GELOMBANG WANGSA MAJU: 04/07/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Ronnie Liu DESAK LANTIK KRONI Kontraktor Sampah, Saya BAGI LAH - Khalid Ibrahim

| Saturday, April 7, 2012




PETALING JAYA: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengaku wujud kontraktor-kontraktor yang tidak berpengalaman dilantik kerajaan negeri bagi menguruskan kutipan sampah di Selangor.

Khalid yang ditemui selepas Majlis Pelancaran Zon Bersih Peringkat MBPJ di Kota Damansara, di sini, berkata kerajaan negeri akan mengambil inisiatif mengajar kontraktor-kontraktor yang kurang berpengalaman terbabit bagi meningkatkan produktiviti mereka.

"Saya akui kontraktor ini tidak pengalaman. Sebab itu masalah kutipan sampah menimbulkan rungutan penduduk.

"Bagaimanapun, usaha meningkatkan mutu kerja mereka akan dilakukan dari semasa ke semasa," katanya.

Khalid bagaimanapun menafikan Alam Flora yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja kutipan sampah di Selangor selama ini sebagai berpengamalan.

"Mereka juga tidak berpengalaman.Dalam jangka masa 10 tahun, kapasiti mereka masih tiada. Itu yang menakutkan saya,” katanya.

Malah, Khalid juga didakwa meletakkan seluruh kesalahan berhubung isu sampah di Selangor ke atas Alam Flora.


sumber : ANTARAPOS



Alasan paling dangkal dan bodoh keluar dari mulut seorang yang bergelar Menteri Besar Selangor dan mendapat gelaran Tan Sri ...

Tan Sri 'beli' ke Khalid Ibrahim?

Jika begini jawapan yang diberikan oleh Khalid Ibrahim (cuci tangan lah tu), maka beliau perlu mengemukakan nama-nama mereka yang terlibat dalam Jawatankuasa Tender & Kontrak ini.

Amat mustahil dan tidak masuk akal sebuah Jawatankuasa Tender & Kontrak tidak mampu memberi penilaian sewajarnya pemberian kontrak kepada para kontraktor yang berpengalaman dan terlatih?

Semua skop kerja, kriteria, pengalaman, aset yang dimiliki oleh kontraktor secara jelas tertulis dalam Borang Tender.

Masakan sebuah jawatankuasa tender boleh melakukan kesalahan melantik para kontraktor yang tidak mempunyai pengalaman? 

Jawatankuasa Tender & Kontrak apa ini?



Prosedur pemilihan kontraktor sepatutnya sejak awal lagi sudah ditapis sebelum lantikan sesebuah syarikat kontraktor. Lumrah dan paling asas sewaktu penyerahan borang tender perlu dikepilkan sekali dengan Profil Syarikat (Company Profile).

contoh Profil Syarikat


Profil Syarikat ini sudah jelas menunjukkan betapa kontraktor itu layak atau tidak berdasarkan kegiatan asas perniagaan, pengalaman, modal berbayar, aset yang dimiliki, tenaga kerja, sijil professional dan yang berkaitan, dan sebagainya.

Bukankah menjadi kelaziman mana-mana Jawatankuasa Tender & Kontrak akan melakukan 'background checking' sebelum surat lantikan dikeluarkan kepada kontraktor?

Paling nyata, Jawatankuasa Tender & Kontrak sampah Selangor ini tidak mempunyai sebarang kelayakan dan pengalaman dalam melakukan penilaian sesebuah syarikat yang dilantik, selain dari kontraktor mengemukakan harga tender yang rendah.





Sememangnya benar seperti apa yang dikatakan oleh Pengerusi Cassa, Dr Jacob George mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pemimpin Pakatan Rakyat Selangor dalam memberikan kontrak sampah kepada kroni-kroni mereka.

Dalam hal pemberian kontrak sampah kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik, nyata kerajaan negeri Selangor memberikan kontrak tersebut kepada mereka yang tidak layak.

Dengan kata lain ... kontrak diberikan kroni-kroni terpilih dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor, bukan kepada kontraktor yang layak dianugerahkan projek permbersihan sampah di Selangor.



Paparan dibawah adalah bukti syarat-syarat tender yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor yang jelas menyatakan syarat-syarat wajib untuk memasuki tender kutipan sampah.


Menyediakan dan membekal buruh, peralatan, jengkaut, bahan dan lain-lain keperluan untuk kerja-kerja memunggah dan mengumpul sampah ...

Menyedia dan membekal buruh, peralatan, jentera dan lori bagi mengangkut sampah sarap ke tapak pelupusan yang diiktiraf ...



Persoalan yang tidak mampu dijawab oleh Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor ...

1) Mengapa kerajaan negeri membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membeli 50 buah kompaktor kepada kontraktor sedangkan dalam tender yang dikeluarkan, setiap kontraktor perlu menyediakan peralatan dan jentera sebagai syarat wajib sebelum kontrak diberikan?

2) Bagaimana kontrak kutipan sampah ini boleh dianugerahkan kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik sedangkan kerajaan negeri sangat tahu mereka ini tidak mempunyai jentera dan peralatan untuk melakukan kerja? Bukankah ini sudah melanggar syarat wajib sesebuah tender yang dikeluarkan?

3) Mengapa kontraktor-kontraktor ini dilantik yang jelas tidak menepati syarat wajib tender walhal Alam Flora yang ditamatkan kontrak oleh kerajaan negeri mempunyai cukup peralatan dan jentera untuk melakukan kutipan sampah?



Apa lagi lu nak bohong Khalid Ibrahim ... Lu pusing tonggeng terbalik statement, lu jugak yang terbelit!

What the hell kerajaan negeri mau ambil inisiatif ajar kontraktor-kontrakor sampah buat kerja ...



Memang Saya BACUL ... ANWAR BOLEH AMBIL SHAMSIDAR - Azmin Ali

|

Baik Azmin mahupun Shamsidar kedua-duanya cuba membuat pekak badak dengan cabaran-cabaran yang dilemparkan terhadap mereka dengan harapan kisah jelik keluarga mereka akan dilupakan begitu saja. 

Tidak sekali pun Azmin tampil menjelaskan mengenai saham-saham luarbiasa yang dimilikinya dan isterinya dan tidak sekali pun Shamsidar membela dirinya apabila dikaitkan dengan Anwar.

Malah Anwar sendiri tidak pernah menyentuh isu Shamsidar secara langsung.

Tetapi, apabila diasak oleh media tanpa henti, Azmin akhirnya terpaksa bersuara juga walaupun suara yang keluar terdengar nyaring bercampur garau dan sengau semacam. Azmin menjawab lebih kurang begini ...

“orang buta, tuli saja yang tak tau cerita I.…Aauuww!”

Pihak yang mencabar, termasuk ahli-ahli Pakatan Rakyat sendiri tidak berpuas hati dengan jawapan Azmin dan mempertikaikan bilakah masanya Azmin menjelaskan kepada rakyat berkenaan semua tuduhan yang dilempar kepadanya dan isterinya. Kerana seingat semua Azmin tidak pernah menjelaskan apa-apa selain menafikan sahaja.

Mungkin mereka tidak faham maksud Azmin itu.



Sebenarnya, maksud Azmin ialah, semua orang tahu kisah kronisme, nepotisme dan skandal keluarganya dengan Anwar Ibrahim. Justeru, sesiapa yang tidak tahu, masih tertanya-tanya dan tidak habis-habis bertanya adalah orang yang benar-benar pekak, buta dan tuli.

Dan penulis amat bersetuju dengan Azmin. Hanya orang yang pekak, buta tuli dan benak sahaja yang tidak mampu melihat kebenaran.

Azmin dan Shamsidar tidak pernah bangkit menjelaskan apa-apa kepada orang ramai berkenaan setiap tuduhan ke atas mereka. Sedangkan pihak yang menuduh telah pun mengemukakan bukti dokumen-dokumen yang menunjukkan pemilikan saham Shamsidar yang luar biasa banyaknya. 

Malah, Azmin dan Shamsidar juga tidak pernah secara lantang dan besertakan bukti menafikan tuduhan bahawa anak mereka Afifa adalah sebenarnya anak Anwar dengan Shamsidar.

Kedua-dua mereka juga tidak membalas cabaran Nallakarupan sama ada melalui lisan mahupun saman walaupun maruah mereka telah lunyai dibelasah oleh Nalla.



Berdasarkan semua ini, inilah diulangi bahawa hanya orang yang pekak, buta, tuli dan benak sahaja yang tidak mampu melihat kebenaran. 

Kebenarannya ialah Azmin adalah seorang dayus lagi pondan yang sanggup berkongsi isteri dengan bos biseksualnya, Anwar Ibrahim. 

Tidak mustahil, kebenarannya adalah Azmin juga seorang biseksual berdasarkan hubungan akrab yang pelik antara dirinya dengan Anwar Ibrahim.

Umum tahu bahawa Anwar jauh lebih mempercayai Azmin dari isterinya sendiri, Wan Azizah dan ini boleh dilihat dalam keputusan-keputusan yang dibuat oleh PKR berkenaan pentadbiran dan pengurusan parti.

Anwar juga jauh lebih menyayangi Azmin dari Wan Azizah berdasarkan kisah-kisah dalaman yang diceritakan oleh bekas-bekas rakan dan pemimpin PKR sendiri.

Kini, Azmin sudah menjawab segala pertanyaan dan memberi respon kepada semua cabaran. Sudah sampai masanya ahli-ahli PKR, terutamanya PKR Ampang menerima jawapan Azmin seadanya. 

Kita pasti, tidak mungkin semua ahli-ahli PKR buta tuli belaka…


sumber : Beruang Biru


Anwar, Kit Siang, Guan Eng ... MANUSIA PALING MUNAFIQ - Nik Aziz

|

Andaikata Nik Aziz mahu memberi gelaran pemimpin politik Pakatan Rakyat manakah yang mempunyai ciri munafiq tertinggi, tidak syak lagi tiga pemimpin tertinggi ini berhak mendapat penghormatan tersebut.

Ketiga-tiga pemimpin ini bersekongkol dan bersubahat mahu memansuhkan PTPTN atas dasar mahu menghasut pelajar dan mahasiswa untuk menentang apa sahaja dasar yang kerajaan lakukan.

Anehnya ... pelajar dan mahasiswa robot hari ini begitu bodoh tidak mahu menyelidiki asal usul penubuhan dana khas ini.



MUNAFIQ - MUNAFIQ PTPTN

14 Mei 1997 menjadi sejarah Lim Kit Siang menyokong penubuhan PTPTN semasa Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam Dewan Rakyat.

Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997


Tuan Lim Kit Siang [ Tanjong ] : Tuan Yang Di Pertua, saya mengalu-alukan Rang Undang-undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk memperuntukkan satu tabung bagi membenarkan anak-anak kita berpeluang melanjutkan pendidikan tinggi dan menyediakan bantuan kewangan melalui pinjaman pendidikan atau selainnya kepada pelajar yang menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi.


Begitu juga dengan Lim Guan Eng yang mahu kerajaan menaikkan jumlah dana PTPTN kepada RM 1 bilion dan bukannya RM 100 juta jika ingin membantu pelajar dan mahasiswa.

Lim Guan Eng : Kalau kerajaan benar-benar ingin membantu mereka, saya rasa kerajaan harus menimbangkan untuk menaikkannya kpada RM 1 bilion sekurang-kurangnya.

Kita boleh 'write off' Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng kerana kedua-dua chauvinist ini sememangnya opportunis dan racist. Sudah nyata anak beranak ini kafir harbi yang tidak akan berpuas hati dengan setiap tindakan dan langkah kerajaan.


Namun munafiq yang paling tinggi darjatnya tentulah Anwar Ibrahim ...

Bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan ketika PTPTN ini ditubuhkan. Nyata sekali PTPTN ditubuhkan di bawah batang tubuh pemimpin yang hari ini ke hulu ke hilir mendakwa PTPTN menekan mahasiswa, zalim dan merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti.

Munafiq inilah yang mengenakan caj pengurusan 4% di bawah pengawasan Kementerian Kewangan sewaktu memegang tampuk Menteri Kewangan. Walhal kerajaan hari ini hanya mengenakan caj pengurusan serendah 1% sahaja.



Rakyat perlu bertanya kepada diri sendiri ... siapa yang lebih munafiq dalam hal ini. Kerajaan atau Anwar Ibrahim?



Ini Dia BUKTI SKANDAL 'LENDIR' ZURAIDA KAMARUDDIN - Mohd Isa Mohd Saidi

|



KUALA LUMPUR 6 April - Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin diingatkan supaya tidak bertindak melampaui batas dalam hal keahlian parti itu jika mahu 'rahsia besar' mengenai beliau tidak didedahkan kepada umum.

Bekas Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi berkata, beliau bersedia mendedahkan perkara itu dan jika dibongkarkan nanti, Zuraida mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Ampang.


Katanya, Zuraida selama ini sebagai Ketua PKR Ampang sering memecat ahli jawatankuasa parti itu di peringkat cabang apabila tidak bersetuju dengan beliau atau menegur kepimpinan PKR.

"Saya terima surat pemecatan (jawatan Ketua Penerangan PKR Ampang) saya itu yang bertarikh 2 April di rumah saya pukul 3 petang semalam yang ditandatangani oleh Zuraida dan ia berkuatkuasa serta-merta.

"Saya dengar dia mahu memecat terus keahlain saya (sebagai ahli PKR) pula dan jika ini berlaku, saya bersedia mendedahkan rahsia besarnya yang boleh menyebabkan dia hilang Ahli Parlimen" katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.



Apa rahsia besar yang ada pada Mohd. Isa Mohd. Saidi sehingga Mak Lampir boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen?



GWM dan blogger pro kerajaan pernah memberi 'hint' mengenai skandal 'Lendir' Zuraida Kamaruddin pada Julai 2011 yang lalu.


Klik, SKANDAL LENDIR MAK LAMPIR BAKAL TERBONGKAR untuk mengetahui 'hint' dan petunjuk yang cuba disampaikan oleh Bekas Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi.

Blogger-blogger pro kerajaan (yang tertentu sahaja) sudah lama mempunyai bukti dan rahsia hitam Zuraida Kamaruddin ... hanya tunggu masa untuk didedahkan kepada umum.

Jika Mohd. Isa Mohd. Saidi. mendedahkan rahsia besar Zuraida Kamaruddin ini kepada umum, bermakna bukti yang ada pada blogger-blogger pro kerajaan ternyata benar dan sahih.



Bonus bagi blogger-blogger pro kerajaan kerana tidak perlu lagi dedahkan rahsia besar Zuraida Kamaruddin.

Kerana ahli PKR sendiri yang akan membunuh karier politik Zuraida Kamaruddin. Nasib la lu Mak Lampir ...



Program Belia BERI IMPAK 0.014 PERATUS KDNK NEGARA - Shabery Cheek

|

Kuala Lumpur 2 April 2012 - Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa golongan belia merupakan kuasa besar dalam sistem ekonomi negara dalam menjelaskan terjemahan kementerian terhadap keberkesanan Program Himpunan Jutaan Belia 2011 yang lalu untuk golongan belia secara keseluruhannya.

Beliau menjelaskan perkara berkenaan dalam menjawab pertanyaan Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh YB Batang Sadong, Puan Hajah Nancy Haji Shukri.

Jelas beliau, kajian impak ekonomi oleh pihak MITI (Ministry of International Trade and Industry) menyatakan bahawa program himpunan tersebut telah memberi kesan pengganda ekonomi sebanyak RM 110 juta melalui jumlah perbelanjaan pengunjung, sektor kerajaan, sektor swasta dan NGO sekaligus menyumbang kepada nilai ditambah ekonomi sebanyak 0.014% daripada nilai KDNK tahun 2010.

Dianggarkan seramai 1.1 juta pengunjung hadir di Putrajaya sepanjang 3 hari himpunan tersebut diadakan dengan purata perbelanjaan sebanyak RM100 seorang.

Sejurus selesai menjawab pertanyaan Dewan Rakyat, satu sidang media diadakan di lobi Dewan Rakyat bagi mempromosikan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya 2012 yang akan diadakan pada 23-27 Mei 2012. Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa pada tahun ini, lebih 500 program dan aktiviti diadakan daripada 38 segmen.

Himpunan 5 hari ini akan melibatkan 6 KM sekitar kawasan Putrajaya, 1000 orang artis dan penghibur, 22 buah pentas dan sasaran penyertaan seramai 2 juta belia. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Borhan Dolah.

Selain itu juga, beliau berhasrat untuk menjadikan himpunan ini salah satu 10 himpunan terbesar di dunia.


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU