GELOMBANG WANGSA MAJU: 04/13/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PTPTN ... Anwar Kata BODOH ... Rafizi PENING ... Sam Ketot BLUR

| Friday, April 13, 2012



Wow, sekarang ini ada penyakit baru dalam PKR. Saling salah menyalahkan, kerana idea menawarkan penghapusan PTPTN tidak mendapat sambutan baik seperti yang diharapkan. 

Anwar sendiri tidak seronok apabila dia dihentam kanan dan kiri, kerana dikatakan mahu menjahanamkan Negara dengan janji-janji yang bodoh dan tidak menarik perhatian rakyat.

Semua tidak mengaku bahawa itu idea mereka. Nampaknya, janji PTPTN ini adalah ibarat ‘peluru sesat’ yang akhirnya terkena di atas batang hidung sendiri. 

Anwar sudahpun mengarahkan Setiausaha Agung mencari jalan selamat untuk keluar daripada isu ini. Bersih 3.0 adalah satu alat yang paling mujarab.

Anwar nampaknya semakin kerap berhadapan dengan situasi salah nasihat kebelakangan ini. Khabarnya Jawatankuasa Strategik PKR sendiri tidak faham dengan apa yang berlaku. 

Anwar bercakap tidak mengikut garis dasar yang disediakan oleh Jawatankuasa Strategik. Semua main langgar. Lepas itu puas nak buat recovery. Belum tentu boleh recover. Kalau salah cakap; rakyat akan tuntut. Setakat ini, memang mereka berdepan dengan masalah.

Arahan Anwar juga, agar media baru pembangkang turut menggunakan data dan info Asia Sentinel dalam mengenengahkan isu kapal selam. 

Anwar mahu ianya dilakukan seberapa segera – walaupun Anwar sendiri mengakui bahawa info tersebut sangat diragui. 

Gun Begins to Smoke in Malaysian Sub Scandal – John Berthelsen (Asia Sentinel). Tulisan ini tidak mengandungi data dan info apa pun. Macam tulisan kosong. Tak ada makna.

Nampaknya dalam isu PTPTN ini, Anwar semakin tersepit. Solution menggunakan wang PETRONAS; boleh mengundang kemarahan pengundi Melayu yang percaya PETRONAS masih lagi antara syarikat yang diurus secara profesional dan efisien.

Menurut seorang rakan HQ PKR, isu PTPTN ini memang menjadi cadangan AMK, khususnya Shamsul Iskandar. Mamat ini memang terkenal sebagai seorang pemain politik yang dungu. 

Yang tak tahu implikasi besar cadangan bodoh seperti itu. Khabarnya, Rafizi mahu lepas tangan. Tak mahu sama-sama fikir bagaimana nak selamatkan isu PTPTN ini. Janji dah janji.

Kebodohan Ketua AMK ini sebenarnya sudah membawa Anwar dalam masalah. Rafizi memang dah lama benci kepada mamat sorang ni. Tak ada substance. 

Sam salah nasihat Saifuddin. Saifuddin jual kepada Anwar. Anwar salah cakap. Rafizi yang kena cuci. Formula ini akan buat orang benci.


sumber : blog Gelagat Anwar



RM 200 BILION ... Untuk Laksana 3 Janji Pakatan Haram Sahaja

|



Banyak yang sudah disebut mengenai janji-janji kosong Pakatan Rakyat jika ditakdirkan akhirnya berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Keghairahan ‘melafazkan’ janji ini menjadi terlalu hebat sehingga ramai terlupa, berapa nilai semua janji yang disebutkan itu?

Persoalan itu penting kerana diakhirnya, kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat nanti perlu mempunyai keupayaan untuk melaksanakan semua janji-janji itu, atau awal-awal lagi kita sudah boleh membakul sampahkan janji-janji tersebut kerana nampak sangat tidak masuk akal.

Beruang nak ambil kesempatan ini untuk perbahaskan 3 janji utama Pakatan Rakyat ini jika akhirnya berjaya memerintah kerajaan persekutuan. Yang paling di atas sudah tentulah janji untuk memberi pendidikan percuma kepada semua rakyat (termasuk penghapusan PTPTN), tol percuma dan subsidi minyak (termasuk menaikkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 20% dari 5% sekarang).

Untuk janji yang pertama, pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.

Memetik kenyataan Perdana Menteri di Batu Pahat tempoh hari, kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak RM 43 billion untuk tujuan menghapuskan pinjaman PTPTN. Untuk membiayai sepenuhnya pengajian di semua Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan mengambil alih lebih 500 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi merealisasikan janji perkhidmatan percuma akan memakan belanja sehingga RM 100 billion!!

Jumlah ini adalah berdasarkan kepada lebih 90,000 orang pelajar yang sedang menuntut di IPTS seluruh negara (mengikut statistik 2011) yang juga merupakan ke 11 tertinggi di dunia dan hakikat bahawa kerajaan akan menanggung baki 10% daripada keseluruhan pembiayaan pendidikkan bagi semua pelajar IPTA (kerajaan sekarang menanggung 90% daripada keseluruhan kos pembelajaran pelajar IPTA).

Bagi menampung subsidi bahan api pula, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 18 billion untuk subsidi harga bahan api tersebut pada 2011. Anwar masih tidak mengumumkan berapa nilai penurunan harga minyak jika Pakatan Rakyat mengambil alih tapi beruang jangka sekitar RM 0.10 – RM 0.30 seliter. Penurunan ini akan menambah subsidi kerajaan untuk bahan api sahaja sehingga RM 22 billion setahun.

Manakala bagi menampung kenaikan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 15% lagi (menjadikan 20%) dan bayaran royalti kepada negeri Terengganu dan Kelantan, kosnya dijangka akan mencecah sehingga RM 20 billion. Unjuran ini dibuat berdasarkan nilai 5% royalti minyak yang dibayar kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu (termasuk bayaran wang ehsan kepada Kelantan) pada 2011 yang sudah mencecah sehingga RM 10 billion.

Bagi mengambil alih konsesi tol bagi merealisasikan janji tol percuma pula, kerajaan perlu membayar sebanyak RM 20 billion berdasarkan nilai semasa syarikat pengendali Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang terdedah semasa pengambil alihan syarikat tersebut oleh Kumpulan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jumlah ini tidak termasuk dengan syarikat-syarikat konsesi lain yang telah mencatatkan keuntungan (buku Jingga menyatakan Pakatan Rakyat akan mengambil alih semua syarikat konsesi yang telah mencapai keuntungan sahaja).

Sekarang tibalah bahagian yang menarik, penjumlahan. Pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN dianggar akan menelan hasil negara sebanyak RM 143 billion (minimum), subsidi minyak dan peningkatan bayaran royalti, RM 42 billion dan tol percuma RM 20 billion.

Semua sekali menjadikan kos untuk menampung 3 janji Pakatan Rakyat ini sahaja sebanyak RM 205 billion!! Ini belum lagi bercakap tentang subsidi lain dan segala perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negara yang dianggarkan antara RM 80 – RM 100 billion setahun.

Persoalannya sekarang, setakat mana kemampuan kewangan negara untuk menampung semua janji tersebut? Agak menghairankan bagaimana Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai kewangan negara boleh merencanakan perbelanjaan kewangan yang sebegitu besar untuk rakyat Malaysia.

Beruang tidak kata Pakatan Rakyat tidak mampu, tapi dari anggaran yang disebutkan di atas, jelasnya Pakatan Rakyat perlukan lebih dari air liur semata-mata untuk memastikan semua janji tersebut berjaya dilaksanakan. Dan rakyat Malaysia mengharapkan semua ini dibentangkan dengan jelas kepada rakyat agar apa yang berlaku di Selangor sekarang tidak menimpa rakyat Malaysia selepas PRU13 berakhir.

Dan jangan lupa, ini hanyalah 3 daripada deretan janji Pakatan Rakyat dalam buku Jingga sekarang dan versi baru yang sedang dikemaskini sekarang


sumber : Beruang Biru


Anwar ARAHKAN Harakahdaily DELETE ARTIKEL, VIDEO SAYA - Hadi Awang

|

"Lu jilat gua ... Gua jilat Lu,". Mungkin itu yang dibisikkan Anwar Ibrahim ke telinga Hadi Awang. Perkahwinan Mutaah di antara PKR dan PAS.

Amat menjijikkan bagi sebuah portal yang kononnya mempunyai tagline 'Tepat Dari Sumber' sanggup dan mampu membuang sebahagian artikel asal dan video klip asal kenyataan asal dan rasmi Hadi Awang, atas dasar tidak mahu Parti Adat & Sosialis (PAS) menanggung malu akibat kenyataan Presiden parti itu.


Kebebasan media sekadar retorik dan mainan tahap 'pelacur murahan' ditonjolkan oleh portal Harakahdaily. Maruah pelacur murahan lebih mulia jika dibandingkan dengan portal yang menggunakan agama demi menutup pembohongan dan fitnah.




Rakan blogger pro kerajaan RBF, HHalem, Tauke Ikan dan ramai lagi membongkar perbuatan licik editor Harakahdaily memadamkan sebahagian artikel asal yang dipetik dari kenyataan rasmi Hadi Awang.

Ini adalah artikel asal yang telah dipadamkan oleh sidang pengarang Harakahdaily ...


"Umno main kotor dengan lepas air di empangan menyebabkan banjir berlaku dengan segera dan menghalang pengundi.

"Mereka pula membuat persiapan awal untuk mengangkut pengundi-pengundi mereka. Ini satu penipuan yang sangat kotor dan tidak demokratik," kata Abdul Hadi.



Amat mustahil rakan-rakan blogger GWM melakukan kesilapan atau cuba membohongi rakyat tentang perilaku sidang pengarang Harakahdaily yang memadamkan artikel hasil dari kenyataan rasmi Hadi Awang selaku Presiden PAS.

Kerana yang paling jelas, blog-blog pembangkang juga turut sama menyiarkan artikel asal sebelum dipadamkan oleh editor Harakahdaily.









Malah web laman rasmi PAS juga menerbitkan artikel asal kenyataan Hadi Awang sebelum dipadamkan oleh media Harakahdaily ...


http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=880:pas-sepatutnya-menang-dalam-prk-tenang-&catid=59:kenyataan-media-presiden-pas-sesi-2011-2013&Itemid=461

Ini adalah fakta dan bukti kukuh perilaku dan etika kewartawanan media Harakahdaily. Pembohongan adalah nadi utama artikel yang diterbitkan dalam portal ini.




Begitu juga dengan pendedahan dari rakan blogger DinTurtle yang mengesahkan bagaimana PAS begitu terdesak sehingga memadamkan sebahagian dari kenyataan asal Hadi Awang.




Pada minit ke 3:59, portal TVPAS memotong sebahagian dari kenyataan asal Hadi Awang ...


Cukup jelas, kenyataan asal Hadi Awang "Umno main kotor dengan lepas air di empangan menyebabkan banjir berlaku dengan segera dan menghalang pengundi", dipadamkan oleh portal TVPAS ... sama juga seperti yang dilakukan oleh portal Harakhadaily.



Ini bukan kali pertama pembohongan dan etika kewartawanan Harakahdaily dipertikaikan ...

Media PAS ini sememangnya tidak mempunyai etika dan kredibiliti malah turut menyebarkan artikel fitnah yang dahsyat. Etika dan kredibiliti bukanlah matlamat asal dan matlamat halal media-media PAS.

Contoh terbaik adalah fitnah paling jelas pernah dilakukan oleh Harakahdaily ... yang secara terus terang menyerang peribadi memfitnah gambar asal Ummi Hafilda, dalam artikel yang pernah diterbitkan sebelum ini.



Perbuatan fitnah sudah sinonim dengan media-media PAS, terutamanya Harakahdaily.



Ada dua perkara paling asas mengapa dipadamkan kenyataan asal Hadi Awang ...

1) Mengelakkan umat Islam terutamanya orang Melayu dari mempertikaikan kenyataan Presiden PAS ini, seolah-olah menolak Qada' dan Qadar dari Allah Taala setelah PAS tewas kepada UMNO pada pilihanraya kecil di Tenang.

2) Artikel yang diubahsuai kembali oleh editor Harakahdaily ini sebagai bahan kempen terbaru PAS di Johor.



Strategi memfitnah UMNO dengan dikaitkan pelepasan air di empangan sebenarnya bagi membantu kempen Salahuddin Ayub sebagai calon Menteri Besar Johor.

Strategi fitnah ini akan dijadikan bahan kempen PAS pada pilihanraya umum kelak di Johor.



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU