Ahhhh ... 'Raja Debat' Anwar Ibrahim gentar dengan cabaran 'Loose Cannon' Raja Petra Kamaruddin. Mustahil pemidato teragung juak pembangkang ini tidak berani berhadapan dengan manusia kerdil pelarian asing seperti RPK.
Namun itulah hakikat yang perlu ditelan penyokong tegar Ketua Umum Pembangkang ini ... Anwar Has Chicken Out!
Satu forum yang sepatutnya diadakan di Kent, England pada Sabtu ini akan menggabungkan pengasas Wikileaks Julian Assange, Anwar Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin.
Malahan forum ini diadakan melalui 'Skype' dan akan divideokan sebagai salah satu dokumentari simpanan Wikileaks.
Malangnya ... Anwar Ibrahim telah menghubungi Wikileaks dan meminta supaya Raja Petra dikeluarkan dari forum yang akan dilakukan secara live ini.
Anwar Ibrahim bukannya takut kepada Raja Petra Kamaruddin ... cuma takut tidak mampu menjawab setiap pertuduhan, dakwaan yang bakal dilemparkan oleh RPK.
RPK sememangnya sudah bersedia dengan ribuan 'bullet' yang pasti mengaibkan Anwar Ibrahim jika rakyat turut menonton kelak melalui Skype.
Mahu tidak mahu ... keluarkan RPK dari senarai panel forum. What A Chicken Shit!
Pun begitu, tidaklah menghairankan kerana persoalan yang dibangkitkan Khairy Jamaluddin mengenai sokongan mutlak beliau terhadap Israel langsung tidak mampu dipatahkan langsung oleh Anwar Ibrahim.
Cukup mudah Ketua Pemuda UMNO ini menembak kepala Anwar Ibrahim sehingga terpinga pinga beliau mahu menjawab kembali kelantangan Khairy Jamaluddin yang mempersoalkan mengapa hanya membaca satu perenggan teks dari artikel Wall Street Journal dan tidak membaca keseluruhan ayat tersebut.
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”
“Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Maksud yang disampaikan tadi oleh ketua pembangkang. I support all efforts to protect the security of the state of Israel..tidak ada ‘contingent’..itu bahagian pertama
“Yang ada ‘contingent’ adalah untuk recognize the Jewish State…mengiktiraf kerajaan dan negara Israel. Tetapi soal I support all efforts to protect the security of the state of Israel adalah ‘blanket support‘, sokongan mutlak yang tidak ada ‘contingent’..yang tidak ada syarat..yang diberi secara total kepada kerajaan Israel,” katanya.
Teruk juga Khairy Jamaluddin membelasah Anwar Ibrahim dalam parlimen ...
Cukup parah apabila Ketua Umum Pembangkang tidak mampu mematahkan hujah Ketua Pemuda UMNO!
Cukup parah apabila Ketua Umum Pembangkang tidak mampu mematahkan hujah Ketua Pemuda UMNO!

















