepada kami dengan kadar RM1,977 sebulan termasuk elektrik dan air searas tingkat.
3 Januari 2012 - Kadar sewa dinaikkan lagi kepada RM5,280 + RM900 (penggunaan elektrik, air dan sinking fund) dan deposit sebanyak RM10,560 (sewa 2 bulan) yang ditetapkan.
Walhal Bangunan Kompleks Belia, Seksyen 7 Shah Alam ini dibuat dan dibangunkan sewaktu Barisan Nasional memegang tampuk pentadbiran ... Free Of Charge lagi. Majlis Belia Selangor tidak perlu bayar satu sen pun.
Jadi ... rakyat Selangor perlu belajar menerima hakikat bahawa kerajaan PKR pimpinan Khalid Ibrahim tetap akan mempolitikkan apa sahaja isu, termasuk isu air.
Berbalik kepada isu air di Selangor ... yang bakal kering dalam tempoh tiga hingga ke empat tahun lagi.
Mengapa perlunya projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) ini diteruskan, dan bukannya bersifat politik seperti yang digembar-gemburkan oleh Khalid Ibrahim.
Rakyat perlu tahu Sungai Klang adalah salah satu daripada 'sungai mati' di Selangor yang menerima kesan daripada pencemaran akibat pembuangan sisa kumbahan, kilang dan sikap segelintir masyarakat yang menjadikan sungai sebagai tong sampah.
Jangan salahkan Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) yang terpaksa mengimpot air dari negeri jiran, kerana kebodohan Khalid Ibrahim mahu memulihkan pencemaran sungai.
Perbelanjaan pemulihan 40 peratus sungai mati ini bukan sekadar mengeluarkan belanja seringgit atau sepuluh ringgit. Perbelanjaan ini akan mewujudkan satu pembaziran wang pembayar cukai yang cukup besar, teramat besar.
Bodohnya Khalid Ibrahim dan pemimpin pembangkang ini adalah kerana tidak pernah ada satu pun penguatkuasaan undang-undang yang tegas selama mana sidang DUN Selangor bersidang.
Bagaimana jika sekiranya berlaku masalah pencemaran air secara berterusan ... tanpa ada penguatkuasaan undang-undang yang tegas.
Kerajaan Negeri akan kembali mengeluarkan perbelanjaan besar setiap tahun untuk memulihkan setiap sungai yang tercemar. Bila masa usaha membekalkan air bersih di Selangor akan tercapai dan tamat.
GWM cukup yakin rakyat Selangor tidak sanggup menggunakan air lombong sebagai galang ganti sumber air bersih apabila bekalan air habis menjelang 2015.
Khalid Ibrahim dan parti pembangkang tidak pernah belajar bagaimana kerajaan Britain terpaksa berbelanja besar untuk memulihkan Sungai Thames yang memakan masa bertahun-tahun selain menguatkuasakan undang-undang yang ketat bagi memastikan sungai itu kekal bersih.
Kebodohan Khalid Ibrahim makin terserlah apabila kerajaan negeri mahu menggunakan sumber air dari lombong tinggal. Cadangan yang cukup tidak praktikal .... melibatkan kos yang besar dan tinggi untuk proses rawatan air semula.
Mana ada lombong yang mampu memberikan sumber air yang berterusan? ...
Apatah lagi Khalid Ibrahim sehingga kini, tidak berani untuk mencabar kesahihan maklumat terperinci dan data-data yang dikeluarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) ... Selangor bakal berdepan krisis masalah kekurangan bekalan air yang serius sebelum menjelang 2015.
Tak tahulah jika idea menggunakan sumber air dari lombong tinggal ini timbul dari kebijaksanaan Punaisihat Ekonomi Negeri Selangor.
Rasanya Khalid Ibrahim tidak sebodoh itu dan beliau perlu menghentikan dari mempolitikkan isu air ini ...
Cut the crap lah bro ...











