GELOMBANG WANGSA MAJU: 04/19/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Papa Setuju SAMAN Blogger PAPA GOMO RM 6.5 Juta - Nurul Izzah

| Thursday, April 19, 2012

KOTA DAMANSARA, 19 Apr - Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah memberitahu wartawan kesediaan Ketua Pembangkang yang juga bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan tindakan saman ke atas blogger pro Barisan Nasional, Papa Gomo.

Nurul Izzah yang ditemui pemberita berkata Anwar Ibrahim itu telah mengadakan perbincangan dengan barisan peguam dan bersetuju mengambil tindakan saman ke atas blogger Papa Gomo berjumlah RM 6.5 juta termasuk bayaran gantirugi atas dasar menjatuhkan kredibiliti Ketua Pembangkang itu sebagai ahli politik yang prolifik.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga memberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan mengambil tindakan susulan untuk menyaman Datuk Eskay, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Ummi Hafilda, Ezam Mohd Nor dan beberapa bekas pemimpin PKR setelah memfailkan saman ke atas blogger Papa Gomo.

Ditanya pemberita bilakah Ketua Pembangkang itu akan mula mengambil tindakan saman, Nurul Izzah berkata "Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan saman ke atas blogger Papa Gomo setelah dinobatkan sebagai Perdana Menteri kelak.

Itu pun jika Datuk Seri ditabalkan menjadi Perdana Menteri,".



Mungkin itulah tajuk paling hangat yang bakal diterbitkan oleh portal Suara Keldaian Daily ... jika Anwar Ibrahim berani untuk mengambil tindakan saman ke atas Papa Gomo.

Persoalannya, mengapa Anwar Ibrahim masih lagi ragu-ragu untuk mengambil tindakan saman ke atas blogger Papa Gomo yang disifatkan penyebar fitnah beliau mengadakan zina dan persetubuhan haram dengan pelacur China Doll?

Jika Nallakaruppan dan Utusan Malaysia mampu diambil tindakan saman, apatah lagi dengan blogger kerdil seperti Papa Gomo ini?





Amat melucukan apabila Anwar Ibrahim terpaksa mengerahkan anaknya Nurul Izzah untuk menyerang dan menghentam Papa Gomo hanya di dalam Parlimen.

Itupun sewaktu perbahasan Akta Jenayah Cyber bagi menyekat fitnah dari berleluasa, dan sepatutnya rang undang-undang ini dibahaskan sepenuhnya oleh Nurul Izzah ... bukan membangkitkan soal kononnya fitnah oleh Papa Gomo.

Nyata sekali ahli Parlimen Lembah Pantai ini tidak mengambil sepenuhnya masa yang diperuntukkan di dalan Dewan Rakyat bagi memberi cadangan lebih bernas agar Akta Jenayah Cyber boleh diberi penambahbaikan.

Malangnya ... kote bengkok Anwar Ibrahim yang dipertahankan oleh Nurul Izzah.



Novel yang bakal meletup dipasaran ... KUKUH, TEGUH, AMPUH

Anwar Ibrahim tidak perlu menjadi manusia yang bacul dan penakut berselindung disebalik puterinya untuk menghentam Papa Gomo. Tidak ada apa lagi yang perlu ditunggu oleh beliau melainkan terus mengambil tindakan saman ke atas Papa Gomo.

Nothing To Lose ...

Tidak perlu mendesak puterinya untuk menyampaikan mesej di Parlimen. Hanya dengan satu panggilan telefon Anwar Ibrahim sudah mampu mengarahkan barisan peguam pencacai PKR untuk memulakan tindakan saman.

Dan jika Anwar Ibrahim sememangnya gagah berani (bukan gagah menongkat China Doll), ambil langkah yang sama terhadap individu-individu lain yang turut mengaibkan beliau.





Nah ... apa lagi ditunggu Anwar Ibrahim. Individu-individu di atas melutut merayu mahu saudara mengambil tindakan saman ke atas mereka. Saudara telah difitnah dan diaibkan.


Anwar Ibrahim hanya tahu menyorok di dalam kain Wan Azizah dan anaknya ... Bacul punya manusia.



Anwar BODOH ... Tak Tahu Baca LAPORAN PSC - Maximus Ongkili

|




KUALA LUMPUR, 19 Apr - Datuk Seri Anwar Ibrahim ditegur kerana cuba mengelirukan Dewan Rakyat apabila mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempedulikan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen(PSC) bagi penambahbaikan sistem pilihan raya.

Malah Ketua Pembangkang itu turut dibidas beberapa wakil rakyat Barisan Nasioanl (BN) apabila secara berterusan mengeluarkan beberapa fakta yang menurut mereka tidak tepat termasuk berkaitan jumlah pengundi ragu dalam daftar pemilih SPR.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 di peringkat Jawatankuasa, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (BN-Kota Marudu) mencelah menegur kenyataan Anwar yang berterusanmenyalahkan SPR.

"Apa yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar sebenarnya ialah laporan pertama interim itu telah pun dianalisa dan dipersetujui oleh SPR. Tidak kurang empat atau lima (cadangan) telah diambil tindakanseperti dakwat kekal, pengundian awal serta tiada lagi bantahan ketika proses penamaan calon ketika kertas diserahkan kepada pegawai pilihan raya.

"Memang ada yang telah diambil tindakan, jadi kalau kita katakan (tidak diendahkan) tidak tepat. Tapi memang harapan kita lebih banyak yang mereka akan ambil tindakan," katanya ketika mencelah perbahasan Anwar.

Mendengar penjelasan Ongkili yang juga Pengerusi PSC, Anwar akhirnya mengakui teguran yang diberikan.

"Saya terima baik penjelasan itu kerana apa yang disebut menjawab pertimbangan saya. Saya tak nafikan beberapa pertimbangan kecil diambil kira," kata Anwar.


sumber : portal KLPOS



TERKINI ... Anwar Ibrahim SOKONG KETUANAN MELAYU, DAP Mengamuk

|




Parti DAP tampak belum jitu dalam mengasimilisasikan konsep 'Ketuanan Rakyat' dan masih lagi memerlukan suntikan idea dari Anwar Ibrahim yang seringkali mengulangi keperluan Pakatan Rakyat mempunyai sokongan besar dari orang Melayu.

Bangsa akan tetap menjadi isu dan ini yang perlu dihadapi oleh Pakatan Rakyat kerana orang Melayu tidak akan sama sekali melepaskan kuasa pemerintahan kepada bangsa lain. Ini adalah hakikat yang perlu ditangani sebelum menjelang pilihanraya umum nanti.

Pas sudah tidak lagi mampu menarik sokongan dan undi orang Melayu kerana perkara yang paling asas mengenai bangsa Melayu itu sendiri telah banyak dinafikan melalui kenyataan rasmi para pemimpin parti tersebut. Pemecatan Hasan Ali dan hilangnya portfolio penting dalam Exco kerajaan negeri Selangor adalah titik tolak gagalnya Pas meraih undi baru dikalangan orang Melayu.

Tidak mustahil jika Anwar Ibrahim bijak dalam mengemudikan barisan pembangkang akan mula memainkan isu 'Ketuanan Melayu'. Ini adalah titik tolak jika mahukan sokongan padu dari orang Melayu. Sokongan dan undi kaum India kini lebih terarah kepada Barisan Nasional, begitu juga dengan sokongan dari orang Melayu.

Bagaimana pula dengan konsep 'Ketuanan Rakyat' yang diilhamkan oleh isteri beliau, Wan Azizah. Perlukah idea dan konsep Wan Azizah dibakul sampahkan buat sementara waktu dalam mencari sokongan penting dari orang Melayu.


Klik untuk artikel seterusnya, ANWAR BAKAL LAUNG SEMANGAT KETUANAN MELAYU?



Sudah semakin terdesak Anwar Ibrahim menagih sokongan dan undi orang Melayu ...



Khalid Ibrahim PEMBOHONG ... ANIAYA KAMI - Zaini Korman

|




Seorang lagi penduduk Ijok, Zaini Korman, 61, Pesara, turut bersetuju dengan Afandy. Menurutnya, peruntukan untuk memperbaiki kerosakan pada kemudahan penduduk kampong juga sukar untuk diterima daripada pejabat Khalid.

“Selalunya bila orang kampong minta peruntukan, mesti tak dapat. Saya sendiri sebagai pengerusi surau, minta peruntukan untuk lampu jalan sampai sekarang tiada apa-apa tindakan daripada MB ataupun wakilnya.

“Jalan-jalan yang rosak, tidak dibetulkan. Kutipan sampah tidak teratur, tiada tindakan. Kebajikan kami penduduk di sini langsung tidak terjaga. Mujur wakil Barisan Nasional di sini banyak membantu. Tapi tak banyak yang dapat dibuat kerana yang ada kuasa di Selangor adalah Pakatan Rakyat,” kata Zaini.

Tambah beliau, sebagai Menteri Besar yang datang dari DUN Ijok, sepatutnya penduduk Ijok mendapat sedikit kelebihan dari segi kemudahan tetapi sebaliknya berlaku apabila mereka seolah-olah dianak-tirikan.

“Rugi orang kampung pilih Khalid,” tegas Zaini.



Proton Prevé ... MANTAP

|

SUBANG JAYA, 19 Apr - Proton Prevé secara rasminya telah mula dipertontonkan kepada umum tidak sampai 24 jam dilancarkan baru-baru ini di The Mines Resort, Seri Kembangan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia melihat sendiri model terbaru ini yang dianggap kereta bertaraf global oleh pengeluar kereta nasional.

Siri jelajah Prevé di seluruh negara yang bermula dari Sri Pentas Bandar Utama sudah menjadi suatu tradisi PROTON dalam memperkenalkan dan mempromosikan model terbarunya kepada umum. Selain dari lapan model Prevé, PROTON juga turut mempromosikan empat model Inspira, dan setiap satu unit setiap Persona dan Exora.


Sebagai sebahagian daripada tradisi, PROTON akan turut menyampaikan kunci kereta kepada beberapa individu pemilik pertama Prevé. Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad Dato 'Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir akan menyampaikan sendiri kunci kereta kepada pemilik pertama di Platinum Showroom di Mutiara Damansara, persinggahan pertama jelajah PROTON selepas Sri Pentas.

"Prevé adalah kenderaan yang amat dinamik yang mempamerkan suatu tahap baru dari segi keselamatan, prestasi, keselesaan, kualiti pembinaan, teknologi dan gaya untuk model selepasnya. Pelancaran kereta ini menandakan satu era baru bagi PROTON, dan kami mahu berkongsi pencapaian ini dengan semua rakyat Malaysia yang telah menjadi nadi dan kejayaan berterusan PROTON sekalam ini, "kata Dato 'Sri Haji Syed Zainal.


PROTON telah menjangkakan ramai pelanggan yang telah lama menunggu dan semkain tidak sabar untuk melihat dan menguji pemanduan Prevé buat kali pertamanya. Persinggahan pertama di Mutiara Damansara Platinum Showroom telah dihiasi khas sebagai mengalu-alukan ketibaan pengunjung dan bilik pameran ini dibuka seawal jam 9.00 pagi.

Dua pengunjung awal yang melihat Prevé buat kali pertama sangat berpuashati dengan standard kualiti kereta itu. "Saya terkejut dengan penampilan yang amat berlainan kereta ini berbanding dengan model-model sebelumnya. Dengan ciri terbaru seperti ProTronic 7-Speed ​​7-kelajuan CVT, pedal shifters cukup mengagumkan, "kata pemilik Satria Neo R3 Mohd Shafik, 26, dari Mutiara Damansara.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung awal Mohd Sobri dari Mutiara Damansara berkata, "Luaran kereta ini kelihatan cukup unik dan saya amat berpuas hati dengan ruang kabin dalaman juga. Ini adalah satu perubahan besar bagi PROTON. Saya tidak mungkin menunggu terlalu lama untuk menguji dan memandu kereta ini kerana saya telah merasakan pengalaman kuasa enjin turbo ini seperti pada model Exora Bold. Saya sedang mempertimbangkan menukar Wira saya untuk Prevé,".


Dari Mutiara Damansara, jelajah Prevé ini meneruskan konvoi bilik pameran EON di Jalan Chan Sow Lin di Kuala Lumpur, Dato 'Sri Haji Syed Zainal telah mengadakan sesi pertemuan singkat dan santai bersama para pelanggan di sini. Di Platinum Showroom Mutiara Damansara, dilaporkan pelanggan telah mula berduyun-duyun memenuhi bilik pameran ini sejak awal pagi dan bilangan pengunjung semakin meningkat sehingga ke tengah hari.

Konvoi ini meneruskan lagi jelajah di dua persinggahan sekitar ibu kota bagi mempamerkan Proton Prevé - di Menara Maybank di Jalan Pudu, dan di ibu pejabat Berhad Ambank di Jalan Yap Kwan Seng. Di Menara Maybank, konvoi ini telah disambut dengan sokongan padu dan sorakan daripada kakitangan Maybank, yang telah berkumpul untuk menyaksikan pelancaran Prevé oleh Dato 'Sri Haji Syed Zainal yang turut disertai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekuti Maybank Dato' Sri Abdul Wahid Omar.

"Maybank sentiasa menjadi rakan kongsi yang bagi PROTON, bank ini telah membiayai dengan satu daripada empat kereta Proton yang dijual di Malaysia," kata Dato 'Sri Abdul Wahid. "Kami yakin bahawa model baru ini yang menggabungkan reka bentuk anggun dan ciri-ciri sofistikated yang menarik akan menjadi satu lagi kejayaan bagi PROTON."


Selepas konvoi di Maybank, Dato 'Sri Abdul Wahid melepaskan bendera konvoi ini untuk ke destinasi berikutnya diibu pejabat Ambank Berhad Jalan Yap Kwan Seng. Sambutan dari kakitangan Ambank amat memberangsangkan dan mereka telah lama berkumpul di lobi bangunan itu untuk mendapatkan gambaran lebih dekat Prevé buat kali pertama selepas diumumkan oleh Dato 'Sri Haji Syed Zainal dan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan AmBank Datuk Mohamed Azmi Mahmood dengan tepukan gemuruh.

"Sukacita dimaklumkan pihak Ambank untuk menjadi tuan rumah bagi konvoi PROTON sempena pelancaran model Prevé dan sebagai rakan kongsi penting, kami amat gembira dengan keputusan PROTON memilih ibu pejabat ini. Para pelanggan kini boleh meilhat secara lebih dekat dan ini membantu mereka untuk membuat satu keputusan membeli Prevé. Pihak Ambank sedia memberikan khidmat pembiayaan yang diperlukan," kata Datuk Mohamed Azmi Mahmood.

"PROTON adalah rakan kongsi terbaik bagi kami dan pihak Ambank juga gembira untuk menyokong mereka sebagai rakan kongsi perniagaan kami," katanya.

Konvoi Prevé akan meneruskan perjalanan sepanjang jelajah di seluruh negara pada hari pertama ke destinasi seterusnya di Senawang dan Melaka sebelum berehat dan bermalam di Johor Baru.



Artikel selanjutnya , klik PROTON PREVE










 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU