WIKILEAKS ... Video Tangkapan BADRUL AMIN SUDAH TERSEBAR ?
Posted by
Melayu Atas Pagar
|
Sunday, February 26, 2012
Baik lu orang layan video klip dikir barat kerakusan PAS Kelantan dari melayan nafsu buas pengikut Imam Mahadi Malaysia ...
Nik Aziz DIBALUN LAGI ... 3,000 Rakyat TUNTUT SEGALA JANJI
Posted by
Melayu Atas Pagar
|
Kesabaran rakyat Kelantan selama dua dekad terpaksa menggunakan air kotor untuk kegunaan harian semakin terhakis apabila lebih 3,000 orang berhimpun secara aman di Lembah Sireh, Kota Bharu, semalam.
Perhimpunan anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) itu diadakan bagi mendesak Kerajaan Pas Kelantan menyerahkan pengurusan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam tempoh sebulan.
Menurut MTRK, satu perhimpunan besar-besaran membabitkan 10,000 orang akan diadakan di hadapan pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jika pengurusan air tidak diserahkan kepada SPAN.
Artikel penuh, klik RAKYAT TAK MAKAN UNDI MASUK SORGA
Sesudah Najib ... ZAHID HAMIDI PULA DIFITNAH BERBOGEL DI ISRAEL
Posted by
Melayu Atas Pagar
|
GWM pasti blogger dan facebooker pro pembangkang cukup 'bekerja keras' untuk sekali lagi menabur fitnah Maha Dahysat ke atas pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional.
Fitnah gambar Perdana Menteri DS Najib ternyata gagal dilakukan kerana blogger-blogger pro kerajaan cukup tangkas menampilkan fitnah 'superimposed' yang dilakukan.
Kini, Menteri Pertahanan Zahid Hamidi pula dijadikan mangsa rakus fitnah Maha Dahsyat blogger dan facebooker pro pembangkang. Ketandusan isu menjadi bahan polemik utama sebaran fitnah terbaru.
Gambar di atas diambil dari salah sebuah blog pembangkang. Sahabat dan rakan blogger BADUT RAKYAT sudah awal-awal lagi dapat mengesan permainan fitnah ini.
Klik ... BLOGGER BODOH.
Gambar 'superimposed' ini menggunakan gambar bekas Perdana Menteri Israel dan kini dilantik sebagai Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak.
Aneh ... gambar-gambar Sivaji Pandikutty Anwar Ibrahim ini masih lagi gagal dibuktikan sebagai 'superimposed' oleh blogger dan facebooker pro pembangkang.
Dan Anwar Ibrahim sehingga kini, tidak pernah menafikan bahawa gambar ini sebagai fitnah ...
Bermakna memang benar Tuan Haji Anwar Ibrahim menggadaikan akidah demi sokongan dan undi kaum India.
Saya Akan Saman KOSMO, MSTAR, SINAR HARIAN Kerana FITNAH - Badrul Amin
Posted by
Melayu Atas Pagar
|
Pemimpin PKR itu, Dr. Badrulamin Bahron (gambar kecil), 51, yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR ditangkap bersama wanita itu oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira pukul 3 pagi di bilik hotel berkenaan.
Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Ujarnya, ahli politik itu dibebaskan dengan ikat jamin selepas kira-kira sembilan jam ditahan dan akan dipanggil semula untuk memberi keterangan.
Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.
Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan.
"Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.
Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.
Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita, isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi.
Pasangan itu diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi.
Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan bersama pemimpin PKR yang lain selama tiga hari sehingga hari ini.
Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan komen daripada pemimpin PKR berhubung kes tangkapan itu bagaimanapun gagal.
Rasanya tidak perlu untuk Badrul Amin bercakap terlalu banyak dan hanya sekadar membuat penafian. Lebih baik beliau mengambil tindakan mahkamah ke atas mana-mana media yang dianggap beliau cuba memutarbelitkan kejadian tersebut.
Lebih baik lagi jika Badrul Amin mengambil tindakan saman ke atas Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz yang mengesahkan penangkapan beliau oleh pegawai penguatkuasa JAIP di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi.
Jika mahu menyelamatkan diri, adakan sahaja sidang media bersama media luar negara dengan menyatakan kejadian ini adalah konspirasi tertinggi UMNO ...
Apahal jumpa bini orang jam 3.00 pagi di bilik hotel? Mahu pecah rekod Mat Sabu gamaknya ...
BERITA TERKINI KHALWAT ... Tuhan Sudah AMPUNKAN BADRUL AMIN - Nik Aziz
Posted by
Melayu Atas Pagar
|
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.
Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan.
"Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.
Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.
Pemimpin PKR itu pernah menggelarkan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan memegang jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor.
Bagaimanapun, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipercayai dihantar pemimpin tersebut kepada pimpinan dan ahli PKR yang lain, beliau menafikan tuduhan berkenaan.
Menurut SMS berkenaan, pemimpin itu mendakwa wujudnya salah faham akibat masalah keluarga yang dihadapi wanita tersebut.
Jelas beliau, wanita berkenaan menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya dan sering lari dari rumah namun beliau turut menasihatinya agar pulang.
GWM menunggu jika Nik Aziz sekali lagi akan dipanggil untuk membantu dan menyelamatkan nyawa politik Badrul Amin. Tidak mustahil episod penghapusan dosa ADUN Selising bakal berlaku.
Tidak ada yang mustahil mengenai Pakatan Haram ini ...



















