GELOMBANG WANGSA MAJU: 03/04/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Gencatan Senjata di Kedah LEBIH PARAH Dari PERANG PALESTIN-ISRAEL

| Sunday, March 4, 2012

Cukup hebat kemelut dalaman PAS Kedah sehingga menyebabkan tiga sessi mesyuarat diadakan sehingga jam 3.00 pagi semalam, masih lagi gagal mencapai kata sepakat dan mahabbah di antara puak-puak yang bertelagah.

Tidak ada sebarang persetujuan dan perjanjian damai diantara kedua-dua belah pihak, walhal kemelut hanya melibatkan krisis dalaman PAS Kedah. Bertelingkah dan berperang seolah-olah ada wilayah dan kawasan yang telah dirampas dan ditakluki.

Kehebatan pertelingkahan kuasa puak-puak yang bertelagah ini lebih dahsyat jika dibandingkan dengan konflik Palestin-Israel yang telah berlarutan berpuluh tahun lamanya..

Sekurang-kurangnya Palestin-Israel sanggup mencari titik perdamaian sehingga termeterainya Perjanjian Camp David 1978, Perjanjian Damai Israel Mesir 1979, Perjanjian Damai Oslo hinggalah kepada Perjanjian Peta Perdamaian (Road Map) 1993.

Namun tidak bagi konflik Azizan Abdul Razak dan Phahrolrazi Zawawi. Jika ada ijtihad dari ularmak PAS mengatakan syahid sesiapa yang mati dalam pertembungan ini, barangkali parang panjang dan kapak boleh dilihat terbang melayang di pejabat Menteri Besar Kedah.




PAS Pusat terpaksa turun untuk campurtangan bagi mendengar hujah dan fakta dari Azizan Abdul Razak dan Phahrolrazi Zawawi (tak ada debat ke?). 'Damage control' sudah tidak mampu menenangkan Azizan Abdul Razak dan Phahrolrazi Zawawi.

Dalam diam, Nik Aziz meminta pertolongan Tuan Haji Anwar Ibrahim yang mengarahkan Saifuddin Nasution untuk mengatur mesyuarat tertutup bersama Phahrolrazi Zawawi sebelum Salahudin 'Din Poyo' Ayub mempengerusikan mesyuarat tingkap.

Gagal adalah perkataan paling cocok menoktahkan rumusan keputusan mesyuarat yang diadakan. Begitu kelam kabutnya situasi sehingga dua pemimpin PAS Pusat berlaga angin dalam mengumumkan keputusan secara rasmi.

Salahuddin kata lain, Mustafa Ali kata lain ...





Azizan Abdul Razak tahu segala lubang kebobrokan dan kelemahan Phahrolrazi Zawawi. Begitu juga dengan Phahrolrazi Zawawi, tahu segala jenis skandal yang dilakukan oleh Azizan Abdul Razak.

Rakan blogger Gunung Mat Cincang tahu segala pekung Azizan Abdul Razak lantas memberi amaran agenda jahat dan hasat dengki sudah mula diimpot masuk seawal PAS bertakhta di Wisma Darulaman.




Yang nyata siapa paling kuat, puak itulah yang akan menduduki takhta di Wisma Darulaman. 

Dalam pergelutan ini, UMNO Kedah seharusnya duduk diam dan memerhatikan gelagat biawak-biawak hijau yang sedang bergaduh sambil mengumpul setiap kelemahan PAS Kedah.

Jangan campurtangan urusan puak-puak ini. Perhatikan percaturan Tuan Haji Anwar Ibrahim yang cukup gemar dengan falsafah politik 'The Game Of Numbers'.

PAS tidak boleh mengatakan UMNO berkonspirasi melagakan Azizan Abdul Razak dan Phahrolrazi Zawawi. Dalangnya adalah Tuan Haji Anwar Ibrahim sendiri beserta kumpulan parasit-parasitnya.

Kemelut pertembungan kuasa Azizan Abdul Razak dan Phahrolrazi Zawawi sudah cukup membuktikan PAS tidak mampu mengurus tadbir sesebuah kerajaan negeri dengan baik.

Bagaimana PAS mahu mendabik dada untuk mengurus pentadbiran negara di Putrajaya jika negeri sudah cukup kucar-kacir dikerjakan. Mahu roboh, hancur dan musnah Putrajaya dikerjakan puak-puak ini jika berkuasa kelak ...



Saya akan SAMAN NOH OMAR RM 114 JUTA - Khalid Ibrahim

|




KUALA SELANGOR, 4 Mac - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar kerajaan Selangor mengambil tindakan saman ke atas beliau apabila mengatakan peningkatan simpanan tunai Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) kepada RM114 juta hasil dari tindakan kerajaan negeri sewaktu dibawah pentadbiran Barisan Nasional.

Beliau mempertahankan kenyataannya dengan berkata peningkatan tersebut berbanding RM8.3 juta pada tahun 2008 diperolehi hasil transaksi jual beli tanah PKPS di Sarawak ketika Barisan Nasional mentadbir kerajaan negeri.

Artikel selanjutnya, klik KHALID IBRAHIM PEMBOHONG BESAR





Noh Omar kata kutipan RM114 juta adalah hasil dari jualan tanah PKPS di Sarawak.

Dan hasil jualan tersebut datangnya dari keputusan mahkamah mengarahkan sebuah syarikat untuk membayar baki RM95 juta kepada PKPS, hasil dari perjanjian jual beli sewaktu Barisan Nasional mentadbir Selangor.

Khalid Ibrahim wajib membuktikan Noh Omar bercakap bohong dalam perkara ini dan mengambil tindakan saman kerana cuba memalukan pentadbiran kerajaan pimpinan PKR.

Khalid Ibrahim juga wajib mengambil tindakan saman ke atas Noh Omar yang membongkar kutipan hasil pasar Selangor hanya berjumlah RM50 juta, walaupun kerajaan pimpinan PKR menjanjikan kutipan sebanyak RM150 juta.

Berani atau tidak Khalid Ibrahim menyahut cabaran Noh Omar ...



TERKINI ... Saya Puas Hati Azizan 'BERCUTI SEMENTARA' - Mahfuz Omar

|

Rakan-rakan GWM yang berada di Kedah memberitahu Jawatankuasa PAS Pusat sudah mengarahkan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak untuk 'bercuti sementara' bagi membolehkan kemelut PAS Kedah ditutup dengan seberapa segera.

Ini berita tidak rasmi yang diterima dari sumber dalaman PAS Kedah memandangkan 'misi damai' masih lagi terbantut, walaupun Salahudin 'Din Poyo' Ayub mengisytiharkan kemelut dalaman sudah selesai.

Tuan Haji Anwar Ibrahim sudah pun mengarahkan Saifuddin Nasution untuk mengatur mesyuarat bersama Phahrolrazi Zawawi dan beberapa orang lain di dalam PAS Kedah secara tertutup beberapa hari yang lalu, untuk turut campurtangan membantu menyelesaikan masalah dalam PAS Kedah yang semakin meruncing.

Siapa pula yang bakal menggantikan Azizan Abdul Razak untuk sementara waktu sehingga krisis ini selesai?




Dikhabarkan Exco Kerajaan Negeri Kedah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dicalonkan sebagai 'Menteri Besar Kedah sementara' untuk meredakan ketegangan yang ditimbulkan oleh parasit-parasit Tuan Haji Anwar Ibrahim.

GWM mampu mengagak pemilihan Mohamed Taulan sebagai satu usaha menutup kesialan dan kerakusan parasit-parasit Tuan Haji Anwar Ibrahim dari terus hangat diperkatakan, setelah Azizan Abdul Razak dikuburkan sementara waktu.

Pemilihan Mohamed Taulan boleh disifatkan sebagai tepat kerana beliau turut menyokong Azizan Abdul Razak menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ke atas mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Perlu ada 'damage control' dan 'skrip mahal' bahawa pemilihan Mohamed Taulan menunjukkan golongan pro ulama masih mempunyai suara dalam PAS, walaupun parasit sebenarnya yang akan dilantik selepas ini sebagai Menteri Besar Kedah.

Mohamed Taulan akan kembali bertugas sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Mahfuz Omar sudah boleh tersenyum dengan percaturan beliau meletakkan Phahrolrazi Zawawi sebagai 'lalat pengacau' dalam PAS Kedah.

Phahrolrazi Zawawi pun sebelum ini juga pernah memberi amaran dan mengugut Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Ir. Amiruddin Hamzah untuk tidak menerima perlantikan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah atau bakal berhadapan dengan tindakan selanjutnya.

Mahfuz Omar sudah tentu merupakan manusia yang paling gembira kerana proksinya, Phahrolrazi Zawawi pasti akan mencalonkan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang baru ... permanently.

Semakin ramai golongan pro ulama sudah terpinggir dan dikuburkan tanpa nesan dalam PAS.

Nasib la lu orang ...  



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU