GELOMBANG WANGSA MAJU: 03/14/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Rafizi BODOH Babitkan SAYA Isu SALAHGUNA KUASA - Anwar Ibrahim

| Wednesday, March 14, 2012




PENULIS benar-benar berang dengan tindakan Rafizi Ramli, selaku Pengarah Strategi PKR yang menjadikan kes ‘penyalahgunaan kuasa’ Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997 sebagai rujukan untuk menyokong dakwaannya bahawa Perdana Menteri Najib turut menyalahgunakan kuasa kerana melibatkan pegawai Pejabat Perdana Menteri dalam urusan majlis pertunangan anaknya pada Jun 2011.

Apa tujuan Rafizi menjadikan kes Anwar tersebut sebagai contoh bila mana tidak ada seorang pun dari kami yang telah lama berjuang dalam PKR ini yang percaya Anwar pernah melakukan kesalahan tersebut. Pada kami, kes itu adalah sebahagian daripada konspirasi Mahathir untuk menjatuhkan Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang beliau ketika itu.

Kalau sudah terkantoi menipu, tanggung sendiri sajalah, kenapa pula hendak membabitkan Datuk Seri?

Apakah Rafizi cuba menunjukkan kepada rakyat bahawa Anwar juga pernah menyalahgunakan kuasa ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu? Adakah ini niatnya?

Penulis minta Rafizi jelaskan kepada laman ini dan seluruh penyokong PKR serta Pakatan Rakyat yang jelas terluka dengan kenyataan ini, adakah dia berniat untuk memalukan Anwar dalam menyokong dakwaannya bahawa Najib menyalahgunakan kuasa dalam soal penganjuran majlis pertunangan tersebut?

Sudahlah tuduhan salah guna kuasa ke atas Najib ini hanya akan memakan diri sendiri kerana umum mengetahui bahawa tugas Rafizi sebagai CEO di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor yang diterajui Anwar, turut sama menguruskan hal peribadi Anwar juga. Apa kata Rafizi nanti kalau penyokong UMNO membangkitkan hal itu nanti?

Ini masalahnya bila bercakap tak guna otak.





Ini bukanlah kali pertama Rafizi Ramli bertindak bodoh kononnya mahu bertindak bijak selaku Ketua Pengarah Strategik PKR.

Sebelum ini juga, GWM sudah menunjukkan tahap ketidakmatangan Ketua Pengarah Strategik PKR yang begitu rakus mahu membongkar isu NFC yang dalam masa yang sama beliau telah melanggar Banking And Financial Institution Act (BAFIA) 1989.






Jika di kalangan ahli dan penyokong PKR kian rimas dengan penyakit sundalan Rafizi, jangan terkejut apabila ramai yang sudah tampil memberi maklumat peribadi beliau secara 'free of charge' kepada blogger-blogger pro kerajaan.

Rakan blogger MyMassa pun sudah mempunyai maklumat dan latarbelakang 'penyakit' Rafizi Ramli setelah turun naik beberapa kali di pejabat utama PETRONAS sebelum ini.

Rafizi Ramli akan terus melakukan kesilapan demi kesilapan sama seperti bosnya, Anwar Ibrahim.

Rakus, Pijak Kepala Kawan, Naik Tak Ikut Tangga, Politik Masuk Bakul Angkat Sendiri ... Good Luck Rafizi!



Khalid Ibrahim TERMENUNG ... Noh Omar SAMAN RM 20 JUTA ATAS FITNAH

|




KUALA LUMPUR, 14 Mac — Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memfailkan saman RM20 juta masing-masing kepada kerajaan negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah terhadapnya.

Saman tersebut dikeluarkan berhubung artikel akhbar Selangor Kini bertarikh 25 November hingga 2 Disember itu telah menyiarkan artikel bertajuk 'Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan', 'Noh Omar khianat petani' dan 'Noh Omar lesap RM110 juta dan khianati petani' yang disifatkan beliau sebagai fitnah dan menjatuhkan kredibilitinya sebagai Adun.

Dalam artikel tersebut turut disertakan kenyataan Ng terhadapnya.

Noh dalam sidang media di lobi parlimen berkata saman telah difailkan pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pendengaran kes berkenaan akan diputuskan 22 Mac ini.

"Mereka cuba melihatkan saya sebagai seorang perasuah. Kerajaan PKR Selangor bimbang bila tengok rakyat kembali sokong Barisan Nasional (BN) maka cuba membuat tindakan sedemikian," katanya.

Menurut Noh, tindakan diambil atas kapasiti peribadi memandangkan kerajaan negeri didakwa menjatuhkan reputasinya sebagai Adun, menteri dan Timbalan Pengerusi Umno Selangor.

Ahli Parlimen Tanjung Karang ini diwakili oleh syarikat guaman, Messrs Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak

Dalam pada itu, turut dinamakan enam individu lain dalam saman itu termasuklah Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin dan sidang pengarang akhbar Selangor Kini.


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU