GELOMBANG WANGSA MAJU: 03/21/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Terima Kasih Nazri Aziz ... AMARAN KERAS BUAT AHLI PARLIMEN BN !!!

| Wednesday, March 21, 2012



Apa kata kita layan dahulu video klip gelagat ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat semalam ...





GWM ucapkan syabas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang cukup rajin melayan karenah pembangkang sejak mula usul penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung isu kilang nadir bumi Lynas.

Semalam Nazri Aziz menjadi 'playmaker' dan penyelamat maruah BN dalam menjayakan usul PSC Lynas dipersetujui di Parlimen.

Apa perlu diucapkan terima kasih kepada Nazri Aziz? Besar sangatkah jasa beliau di Parlimen semalam? Jawapannya adalah "Ya dan Benar" ...



Semalam ... BN hampir-hampir dimalukan jika Nazri Aziz tidak memainkan peranan besar melayan karenah pembangkang sebelum usul PSC mula dibahaskan di Parlimen.

Kejadian yang hampir sama berlaku kepada ahli Parlimen pembangkang sewaktu usul mengenai Kampung Baru yang diluluskan kerana kehadiran majoriti ahli Parlimen dari BN.

GWM mendapat khabar dari rakan-rakan wartawan, begitu ramai ahli Parlimen BN lewat hadir (ramai juga yang tidak hadir) sewaktu usul PSC berkenaan Lynas sudah mula mahu dibahaskan.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang sudah mula memenuhi ruang-ruang kerusi di Dewan Rakyat ... kerusi ahli-ahli Parlimen BN masih lagi banyak yang kosong.

Mahu tidak mahu ... Nazri Aziz terpaksa melengahkan usul perbahasan PSC Lynas ini dengan melayan karenah pembangkang, bertempik dalam dewan sehinggalah ahli-ahli Parlimen BN mula muncul seorang demi seorang.

Apa yang bakal terjadi jika sekiranya usul PSC Lynas ini ditolak semalam akibat kelewatan dan ketidakhadiran ahli-ahli Parlimen BN semalam?



Ini yang terjadi kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang yang dibalun setengah mati oleh blogger-blogger pro pembangkang akibat tidak hadir di Dewan Rakyat apabila usul mengenai Kampung Baru diluluskan dengan kehadiran majoriti ahli-ahli Parlimen BN.

Nampak gaya sindrom dan penyakit pembangkang sudah mula menular dan berjangkit dikalangan ahli-ahli Parlimen BN ...



Suka cita dimaklumkan kepada ahli-ahli Parlimen BN agar jangan culas dan malas untuk hadir di Dewan Rakyat, apatah lagi membabitkan sesuatu usul untuk dipersetujui dan diluluskan.

Suka cita juga dimaklumkan kepada ahli-ahli Parlimen BN agar jangan makan elaun secara haram kerana gagal hadir di Parlimen dan menyebabkan sesuatu usul gagal untuk diluluskan.

Kalau boleh ... Blogger-blogger pro kerajaan tidak mahu mengikut contoh blogger-blogger pro pembangkang dengan panggilan yang kurang enak didengar.

Seperti dibawah ini ...


Klik DISINI


Klik DISINI



Pesanan kepada ahli-ahli Parlimen BN, tolong jangan makan gaji buta ...




Video Porno SEMPENA ULANGTAHUN PERTAMA SKANDAL SEKS ANWAR

|







Hari ini 21hb yang mana pada tarikh ini juga tahun 2011 tayangan video Seks Anwar Ibrahim ditayangkan di Caracosa Negara kepada para wartawan. tayangan yang mengemparkan bukan sahaja di Malaysia malah diserata dunia.

Hangat pada pagi 21.3.3011 tahun lalu dengan cerita video Seks Anwar Ibrahim dan tidak kurang pula dengan cubaan pihak PKR yang diketuai Tian Chua cuba menghalang tayangan video seks tersebut pada hari itu. Pendek kata bergegar kem pakatan mengenai video Seks ketua Umum mereka.

Setahun berlalu dengan bermacam macam reaksi serta isu mengenai video seks tersebut. Hari ini Gomo paparkan semula video tersebut namun Gomo potong adengan seks yang mungkin membuatkan pembaca tidak selesa. Ops... Tapi kalau nak Fully Video Seks Anwar Ibrahim boleh emel kepada Gomo dan Gomo akan hantar kepada anda.

Setahun berlalu dan Anwar Ibrahim masih menafikan beliau pelaku video Seks tersebut sedangkan rakyat sudah mengetahui beliau pelaku video tersebut. Emmmm tapi mengapa Gomo dan rakan lain masih mengeluarkan video tersebut?

Ada orang kata video seks tersebut sudah tidak laku lagi. Ada rakan Blogger UMNO kata Video tersebut mendatangkan simpati kepada Anwar Ibrahim dan bermacam macam lagi yang disampaikan. Betul kah semua itu?

Macam yang Gomo maklumkan didalam video diatas jika anda Faham dengan apa yang Gomo katakan adalah mudah untuk anda mengerti dan memahami mengapa video seks tersebut masih lagi perlu disebarkan kepada rakyat Malaysia.

Isu utama adalah Anwar Ibrahim yang mana merupakan Ketua Umum Pakatan PAS,PKR,DAP. Dengan mengundi ketiga tiga parti ini maka menjadikan Anwar Ibrahim iaitu pelaku dalam video Seks diatas Perdana Menteri Malaysia jika Regim Pakatan menawan Putrajaya.


Apakah kita semua rakyat Malaysia mahukan seorang pelakon Porno sebagai Perdana Menteri Malaysia? Apakah kita rakyat Malaysia khusunya orang Melayu sudah berfikiran terbuka dengan memilih Perdana Menteri yang beraksi Lucah? Apakah semua umat Islam di Malaysia sanggup berpedana Menterikan seorang pelakon Porno?

Itu yang anda semua perlu tanya dalam diri. Itu semua anda perlu fikir dan renung sejauh yang boleh dalam pekara ini. Peluang masih ada buat kita dalam memastikan Anwar Ibrahim pelakon Porno tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan memastikan tidak Mengundi PAS,PKR,DAP pada PRU 13 nanti.

Cuba tanya pada Haji Hadi PAS, Kit Siang DAP dan seluruh ahli serta pemimpin Pakatan apakah hanya Anwar Ibrahim seorang sahaja layak menjadi Perdana Menteri jika Pakatan menang PRU13? Apakah dalam kepimpinan PAS, PKR, DAP sudah tidak ada pemimpin yang bermoral untuk diketengahkan dan diangkat menjadi pemimpin Pakatan PAS,DAP,PKR?

Gomo mengalu alukan respon anda semua dalam pekara ini. Kecaman keatas Gomo dan rakan lain kerana mengeluarkan Video seks ini akan diterima kerana pada Gomo:

"Biar Berjuta rakyat Malaysia malu gara gara Video Seks Anwar daripada Kita semua dipandang Hina dan Jijik bila dipimpin Perdana Menteri seorang Pelaku Video Seks oleh Dunia Luar"


Posted by
Papa Gomo


Psssttt..... Tidak malukah kita dengan anak cucu cicit kita bila sejarah menyatakan PM Malaysia pelakon Porno?

Khalid Ibrahim TERDUDUK ... ADUN Kuang BONGKAR SKANDAL LIWAT PKR

|




SHAH ALAM, 20 Mac - Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuang, Tuan Abdul Shukur bin Idrus mencabar kerajaan negeri untuk menyatakan apakah pembangunan yang telah dilakukan sepanjang empat (4) tahun mentadbir di Selangor.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei yang melemparkan tuduhan bahawa kerajaan Selangor terdahulu dibawah Barisan Nasional menjual banyak tanah tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Shukur turut membidas retorik penjimatan air RM11.00 yang dinikmati oleh rakyat di Selangor oleh kerajaan negeri sedangkan bukan semua golongan yang menerima faedah tersebut.

"Tidak semua rakyat yang menikmati RM11.00 air percuma ini," tambah beliau.







Khabarnya kantung kerajaan negeri sudah mencecah RM 1.9 Bilion ... 

Takkanlah satu masjid mahupun surau tidak boleh didirikan. Satu tokong mahupun kuil tidak pernah dibina sepanjang 4 tahun pemerintahan.

Rakyat marhaen majoritinya tinggal rumah pangsa juga di anaktirikan dari menikmati air percuma

Negeri berkebajikan apa ini ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU