GELOMBANG WANGSA MAJU: 04/08/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Pendidikan Islam jadi subjek WAJIB LULUS - Hasan Ali

| Sunday, April 8, 2012

BUTTERWORTH: Jalur Tiga (Jati) akan menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meminta mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi salah satu subjek wajib lulus dalam peperiksaan sebagaimana subjek wajib lulus yang lain.

Presidennya Datuk Dr Hasan Ali berkata permintaan itu dibuat atas rasa tanggungjawab terhadap Islam dan bukan kerana bersikap perkauman atau cauvinis semata-mata.

“Jati juga mahu mata pelajaran Pendidikan Islam dijadikan subjek wajib lulus kepada pelajar Islam dalam peperiksaan utama seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PMR (Penilaian Menengah Rendah) dan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

“Bagaimanapun memorandum itu akan diserahkan selepas Jati berjaya mengumpulkan seramai 500,000 ahlinya dan kita yakin mampu memperoleh jumlah berkenaan menjelang enam bulan akan datang,” katanya semasa menyampaikan ceramah Selamatkan Akidah anjuran Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) Pulau Pinang di Bukit Jelutong, Permatang Pasir, dekat sini, malam tadi.

Hasan yang juga bekas Exco kerajaan negeri Selangor dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor menyampaikan ceramah di hadapan lebih 5,000 orang di Bukit Jelutong yang merupakan siri jelajahnya ke seluruh negara.

Hasan dalam ceramahnya sekali lagi menegaskan supaya pengundi Melayu khususnya di Pulau Pinang menjadikan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sebagai peluang untuk menyelamatkan serta melindungi hak keistimewaan
Islam, orang Melayu dan institusi raja daripada dihapuskan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembangkang.

Katanya undi orang ramai akan menjadi penentu kerajaan mana yang boleh mempertahankan ketiga-tiga keistimewaan tersebut yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata sebagai orang Islam, mereka wajib mempertahankan ketiga-tiga perkara itu dan juga wajib memilih pemimpin yang benar-benar dapat menyelamatkannya.

“Saya mahu untuk PRU-13 nanti terutama orang Pulau Pinang, mari kita selamatkan ketiga-tiga ini. Saya minta tolong sangat-sangat. Perubahan ini mesti dilakukan bila tiba PRU-13,” katanya

KAF & NDI Memang PELACUR MURAHAN ANWAR - Eni Faleomavaega

|




Terdapat NGO berpengkalan di AS yang terang-terangan menyokong serta menyalur dana kepada parti-parti pembangkang. Apa komen anda terhadap perkara ini?

Saya meminta dua NGO ini, iaitu Konrad Adenaeur Foundation (KAF) dan National Democratic Institute (NDI) tidak memperguna dan merosakkan nama negara negara mereka dengan usaha campur tangan dalam hal ehwal negara lain.



Isu-isu berhubung dengan politik haruslah diselesaikan oleh negara dan rakyatnya sendiri.

Saya melihat adalah tidak adil untuk mana-mana ahli politik dan NGO dari AS memberi sokongan secara terbuka kepada mana-mana pihak di negara ini.



Pada pandangan anda, apakah pemimpin yang mempunyai masalah dalam isu-isu moral seperti terlibat dengan kegiatan homoseksual boleh menjadi pemimpin sesebuah negara?

Bagi saya jika ditakdirkan ada seorang pengamal budaya songsang ini mahu bertanding jawatan Presiden, saya sukar menerima perkara itu.


Pada pendapat saya, semua orang tahu malah kebanyakan kami yakin bahawa bekas Presiden Bill Clinton bersalah dalam skandal seks beliau dengan Monica Lewinsky.

Namun beliau berjaya melepaskan diri malah isterinya pula menceburi politik dan kini dipilih menjadi antara pemimpin tertinggi AS.

Terus terang saya katakan, tidak mungkin pada era saya, kami bersedia menerima seorang Presiden dengan kredibiliti seperti ini.


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU