GELOMBANG WANGSA MAJU: 04/28/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

BERSHIT 3.0 ... 3 Bukti dan Fakta Kukuh MENGAPA KENDERAAN POLIS DITERBALIKKAN ... Rakan Blogger Tolong Sebarkan Rakaman Video Ini

| Saturday, April 28, 2012



GWM rasa perlu diperbetulkan fitnah yang telah dilemparkan oleh pihak pembangkang, terutamanya melalui portal, blogger dan facebooker pro pembangkang mengenai insiden paling memalukan dalam sejarah politik di Malaysia.

Insiden kenderaan polis diterbalikkan oleh penyokong BERSHIT 3.0 ini telah diputarbelitkan oleh portal Malaysiakini, tanpa memberikan sepenuhnya gambaran sebenar ... mengapa kejadian rempuhan kereta terhadap orang awam berlaku.

Lihat dahulu rakaman video oleh portal Malaysiakini ...





Dibawah ini GWM sertakan tiga rakaman video yang boleh disimpulkan sebagai fakta dan bukti kukuh provokasi dan serangan oleh penyokong BERSHIT 3.0 sehingga menyebabkan polis gagal mengawal kenderaan dan merempuh orang awam.











Sudah cukup nyata provokasi dan serangan penyokong BERSHIT 3.0 ini terhadap kenderaan polis mengakibatkan kegagalan mengawal kenderaan.

Rakaman video ketiga jelas menunjukkan penyokong BERSHIT 3.0 ini membaling botol air ke arah kenderaan polis sehingga pecah cermin hadapan.

Rakaman ini juga jelas menunjukkan balingan botol air oleh penyokong BERSHIT 3.0 ini turut terkena kepada polis yang sedang memandu kenderaan ini, sehingga menyebabkan kenderaan ini gagal dikawal.

Dua orang awam menjadi mangsa akibat perbuatan yang cukup tidak bertanggungjawab oleh para penyokong BERSHIT 3.0.



Rakyat perlu melihat ketiga-tiga rakaman video ini dengan sebaik-baiknya. Fikir dan nilaikan dengan akal yang bijak. Siapa sebenarnya pencetus provokasi ini ...




GWM menyeru agar pihak berkuasa untuk mengambil rakaman video ini sebagai bahan bukti provokasi dan serangan terhadap pihak polis.

Sila ambil tindakan segera sebelum kejadian yang memalukan rakyat negara ini diputarbelitkan oleh pihak luar.



BREAKING NEWS ... Ambiga Akui ANWAR CETUS PROVOKASI

|




KUALA LUMPUR, 28 Apr - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga mengakui gagal mengawal emosi peserta demonstrasi Bersih 3.0 hingga memaksa polis mengambil tindakan menembak meriam air dan gas pemedih mata.

Sambil melahirkan rasa kecewa, Ambiga bagaimanapun menegaskan tindakan provokasi sebilangan penyokong Bersih hingga bertindak merempuh penghadang polis di Dataran Merdeka bertentangan dengan arahan yang dikeluarkan pihaknya.

"Tindakan merempuh dan melanggar penghadang polis di Dataran Merdeka bukan sesuatu yang kita sokong.

"Sejak daripada awal kita sudah berjanji untuk tidak melanggar sekatan. Saya percaya akibat daripada itulah pihak polis mengambil tindakan menembak meriam air dan gas pemedih mata," katanya pada sidang media di KL Sentral sebentar tadi.


sumber, klik KLPOS

GWM pernah mengeluarkan artikel dibawah ini semalam ... bacaan GWM dan rakan-rakan blogger pro kerajaan tindakan provokasi yang bakal dilakukan pada hari ini.

Klik, "Kita Tawan DATARAN MERDEKA Biar Bermandi DARAH Sekalipun" - Mat Sabu




Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim telah mengeluarkan rasmi tidak menyokong Perhimpunan tersebut. Beliau telah menghidu dan nampak jelas 'game plan' Anwar Ibrahim. Perhimpunan BERSHIT 3.0 bakal menjadi medan tempur diantara pembangkang, DBKL dan polis.

Naib Pengerusi DAP ini tahu Hishamuddin Rais dan Tian Chua sudah merancang untuk melakukan provokasi dalam BERSHIT 3.0 ini. Malang bagi Ambiga, nama beliau sekali lagi bakal tercalar dengan rancangan Hishamuddin Rais dan Tian Chua.



Apa lagi penyokong pembangkang mahu katakan ...



Lagi Keganasan HARAM JADAH BERSHIT 3.0 ... KERETA POLIS DITERBALIKKAN

|






Portal Malaysiakini melakukan spin dan fitnah paling jahat apabila melaporkan penyokong BERSHIT 3.0 menterbalikkan kenderaan polis atas alasan melanggar dua orang BERSHIT yang lain.

Persoalan paling pokok ... mengapa tidak ditunjukkan rakaman video mangsa yang dilanggar?



Pekikan 'Astaghfirullah' seolah-olah menunjukkan ada mangsa yang telah dilanggar namun tidak pula ditunjukkan rakaman video mangsa.

Komen dalam youtube ini juga bersetuju tindakan para penyokong BERSHIT ini sudah melampaui batas dan diluar pemikiran yang waras.

Walaubagimana bersalah sekalipun pihak keselamatan, anggota polis tidak akan sama sekali meninggalkan tempat kejadian kerana ini adalah amanah, tugas dan tanggungjawab.



Hari ini kita sudah menyaksikan provokasi dan keganasan yang dilakukan oleh penyokong pembangkang ini.

GWM sebelum ini pernah melaporkan Anwar Ibrahim akan melakukan provokasi terbesar ... 'All Out' bagi memastikan imej kerajaan dan polis tercalar di mata dunia.

'Matlamat menghalalkan cara' seperti yang pernah dilaporkan oleh GWM sudah menjadi kenyataan.



Pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri wajib memanggil editor Malaysiakini untuk mengesahkan perkara ini dan memaksa portal ini menunjukkan dimanakah dua mangsa yang telah dilanggar ini. Anggota polis manakah yang telah melanggar dua mangsa ini.

Ambil tindakan tegas dan sewajarnya ke atas pencetus provokasi seperti Malaysiakini jika portal ini melakukan pembohongan terbesar dalam sejarah politik tanah air.



HARAM JADAH TERKINI ... BERSHIT 3.0 Rempuh Pihak Polis

|

KUALA LUMPUR, 28 Apr - Maklumat yang baru diperolehi dari wartawan di Dataran Merdeka mengatakan penyokong BERSIH 3.0 cuba merempuh benteng polis untuk terus menduduki Dataran Merdeka.

Pihak polis FRU telah melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan tindakan segelintir penyokong yang cuba merempuh benteng dan melakukan provokasi terhadap pihak polis dengan membaling botol air mineral.

Dipercayai sehingga kini, 50,000 penyokong BERSIH 3.0 telah membanjiri sekitar Dataran Merdeka.

Pengerusi bersama BERSIH 3.0, Datuk A. Ambiga dan Wong Chin Huat telah mengarahkan supaya para penyokong beredar dari sekitar Dataran Merdeka bagi mengelakkkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Namun begitu, masih ramai lagi penyokong BERSIH 3.0 tidak mengendahkan arahan pengerusi bersama BERSIH 3.0 itu untuk terus berada di sekitar Dataran Merdeka.


Berita lanjut, klik KLPOS




LIVE BERSHIT 3.0 ... Tiga Kali BODOH Untuk PENYOKONG MELAYU - Peniaga Melayu Berang

|





"Yang kena ... Pertama, Sogo, Jalan TAR ... Pertama, Sogo, Jalan TAR. Semua tempat orang Melayu. Trylah Brickfiels, Bukit Bintang, Petaling Street.Dah bagi 4 stadium pun taknak ... BODOH ... BODOH ... Dah Tiga Kali Bodoh"



Memang logik apa yang dikatakan oleh Brader peniaga Melayu kita ini. Tempat perniagaan yang dikuasai bangsa Cina dan India langsung tidak dijadikan venue utama perakakan.

Mengapa tempat mencari rezeki dan periuk nasi orang Melayu juga yang menjadi sasaran?







LIVE FROM DATARAN MERDEKA ... 300 Penyokong BERSHIT 3.0 Mulakan PROVOKASI

|




KUALA LUMPUR, 27 Apr - Penyokong BERSIH 3.0 mula membanjiri Dataran Merdeka malam ini walaupun pihak penganjur tidak mendapat kelulusan dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Sekitar jam 12.15 malam tadi, hampir 300 penyokong BERSIH 3.0 telah berada di premis tersebut dan enggan meninggalkan kawasan ini walaupun selepas jam 12.00 tengah malam.

Suasana agak kecoh apabila para penyokong BERSIH 3.0 mula mengganggu lalu lintas sambil meminta kenderaan lalu lalang membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan ini.


Klik untuk artikel seterusnya, KLPOS








 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU