GELOMBANG WANGSA MAJU: 04/27/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Memang Saya Mengaku FITNAH Najib, ARAHAN Anwar - Nizar Jamaluddin

| Friday, April 27, 2012




KUALA LUMPUR, 27 Apr - “Saya selaku Panglima Angkatan Tentera mewakili semua panglima Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu." kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

"Segala dakwaan dan kenyataan Mohammad Nizar adalah tidak benar dan satu pembohongan." tambah beliau.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menafikan dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera dan meminta mereka berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“Saya telah mengarahkan satu laporan polis dibuat berhubung perkara ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan tuduhan itu,” katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, di sini semalam.

“Kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara.

Kebelakangan ini, wujud banyak pihak tidak bertanggungjawab dan berkepentingan yang sentiasa berusaha meracuni pemikiran rakyat bertujuan menghakis keyakinan terhadap ATM dan kerajaan dalam usaha melindungi kepentingan politik mereka,” katanya.

Zulkifeli juga berkata, seluruh warga ATM amat kecewa dengan tuduhan tidak berasas yang bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej Perdana Menteri serta ATM.

Sementara itu, Mohammad Nizar ketika dihubungi semalam mengakui beliau tidak mempunyai bukti ada pertemuan antara Datuk Seri Najib Razak dengan pegawai tertinggi ATM untuk membincangkan isu politik, sebaliknya hanya mendengar khabar angin.

Mohammad Nizar dalam ceramahnya di Taman Desa Pakatan, Pengkalan, dekat Ipoh pada malam Isnin lalu mendakwa Najib mengadakan pertemuan dengan semua panglima ATM dan meminta mereka melakukan sesuatu jika BN kalah pada PRU-13 nanti.

Ceramah Mohamad Nizar yang turut dimuat naik dalam laman Youtube mendakwa semua panglima yang ditemui, enggan menuruti permintaan itu dengan mengatakan mereka akan mematuhi keputusan rakyat.


sumber, klik KLPOS



Pada GWM cukup mudah ...

Tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh Nizar kepada Perdana Menteri, sudah cukup menunjukkan kebimbangan terhadap momentum dan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Imej pemfitnah dan penghasut sememangnya cukup sinonim dengan bekas Menteri Besar Perak ini.


Strategi dan taktik yang sama digunakan beliau sewaktu mengetahui Parti Adat & Sosialis akan tewas pada pilihanraya kecil Tenang tempohari.




'Worst Case Scenario' ... Nizar sudah tahu Pakatan Rakyat bakal kalah besar pada pilihanraya umum kali ini. Anwar Ibrahim juga tahu situasi ini.

Kerana itulah BERSHIT 3.0 kali ini kesemua parti pembangkang 'All Out'.



BERSHIT 3.0 ... Guan Eng UGUT SAYA - Tunku Aziz

|



Pendirian yang bercanggah Tunku Abdul Aziz Ibrahim dengan bos partinya Lim Guan Eng membayangkan perbezaan pendekatan seorang Melayu dengan seorang Cina.

Berbanding saf kepimpinan tertinggi Cina DAP, naib pengerusi DAP Melayu itu lebih bersimpati kepada tuntutan tugas pihak penguatkuasa undang-undang.

Seperti juga ramai orang Melayu yang mempunyai keluarga dan saudara mara dalam polis dan tentera, ayah Tunku Aziz pun pernah menjadi anggota polis, iaitu OCPD Alor Setar.

Tanpa diberi maklumat penjelasan Tunku Aziz tentang apa yang disaksikannya sendiri di negara-negara asing, puak pro-pembangkang tidak memahami pola pemikirannya serta dorongan mengapa beliau menongkah arus.

Lantaran itu, reaksi serta-merta Guan Eng terhadap bantahan Tunku Aziz ialah untuk mengeluarkan kenyataan akhbar bertajuk ‘Malaysians should mobilise in full force for the sit-in Bersih protest on 2pm 28 April At Dataran Merdeka to press for Clean, Free, Fair and Independent Elections’.

Guan Eng menyatakan bahawa “DAP menyokong penuh dan akan menggerakkan ahli untuk Duduk-dan-Bantah Bersih” serta menyeru agar awam menyertai perhimpunan Bersih 3.0 di serata negara, khususnya di Dataran Merdeka.


TERKINI ... BERSHIT 3.0 Mula MENGGANAS di Dataran Merdeka, Rakaman Video SULIT

|






Seperti yang GWM perkatakan sebelum ini, pembangkang sudah mengatur strategi dan perancangan rapi dalam mengatur satu provokasi dan keganasan terancang esok, di Dataran Merdeka.

Video di atas adalah contoh terbaik bagaimana Polis DiRaja Malaysia (PDRM) diperlekehkan, dipukul sehingga berdarah dan masih lagi difitnah menggunakan kekerasan terhadap orang awam.

GWM menyeru rakyat agar memberikan kerjasama terbaik kepada PDRM agar keselamatan negara sentiasa terjamin.

GWM menyeru agar rakyat menolak anasir-anasir subversif yang bakal berlaku esok hari.



"Kita Dah Berjaya Bodohkan Rakyat"



Rakyat perlu faham mengapa pihak keselamatan memagar Dataran Merdeka esok ...


Tolak BERSHIT 3.0 ... Demi Keamanan dan Kemakmuran Negara



"Kita Tawan DATARAN MERDEKA Biar Bermandi DARAH Sekalipun" - Mat Sabu

|

"Kita akan tawan Dataran Merdeka biar Bermandi Darah sekalipun" ... ini adalah kenyataan yang keluar dari mulut Timbalan Presiden Parti Adat & Sosialis tempoh hari.

Rakyat perlu memahami sikap sebenar Mat Sabu dan latar belakangnya juga bermula dari jalanraya. Kerana itulah beliau yang satu zaman dengan Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Rais mahu segala isu diselesaikan di jalanraya, bukannya di meja rundingan.

Dan mahasiswa hari ini turut dijangkiti dengan virus dan wabak penyakit 1970an, demonstrasi jalanan dan provokasi.




GWM pernah mengeluarkan gambar ini dalam satu artikel dua hari yang lalu dengan satu persoalan yang dilontarkan ... 'Rakyat akan dikejutkan dengan pertembungan kuasa dua makhluk jalanan ini.'



Sebelum ini pemimpin pembangkang telah melakukan satu permuafakatan sebelum mencanang BERSHIT 3.0 ini perlu dilakukan di Dataran Merdeka. Hasilnya, dua pengerusi bersama BERSHIT 3.0, A Samad Said dan Ambiga Sreevanasan dilantik untuk mengepalai perhimpunan ini.

Ambiga lebih disenangi oleh para pemimpin dari DAP. Mudah cakap, beliau adalah bekas presiden Majlis Peguam, sebuah badan yang dipenuhi oleh majoriti peguam menyokong DAP. Malangnya isu LGBT bakal menggugat BERSHIT 3.0. Ini yang mahu dielakkan oleh Pakatan Rakyat.

PAS dan PKR lebih senang dengan 'sentimental value' yang dimiliki oleh A Samad Said. Lebih mudah melantik seorang sasterawan yang rapat bergaul dengan rakyat bawahan. Yang sebetulnya, lebih mudah dipergunakan bagi tujuan dan agenda tertentu.

Dengan persona yang dimiliki A Samad Said, Anwar Ibrahim sudah nampak apa yang perlu dilakukan untuk BERSHIT 3.0 ini.

Perlu diingat, hubungan rapat Anwar Ibrahim dan A Samad Said telah lama terjalin sejak 'Anugerah Tuhan' ini menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi. A Samad Said terlalu banyak terhutang budi dengan bekas Timbalan Perdana Mneteri ini yang banyak membantu kewangan beliau.

Sekali lagi GWM tekankan fakta ini ... karier Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Hishamuddin Rais bermula dari jalanraya.




Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim telah mengeluarkan rasmi tidak menyokong Perhimpunan tersebut. Beliau telah menghidu dan nampak jelas 'game plan' Anwar Ibrahim. Perhimpunan BERSHIT 3.0 bakal menjadi medan tempur diantara pembangkang, DBKL dan polis.

Naib Pengerusi DAP ini tahu Hishamuddin Rais dan Tian Chua sudah merancang untuk melakukan provokasi dalam BERSHIT 3.0 ini. Malang bagi Ambiga, nama beliau sekali lagi bakal tercalar dengan rancangan Hishamuddin Rais dan Tian Chua.

Namun kali ini perancangan Hishamuddin Rais dan Tian Chua cukup besar ... keganasan kali ini melebihi sewaktu BERSHIT 2.0. Darurat menjadi objektif utama melalui provokasi yang bakal dilakukan.



GWM cukup yakin rakyat masih belum melupakan apa yang telah dilakukan oleh Tian Chua sewaktu BERSHIT 2.0 Julai tahun lalu.







Cuma kali ini GWM difahamkan, perancangan provokasi dan keganasan lebih teratur dan lebih kemas.

Tidak seperti sewaktu Tian Chua yang mendakwa diserang polis FRU sewaktu BERSHIT 2.0 dahulu ... walhal dialah ketua anjing dibarisan hadapan yang mengepalai kelompok-kelompok umat Melayu menyerang polis.

Melayu juga yang ikut bontot anjing komunis ini ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU