SUBANG JAYA, 11 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi pendirian Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak sebaik sahaja berjaya mengambil alih pentadbiran kerajaan persekutuan kelak.
Menurutnya, dalam masa 24 jam selepas sah menjadi kerajaan persekutuan, beliau memberi jaminan yang pengumuman harga minyak di seluruh negara diturunkan akan dibuat.
“Bila kita (Pakatan Rakyat) angkat sumpah, Insyaallah, bagi 24 jam kita umum harga minyak di seluruh negara diturunkan,” katanya.
Klik artikel seterusnya, JANJI TENGKORAK ANWAR
Bab ini merupakan bab kegemaran Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim memang gemarkan minyak ... minyak urut, minyak urat, minyak lintah, minyak spa, minyak senyonyong, minyak dagu, dsb.
Lebih-lebih lagi minyak yang mempunyai kaitan dengan 'anu'nya.
Tanpa minyak, mustahil Anwar Ibrahim mampu menggoreng. Acap kali, inilah ramuan dan resipi terhebat beliau setiap kali berceramah. Inilah mukadimmah terbesar Anwar Ibrahim sebelum menggoreng bab seterusnya.
Dan percayalah, selagi masih bernyawa, selagi ada pilihanraya, minyak akan menjadi momentum beliau untuk menabur beribu-ribu janji.
Persoalannya, rakyat tidak pernah merasai tertunainya janji-janji Anwar Ibrahim ...
Barangkali Anwar Ibrahim sudah lupa janji-janji yang beliau lontarkan sewaktu pilihanraya umum 2008. Rakyat masih ternanga-nganga menunggu bila tiba detik janji ini akan ditunaikan.
Cukuplah dengan janji terhadap masyarakat India di Kampung Buah Pala, janji apa lagi yang boleh dipercayai oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini ...
Warga emas berumur 70 tahun berketurunan India ini turut menjadi mangsa 'Janji Pilihanraya Anwar' ...







