GELOMBANG WANGSA MAJU: 03/09/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Khalid Ibrahim MAHU TUTUP Dan JAHANAMKAN YBK - Zainal Sakom

| Friday, March 9, 2012

KELANA JAYA, 9 Mac - Sempena 22 tahun penubuhan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), pertubuhan tersebut akan melancarkan satu Program Transformasi 5 Tahun sebagai langkah untuk terus kekal relevan dalam memberi perkhidmatan membasmi kemiskinan di Selangor.

Pengerusi YBK, Dato' Haji Zainal Abidin Haji Sakom berkata pelan transformasi itu dilakukan sebagai langkah dalam memastikan yayasan ini akan sentiasa relevan dan mampu memberi impak terhadap golongan sasaran.

Zainal turut memaklumkan program tansformasi ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak pada 13 Mac 2012, Selasa, jam 3.00 petang.

Ditanya pemberita mengapa kerajaan negeri Selangor tidak terbabit dalam menjayakan pelan transformasi ini, Zainal berkata yayasan itu tidak mendapat sebarang kerjasama yang diperlukan.

Pengerusi YBK itu turut berkata beliau terpaksa meminta bantuan dan kerjasama dari Kerajaan Pusat bagi memastikan pelan transformasi ini dapat dilaksanakan.

Artikel selanjutnya, klik DENDAM KESUMAT KHALID IBRAHIM



Masih belum tamat dendam kesumat Khalid Ibrahim terhadap Zainal Sakom rupanya. Begitu menebal kebencian beliau terhadap Pengerusi YBK ini.

Bantuan dan kerjasama yang dipinta oleh YBK tidak dilayan dalam menjayakan pelan transformasi 5 tahun yayasan ini. Akhirnya, YBK terpaksa meminta belas ihsan dari kerajaan pusat.

Sebuah pertubuhan membasmi kemiskinan yang hanya mahu meminta kerjsama dari kerajaan negeri Selangor ditolak mentah-mentah?

Khalid Ibrahim boleh tukar slogan 'Selangorku' kepada 'Selangor Bapak Aku Punya'! Jangan diharap kepada Parti Adat & Sosialis, langsung tak berguna.

Mintak tolong pun tak boleh ke?



Dendam tak sudah Khalid Ibrahim terhadap Zainal Sakom masih lagi membara setelah tuntutan beliau untuk dilantik sebagai bos baru YBK, ditentang oleh Zainal Sakom dan Lembaga Pengarah YBK.

Kesemuanya gara-gara YBK yang mahu membina kampus UiTM di Serendah, ditolak Khalid Samad selagi beliau tidak dilantik sebagai Pengerusi baru YBK.

Bukan sekadar tuntutan, surat rasmi berbentuk ugutan dikeluarkan oleh pejabat kerajaan negeri melalui pegawai kewangan negeri untuk mengarahkan YBK memberhentikan projek UiTM di Serendah.





Ali Rustam nampak 'advantage' pembatalan projek UiTM di Serendah. Pantas Ketua Menteri Melaka ini mengambil peluang apabila kampus UiTM itu telah dipindahkan ke Melaka.



Selangor rugi besar ... ekonomi dan pendapatan setempat mati. Peluang berkembangnya perniagaan dan pekerjaan terus tertutup di Serendah. Melaka buat untung mecanak-canak. Bodoh benar Khalid Ibrahim ini.




Tahun 2011, sekali lagi kerajaan pimpinan PKR (a.k.a. Pakatan Rakyat) menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sungai Besar atas alasan tidak efisien. Sedangkan IKYS adalah penempatan yang diwujudkan untuk pelajar Melayu yang gagal dalam SPM tetapi berminat dalam kursus teknikal.

Universiti Industri Selangor (Unisel)? ... kini sedang mengalami kerugian dan semakin merosot dari menjadi pilihan pelajar.

Dalam tempoh tiga tahun, tiga pusat pendidikan bagi menampung pembelajaran golongan berpendapatan rendah dilanyak habis-habisan ... Tiga pusat pendidikan anak Melayu dicabul kehormatan.

Pelik ... kesemuanya melibatkan pusat pendidikan anak Melayu Selangor.







Mengapa Khalid Ibrahim begitu khianat kepada bangsanya sendiri ...

Haron Din KECEWA ... Hadi Awang SOKONG PLURALISME Anwar Ibrahim

|

KUALA LUMPUR, March 8 — PAS is a party which upholds and defends the rights of all Malaysians regardless of their faith and not just Malays, Datuk Seri Abdul Hadi Awang said today.

The PAS president said that there was a misconception that the Islamist party had “abandoned” its Islamic principles by associating itself with PKR and Chinese-majority DAP, and accused PAS’ detractors of not fully understanding Islam itself.







No Wonderlah ... Undi, Undi & Undi!

SBPA Batal KERANA SAYA Sebenarnya - Anwar Ibrahim

|




GEORGETOWN - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan kerana Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, sebelum ini beliau bersama dengan kesemua ahli PR mengadakan demonstrasi di seluruh negara bagi membantah skim baru berkenaan.

“Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa akur dengan kita, yang membantah SBPA untuk rakyat adalah PR bukannya Umno ataupun Perkasa.

“Dia (Najib) terpaksa tangguhkan skim ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, sebab mereka masih yakin belum menang sehingga PRU ini,” katanya.

Anwar berkata, skim berkenaan tidak sepatutnya dilaksanakan kerana hanya menjaga kepentingan sesetengah pihak sahaja.

“Gaji pegawai atasan yang sudah mencecah RM40,000 naik kepada RM40,000 lagi tetapi gaji kerani rendah naik juga, tapi hanya naik RM40 sahaja.

“Kerana itulah kami kempen ke seluruh Malaysia kerana ia tidak adil untuk rak­yat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena menyertai Kunjungan Muafakat Rakyat Pulau Mutiara 2012 di Little India.



Anwar Ibrahim 'interframe' lagi ...

Barangkali kenyataan anaknya, Nurul Izzah mengatakan agenda pembatalan SBPA adalah hasil perjuangan Pakatan Rakyat masih belum cukup kuat. Maka bapa terpaksa turut 'interframe' untuk menguatkan lagi hujah puteri kesayangannnya.

Anwar Ibrahim masih lagi belum berubah (umur dah berapa yeop?) ...

Politik masuk dalam bakul angkat sendiri masih lagi menjadi ideologi dan pegangan. Mengaku sesuatu yang bukan diusahakan adalah amalan luarbiasa Anwar Ibrahim ... Tidak tahu malu!




Perjuangan membatalkan SBPA adalah hasil perjuangan CUEPACS selama ini, perjuangan yang bukan berpaksikan kepada mana-mana parti sekalipun.

Ini adalah perjuangan hasil dari protes yang melibatkan masa depan kakitangan awam negara ini.

Keputusan kerajaan dilihat tepat kerana mampu mendengar nadi rakyat, mendengar kehendak rakyat, soal survival kakitangan awam dalam mengurangkan beban kos hidup dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Apa kena mengena dengan Pakatan Rakyat? ...




Pencetus isu yang timbul adalah hasil daripada ketidakadilan penyusunan dan pelarasan gaji terutamanya melibatkan peringkat Jawatan Sektor Utama Awam (JUSA).

SPBA yang dibentuk oleh JPA atas arahan KSN hampir-hampir menjatuhkan imej kerajaan. Amat menjengkelkan apabila dasar dan polisi yang dilakukan tanpa melibatkan rundingbicara bersama CUEPACS malah dibelakang pengetahuan DS Najib.

Pihak JPA seolah-olah cuba menyembunyikan pelarasan gaji JUSA dari pengetahuan CEUPACS, dan khususnya kepada Perdana Menteri. Ini yang menimbulkan kemelut dan protes dari kakitangan awam.



Berbalik kepada politik masuk bakul angkat sendiri Anwar Ibrahim ...

Agak jijik dan memualkan perbuatan Anwar Ibrahim yang turut mahu mengambil kesempatan di atas pembatalan SBPA.

Cukup ... jika GWM paparkan dibawah, reaksi dan komentar rakyat yang diberikan dalam portal Sinar Harian apabila Anwar Ibrahim mengambil kesempatan mahu menangguk di air yang keruh. 

Adusss ... Malulah nak baca.



















Lu ni tak tahu malu ke Anwar Ibrahim? ...

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU