GELOMBANG WANGSA MAJU: 03/05/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

BANTU Saya SELAMATKAN NYAWA SUHAILA ... Ibu Malang

| Monday, March 5, 2012

SUHAILA sebelum ini merahsiakan apa yang dihadapinya. Bila sakit menyerang, dia lebih suka berkurung dalam bilik.

Apabila kerap bersembunyi berjam-jam, kami semua mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Dan saya pula pada awalnya hanya menganggap Suhaila hanya seng­gugut setiap kali datang bulan.

Tetapi apabila mendapati setiap bulan Suhaila menanggung sakit sampai menangis, saya bawa dia jumpa doktor.

Pada awal pemeriksaan, doktor mengesahkannya sebagai kencing kotor. Tetapi, kesakitan yang ditanggung Suhaila membuatkan saya nekad mendapatkan khidmat pakar.

Kata pakar, anak saya perlu dibedah segera kerana ada ketumbuhan. Tetapi apabila pembedahan dilakukan, doktor terperanjat apabila mendapati Suhaila mempunyai dua rahim dan satu buah pinggang.

Doktor menasihatkan saya membawa Suhaila ke hospital kerajaan supaya kes ini dapat dirujuk di sana.

Bagi mengurangkan rasa sakit, Suhaila diberikan ubat tahan sakit. Setiap hari pula, Suhaila perlu diberikan ubat perancang kehamilan, bagi mengelakkannya datang haid.

Mendapat maklumat daripada seorang teman tentang pakar perubatan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai berjaya melakukan pembedahan kepada seorang kanak-kanak perempuan 13 tahun, yang mempunyai kes sama seperti Suhaila, hati ibu ini berbunga riang.

Sebagai ibu saya sentiasa berfikiran positif. Walaupun tahu ada risikonya, tetapi saya yakin dengan kuasa ALLAH. Segalanya akan berjalan lancar, dan anak saya akan sembuh seperti sedia kala.

Lebih baik saya mencuba daripada tidak melakukan apa-apa untuk Suhaila.

Setelah menjalani dua pembedahan, rahim Suhaila kini semakin membesar. Jadi, pembedahan segera perlu dilakukan. Namun dana untuk membiayai pembedahan Suhaila yang dijadual 22 Mac ini belum mencukupi.

Saya masih buntu memikirkan kaedah bagi mendapatkannya sebelum berlepas ke Dubai 19 Mac ini.

Pembedahan segera perlu dibuat bagi menyelamatkan nyawa anak saya.

Hasil sumbangan orang ramai, tiket kapal terbang untuk kami berdua sudah dibeli. Ada pelbagai pihak yang akan mempertimbangkan sumba­ngan bagi meringankan beban tanggungan kos pembedahan itu, namun jumlahnya masih tidak cukup.

Pastinya ada yang berta­nya mengapa perlunya pembedahan di luar negara. Kes Suhaila masih baru dalam sejarah perubatan negara. Jadi di sini belum ada kepakaran.

Pihak hospital memak­lumkan, kajian terhadap penyakit ini memakan masa sebelum pembedahan membuang rahim yang gagal berfungsi itu boleh dilakukan. Kelewatan membuat pembedahan hanya akan mendedah­kan Suhaila kepada risiko.

Bagaimanapun, saya kini berdepan dengan masalah mendapatkan surat sokongan daripada hospital bagi mengesahkan penyakit yang dihadapi Suhaila. Ketiadaan surat itu menyebabkan bantuan dana membiayai kos perubatannya terbantut.

Sebelum ini, Lembaga Zakat Selangor akan mempertimbangkan dana RM35,000 bagi membiayai pembedahan Suhaila, namun masih belum diputuskan kerana ketiadaan surat sokongan daripada hospital kerajaan.

Saya sangat berharap kekangan mendapatkan surat sokongan daripada hospital dapat disegerakan bagi menye­lamatkan nyawa Suhaila.

Tolonglah! Permu­dah­­­kan­­­l­­ah usah saya ini. Bantulah saya selamatkan nyawa Suhaila!

Bagi yang ingin membantu sumbangan boleh berbuat demikian menerusi 

AKAUN MAYBANK MILIK HANITA: 112101581281

SKANDAL BARU PKR ... Projek KRONI RM 249 Juta TANPA TENDER ... Anwar Ibrahim TERDUDUK

|




Sebenarnya, GWM telah mula membuat pendedahan pemberian projek secara 'direct negotiation' ini oleh kerajaan PKR Selangor sejak dari bulan Ogos 2010 lagi.

Amalan kronisme dan nepotisme sudah lama dilakukan secara tersembunyi oleh Khalid Ibrahim, dan diberi nasihat oleh Punaisihat Tuan Haji Anwar Ibrahim sejak mula memegang tampuk pentadbiran di Selangor.







Pendedahan oleh RPK (loose cannon) hari ini melalui laman portal beliau Malaysia Today, mengesahkan lagi apa yang telah dibongkar oleh GWM sejak bulan Ogos 2010.

GWM paparkan kembali apa yang telah dibongkar melalui Laporan Indeks Akakuntabiliti yang dikeluarkan Jabatan Audit Negara berkenaan pengurusan Kewangan Negeri Selangor bermula April 2008.






Cuma GWM tidak mempunyai data, angka dan senarai penerima projek secara Direct Nego dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Tuah datang menggolek ... RPK memberikan data dan angka yang mengesahkan lagi dakwaan amalan kronisme dan nepotisme kerajaan PKR Selangor






Kebetulan juga, MCA Selangor pernah melaporkan amalan songsang Khalid Ibrahim dan kerajaan pimpinan PKR Selangor pada 6 Julai 2011.




Cabaran kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim ...

Buktikan segala pendedahan dan dakwaan yang dilakukan oleh GWM, RPK dan MCA Selangor ini tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Buat Rafizi Ramli ... daripada sibuk dengan lembu NFC, baik lu tolong selamatkan karier politik PKR. Tolong buat homework di Selangor.



BREAKING NEWS ... Phahrolrazi ISYTIHAR JIHAD Ke atas Azizan, PAS TERUS BERSERABUT

|

Salahuddin Ayub dan Mustafa Ali masih gagal lagi menyelesaikan isu pertelingkahan dan konflik di antara Azizan Abdul Razak dan Phahrolrazi Zawawi, walaupun kedua-duanya berjanji mahu mengumumkan keputusan secara rasmi hari ini.

Kedua-dua 'warlord' ini tidak mahu mengalah dengan keputusan keras kepala masing-masing. Azizan Abdul Razak dikatakan cukup melenting kerana disuruh 'bercuti sementara' oleh Phahrolrazi Zawawi.

Phahrolrazi Zawawi juga masih belum berada dalam keadaan selesa, walaupun mendapat sokongan dari belakang tadbir oleh parasit-parasit Tuan Haji Anwar Ibrahim.

Sekali lagi Tuan Haji Anwar Ibrahim mempunyai kata putus yang amat kuat dalam mencorakkan PAS Kedah, walaupun cuba diimbangi oleh pengaruh pro ulama Hadi Awang.




GWM paparkan berita yang baru diterima dari sumber-sumber yang berada di Wisma Darulaman:-

Phahrolrazi Zawawi akan menemui Nik Aziz bagi mendapat sokongan 100 peratus beliau. Phahrolrazi marah kerana PAS Pusat menolak permintaannya mahu Azizan Abdul Razak 'bercuti sementara' serta-merta.

Phahrolrazi Zawawi dan Ismail Salleh memberi kata dua kepada PAS Pusat. Lantik segera pemangku Menteri Besar jika mahu mereka berdua menerima semula jawatan sebagai Exco Negeri Kedah.

Phahrolrazi Zawawi tidak berpuas hati dengan keputusan PAS Pusat yang mendesak beliau dan Ismail Salleh menerima apa jua keputusan PAS Pusat.

Harun Taib dikatakan berang dengan Phahrolrazi Zawawi dan Ismail Salleh dan berkata kedua-dua parasit ini perlu terima sebarang keputusan PAS Pusat.

Phahrolrazi Zawawi berani bertindak kerana mendapat sokongan kuat dari Timbalan Presiden Mat Sabu yang kini melobi agar PAS Pusat mengubah kembali keputusan.

Mat Sabu juga berang dengan keputusan PAS Pusat sebelum ini yang tidak mahu beliau dicalonkan sebagai 'winnable candidate' pada pilihan raya umum kelak.

Azizan Abdul Razak perlu disingkirkan kerana komponen parti dalam Pakatan Rakyat tidak selesa berbincang mengenai agihan kerusi dengan beliau.



Berita selanjutnya akan menyusul ... PARASIT vs PASHIT = BULLSHIT!



Penulis ALIRAN tiada beza dengan PAPAGOMO, PARPUKARI

|

Papagomo dan Parpukari merupakan nama samaran dua orang blogger Umno yang terkenal. Ada juga ramai blogger lain yang tidak mendedahkan identiti mereka.

Penulis majalah Aliran pun begitu, yakni menggunakan bermacam-macam jenis nama samaran (lihat senarai di bawah).

Majalah bulanan dan portal Aliran ialah lidah rasmi sebuah NGO “memperjuangkan keadilan sosial” yang bertapak di Pulau Pinang.

Aliran ini sarat dengan (klik) sanctimony (yakni meletakkan diri sebagai celik dan (klik) berakhlak tinggi serta (klik) mengatasi orang lain dari segi kebaikan dan berkelakuan tertib).

Screenshot di bawah menunjukkan (klik) sebuah lidah pengarang oleh presiden Aliran yang menyelar para blogger pro-Umno anon sebagai “filthy and smelly” dan menuduh blogger-blogger tersebut mempraktikkan politik longkang serta menggelar mereka sebagai “scum of our society” (sampah masyarakat).

Aliran menganggap tingkahlaku golongan “faceless pro-Umno bloggers” (bersangkut tuduhan terhadap anak lelaki remaja Lim Guan Eng) sebagai perangai yang cukup menjijikkan.


Namun Aliran sendiri mempromosikan penulis-penulis – kita bercakap tentang regular contributor dan bukannya orang awam yang menulis Surat kepada Pengarang) – yang sendiri juga “faceless” (tidak berwajah).

Contohnya:

‘Rakyat Jelata‘ (nama samaran penulis) — (klik) What is not political? (3 March 2012) & (klik) BN following the dinosaurs (24 Nov 2011)

‘Ms Batik‘ — (klik) Stop thuggery: Vote for change (2 March 2012)

‘Justinian‘ (nama maharaja Rom kuno) – (klik) The greater the crime, the greater the sentence should be (27 Feb 2012)

‘Juliet‘ (nama makwe Romeo) — (klik) Celebrating Love – St Valentine’s Day (25 Feb 2012)

‘Tota‘ — (klik) Open letter to Chua Soi Lek (17 Feb 2012), (klik) ‘All of You (30 Jan 2012), (klik) You can’t be serious, Tsu Koon! (2 Sept 2011) & (klik) Strange things happen in Bolehland (5 Okt 2011)

‘Frank‘ — (klik) Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit (3 Dis 2011)

‘Angry Parents‘ — Ministry of Education – or Miseducation? (9 Nov 2011)

‘No Culture’ – (klik) What a multi-cultural, multi-religious society means to me (26 Okt 2011)

‘Cuci-Cuci Malaysia‘ — (klik) Who’s scaring the ‘rakyat’? (18 Ogos 2011)

‘Our special correspondent‘ — (klik) Bersih rally, English riots: A crucial difference (12 Ogos 2011)

‘The Discontented‘ — (klik) Eligibility for Permanent Residency in Malaysia (9 Ogos 2011)

Sebenarnya saya rasa ia tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu menggunakan nama samaran sekadar untuk mengambil bahagian dalam perbincangan online.

Kalau seseorang itu berupa penuip wisel (whisteblower) ataupun Deep Throat (sumber membocorkan maklumat sulit), memang patut identitinya menjadi rahsia dan dilindungi.

Ataupun nak memblog/mengomen sekadar suka-suka dengan nama samaran, okay juga.

Mesej yang hendak disalurkan seharusnya boleh dinilai berdasarkan sama ada isi kandungan dan hujah-hujah yang dikeluarkan adalah bernas dan jitu.

Tidak perlunya dititikberatkan terlalu banyak sangat siapa si pengarang (menyampai utusan) kecuali jika dikehendaki pengenalan diri itu untuk mengesahkan kredibiliti. Bergantung kepada keadaan.

Meskipun demikian, Aliran ada kelainan sedikit kerana ia sebuah NGO yang mahu berpijak di moral high ground (sama erti dengan sanctimonious tadi) dan berkhutbah kepada orangramai.

Aliran menghentam dengan sekeras-kerasnya blogger Umno anon tetapi ia pula menghalalkan penulis yang menyumbang rencana (contributor) memakai nama samaran seperti ‘Cuci-cuci Malaysia’.

Kalau berani buat, iaitu galak mencemuh dan mencabar institusi kerajaan dan parti pemerintah, maka harus berani tanggung.

Aliran bukan kandang blogger hit-and-run tetapi menggambarkan dirinya sebagai sebuah institusi bermoral dan berwibawa. Lantaran tidak elok bagi organisasi tersebut mengamalkan sikap periuk mengata cerek hitam.



sumber : klik Power Blogger Helen Ang



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU