GELOMBANG WANGSA MAJU: 04/03/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Saya UMUM Pendidikan PERCUMA di UNISEL dan KUIS - Anwar Ibrahim

| Tuesday, April 3, 2012

SHAH ALAM, 3 April - Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hari ini kerajaan negeri Selangor meluluskan usul pendidikan percuma di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Islam Selangor (KUIS) berkuatkuasa serta merta.

"Saya umumkan pendirian ini berkuatkuasa serta merta hari ini" kata Anwar sambil Khalid Gagap menjeling dan mencebik dengan pengumuman yang dilakukan.

"Dengan syarat ... dengan syarat angkat dan martabatkan saya sebagai Perdana Menteri terlebih dahulu" ujar Anwar.

Khalid Gagap yang berada disebelah beliau mula menepuk dahi.


Mungkin begitulah tajuk utama KeldaiDaily dan Haprakdaily keluaran esok ...




Berapa punya pembohong Anwar Ibrahim mengatakan kerajaan Turki memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya.

Terbaru mereka mengulangi niat murni palsu mereka untuk memansuhkan PTPTN, yang menjadi pelik dan ironiknya perkara yang ada dibawah kekuasaan mereka tidak pula hendak mereka laksanakan.

”Kita nak cabar mereka untuk memansuhkan yuran kepada pelajar UNISEL dan Kolej Islam Selangor (KUIS) yang sememang dibawah kuasa eksekutif kerajaan Negeri Selangor.

Baru-baru ini Menteri Besar kata, Selangor banyak duit. Kalau betul banyak duit, kalau betuk sangat nak jadi juara kepada orang muda kononnya, selesaikan masalah-masalah di negeri Selangor dulu seperti masalah yuran pelajar-pelajar di Unisel dan KUIS dulu. Selesaikan, biayai 100%,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang. (Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdaouz Tan Sri Megat Jonid.)




Tambahnya, apa yang mereka janjikan ini, hanya umpan pilihan raya semata-mata. Sebelum ini pun mereka dah buat banyak lagi cadangan, pandangan dan gimik semata-mata menarik minat rakyat seperti menghapuskan tol, turunkan harga minyak, tetapi ianya merupakan janji-janji kosong.

”Mereka harus buktikan di negeri Selangor dulu, buktikan di Pulau Pinang dulu, barulah mereka boleh bercakap, berjanji kalau mereka mampukan buktikan di peringkat persekutuan pula.

Di Selangor, beribu anak selangor yang dapat menyambung pelajaran di IPTA tapi tidak dibantu. Beribu anak Selangor yang ditipu manifesto 2008,” tambahnya.

Kalau mereka ikhlas nak bantu, buktikan dahulu di Selangor khususnya pelajar-pelajar di Unisel dan KUIS. Jika tidak, ia merupakan satu penipuan dan sandiwara yang jelas dan nyata, semata-mata untuk mengumpan undi dari rakyat khususnya dari golongan anak-anak muda.


sumber : blog SAHABAT GUNUNG



Rasanya Khalid Ibrahim tidak keberatan untuk meluluskan pendidikan percuma untuk UNISEL dan KUIS. Akaun kerajaan negeri pun sudah mempunyai simpanan berjumlah RM 1.9 Bilion.

Selaku Punaisihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim wajib menerima cabaran ini dengan mengumumkan pendidikan percuma di dua buah pengajian tinggi yang sememangnya di bawah kuasa eksekutif kerajaan Negeri Selangor.



Jangan jadi bacul Anwar Ibrahim ...



Undang-Undang HOMOSEKS Ketinggalan Zaman ... PERLU DIROMBAK Semula - Nurul Izzah

|



Kata bidalan lama; 'Bapa Borek, Anak Rintik' ... 'Ke Mana Kuah Jika Tidak Tumpah Ke Nasi'. Kata bidalan moden; 'Anak Dengan Bapak Suka LIWAT'.


Dalam temuramah bersama Barney Henderson (Assistant Foreign Editor; media Telegraph UK), Nurul Izzah sudah mempunyai titik persamaan dengan perjuangan bapanya.

Titik persamaan antara anak dan bapa ini kini lebih senang berbicara tentang betapa pentingnya memperjuangkan hak asasi manusia yang bersifat luar tabi'e, manusia yang telah rosak minda, akhlak dan pegangan hidup.




Sama juga seperti ayahandanya, matlamat menghalakan cara sudah menjadi asas perjuangan politik.


"Kami perlu menilai kembali kembali undang-undang (homoseksual) lapuk ini supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan."



Kelu lidah GWM apabila bapa dan anak sudah seiringan memperjuangkan isu LBGT atas dasar hak dan asasi manusia.

Adakah Nurul Izzah juga bakal mengambil tindakan yang sama seperti ayahandanya menafikan pernah mengeluarkan kenyataan mengenai isu LBGT ini.

Yang penting, jangan sampai undi dan sokongan orang Melayu lari. 

Apa tindakan yang bakal diambil 'rakan syurga' PAS dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah dalam temubual di London ini?

Diam, diam dan diam ...

Jangan sampai Parti Adat & Sosialis ini terlekat dengan gelaran 'Syaitan Bisu' ...



Kalau Mahu Masuk Syurga ... MESTI SOLAT PAKAI BENDERA BULAN - Nik Aziz

|




Sejuk perut ibu yang telah mengandungkan rakan-rakan seagama dari puak Parti Adat & Sosialis, jika melihat puak-puak ini sedang khusyuk solat berjemaah.

Namun janganlah kerana 'ketaksuban tahap melampau' maka bendera parti pula disamakan dengan sejadah. Yakinkah puak-puak yang menggunakan bendera bulan sebagai sejadah ini bahawa bendera tersebut tidak tercemar dengan kekotoran dan/atau najis kecil?

GWM tidak pasti jika ketujuh-tujuh puak ini sedang solat berjemaah dalam sebuah surau mahupun madrasah. Tampak gaya, seperti sedang menunaikan Rukun Islam dalam sebuah surau.

Jika benar, bukankah lebih baik digunakan sejadah yang telah disediakan oleh pihak surau ...



Apakah puak-puak ini mengalami 'fobia dan trauma melampau' melihatkan sejadah yang disediakan dalam surau ini berwarna biru Barisan Nasional? Warna yang cukup tidak digemari oleh puak-puak bendera bulan.

Jangan kerana disebabkan oleh ketaksuban melampau ini, umat Islam dilihat terlalu jumud dan ekstrim.

Rasional dan 'common sense' seolah-olah sudah tidak berfungsi lagi dalam kotak minda rakan-rakan seagama dari puak Parti Adat & Sosialis ini.

Atau gambar ini sememangnya dijadikan sebagai satu 'psywar' menggambarkan kononnya puak-puak Parti Adat & Sosialis lebih Islam dari mereka yang berada dalam UMNO mahupun Barisan Nasional?



Bagaimana jika sekiranya puak-puak UMNO dilihat sedang bersolat berjemaah di atas bendera Barisan Nasional?

GWM sudah membayangkan 'headline-headline' sensasi media pembangkang, terutamanya HaprakDaily ...




Sahih ... 'Top Story' tujuh minggu berturut-turut dalam portal dan akhbar!

Susah sangatkah mahu menggunakan sejadah ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU